Isnin, 25 Julai 2011

MANA YANG BETUL? MAJLIS PEGUAM BIN BAR MALAYSIA ATAU MAJLIS PEGUAM BIN DAPKRPASM?

Kita sambung lagi dalam membicara tujuan, matlamat dan kuasa-kuasa BAR MALAYSIA dengan MAJLIS PEGUAM. Berdasarkan AKTA PROFESION GUAMAN 1976 (Akta 166), MAJLIS PEGUAM tertakluk kepada BAR MALAYSIA, ringkasnya MAJLIS PEGUAM BIN BAR MALAYSIA. Itu yang tertulis di dalam perundangan Malaysia. Sungguh menghairankanlah apabila kebelakangannya ini terutama sejak sebelum 2008, MAJLIS PEGUAM nampaknya sudah dijadikan 'anak angkat' DAPKRPASM sehingga tidak lagi merasakan perlu berbinkan kepada BAR MALAYSIA. 




Dia atas adalah petikan-petikan seksyen-seksyen yang berkenaan dengan tujuan, matlamat dan kuasa-kuasa penubuhan BAR MALAYSIA dengan MAJLIS PEGUAM. Sila bezakan antara keduanya untuk pemahaman yang amat jelas, 

Anda boleh membaca walaupun tanpa perjelasan daripada JS kerana ianya begitu mudah ...cubalah cari di mana kuasa-kuasa BAR MALAYSIA untuk mempertikaikan apa-apa keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA?

Di mana kuasa BAR MALAYSIA untuk campurtangan dalam hal ehwal keputusan MENTERI KDN dan PDRM dalam hal menahan 6 orang PSM di bawah EO.

Apabila BAR MALAYSIA tidak mempunyai kausa-kuasa untuk berbuat demikian ini bermakna MAJLIS PEGUAM turut TIDAK MEMPUNYAI KUASA-KUASA SEDEMIKIAN.


Berikut di bawah adalah seksyen berkaitan dnegan MAJLIS PEGUAM dan kuasa-kuasa yang letakhak kepadanya 



Jelas peruntukan undang-undang tidak membenarkan MAJLIS PEGUAM mengambil tindakan yang telah dan sedang di ambil olehnya dalam isu penahanan 6 orang PSM dan isu keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA. MAJLIS PEGUAM ternyata telah bertindak di luar kuasa-kuasa mereka dan melampaui batas. Sudah agak lama MAJLIS PEGUAM menjadi anak angkat kepada pembangkang ! Kita perlukan MAJLIS PEGUAM yang BEBAS MEMPERTAHANKAN PERUNDANGAN NEGARA dan bukannya MAJLIS PEGUAM BEBAS BERBUAT SESUKA HATI MEREKA MENCABAR PERUNDANGAN NEGARA!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

HILANG KELAYAKAN KEAHLIAN & KEANGGOTAAN BAR MALAYSIA, MAJLIS PEGUAM & JAWATANKUASA BAR.

Sambungan daripada artikel terdahulu mengenai BAR MALAYSIA dan MAJLIS PEGUAM, Tahukah anda bahawa mana-mana anggota MAJLIS PEGUAM boleh hilang kelayakan menjadi anggota dan ahli jawatankuasa MAJLIS PEGUAM dan mana-mana JAWATANKAUSA BAR NEGERI di bawah perenggan (a) - (c)(i)(ii)(iii) , sub-seksyen 1, seksyen 46A di mana PEGUAM NEGARA diberikan kuasa untuk membuat keputusan muktamad yang tidak boleh dipersoalkan dan dipertikaian di dalam mana-mana mahkamah  Sekarang buka minda seluas-luasnya mengenai perkara ini, 


Seksyen 46A APG 1976 mempunyai tiga sub-seksyen, tiga perenggan dan tiga sub-perenggan. Sila lihat gambar seksyen yang berkenaan, terutamanya sekali mengenai kawasan berpetak kuning.

