Isnin, 22 Ogos 2011

UNDI PAS MASUK SURGA MANA SATU?

PEDULI APA PUN DENGAN ALASAN-ALASAN TAK MASUK AKAL OLEH PAS. PAS INI PARTI POLITIK YANG DIANGGOTAI OLEH MANUSIA SEPERTI ANDA DAN HAMBE. KALAULAH IMAN ITU DI UKUR HANYA PADA PAKAIAN MAKA JIKA SEEKUR BEROK DIPAKAIKAN DENGAN PAKAIAN YANG SAMA SEPERTIMANA ORANG PAS PAKAI, SUDAH TENTULAH BERUK ITU LEBIH BERIMAN DARIPADA ORANG PAS. 



Kebanyakan Melayu mengukur PAS pada perkataan  'ISLAM' yang ada pada parti tersebut. Terfikirkah kita jika hanya kerana itulah sebabnya maka jikalau perkataan  ISLAM itu dituliskan pada sebiji batu granit di tepi jalan maka sudah tentu batu granit itu lebih ISLAM daripada PAS?

Selain itu, orang PAS berbangga kerana merekalah yang paling banyak memakmurkan masjid kerana sentiasa berada di dalam masjid bersolat jemaah. Persoalannya, adakah orang PAS memakmurkan masjid atau sekadar mengisi ruang-ruang kosong saf dalam masjid? Jika itulah nilai ukurannya ISLAM maka tidakkah cicak dinding dan semut yang ada dalam masjid itu lebih memakmurkan masjid dari orang PAS yang hanya datang ke masjid lima kali sahaja dalam satu hari?


Orang PAS sering mendabik dada bahawa menutup aurat itu menjadi kepentingan dan jika tidak mampu menutup aurat apatahlagi hendak melakukan perkara-perkara besar. Jika benarlah begitu, apakah dengan hanya menutup aurat sahaja tanpa belajar sebarang ilmu agama boleh menjadi seorang wanita solehah?

Orang PAS juga mengatakan bahawa Perlembagaan adalah warisan penjajah Ingeris tapi tahukah mereka British tidak ada pun Perlembagaan Bertulis seperti kita ? Malah tidak ada pun dalam sistem pemerintahan Ingeris itu disebutkan Islam adalah agama rasmi negara dan tidak ada peruntukan khas seperti artikel 11 dan 12 malah tiada peruntukan untuk penubuhan Majlis Agama Islam bagi pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. 

Inilah antara penyelewengan pokok dalam soal rukun Islam dan rukun Iman dilakukan oleh PAS selama 60 tahun yang amat merbahaya kepada umat Islam. Hasilnya anda sendiri boleh mengukurnya dan menilainya. 

SAMPAI BILA PAS HENDAK MENIPU DIRI MEREKA ??? BATU GRANIT DAN BERUK MEREKA BOLEH TIPU TAPI MUSTAHIL BOLEH MENIPU ORANG UMNO.

RM 9 JUTA UNTUK 50 METER ! JAMBATAN POK NIK TERMAHAL DI DUNIA!

Di dedahkan bahawa jambatan sepanjang 50 meter yang di bina oleh Pok Nik di Kelantan di samping sebuah stadium idaman hatinya di bina pada kos yang amat mengagumkan dan memening kepala pakar matematik dunia. Apa tidaknya, jambatan sepanjang 50 meter itu di bina pada kos melampau-lampau sejumlah RM9 juta! Berbanding dengan sebuah jambatan di Wakaf Setan yang sepanjang 500 meter di bina oleh JKR pada kos RM 4 juta sahaja. 

Dikatakan bahawa jambatan termahal dan terpendek itu diberikan kepada sebuah syarikat kontraktor Cina Perak. Bayangkanlah, pada kos RM 4 juta JKR boleh bina jambatan sepanjang 500 meter. Pok Nik pula membina jambatan sepanjang 50 meter (1/10 saiz ) pada kos RM 9 juta ! Wow ! Dasatnya !



Perbandingannya kos jambatan di Wakaf Setan dengan RM 9 juta untuk bina jambatan sepanjang 50 meter itu ialah Kelantan boleh membina 2 buah jambatan sepanjang 500 meter dan masih berbaki RM 1 juta. Bagaimana jambatan sepanjang 500 meter lebih murah berbanding dengan jambatan sepanjang 50 meter?


