Khamis, 14 April 2011

UNDI BN RAKYAT SEJAHTERA ! UNDI PEMBULAK RAKYAT, LIM KIT SIANG KAYA


1.    Tinggal hanya 2 hari sebelum tiba hari mengundi pada SABTU ini pada 16hb April 2011. Sepanjang tempoh berkempen, pepuak dan jejuak Pembulak Rakyat tiada menjalankan sebarang kempen Bersih lagi suci putih melainkan mereka terus menerus menyebarkan dan mendakwa bahawa yang putih bersih lagi suci itu ialah hanya poster-poster dan kain-kain rentang mereka sahaja, itupun jika mereka gunakan kain putih namun penggunaan kain putih itu adalah pengakuan ikhlas mereka bahawa itulah kain kafan yang mengkafankan mereka dalam PRN 10 Sarawak. Inna-lillahi-wa inna ilaihi rojiiun, Al Fatihah !



2.    Orang Sarawak diseru agar memberikan mandat besar kepada BARISAN NASIONAL yang terdiri dari parti-parti berasas dan bertunjang kepada citarasa tempatan dan diterajui oleh anak-anak Sarawak yang hebat-hebat belaka. Terpenting ialah betapa kasih sayang mereka kepada anak-anak Sarawak. Mereka tahu apa kesusahan dan kesulitan anak-anak Sarawak, berbeza dengan Pembulak Rakyat yang tahu sayangkan anak-anak Sarawak semasa kempen sahaja. Selepas kempen, mereka akan naik belon balik Semenanjung kemudian kutuk kow-kow anak-anak Sarawak jika mereka kalah, Jadi sebelum mereka kutuk, lebih baik anak-anak Sarawak berikan KUTUKAN MANJA kepada Pembulak Rakyat sebagai membalas 'Budi Busuk' mereka kepada anak-anak Sarawak.




3.    Agenda Busuk Pembulak Rakyat amat jelas terpampang dalam kerahan tenaga yang dikenakan keatas Nik Ajih Menteri Besar Kelantan yang berkecimpung dalam bidang politik lebih lama daripada Pehin Sri. DAP amat gembira kerana berjaya memperkudakan betul-betul Nik Ajih dengan kerelaan hati Nik Ajih sendiri. Dalam kempen di mana PAS bertanding sebelum ini, nak nampak kelibat pemimpin DAP amat sukar ibarat mencari jarum emas dalam jerami padi, malah tak kedengaran langsung bunyi 'kentot' pemimpin DAP. Beginilah DAP memanipulasikan mana-mana pihak dan orang perseorangan bagi kepentingan politik mereka.Begitu jugalah yang bakal diterima oleh anak-anak Sarawak jika mmberikan kepercayaan dan mandat kepada DAP. DAP tidak mempedulikan nasib rakyat pun. Apa DAP nak kisah  jika mereka berkuasa, boleh impot limau mandarin dari Tanah Besar China.





4.    Manifesto Pembulak Rakyat menekankan hanya soal membeli jiwa anak-anak Sarawak dengan nilai matawang. Kalu orangtua nilainya sekian, kalau mati nilainya sekian, kalo anak muda nilainya begini dan seterusnya. Pembulak Rakyat menilai rakyat dengan nilaian wang ringgit. Ini bukan KEBAJIKAN namanya, tapi PERHAMBAAN TULEN !. 





Kalaulah Pembulak Rakyat ni benar-benar prihatin kepada rakyat, kenapa tidak menjanjikan jawatan KETUA MENTERI dan ECXO NEGERI kepada RAKYAT yang bukan ahli kepada parti politik mereka? Ada berani ka ? Dan rakyat bebas keluar masuk rumah kediaman rasmi semua EXCO Negeri dan menggunapakai kereta rasmi yang digunakan oleh Pembulak Rakyat. Ye tak ? Ini barulah dikatakan MEMULANGKAN SEMULA HAK RAKYAT.
Dan rakyat diberikan KEBEBASAN untuk menetapkan cukai serta diberikan kebebasan penuh tebanglah mana-mana kayu balak yang ada di Sarawak tanpa dikenakan sebarang cukai, permit dan lesen.

JANGAN MUNAFIK DALAM HAL INI !
Al Juburi yang kata ..... bukan JS yang kata !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...