Adalah jelas, semua anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM adalah dilarang samasekali memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana kesatuan sekerja; mana-mana parti politik; atau apa-apa kua pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia yang mempunyai tujuan atau menjalankan aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai berjenis, bercorak atau berbau politik atau diisytiharkan oleh PEGUAM NEGARA dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai suatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang mempunyai tujuan itu atau menjalankan aktiviti itu.

Secara tersirat ianya juga merupakan larangan perundangan MAJLIS PEGUAM terlibat dalam mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang mempunyai tujuan dan menjalankan aktiviti tersebut.

Apakah yang dilakukan oleh MAJLIS PEGUAM pada hari ini dengan mengambil tindakan proaktif memfailkan HABEAS CORPUS bagi pembebasan 6 tahanan EO dan mempertikaikan keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA merupakan suatu tindakan yang tidak menyalahi peruntukan di atas dan kuasa-kuasa serta fungsi-fungsi yang disebutkan di dalam seksyen-seksyen 41. 42, 46A, 56 & 57 APG 1976? 

Tidakkah selama ini penganjuran dan pelbagai aktiviti yang berbau politik sentiasa dianjurkan oleh MAJLIS PEGUAM yang menyalahi APG 1976? Sejak 2008 anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM sentiasa menganjurkan ceramah-ceramah yang berbau politik dan menyokong kuat semua program-program politik pembangkang. Masih belum cukupkah buktinya ? Dalam rumah mereka sendiri pun mereka tidak BERSIHKAN inikan pula hendak mengotorkan dan mencampuri hal ehwal kerajaan, Sedor lah diri tu sikit.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU MENGENAI BAR MALAYSIA & MAJLIS PEGUAM.

AKTA PROFESION GUAMAN 1976 [APG 76] (Akta 166) merupakan akta yang diperbuat oleh Parlimen yang menubuhkan dan memberikan status penarafan BAR MALAYSIA. Satu-satunya badan profesional yang mengawalselia profession guaman ditubuhkan di bawah suatu akta Parlimen yang sebelum itu didahului oleh ORDINAN PEGUAMBELA PEGUAMCARA 1947.

BAR MALAYSIA ditubuhkan mengikut seksyen 41 dan 42 APG 76. Seksyen 41 menyatakan status perundangan BAR MALAYSIA dan seksyen 42 APG 76 menyatakan matlamat, kuasa-kuasa dan tujuan penubuhannya Kedua seksyen 41 & 42 adalah dua perkara yang anda wajib tahu mengenai BAR MALAYSIA . Keahlian BAR MALAYSIA disebutkan di dalam seksyen 43-46A APG 76.

MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL) merupakan majlis pentadbiran dan pengurusan serta perlaksanaan fungsi-fungsi BAR MALAYSIA yang ditubuhkan di bawah seksyen 47 -67. Kuasa-kuasanya dinyatakan di dalam seksyen 56 , 57 (Kuasa-kuasa Khusus)perenggan (a) -(m).

Selama ini orangramai agak terkeliru dengan istilah MAJLIS PEGUAM dengan BAR MALAYSIA. MAJLIS PEGUAM adalah badan eksekutif yang menguruskan, mentadbir, menyelaras dan melaksanakan fungsi-fungsi BAR MALAYSIA tetapi mereka bukanlah entiti per se yang dinamakan BAR MALAYSIA sebaliknya mereka adalah sebahagian komponen utama di dalam BAR MALAYSIA.

BAR MALAYSIA adalah terdiri daripada komponen Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri, Gabungan Bar-Jawatankuasa Negeri dan peguambela dan peguamcara.

