Rabu, 17 Oktober 2012

KALAU DAP TAK JAGA HATI PAS, KELUARLAH PAKATAM.


Isunya MBAS kenakan syarat ke atas papan iklan agar model wanita beragama Islam menutup aurat dan menggunakan ayat-ayat yang tidak menyalahi ajaran Islam. DAP Kedah menentang keras sesuai dengan sifat mereka sebagai sebuah parti politik yang anti Islam.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah dah bersuara:-
Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati’ ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini. 
Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang. 
"Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat,” katanya.
Pengerusi DAP Kedah pun dah beri alasan:-
"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian
Cuma Pengerusi DAP Kedah tak sebutlah nak tarik balik bantahan. Katalain Pengerusi DAP Kedah kata "Its ok to bantah dan that bantah PAS takkan kata DAP anti Islam"

Apa yang ahli dan penyokong PAS boleh lakukan ialah mengundi BN dalam PRU 13 nanti sebagai pengajaran kepada kesombongan dan keangkuhan DAP Kedah dan DAP Pusat.

Kalau BN menang pun PAS tak rugi apa-apa. Anak Dara rebutan lah katakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...