Khamis, 4 April 2013

#PRU12 - MAT MASLAN KATA 20 KERUSI PAKATAN JATUH KE BN & MB KEDAH JATUH SENDIRI #TolakPakatan #SaveKedah



Oke lah bila abang Mat Maslan ambe dah kata BN boleh rampas 20 kerusi daripada DAP PRK PAS kira abang Mat Maslan ambe tu CAKAP SERUPA BIKIN LA. Pada pandangan ambe BN mampu merampas hampir 50% kerusi Parlimen PKR DAP PAS di seluruh negara sambil mengekalkan kerusi sedia ada. 

Gambar sensasi MB Kedah terjatuh selepas bertemu YDPA (Sultan Kedah) untuk membubarkan DUN Kedah.

Kesian MB Kedah kan. Terjatuh sendiri. Dah lah PKR dok nak jatuhkan beliau. Bahkan DAP pun nak gulingkan MB KEDAH. Malah, ahli PAS KEDAH pun nak tumbangkan MB KEDAH.

Sudah lama tersebar mengenai keadaan kesihatan Azizan Razak. Menurut sumber gosip-gosip liar, kesihatan beliau berpunca daripada mainan sihir. Sejauhmana kebenarannya tak tau lah. Tapi Azizan Razak memang ramai musuh-musuh politik dari kalangan PAS DAP dan PKR. 

Perebutan dalaman PAS Kedah bukan rahsia lagi dah. Sailang menyailang dah jadi kebiasaan pulak di kalangan PAS Kedah. So kita tengok ler nanti yea.
Gelombang Tsunami 2008 sudah lama surut dan kini GELOMBANG BIRU pula datang MELANDA !

#PRU13 "NIK AZIZ OTAK TAK BERAPA SIHAT"- UST SAIDI



"Saya bersedia kerana saya adalah saksinya, saya ada bukti.. kalau mereka nak saman, saya terima dan saya cabar Nik Aziz dan Saipul Bahrin tolong saman saya kerana saya sudah bersedia masuk mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)"

Ustaz Saidi adalah bekas orang kuat PAS di Kelantan. Semasa beliau berada dalam PAS, beliau bukan calang-calang orang. Apabila beliau mendedahkan mengenai skandal seks Saipol Bahri (ADUN Selinsing), beliau telah menerima ugutan bunuh. Malah ada percubaan untuk membunuh beliau sebanyak dua kali.Sekali kereta beliau sengaja di langgar. Kali kedua beliau di serang di rumah beliau sendiri. 

Pendedahan berani tersebut telah memeranjatkan ramai pihak sehingga cuba di padam dengan penipuan mengenai kes amah Rais Yatim. Permasalahan utama puak PAS dan simpatisan PAS ialah keengganan mereka menerima hakikat bahawa PAS ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK.

DAN BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM KERANA DALAM ISLAM TIADA PARTI-PARTI. HUJAHNYA MUDAH, KERANA ISLAM ITU LEBIH TINGGI DAN MULIA DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK.

Mereka juga sukar menerima realiti bahawa pemimpin-pemimpin PAS tak maksum dan hanyalah manusia biasa saja. Sama seperti mana-mana manusia lain yang boleh terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. 

Tapi Insya-Allahu Ta'ala, dengan pendedahan demi pendedahan daripada orang-orang kuat PAS seperti Ustaz Saidi, CN Afghan , Prof Madya Mohd Noor Deris dan ramai lagi, lama kelamaan orang akan menerima kebenaran mengenai pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini berselindung dan memperisaikan kejahatan diri mereka di sebalik nama Allah Ta'ala, baginda Rasul s.a.w. dan agama Islam itu sendiri. 

#PRU13 JOM #TolakPakatan DUN SELANGOR RASMI BUBAR HARI INI. KERAJAAN PAKATAN SELANGOR TAK SAH LAH YEA.