Pendirian yang di ambil berkenaan dengan isu keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA kematian TBH oleh MAJLIS PEGUAM adalah pendirian peribadi-peribadi dan karekter bengong yang melampaui kuasa-kuasa mereka di bawah seksyen 56 & 57 APG 1976. Malah apa yang mereka lakukan amat jelas bertentangan dengan fungsi-fungsi BAR MALAYSIA di bawah seksyen42 APG 1976. Perlanggaran yang dilakukan adalah amat serius kerana ianya merupakan perlanggaran suatu Akta Parlimen dan anggota-anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM boleh dikenakan tindakan perundangan. 


KETUA HAKIM BESAR MALAYA dan PEGUAM NEGARA boleh mengambil tindakan dan membuat syor kepada Menteri yang berkenaan agar ditubuhkan sebuah SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA bagi menyiasat samada anggota-anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM telah melakukan sesuatu kesalahan serius dalam menyalahgunakan kuasa-kuasa mereka di bawah seksyen 56 & 57 APG 1976 yang menyebabkan Pincang Fungsi/ Kuasa BAR MALAYSIA di bawah seksyen 42 APG 1976 kerana mencabar dan mempertikaikan keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA tersebut. Ianya adalah sesuatu syor yang boleh dipertimbangkan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

PERENGGAN (a) -(n) SUBSEKSYEN 1 SEKSYEN 42 AKTA PROFESION GUAMAN. TAKKAN DAH LUPA KOT?

Tajuk di atas ditujukan kepada segelintir peguam yang berada dalam PERSATUAN DEBAT SEKOLAH. Pohon kiranya dirujukkan kembali kepada peruntukan yang disebutkan. Jika ada bantahan silalah ke mana-mana kamar yang sesuai kecuali kamar bilik di mana Anwar Ibrahim terkantoi melakukan adegan aksi paling panas pada alaf ini.  Di sini, JS petik kembali peruntukan yang berkenaan dan para pembaca fikirlah sendiri adakah tindakan-tindakan MAJLIS PEGUAM bersesuaian dan bertepatan dengan objek, kuasa-kuasa dan tujuan yang diberikan kepadanya di dalam AKTA PROFESSION GUAMAN 1976 :-




Akta Profession Guaman 1976 (Akta 166) 
Part V 
MALAYSIAN BAR 
42. Object and powers of the BAR 
(1) The purpose of the Malaysian Bar shall be:- 
(a) to uphold justice the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour; 
(b) to maintain and improve the standards of conduct and learning of the legal profession in Malaysia; 
(c) ........(facilitation of acquiring legal knowledge by members and others);
(d) where requested so to do,  to express its views on matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia; 
(e)..... 
(f) ...... 
(g). to protect and assist the public in all matters touching ancillary or incidental to the law; 
(h) .....;
(i) ......;
(j) ......;
(k) .....;
(l) to promote good relations and social intercourse amongst members and between members and other persons concerned in the administration of law and justice in Malaysia ; 
(m) ......;
Kenapa MAJLIS PEGUAM bertindak menyalahi objek, kuasa-kuasa dan tujuan penubuhannya di bawah AKTA PROFESSION GUAMAN 1976?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


ADAKAH MAJLIS PEGUAM MASIH RELEVAN?

UPHOLD JUSTICE WITHOUT FEAR OR FAVOR  sekali baca bagaikan runtuh langit ke tujuh, itulah  moto MAJLIS PEGUAM. Malangnya, masih ada anggota-anggota Majlis Peguam yang menjadi buta sebuta The Lady of Justice,  bukannya kebutaan yang diperlambangkan oleh simbol tersebut tetapi buta hati perut yang gelap zulmat serta mengamalkan dasar pilih kasih pilih bulu dan berbagai jenis pilihan. Sesiapa saja yang tidak sebulu dengan segelintir anggota Majlis Peguam yang kemarok menguasai MAJLIS PEGUAM seperti sebuah PERSATUAN DEBAT SEKOLAH, pasti akan menerima padahnya.


Pendirian yang di ambil oleh MAJLIS PEGUAM melalui proksi-proksi kuasa politik seperti DAP sudah keterlaluan dan kebiadapan itu seharusnya ditangani dengan segera. MAJLIS PEGUAM bukanlah sebuah badan yang disebutkan di dalam Perlembagaan tetapi SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA adalah sebuah badan yang disebutkan.

