Isnin, 2 Julai 2012

PKR SELANGOR MEMANGSAKAN RAKYAT UNTUK KERJAYA POLITIK.

rafizi lembu

APA YANG BOLEH PKR SELANGOR BANGGAKAN SELAMA EMPAT TAHUN MENTADBIR SELANGOR ? Aset negeri bertambah ? Banyak yang kena jual pun. Masaalah rakyat selesai ? PAKAR (Pusat Aduan Rakyat) BN Selangor menerima lebih 56,000 aduan sejak beroperasi tak sampai pun tiga bulan. Masalaah sampah selesai setelah ALAM FLORA ditamatkan kontrak? Huh ! Yang ada lima puluh biji kompektor sampah yang tak boleh digunakan atau disewakan kerana dokumentasi tak selesai. Pendidikan Percuma? Aset UNISEL pun hendak digadaikan. Subsidi Air 250ml sebulan? Penghuni flat yang menggunakan meter pukal pun masih tak dapat nikmatinya. 

Bersih rasuah dan telus? KSSB seleweng hasil pasir, padang awam dijadikan kompleks membeli belah, amalan rasuah pemimpin DAP dalam pemeberian kontrak mengutip hutang didedahkan dan salah urus UNISEL sampai nak bankrap UNISEL. 

Janji PKR Pakatam tidak mahu menanugerahkan sebarang kontrak melalui direct nego masih tak tertunai! Selangor kehilangan pelaburan sejumlah RM3.8 billion yakni 300% dari tabungan yang dibangga-banggakan oleh PKR Pakatam. Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan terlepas akibat kesombongan dan keangkuhan PKR Pakatam yang hendak membolot tamak konsesi perkhidmatan air.

Akhirnya rakyat menjadi mangsa permainan politik PKR Pakatam Selangor yang menjadikan kepala-kepala rakyat Selangor sebagai batu-bata loncatan ke Putrajaya. Hanya dengan memijak kepala rakyat Selangor PKR Pakatam Selangor nampak gah. Para pemijak kepala rakyat Selangor dengan bangganya merompak sana sini kerana kepala rakyat Selangor sudah di pijak leh mereka sehingga bisu suara-suara rakyat Selangor.

Sampai bila rakyat Selangor hendak biarkan sahaja kepala mereka di injak dan di pijak oleh PKR Pakatam demi kerjaya politik PKR Pakatam Selangor ?

SKANDAL RM 1 BILLION PKR PAKATAM SELANGOR ! BANYAK TU

alt

PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan.

baca seterusnya di sini KL POS

RAMAI DI LABEL 'PEMBUNUH UPAHAN' BAHANA OPIS POLITIK ??!!!


WOOOO !!! TARIK HANBREK JAP !!! ... mari kita fikirkan bersama mengenai dakwaan pendedahan 'Musang-musang berjanggut Berbulu Anwarista' dalam Perkhidmatan Awam dan di dalam JPM. 

Dakwaan bermula dari artikel Sanggah Tok Janggut (klik di sini). Di dalam artikelnya Tok Janggut (nama pena) mendakwa mempunyai bukti-bukti gerakan Anwarista di dalam Perkhidmatan Awam dan di JPM serta JAKIM. Kemungkinan besar ianya dicetuskan oleh insiden di mana seorang Pegawai JAKIM menyertai PAS dan mengisytiharkannya secara terbuka. Dikatakan bahawa bekas-bekas ahli ABIM masih setia kepada Anwar Ibrahim. Ada kemusykilan juga kerana ABIM tidak lagi menyokong penuh Anwar Ibrahim kerana bercanggah pendapat dengan aliran Pluralisma yang di bawa oleh Anwar Ibrahim. Tidak diketahui lagi ahli ABIM semasa era mana yang disebutkan oleh Tok Janggut. 

Sebelum ini Tok Janggut pernah menyiarkan artikel mempersalahkan TS Sidek Hassan , mantan KSN dalam isu SBPA. Ternyata pendedahan terbaru oleh The Unspinners membuktikan bahawa pegawai yang bertanggunjawab di atas flip-flop SBPA ialah TS Abu Bakar, mantan KPPA dan bukan TS Sidek. 

Pendedahan Tok Janggut dalam hal 'Musang Berjanggut Berbulu Anwarista' memang dialu-alukan sangat namun jangan lah sampai yang tak bersalah seperti TS Sidek hari tu jadi Kambung Hitam di atas pelan Witch Hunt yang dicetuskan pula.

