Rabu, 6 April 2011

ABANG JO 'Orang Buat Jahat , Kamek Balas Baik'.



1.   Seorang rakan JS anak pribumi Sarawak menyapa JS di dalam yahoo messenger. Agak lama kami berbual dan saling bertukar khabar. Dia menanyakan kepada JS kenapa JS tidak turut ke Sarawak membantu jentera pilihanraya di Sarawak. JS memaklumkan kepada beliau bahawa orang Sarawaklah yang lebih layak mengendalikan hal ehwal mereka sendiri dan cukuplah JS hanya membantu dari jauh. Tambahan lagi, kata JS kepadanya, orang Sarawak ini lebih lama tahu mengenai politik kerana DUN yang tertua di Malaysia adalah DUN Sarawak dan orang Sarawak baik pemimpin dan pengundi mereka lebih matang dan berpengalaman luas dalam politik berbanding orang Semenanjung.

2.   JS bertanyakan kepadanya mengenai perkembangan dan suasana di sana terutama calun Barisan Nasional yang bertanding di semua 71 DUN yang ada. Dia mula bercerita mengenai seorang tokoh tempatan yang diterima baik oleh semua orang baik lawan mahupun musuh yang dikenali dengan panggilan mesra 'Abang Jo'. Perasaan ingin tahu JS mendesak JS bertanya mengenai Abang Jo tersebut. Rakan JS tidak keberatan menceritakannya.

3.    Katanya, Abang Jo ini seorang pemimpin contoh dan amat gemar menasihati anak-anak buahnya dengan kata-kata 'ORANG BUAT JAHAT, KAMEK BALAS BAIK' maknanya ' ORANG BUAT JAHAT, SAYA BALAS BAIK'. Wah sungguh hebat Abang Jo ini, fikir JS, mengalahkan keperibadian Aljuburi yang sering meneriakkan ' LAWAN TETAP LAWAN.'

4.    Malah katanya, Abang Jo ini banyak jasanya kepada negeri Sarawak dan rakyat setempat di mana ia menjadi Wakil Rakyat. Abang Jo ini cukup ta'at kepada pemimpin atasan, sebagai contoh katanya, pernah Gabenur Sarawak menegur Abang Jo untuk membuat sebuah pintu pagar kedua di kawasan rumah kediamannya yang sederhana yang ada hanya sebuah pintu pagar utama bagi memudahkan kereta keluar dan masuk. Ini kerana laluan kereta Gabenur tersekat kerana tidak dapat reverse ke belakang dan keluar dari kawasan rumah kediaman Abang Jo disebabkan oleh kereta-kereta lain yang bersesak di hadapan satu-satunya pintu masuk dan keluar.

5.    Menurut kata rakan JS, kalau pemimpin lain dah lama nak bermegah dengan bilangan pintu keluar dan masuk di rumah kediaman masing-masing tapi Abang Jo tidak begitu. Hanya setelah ditegur oleh Gabenur disebabkan laluan tersekat kerana hanya ada 1 pintu utama masuk dan keluar. Banyak lagi kisah-kisah menarik mengenai kepimpinan dan peribadi Abang Jo nie, takpa sabor. Nanti JS akan ceritakan semuanya kerana pada JS, Abang Jo nie merupakan contoh model 'Winnable Candidate' dan bukanlah Calun Kitar Semula. Kalau  pemimpin itu baik dan banyak beri manafaat kepada rakyat nak buat kita nak tukarkan dan gantikan dnegan yang lain betul tak ? Ibaratnya kita ada sebuah kereta lama tapi masih bagus, bodi kereta tidak karat dan enjinnya masih berprestasi tinggi malah melebihi kereta baru, takkan nak jual kereta itu kot?

SETIAP YANG BARU TU BELUM TENTU DAPAT MENGGANTIKAN YANG LAMA
DAN YANG LAMA ITU TIDAK SEMESTINYA PERLU DIGANTI
KECUALILAH KALAU MACAM ALJUBURI
MEMANG PATUT DIA DI TUKARGANTI
TERMASUK TIUBNYA SEKALI !

ORANG BUAT JAHAT
KITA BALAS BAIK
INGATKAN ALLAH SWT
HATI KENA BAIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...