MAJLIS PEGUAM hanya sebuah badan yang ditubuhkan oleh suatu Akta Parlimen dan fungsinya telah ditetapkan dan digariskan bersempadan di dalam AKTA PROFESSION GUAMAN. Cubalah cari di mana terdapat di dalam peruntukan AKTA PROFESSION GUAMAN yang memberikan bidagkuasa mahupun perwakilan kuasa dari Parlimen untuk membolehkannya mempertikaikan keputusan sebuah SURUHANJAYA seperti SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA? Kalau tidak ada, eloklah peguam yang mengada-ngada perkara itu disekolahkan kembali. 

Kenapa MAJLIS PEGUAM berdiam diri tanpa bersuara sedikitpun di dalam kes pembunuhan paling kejam di Malaysia yang membabitkan allahyarham Datuk Sosilawati dan 4 orang lain yang dilakukan oleh seorang ahlinya yang menjadi ahli seumur hidup DAP? Tetapi begitu bangat bisingnya mempersoalkan sebuah keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA ? Apa istimewanya TBH berbanding allahyarham Datuk Sosilawati? TBH masih ada jasadnya untuk dikebumikan manakala allahyarham Datuk Sosilawati jasadnya pun tiada! 

Jadi apakata, jika pengalaman yang sama dilakukan kepada MAJLIS PEGUAM, bukan bermaksud membunuh secara kejam tetapi memansuhkan terus AKTA PROFESION GUAMAN dan ini akan menjadikan MAJLIS PEGUAM dikuburkan tanpa jasad. Mungkin setelah itu barulah kita dapat melihat para peguam yang berkenaan akan lebih mengutamakan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SIAPAKAH ALTANTUYA DI HATI ANWAR IBRAHIM?

"Bukti-bukti keterangan sampingan adalah merupakan sekelompok jaluran cahaya di dalam bilik gelap..." Kata-kata ini adalah diucapkan oleh seorang Hakim mahkamah Rayuan England di dalam penghakimannya mengenai kebolehpercayaan bukti-bukti keterangan sampingan untuk dijadikan bukti suatu kesalahan jenayah membunuh jika kesukaran mendapatkan keterangan tepat. Dalam isu kes pembunuhan Altantuya mengikut versi penyampaian Anwar Ibrahim, kita dapat melihat petanda-petanda bahawa apa yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim merupakan pembohongan yang pasti..


Kita amat hairan dan merasa ta'ajub dengan penceritaan petah Anwar Ibrahim mengaitkan Altantuya dengan DS Najib dan DS Rosmah seolah-olahnya kita sedang menonton sebuah filem dokumentari 3 D. Timbullah sebuah persoalan di benak kita, bagaimana Anwar Ibrahim boleh mengetahuinya dengan begitu terperinci? Setiap pengetahuan bermula dengan pertanyaan, begitulah para hukama' berpesan. 

Ya, bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mengetahuinya dengan begitu terperinci? Pada hukum akal, pengetahuan terperinci mengenai seseorang hanya diperolehi jika ada hubungan yang amat intim dengan orang tersebut. Adakah keterlaluan jika kita menghukumkan mengikut hukum akal bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan intim dengan Altantuya? Sudah tentu ianya tidak keterlaluan.  Hukum akal mengharuskannya.

Adakah terdapat sebarang bukti fakta yang mampu menafikannya? Sejauh ini, kita belum lagi menemui sebarang bukti yang menafikan keharusan hukum akal perhubungan intim antara Anwar Ibrahim dengan Altantuya itu wujud. Oleh itu, JS memberikan pautan-pautan ini untuk pembacaan seterusnya para pembaca yang mencari KEBENARAN dan yakinlah kebenaran itu ada dalam diri masing-masing.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...