Sabtu, 25 Januari 2014

@SPADChannel KOD KESELAMATAN SPAD ICOP




"Hari ini kita melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan. Tujuannya untuk bangkitkan kesedaran - walau ada teknologi terbaik pun, tetapi kalau ada pemandu tidak dilatih untuk berdisiplin dan memikirkan keselamatan sebagai unsur atau elemen terpenting, dia tidak akan membantu kita menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia" Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sejak insiden bas masuk gaung di Genting Highlands tahun lepas, SPAD mengambil inisiatif menguatkuasakan Kod Keselamatan SPAD- ICOP keatas pengusaha bas dan lori. Salah satu punca utama yang dikenalpasti ialah memandu melebihi had laju yang ditetapkan. selain itu, membawa lebih muatan serta kondisi pemandu dan kenderaan. Didapati juga, selama ini pengusaha, pengendali bas dan lori tidak mempunyai Pegawai Keselamatan yang ditugaskan menjaga serta memantau ciri-ciri keselamatan bas dan lori.

SPAD telahpun mengendalikan kursus keatas pengendali bas dan lori mengenai pematuhan Kos Keselamatan SPAD-ICOP. Menurut Pengerusi SPAD, "Sekarang latihan ICOP kita concentrate kepada pengusaha...di mana kita dah latih lebih daripada 3,000. We launced this in December 2012..only 10% dah kita train. Kita akan terus train lebih ramai lagi. Tadi persatuan pemandu trek bagitahu mereka akan tubuh Truckers Club untuk latih pemandu kontena."

Menurutnya lagi, "Di bawah program SPAD-ICOP, tidakan yang akan diambil ke atas pengendali yang tidak mematahui had laju, untuk kesalahan pertama kita akan keluarkan surat amaran. kesalahan kedua kita akan kenakan satu bulan penggantungan permit kenderaan dan kesalahan ketiga...tiga bulan penggantungan permit kenderaan. kesalahan keempat kita akan batalkan terus permit kenderaan. kebanyakan kes eksiden sebab pemandu bawa laju sebab tu SHE ICOP ni penting.  "

Pegerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid turut mengingatkan semua , "Apa yang kita laksanakan sekarang ialah to start the journey ... which is to create awareness, so operators tahu apa peraturan yang mereka kena patuh...mcm GPS...tapi kalau ada GPS tak pantau tak guna juga. so setiap kompeni mesti ada safety officer, safety meeting every month...So latihan itu untuk bagitahu apakah requirement untuk memenuhi SPAD ICOP."

Dalam sidang media, Pengerusi SPAD turut menyentuh mengenai kelonggaran yang bakal diberikan kepada pengusaha bas sekolah. Yakni, pengiklanan pada badan bas sekolah besar kemungkinan diberikan sebagai cara pengusaha bas sekolah menambah pendapatan . Diharapkan, dengan tindakan tersebut, pengusaha bas sekolah tak perlu menaikkan tambang. Beliau turut menyeru ibubapa agar tampil kehadapan membuat laporan sekiranya berlaku kenaikan tambang bas sekolah dengan menghubungi SPAD di talian bebas SPAD yang tersedia.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...