Khamis, 27 Jun 2013

Kes Studi : Kesan Belajar Terlalu Di Sekolah Vernakular.




Sebab terlalu lama berada di bawah tempurung sekolah vernakular, bila berada di luar lingkungan litupan sekolah vernakular, akhirnya tak tahu membawa diri dengan baik dan beradab sopan. 

Hipokrasi Politik DAP: Satu lagi Melayu DAP Bakal Di Pecat Kerana Kenyataan Ini.

ADUN DAP MELAYU , DUN MENTAKAB, Tengku Zulpuri , ayahnya dulu bekas Totoks Kuat PAS.


“Selepas ini kami wakil dari Pakatan Rakyat tidak lagi datang sebagai wakil yang hanya membangkang semua benda yang dilakukan kerajaan, sebaliknya imej baru kami ialah menjadi pengkritik yang baik kepada kerajaan." Wakil DAPigs Mentakab

Hati-hati bang, dulu Tunku Abdul Aziz keluarkan kenyataan bantah BERSIH 3.0 terus di pecat jadi Senator. Abang jangan potong stim Political Defiance DAP. Jangan jadi cam Chegubard dengan Anwar Ibrahim plak. 


JONKER STREET - Arahan & Kenyataan KM Melaka Di Putarbelit.

Menjernihkan kembali suasana. Berikut petikan yang diciplak 100 peratus dari blog encik Ketam berkenaan isu tersebut, (en ketam, nanti setel luar yea). Kepada KM Melaka, ambe tetap hormati tuan kerana GAGAH BERANI keluarkan Arahan Tak Populis kepada peniaga Cina di Jonker Walk.

KM MELAKA NAFI ARAH TUTUP JONKER WALK



Kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan perniagaan di Jonker Walk di sini, ditutup bagi aktiviti penjualan pelbagai barangan cenderamata setiap hujung minggu.

Sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.

"Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.

"Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik dakwaan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kwong Wah Daily hari Isnin lalu pula memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota Exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Mengulas lanjut, Idris berkata, keputusan membuka semula jalan raya yang ditutup itu kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membuka jalan raya yang sebelum ini ditutup di Jonker Walk sebagai percubaan melihat sejauh mana keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di sekitar Bandar Hilir.

Daulat Melayu ! Pergi Jahanamlah' Political Defiance' Ugut Bunuh Pengerusi SPR.


Gene Sharp, menggariskan, mana-mana kelompok yang mengamalkan Political Defiance, seperti DAP PKR perlu melakukan perkara berikut:-

"Pressures on individuals
31. “Haunting” officials
32. Taunting officials
33. Fraternization
34. Vigils "

Kaedah di atas di bawah Tindakan Awam Simbolik . Menurut blog rakan, Laman Izz, Pengerusi SPR menerima satu tindakan simbolik daripada puak Political Defiance. Beliau menerima kepala ayam berbungkus dalam kotak beserta nota ugutan, "Letak jawatan....505". Ofkors, kepala Pengerusi SPR takkan di potong. Tapi manalah tahu kan. Tujuan mereka melakukannya, ialah sebagai tindakan simbolik untuk menghantui dan mengganggu Pengerusi SPR. Lapuran Polis telah di buat. Kita tunggu sahaja , laporan-laporan rasmi di akhbar-akhbar rasmi.

Ambe cuma nak mengulas mengenai tindakan simbolik berkenaan sahaja. Memang kita perlu sentiasa waspada, peka dan awas semua tindakan-tindakan DAP PKR. Memang tak dinafikan, mereka melakukan Political Defiance untuk berkuasa. Semua 198 kaedah Gene Sharp mereka gunakan. Selepas ini, jangan terkejut bila mereka melakukan Hartal dan Penutupan Ekonomi pula. Takpun, mereka akan melakukan perarakan pengebumian dan vigil. Itu semua adalah tindakan-tindakan mereka untuk menghantui dan menggangu Pengerusi SPR. 

Matlamat mereka ialah untuk melemahkan kuasa SPR, agar mereka menjadi lebih berkuasa daripada SPR dan Perlembagaan Malaysia. Mereka mahu berada di atas Perlembagaan Malaysia. Mereka mahu mengubah semua institusi Perlembagaan menjadi cabang dan ranting baru DAP PKR. Mereka terlalu ingin mengubah Demokrasi kepada Sistem Anarki dan Oligarki cara mereka. Untuk bertindak balas kepada gerakan Political Defiance DAP PKR, demi masadepan rakyat, DAP PKR perlu dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakan-tindakan Political Defiance mereka. Caranya mudah, pengundi DAP PKR perlu bangkit dan menyuarakan penentangan terhadap semua gerakan Political Defiance DAP PKR. 

TERIMAKASIH YB IDRIS HARON, Anda Gagah & Berani Laksana Tun Perak.


Terimakasih YB Idris Haron, anda seorang pemimpin Gagah dan Berani bertindak. Laksana Tun Perak. Dulu, Tun Perak pernah robohkan gerai-gerai di seluruh lorong dalam Kota Melaka yang mengganggu laluan orang awam. Biarlah, Tony Pua nak meroyan pun. Dap komunis dah lama tutup periuk nasi orang Melayu di Pulau Pinang. Lagipun, bukan ke peniaga Cina selalu kata, mereka dah kaya dan mampu berdikari tanpa bantuan kerajaan? Jadi, apalah sangat Jonker Walk di tutup pun. Mereka kan mampu berdikari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...