Isnin, 20 Oktober 2014

TAIKOPURASIA - BILA POLITIKUS MAKIN BONGOK DAKWA MELAYU ADALAH PENDATANG.

Dalam empat perjenisan utama manusia :-
  1. Manusia Dewa
  2. Manusia Jin
  3. Manusia berhati iblis / Manusia Hewani bersifat kebinatangan
  4. Manusia Insani 
Ada sejenis lagi spesis manusia yang bergelar POLITIKUS.
Mereka ini adalah warganegara TAIKOPURASIA pemegang kad pengenalan Malaysia. 

Ada juga dikalangan mereka berjaya mendaki Tangga Kejayaan melalui Sistem Politik Malaysia menjadi pemimpin bergelar Ketua Menteri dan EXCO Negeri serta Menteri. 

Namun, dari segi kemahiran berbahasa Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu, Bangla dan Nepal lagi fasih daripada mereka. 

Malah tidak ada langsung dikalangan mereka yang boleh membaca dan menulis menggunakan tulisan JAWI atau RENCONG MELAYU. Ada pula di kalangan mereka cukup benci dan anti dengan tulisan JAWI Melayu. 

Melalui Politik dan tipu helah British, warga-warga TAIKOPURASIA ini diterima menjadi pemegang kad pengenalan Tanah Melayu dan selepas itu Malaysia. 

Janji Asal yakni Kontrak Sosial yang berlaku di antara kelompok Politikus Melayu dengan warga-warga Taikopurasia ialah:-
  1. Mereka diberikan Hak Menumpang dengan memegang kad pengenalan yang sah; 

  2. Mereka juga diberikan Hak Perkongsian Kuasa Politik setakat mana yang perlu; 

  3. Mereka diberikan Hak Pemilikan Tanah sebanyak 50% kecuali tasik, sungai, laut, bukit-bukau dan gunung-ganang. 

  4. Bahawa mereka dan keturunan mereka tetap mengakui Melayu adalah penduduk pribumi asal asli di Tanah Melayu.

  5. Mereka bertaat setia kepada Raja-raja Melayu dan menerima Islam agama Persekutuan

  6. Mereka tidak akan mempersoalkan dan mempertikaikan Hak-hak Istimewa Melayu hatta ada kelompok Politikus Melayu yang menjadi bangang dan bahlol bagidol mempersoal dan mempertikaikan Hak-hak tersebut.

  7. Bahawa Kontrak Sosial itu tetap berlaku sehingga kiamat waima apa pun berlaku dan terjadi. 
Bukti-bukti saintifik telahpun dibuat dan terbukti, Perak Man dan Orang Kelantan serta Orang Asli telah menduduki Tanah Melayu ini sejak 60,000 tahun dahulu sewaktu masih ada daratan bernama SUNDA. 

Bukti-bukti lisan pula mampu mengesan kependudukan terawal sejak 100,000 tahun lampau sebelum wujud Sriwijaya dan majapahit (Empayar-empayar Manusia Dewa/Jin - Panji-panji Dewa Surya Bumi). Sejarah Melayu bukan bermula dari Parameswara, menantu yang derhaka kepada bapa mertuanya. Yang terpaksa melarikan diri ke Temasik dan ke Muara Sungai Muar sebelum mendirikan kerajaan Melaka setelah diizinkan oleh tok-tok bathin dan Tok Penghulu setempat. Kerajaan-kerajaan Purbakala Melayu / Bani Jawiyah pada waktu itu terhampar terbentang luas dari Rom sehingga ke Tengah China. Kemudian menyusut apabila berlaku kejatuhan sehinggalah hanya tinggal kerajaan-kerajaan purbakala di Tanah Melayu. 

Di akhir zaman, Bani Jawiyah menggunakan gelaran Melayu. 

Sebenarnya tidak timbul persoalan Melayu adalah Pendatang kerana sememangnya Melayu bukan Pendatang di Tanah Air mereka sendiri. 

Persoalan itu sengaja ditimbulkan oleh politikus-politikus Taikopurasia kerana fikiran mereka singkat dan sempit serta bersikap angkuh, sombong dan bongkak terhadap Melayu.

Mereka mendakwa merekalah yang membangunkan ekonomi Malaysia. Kononnya merekalah yang menjadikan Malaysia sebuah syurgawi mewah. Tapi mereka lupa jasa-jasa Melayu yang banyak membantu mereka dalam bidang ekonomi.

Nenek moyang Melayu dulu tak silap. 

Yang melakukan kesilapan sejak 'menuntut kemerdekaan' adalah kelompok Politikus Bangang. 

Sehingga kini Politikus Bangang masih belum menjumpai sebarang penawar mujarab bagi menyembuhkan Penyakit Bangang mereka. 

Kini, 15,121,200 juta Melayu tolak kelompok Politikus, menuntut agar Politikus Taikopurasia dan Politikus Melayu memperbetulkan kembali kedudukan dan kebangangan mereka selama 57 tahun.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...