Umum ketahui bahawa ada kelompok yang tak suka TS Sidek Hasan dijadikan Pengerusi PETRONAS. Kelompok yang sama juga tidak suka perlantikan Dato Seri Dr Ali Hamsa yang melangkaui TS Abu Bakar yang flip-flop.  Kelompk yang sama juga begitu simpatetik dengan TS Abu Bakar. TS Sidek Hasan dibenci kerana tindakan tegasnya ke atas seorang pegawai kanan sebuah agensi yang terlepas cakap. Nampaknya ada pihak daripada agensi masih berdendam kesumat dengan TS Sidek. 

Wooooo , ini isu besar kerana melibatkan jumlah pengundi berdaftar 1.4 juta di dalam Perkhidmatan Awam. Sedikit kesilapan dan silap percaturan bakal membawa rebah kepada BN dalam PRU 13. Tulisan Tok Janggut tersebut pun di tambah dengan artikel kontroversi daripada NST berkenaan TS Abu Bakar pun sudah mula hendak merobek-robek kepercayaan kakitangan awam kepada DS Najib. Ini amat merbahaya!

Bagi hamba ini semua adalah akibat terlebih dan keterlaluan dalam POLITIK OPIS! Biasalah kan, di dalam mana-mana pejabat pun Budaya Politik Opis ini ada. Cuma bila melibatkan opis PM dan opis Perkhidmatan Awam, kita kena tau lah bila nak tarik hanbrek ! Kalau tak sempat tarik kang dibimbangkan pula 'Ayam Terlepas Tangan Berbau Taik pulak !

Politik ni macam-macam ada. Cuma Jangan Terlalu Obsesi Dengan Politik Opis yang bakal membawa kemudaratan besar kepada POLITIK NEGARA !

UNISEL LUBUK DUIT HARAM PKR PAKATAM SELANGOR !


Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu,lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.

Ahli politik dimaksudkan ialah:

1) Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2) Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3) Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.Naib Canselor,Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan,Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidakadilan terhadap mereka.Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1) Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
2) Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.Selain Ahli Lembaga Pengarah,salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang.Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni,beliau hanya memekakkan telinga.Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.Kos pentadbiran meningkat,sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan.Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian.Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B.Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.(lihat perbandingan di bawah).

BN

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

Seorang TNC - Gred gaji Jusa B

Seorang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Pakatan Pembangkang

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

3 TNC - Gred gaji Jusa B

1 Pendaftar Kanan - Gred gaji Jusa B

1 orang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Berdasarkan bukti ini,saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel.Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya ‘auta’ sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor


Sumber : Badut Rakyat

UNDI PAS MASUK SYURGA KALAU UNDI PKR & DAP MASUK KE MANA PULA????

Salah Satu Bentuk Propaganda Yang PAS PAKATAM Gunakan Bagi Meraih Undi Sejak dulu Sampai Sekarang. 


Hipokrasi Puak PAS PAKATAM Dalam Dakyah Tutup Aurat 

Seorang rakan Fesbuker mencetuskan suatu pertanyaan berdasarkan kepada poster paling atas yang berbunyi 'Undi PAS Masuk Sorga' . Umum ketahui bahawa PAS, PKR dan DAP bertanding di atas tiket parti masing-masing dan bukan bertanding di atas tiket Pakatam Rakyat (tidak didaftarkan langsung). 

Jadi persoalan yang dicetuskan ialah para pengundi yang mengundi PKR dan DAP di atas penipuan besar-besaran oleh ketiga parti Dajal Al Masikh yang tidak mengundi PAS bakal masuk ke mana pula ? Sebabnya hanya pengundi yang mengundi PAS sahaja masuk sorga !

Nampaknya PAS pun selama ini menipu semua pengundi yang menyokong PKR dan DAP berdasarkan semangat Pakatam Rakyat kan? Elok lah tu,  DAP tipu PKR dan PAS ... PKR tipu DAP dan PAS ... dan PAS tipu PKR dan DAP. Ketiga-tiganya pula menipu semua pengundi dan penyokong mereka. Memang dasar otak penipu Kepala Lembu Hitam.

KETUA PENGARANG KUMPULAN NST PERLU BERWASPADA!



Mantan KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) 
TS ABU BAKAR HJ ABDULLAH 
Artikel Kontroversi Yang Mampu Menimbulkan Salah Faham & Kebencian Kakitangan Awam Kepada Kerajaan Pusat.
TS Abu Bakar Telah Diberikan Amanah Besar Oleh PM Sendiri Untuk Memastikan Skim SBPA Berjaya Malangnya Tugasan Itu Tidak Mampu Dilaksanakan Dengan Baik.