Keadilandaily Khamis melaporkan petang tadi di Istana Alam Shah Kelang, Warkah Pembubaran DUN Selangor telah ditandatangani oleh Sultan Selangor.
Jadi, Kerajaan Negeri Selangor tak sah ler yea.

INILAH MASANYA untuk sepak keluar DAP PKR PAS dari Selangor.

#PRU13 - KATA-KATA DS NAJIB YANG MENJADI PENYEBAB UTAMA BN DAPAT 2/3 MAJORITI. #TolakPakatan



Ziarah & Solat berjemaah di Masjid Jamek Seri Petaling..


Kata-kata DS Najib di Masjid Jamek Seri Petaling itulah menjadi pencetus utama BN memperolehi 2/3 majoriti pada kali ini.

Kata-kata DS Najib tersebut tak mampu di spin oleh damacai-damacai DAP PKR PAS.

Tak mampu dikalahkan oleh Anwar Ibrahim.
Tak mampu di sanggah oleh Tok Nik.
Tak mampu diperlekehkan oleh Kit Siang.

Tak percaya tengoklah nanti ....


#PRU13- 17 PERKARA BARU DALAM PRU KALI INI - SPR


#PRU13 CALON PAS KEDAH BAKAL DI SAILANG PKR- ADA MOMOK DALAM OPIS MB KEDAH #TolakPakatan


Kandungan Surat Cabang Merbok, PKR:-
SENARAI NAMA CALON PAS KEDAH YANG AKAN BERTANDING PADA PRU 13. 
Tolong serahkan senarai nama-nama calon Parti PAS yang akan bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk PERHATIAN YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEPERTI YANG TELAH DIJANJIKAN.   
Memandangkan kita terpaksa menjaga sumber yang memberi MAKLUMAT di pejabat Menteri Besar Kedah, tolong beri terus dokumen ini kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim atas dasar for his eyes only.
WOW! .......
Nampaknya PKR tak percaya PAS.
DAP tak percaya PAS
PAS tak percaya DAP & PKR.

Semua pihak pasang spy dan agen untuk tahu apa yang pihak satu lagi buat.


Dalam apajua segi dan sudut lah, PAS sentiasa menjadi 'MAKANAN ENAK, GURIH LAGI RANGGUP buat DAP dan PKR. Paling malang ialah pengikut dan ahli akar umbi PAS yang tak boleh apa-apa kerana terbelenggu dengan macam-macam jenis Baiah Bidaah rekaan PAS.

Dalam AL Quran pun sendiri dah sebut, mana-mana Bai'ah boleh dikifarahkan. Kalau tak menjadi ahli PAS pun , Islam masih boleh diperjuangkan.
Jalan ke sorga masih terbuka luas waima tak menjadi ahli PAS pun.
Nak sokong Islam pun tak perlu menjadi ahli PAS.
Nak sokong Islam pun tak perlu undi PAS pun. 
Yea tak.
Sebab PAS PARTI POLITIK.



#PRU13 KLIP VIDEO PEMBONGKARAN TAKTIKAL HURU HARA PAKATAN SEMASA & SELEPAS PRU13.



Sidang Media TIBAI di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru pada 3/4/2013.

Mohon disebarkan meluas dan seluas-luasnya.
Pakatan akan melakukan apasahaja untuk memastikan kekecohan berlaku.
Menang atau Kalah bukan lagi menjadi Matlamat Pakatan.
Matlamat Pakatan ialah mencetuskan HURU-HARA.
Sekaligus Pakatan berharap akan berlaku tragedi seperti 13 Mei 1969.
Kita berusaha dan memohon kepada Allah Ta'ala agar Pelan Tindakan jahat Pakatan tersebut gagal.

Pakatan sudah bersedia dengan pelbagai Pelan-pelan dan rancangan-rancangan jahat mereka untuk menafikan Hak Majoriti Pengundi Malaysia.

Ayoh! Kita gagalkan sahaja perancangan Pakatan tersebut walau di mana jua!
Tumbangkan Pakatan bermakna anda Mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Ibu Pertiwi yang tercinta!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...