Sabtu, 13 Ogos 2011

RONNIE LIU TERKANGKANG DI MAHKAMAH!

Sumber berita di petik daripada AAKJ. Mengenai usaha PBT yang dikuasai oleh Ronnie Liu penyangak moderen yang jadi pemimpin disayangi dalam Kerajaan Pakatan Sosialis Religus Selangor telah gagal menyita aset MCA di Kajang. Bacalah lapuran ini sumber asal UTUSAN MALAYSIA. TQ AAKJ !
SHAH ALAM 12 Ogos - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan injunksi oleh MCA bagi menghalang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) daripada memasuki, menutup dan mengunci bangunan miliknya di Batu 11, Cheras dekat sini sehingga kes tersebut selesai. Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim juga membenarkan permohonan yang dibuat menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya MPKj dilarang mengganggu dan menghalang hak milikan atau penggunaan bangunan tersebut. 
Hakim Wan Afrah yang membuat keputusan di kamar beliau di sini turut mengarahkan MPKj memulangkan ketujuh-tujuh kunci bangunan tersebut yang didakwa ditukar selepas berlaku peralihan kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor. 
Pada prosiding hari ini, MCA diwakili peguam Ringo Low manakala peguam-peguam, Lim Lip Eng dan Lewis Lim hadir mewakili MPKj. 
Lip Eng ketika ditemui pemberita memaklumkan beliau akan berbincang dengan anak guamnya untuk mengetahui sama ada mereka berhasrat mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu
- Utusan


Aiseh Ronnie Liu , sori la brader, lu punya usaha gagal lah. Cuba lagi di lain masa dan TAHNIAH MCA!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...