Siapalah Hamba kalau hendak dibandingkan dengan KETUA PENGARANG NST DATO' JALIL ABDUL HAMID . Tetapi Hamba tetap ada garis panduan etika sendiri dalam menulis. Ini kerana Hamba tidak mahu penulisan hamba menjadi suatu fitnah dan/atau menjadi bahan propaganda oleh pihak pakatam untuk mengeruhkan lagi keadaan. Pada fikiran hamba Hak Kebebasan Bersuara termasuk berkarya dalam penulisan kreatif alam maya ada batasan dan hadnya. mengikut nilai-nilai etika dan perundangan negara. Apatahlagi bagi sesebuah akhbar arus perdana macam NST. 

Nilai sesebuah artikel dan berita di dalam akhbar arus perdana seperti NST mampu menjadi bahan propaganda yang baik dan/atau menjadi propaganda yang memalu serta mengaibkan kerajaan Pusat. Walaupun benar etika kewartawanan terikat kepada Kebebasan Media tapi kebebasan itu turut terikat kepada batasan dan had mengikut perundangan negara. Buat apa terbitkan artikel yang mampu mengeruhkan keadaan ? 

Pada 1hb Julai 2012, NST menerbitkan suatu artikel mengenai keluhan tidak puashati TS Abu Bakar, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Perkhidmatan beliau telah ditamatkan. Mengikut maklumat sumber, TS Abu Bakar adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh PM sendiri untuk menjayakan skim SBPA. Malangnya berlaku perkecohan sehinggakan TS Sidek menjadi belasahan hantam keromo pihak yang cuba menuutp cerita sebenar flip-flop skim SBPA. TS Sidek takde kena mengena pun dengan perlaksanaan skim SBPA. 

Isu SBPA sudah selesai tetapi nampaknya Ketua Pengarang Kumpulan NST/BH cuba mengapikan semula keadaan. Artikel kontroversi tersebut telah dijadikan bahan propaganda oleh MalaysiaKini untuk menghasut kakitangan Awam membenci kerajaan Pusat. Laporan MalaysiaKini berbunyi seperti berikut:-
Abu Bakar confirms sacked as PSD chief
By Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, July 1
— Tan Sri Abu Bakar Abdullah has confirmed he lost his job as director-general of the Public Service Department (PSD) as of today, which sources say is related to Putrajaya’s aborted new pay scheme for civil servants. Despite the government’s move to extend the civil service retirement age to 60, the 57-year-old senior civil servant of 35 years said he was “saddened” to find out about the termination only through an official letter. “My family and I are still saddened by this situation. I did not retire but my service was terminated effective July 1, 2012. “I received a letter informing me of the termination of my service. I think that is enough for me to say right now,” he was quoted by Berita Harian (BH) Ahad as saying. The Malay-language paper is the revamped weekend edition of Berita Harian. It was previously known as Berita Mingguan. The paper reported Abu Bakar (picture) saying that he had opted to retire at 60, but the government’s unexpected decision meant that his benefits and pension would only be considered until June 30, 2012.  
He has so far refused to comment on the reason for his termination, and whether it has anything to do with the PSD’s controversial Public Service Renumeration Scheme (SBPA), which was axed after protests from within the civil service. Abu Bakar was previously tipped to be the next Chief Secretary to the Government, but Datuk Seri Dr Ali Hamsa has since taken over. Abu Bakar, whose department was blamed for disparate pay rises for civil servants early this year, was widely expected to leave government service.  
His termination comes amid a on-going debate over the civil service’s impartiality, after newly-minted chief secretary Ali raised eyebrows when he told his new charges that they “should know better” than to believe the “empty promises” made by the opposition. The 1.4-million-strong public sector has been a traditional vote bank for BN but the controversy over a new pay scheme and attacks on the ruling parties by PR over bread-and-butter issues may offer the federal opposition a glimmer of hope in the coming polls. But recent days have seen top government officials go on an apparent overdrive to protect the BN government they serve. Apart from Ali’s message to the civil service, Foreign Ministry undersecretary Ahmad Rozian Abdul Ghani recently attacked a Canadian newspaper for describing Datuk Seri Najib Razak as a “false democrat,” and insisted that the prime minister had “an impressive track record by anyone’s standards”. A director at Putrajaya’s efficiency unit, Pemandu, also made a public attack on PR on Wednesday for not improving the states it governs and focusing on sniping and criticising the federal government’s efforts.
 Rakan bloger THE UNSPINNERS turut mengulas mengenai perkara ini dan menulis, antara lain, :-
Jalil seharusnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Jika dia enggan, dia seharusnya dipecat segera. 
Isu yang mahu ditimbulkan oleh Abu Bakar dan dia bantu oleh Jalil adalah dia mahu terus berkhidmat tetapi kerajaan tidak terima permohonannya ini. Dengan ini, perkhidmatannya berakhir pada Jun 30 dua hari lepas.
Sebelum ini, Abu Bakar dijangka akan mengambilalih jawatan Ketua Setiausaha Negara dari Tan Sri Sidek Hasan yang ketika itu akan pencen. Walaubagimana pun, Najib tidak membuat keputusan mengikut jangkaan dan telah memilih Dato Dr Ali Hamsa untuk dilantik KSN.
Abu Bakar dipercayai tidak dipilih dan ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalannya dalam merangka kenaikkan gaji sekim SBPA yang telah dipertanggungjawabkan secara terus oleh Perdana Menteri sendiri kepadanya.
CUEPAC telah mendedahkan bahawa sekim SBPA yang diusahakan Abu Bakar hanya menguntungkan pegawai atasan kerajaan dengan kenaikkan gaji hingga 80%, manakala kenaikkan diperingkat bawah agak nominal.
Kenaikkan gaji yang sepatutnya dapat memuaskan hati kakitangan awam menjadi satu liabiliti politik kepada Perdana Menteri kerana ia hanya menimbulkan ketidk puasan hati dikalangan kakitangan kerajaan.
Ini memalukan Perdana Menteri yang terpaksa menukar keputusan dan memperkenalkan sekim SSB baru untuk menggantikan sekim SBPA.
Namun begitu, Abu Bakar tidak mengambil bertanggungjawab dengan kesalahan besarnya itu tetapi masih mengharapkan dapat terus berkhidmat hingga ke umur 60 tahun. Sebab pemecatannya pun turut tidak disebut. baca seterusnya di sini THE UNSPINNERS " Ketua Pengarang NST/BH Patut Letak Jawatan!"
Keadaan negara kita sentiasa dikeruhkan oleh portal media pro pembangkang dalam macam-macam isu yang dijadikan bahan fitnah mereka. Kita tidak perlu memperjuangkan hanya nasib seseorang individu kerana beliau adalah rakan semata-mata dengan mengenepikan kepentingan negara. Inilah yang terjadi dalam isu di mana Ketua Pengarang NST/BH nampaknya memberikan ruang kepada Abu Bakar melepaskan ketidakpuashatinya kerana enggan bertanggungjawab di atas kesilapannya di dalam perlaksanaan SBPA. Ini tidak patut dilakukan oleh Ketua Pengarang NST/BH.

