Rabu, 10 Oktober 2012

MAT SABU TAK TAHU PKM NAK TUBUHKAN NEGARA KOMUNIS.


PULAU PINANG 9 Okt. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak mengetahui matlamat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

Meskipun berpendirian sebelum tahun 1957 PKM dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, beliau juga tidak tahu bahawa penubuhan sebuah negara komunis di negara ini merupakan ideologi komunis.

Beliau menjawab demikian kepada soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pada hari kedua perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. di hadapan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.

Firoz juga bertanya tentang peranan PKM sebagai salah satu parti dalam Pertubuhan Komunisme Antarabangsa yang mempunyai matlamat menjadikan dunia ini pengikut komunis dan masih dijawab tidak tahu oleh Mohamad.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121010/ma_01/Mat-Sabu-tak-tahu-matlamat-PKM-mahu-tubuh-negara-komunis#ixzz28qjPdIy3 © Utusan Melayu (M) Bhd

Komen JS: Inilah standard Timbalan Presiden PAS pada waktu ini. Serba serbi tak tahu. Beliau tak tahu apakah yang menyebabkan beliau jatuh mtorosikal dulu dan beliau turut tak tahu berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel adalah suatu kesalahan di sisi agama sehingga terlekat bau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...