Isnin, 6 Julai 2015

1MDB & NAJIB TERUS DI FITNAH MELALUI MEDIA ASING & TOK HIM DAH U-TURN.


Hipokrasi arwah Tun M. Dolu beliau minta semua rakyat jangan percayakan AWSJ yang memefitnah beliau Kini beliau U-Turn plak hanya semata fitnah tu kena kat Najib. Citt Poodah.


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Pelik kan. Bagaimana orang cam arwah Tun M neyh nampak lebih hebat serang 'Orang Sendiri' berbanding serang 'Pihak Musuh'. Sepatutnya, arwah Tun M membantu & beri kerjasama kepada 'Orang Sendiri'. Tapi berlaku sebaliknya. 

Ambe nak tulis pasal kenapa cerita & interbiu Ketua Aditor ASWJ dengan CNBC tu mengarut dan fitnah sahaja. Pernah ke korang dengar media asing ini ada kredibiliti dan kewibawaan sejak 30 tahun lepas? Mana ada kan? 

Tanyalah kepada mana-mana kerajaan di dunia ini, malah kerajaan Amerika pun, diaorang akan kata media diaorang pun tak boleh di harap dan takde kredibiliti. 

Kenapa ambe percaya & yakin benar AWSJ buat pitenah ? Ketua Editor AWSJ yang di Hong Kong kata beliau ada bukti kukuh dan dakwa hasil siasatan tu pun Peguam Negara & Najib dah tengok. Nak tanya la kat korang, sejak bila plak Ketua Editor AWSJ tu kakitangan gomen Malaysia dan ada akses kepada dokumen yang Peguam Negara dan Najib tengok? Ha ha ha ha ..... 

Memang lah Ketua Editor AWSJ berani buat bohong sebab beliau tahu proses nak menyaman beliau dan AWSJ tu bukan proses yang mudah. Ianya melibatkan bidangkuasa bersilang. Undang-undang kat Malaysia tak sama kat Hong Kong. 

AWSJ ada pengalaman di saman oleh kerajaan Singapura. So, diaorang tau lah selok-belok had batas bidangkuasa dan penguatkuasaan di peringkat antarabangsa.

Makanya, Ketua Editor AWSJ amik kesempatan lah di atas kelohongan & kelopongan penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa. Sebab beliau tahu bukan mudah nak saman beliau di persada antarabangsa. 

Kesalahan yang beliau buat ialah di Hong Kong. Penyebaran berlaku di alam maya, Open Space. Undang-undang siber dan Akta Hasutan kita pun terhad kuatkuasanya. Artikel fitnah pun diterbitkan di Hong Kong. Penyebarannya sahaja di alam maya. So apa agaknya cara terbaik nak membuktikan AWSJ tu bikin fitnah dan bersalah? 

Sebenarnya, Ketua Editor AWSJ tu tak belajar undang-undang abis. Pengakuan beliau yang mendakwa mempunyai 'dokumen yang telah di lihat oleh Peguam Negara & Najib' itu dari segi perundangan negara mempunyai implikasi besar. Ianya suatu Jenayah mempunyai Dokumen Rasmi kerajaan lain tanpa izin dan kebenaran kerajaan itu. 

Sudah tentulah, jika dakwaan Ketua Editor AWSJ tu ada asas, bermakna ada lah malaon yang berikan dokumen berkenaan kepada beliau. Oleh itu cara terbaik dan terpantas nak kenakan tindakan ke atas AWSJ sekaligus membersihkan nama baik Najib ialah satu repot polis perlu di buat terhadap Ketua Editor AWSJ berkenaan pembocoran maklumat rahsia & pemilikan dokumen rahsia kerajaan. 

Dengan itu, kerajaan Malaysia boleh alert INTERPOL dan memulakan tangkapan. Dari situ, baru lah boleh dikaitkan pula dengan jenayah hasutan di bawah perundangan Malaysia. Sekaligus, semua penyebar fitnah berkenaan dalam negara pun akan terbabit sama dan boleh di tahan reman untuk siasatan. 

Membuat fitnah dari luar negara memang mudah lah. Apasaja boleh dijadikan fitnah oleh mana-mana pihak di luar negara memfitnah mana-mana individu dan kerajaan Malaysia atas apajua rekaan fitnah-mehnah yang memualkan. 

Sememangnya AWSJ telah melakukan suatu Jenayah Siber yakni menyebarkan sesuatu berita yang tak benar bagi memudaratkan sebuah kedaulatan negara lain serta menyimpan dokumen rahsia kerajaan lain tanpa kebenaran & keizinan. 

Tak logik langsung nak siasat Najib atas fitnah berkenaan. Sepatutnya, kita siasat lah AWSJ kerana mendakwa mempunyai Dokumen Rahsia badan penyiasat 1MDB (ehh ada ke badan penyiasat tu?)

PERKASA pun dah keluarkan kenyataan media meminta rakyat tak percayakan fitnah AWSJ berkenaan. Najib pun dah menafikannya di Semenyih dan mengulangi lagi di Perak. 

Tapi sekelian cencorot arwah tun M dok pertikai kenapa Najib tak nafikan. Hek leh,muroh beno propa depa tu. Najib dah berkali-kali menafikan. Tapi biasalah mentaliti puak cencorot arwah tun m sama je rendah cam puak macai mendian dapigs, pkr & pas. 

Ambe yakin dan konpiden, tak lama lagi AWSJ akan buat permohonan maaf dan menarik balik artikel berkenaan. Bak kata omputih lar, 'Everyone has their own price and their own fear'.

Last sekali arwah Aki ambe pernah berkata, " Fitnah tetap fitnah waima dihiasi dengan perhiasaan indah & cantik untuk nampak betul"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...