Ketua Pengaramg NST/BH sepatutnya lebih peka kepada keperluan Kepentingan Negara berbanding dengan kepentingan peribadi seorang individu seperti TS Abu Bakar. Kita berharap agar kesilapan-kesilapan bersifat peribadi seperti ini tidak berlaku lagi di masa-masa hadapan oleh mana-mana agensi dan kakitangan awam serta bekas-bekas kakitangan yang pernah bekerja untuk kerajaan Pusat sekarang ini.

Kepentingan Negara lebih utama daripada POLITIK OFIS !

TOLONG BANTU CARI ADIK INI !



12 hours ago 


assalamualaikum...kepada siapa yg mengetahui maklumat tentang wanita ini,anda boleh la menghubungi saye dia talian ini.0196076360..yamin...wanita ini adalah adik kandung saya...dia telah hilang pada 28/06/2012.mengikut maklumat yang diberi,adik saya telah dibawa lari oleh seorang lelaki THAILAND.saya harap anda memberi kerja sama untuk memberi maklumat....KALAU SYA DAPAT SAPE LELAKI ITU...HIDUPNYE TAKKAN LAMA DAN SAYA AKAN SEKSA IDUP2...!!!



SILA BANTU ABANG KANDUNG KEPADA GADIS (GAMBAR DI ATAS) YANG SEDANG MENCARI ADIKNYA YANG DIKATAKAN DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI THAILAND. KEPADA ASHRAFF DI HARAP BERSABAR. 

TERUK ITALI KENA BELASAH DEK SEPANYOL.

APAKAN DAYA walaupun Itali bermain dengan baik tetapi but bola pemain Sepanyol lebih bertuah daripada jersi Itali. Ya Sepanyol bukan sahaja berjaya menjadi juara malah berjaya meliwat Itali sehingga pintu gol Itali dibolosi sebanyak empat kali ! Perghhh ... spaghetti memang sedap di makan dengan sos Sepanyol. Apa pun diharapkan agar penyokong Itali tidak berdemonstrasi. Tahniah kepada kedia-dua pasukan yea. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...