Ahad, 17 Jun 2012

SELANGORKU AIR MENTAH TERCEMAR

SHAH ALAM:  Republik Papantanda Pakatam Selangor menjanjikan tiada krisis air kepada rakyat jelata. Janji sahaja tanpa sebarang pelan tindakan yang efektif. Khalid G selaku Menteri Besar Baner Incorporated (MBBI) mengakui bahawa untuk menghadapi krisis air ialah dengan mengadakan forum dan bercakap sahaja. Bazirkan air liur dan wang rakyat untuk menyusahkan rakyat dan bukan membantu rakyat. 

Republik Papantanda Pakatam Selangor amat berbangga dengan limpahan air mentah yang amat tecemar di tujuh empangan yang sedia ada di Selangor. Semasa pentadbiran BN terdahulu keadaan sungai-sungai sumber utama di Selangor sentiasa dibaikpulih dan pulihara. Sejak empat tahun lalu, sejak Republik Papantanda Pakatam Selangor merampas kuasa keadaan sungai-sungai sumber di Selangor semakin terbiar. 

Indeks pencemaran sungai-sungai sumber Selangor semakin tinggi dan semakin membimbangkan. Sejak Republik Papantanda Pakatam mengambil tindakan memberikan lesen kepada semua premis kilang haram di Selangor menyebabkan semakin tinggi sisa buangan toksik dan beracun ke dalam semua sungai sumber tanpa sebarang pengawalan efektif. Ini menjadikan sumber air mentah semakin tecemar. 

Semakin tercemar air mentah sumber semakin sukar ianya untuk di rawat sebagai air bersih. Apa nak dibanggakan sangat dengan limpahan air mentah yang amat tecemar? Bolehkah masaalah ini diselesaikan dengan hanya mengadakan forum tanpa melakukan sebarang tindakan membersihkan semua sungai yang ada di Selangor?

REPUBLIK PAPANTANDA PAKATAM SELANGOR: DI SINI SEMUANYA PERCUMA!


Selain menjanjikan bulan, bintang, leburaya prabayar, memaafkan rasuah, pernikahan sejenis dan lebuhraya ke syurga , Pakatam kini memberikan segala-galanya secara percuma kepada semua rakyat jelata tak kira apa parti, agama, taraf kekayaan dan keturunan. Kini rakyat jelata di semua negeri-negeri di bawah Pakatam mendapat pendidikan percuma, rumah percuma, kereta percuma, kos perlancungan percuma, bi letrik percuma, bil air percuma, cukai tanah percuma, kedai percuma, bas percuma, teksi percuma, bekalan barangan keperluan percuma, cukai tanah percuma, cukai pintu percuma, petrol percuma, disel percuma, pakaian percuma, basikal percuma, jalanraya percuma, talipon percuma, haiwan ternakan percuma, ladang dan dusun percuma, bot nelayan percuma, jala percuma, rawatan kesihatan percuma, pendekata semuanya percuma. Memanglah semuanya percuma kerana janji yang di buat adalah secara percuma juga.  Percuma je lah rakyat dapat janji-janji Pakatam. Kenyataan sebelum daripada ini hanya menjadi realiti dalam mimpi-mimpi pakatam sahaja lah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...