Sabtu, 8 Disember 2012

OPERA SABUN BT 9 GOMBAK - PAKATAM AHZAB SASAULISMA TAK MATANG BERPOLITIK.

TUN HISAN 


Menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), kata Tun Hisan, polis tidak lagi mengawal perhimpunan kerana Seksyen 27 Akta Polis 1967 telah digantikan dengan PAA (Peacefull Assembly Act) . Tun Hisan (kanan dalam gambar) menjelaskan di bawah Seksyen 9 PAA, penganjur mana-mana perhimpunan awam bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menolak dakwaan bahawa polis membenarkan kedua-dua pihak mengadakan aktiviti mereka rapat antara satu sama lain.

"Itu tidak benar. Selepas Seksyen 27 Akta Polis digantikan dengan PAA, polis tak regulate (mengawal) lagi (perhimpunan), mereka perlu maklumkan kepada polis (sebelum perhimpunan diadakan),” katanya kepada Malaysiakini di luar sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.

Bagaimana pun Tun Hisan enggan mengulas parti yang gagal mematuhi undang-undang, tetapi menegaskan perkara itu akan disiasat.

Menurut Seksyen 9 PAA, penganjur mesti memaklumkan kepada polis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Kegagalan untuk mematuhi bermakna menghadapi denda maksimum RM10,000.

Dalam sidang akhbar tersebut, Tun Hisan menasihatkan semua parti politik supaya mematuhi undang-undang dan memaklumkan kepada polis sebelum mengadakan sebarang ceramah.

"Kerajaan telah memberi kelulusan kepada PAA, jadi berhimpunlah dengan aman. Jadilah sebuah masyarakat yang matang. "

"Apabila nak berhimpun, hantar notis kepada polis, maklum. Ikut peraturan mengikut Seksyen 9 PAA.“Jadi, jika (buat) begitu, (jadi) masyarakat matang, (maka) pihak polis pun boleh jaga, kawal keselamatan, lalulintas, dan sebagainya, jadi amanlah perhimpunan itu.

Itulah masyarakat yang kita nak, jangan menimbulkan politik kebencian,” tambah Tun Hisan.Beliau juga berkata bahawa polis Gombak sedang menyiasat kes itu, dan sehingga ini, lebih lima kenyataan telah direkodkan.

Tun Hisan juga menolak kritikan orang ramai bahawa pihak polis tidak melakukan apa-apa dalam banyak kejadian keganasan politik sejak kebelakangan ini.

"Siapa ‘orang ramai’ yang tak nampak (tindakan yang diambil oleh pihak polis)? Kami menyiasat, kita menangkap dan mendakwa pihak yang menjejaskan ketenteraman awam.

"Macam mana boleh kata tak nampak? Tak baca paper (akhbar)?” soalnya.

Dua penyokong Pakatan Rakyat dan seorang penyokong BN cedera dalam pergaduhan semasa ceramah yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak pada malam Selasa.Kedua-dua BN dan Pakatan menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain, mencetuskan keganasan. - FMK.


KOMEN JS: - Dulu puok sasaulisma pakatam ahzab jugak yang nakkan Hak Kebebasan Berhimpun Secara Aman. Deme jugak yang nak mansuhkan seksyen 27 Akta Polis. Kononnya deme dah Matang sangat lah. Bila diberikan kepada deme benda-benda itu semua di bawah seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman (APA) . Akhirnya TAK JADI APA-APA. Tak aman pun dan tak matang pun puok sasaulisma pakatam ahzab. Tapi nasi dah jadi bubur sekarang nie. Dah tak boleh kuatkuasakan kembali seksyen 27 Akta Polis.

Memanglah deme sengaja perdayakan ramai orang untuk membolehkan deme buat rusuhan dan berhimpun dengan senjata. Puak sasaulisma pakatam ahzab ni jangan dipercayai langsung sampai bila-bila. Deme ne jenis Penipu dan Pembelot sepanjang masa. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...