Pada kos RM 4 juta untuk membina jambatan sepanjang 500 meter bermakna 1 meter kosnya ialah RM8,000.00 berbanding dengan kos yang di bina oleh pok Nik bagi jambatan sepanjang 50 meter pada kos RM 9 juta bermakna 1 meter = RM 180,000.00. Ini bermakna perbezaan kos yang begitu tinggi antara RM 8,000.00 dengan RM 180,000.00 ( 22.5 kali ganda!).

SPRM TAK NAK KE JENGUK-JENGUK APA MASALAHNYA SAMPAI SEBUAH JAMBATAN SEPANJANG 50 METER TERPAKSA DI BINA PADA KOS RM 9 JUTA??? INI MELIBATKAN DANA AWAM. PK NIK WAJIB BERTANGGUNGJAWAB DAN TELUS MENGENAINYA.

Sumber maklumat daripada rakan fesbuk Minah Konga. 

POLEMIK AZMIL 'ALI SETAN' MUSTAPHA , CONTOH TERBAIK SIFAT JADDALAH SEORANG THOLIB.

AZMIL 'ALI SETAN' MUSTAPHA telah mencetuskan keresahan di kalangan kariah masjid An Nur Kg Melayu Subang. Akibatnya, dua lapuran polis telah di buat terhadap Azmil Ali Setan. Pendedahan terbaru oleh bloger Double Y pula menceritakan bagaimana ceramah malaun Tholib (Penuntut) yang baru kembali dari pengajian di Syria terdapat banyak salah tafsiran dan kebobrokan 'ilmu yang menjurus kepada sifat jaddalah Tholib dan riya' Tholib kerana sedikit 'ilmu. Persoalannya adakah Azmil Ali Setan ini mempunyai sebarang tauliah untuk memberi ceramah dan mengajr ilmu agama daripada MAIS ? Sedangkan bekas mufti Dr Asri pun pernah di tahan kerana tiada tauliah memberi ceramah dan kuliah di Selangor.

Saksikan dahulu klip video ceramah Azmil Ali Setan ini yang diadakan di TTDI. Klip video ini dimuatnaik dari laman youtube dan didapati agak merbahaya kesan dan natijahnya kepada umat Islam yang berada dalam kelompok orang awam. Silap haribulan ianya boleh mencetuskan suatu perpecahan serius di kalangan umat Islam. 


Di awal ceramah pun beliau tidak tahu nama masjid di mana beliau di jemput. Beliau menceritakan mengenai ketiadaan kenderaan dan bercerita mengenai beliau baru kembali dari Syria kerana menjalani pembedahan jantung di sana. Beliau menceritakan bahawa beliau menerima bayaran untuk berceramah dan wang tersebut digunakan bagi kos rawatan susulan beliau. Nampaknya beliau sedang mengalami masalah kewangan. Mungkin kerana itulah beliau diberikan peluang oleh rakan-rakannya untuk mendapat sumber kewangan melalui jemputan-jemputan untuk berceramah. 

Anda bacalah salah satu komen ke atas ceramah beliau tersebut:-
Tafsiran salah dan menyesatkan ceramah Azmil ni. Ayat Allah ni bukan diturunkan untuk orang Melayu sahaja,tetapi untuk seluruh umat manusia dan jin. Azmil dah rosak aqidah dia ni apabila menyamakan Allah dengan makhlu. Dia sebut" Allah pun dah fed up". Dia ingat Allah ada perasaan emosional macam dia. Asyik maki hamun orang. Cuba kira berapa perkataan BODOH yang dia sebut. Sudahnya anak dia sendiri bodohkan dia. Tapi orang lain pulak salah. Apa punya mangkuk orang pi jemput dia ni bagi ceramah.
Baca seterusnya apa yang di ulas oleh Double Y di sini YUSERIYUSOFF.BLOGSPOT 


HAMBE TERINGAT MENGENAI PESANAN AHLI HIKMAH BAHAWA SALAH SATU JALAN YANG BAKAL DI TEMPUH OLEH SEORANG THOLIB IALAH MENEMUKAN JALAN JADDALAH SEBELUM MASUK KE PERINGKAT SETERUSNYA JIKA IA SEDAR AKAN KESILAPAN AWAL NYA. JIKA TIDAK, AKAN HANYUT TERUS. SEMUGA BELIAU TETAP BERADA DI ATAS JALAN BENAR. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...