Video Klip Ini DiTerbitkan Oleh Media Terengganu.
Kerana Itulah MB Terengganu Berani Mengatakan PAS ADALAH PUAK SESAT
PAS adalah sebuah Parti Politik
Kita Amat Meragui Tujuan PAS dalam Memperjuangkan ISLAM sejak awal lagi.
Mengenai Keislaman Ahli & Pemimpin PAS Kita Tak Meraguinya
Tapi Perjuangan Mereka Dalam Politik Begitu Mencurigakan Sekali Bilamana Mendakwa Memperjuangkan Islam Tapi Perlaksanaannya Jauh Menyimpang Dari Ajaran Agama Islam.
Kita hendaklah menilai sesuatu halatuju perjuangan yang berkaitan dengan ISLAM berdasarkan kepada apa yang diucapkan dan dilakukan oleh para pemimpin dan ahli mereka. Perbandingan haruslah dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-hati.
Contohnya, dalam perkara mengenai SYAITHONIRROJIM yang dipernah dikatakan oleh dua tokoh pemimpin yang disegani (Tun Dr Mahathir dan Pok Nik) dari dua buah parti politik, PAS dan UMNO.
Pok Nik pernah berkata pada 24hb Januari 1999 seperti berikut:-
"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS (Parti Politik saingan UMNO) , saya terima. Usahkan DAP, kalau syaithan nak bantu kita (PAS) terima"
Diketahui umum Pok Nik tidak pernah pula menarik balik kenyataan tersebut sehinggalah ke hari ini.
Pok Nik berkata demikian bukan menggunakan sebarang peribahasa, idiom, pepatah, berhujah mantiq dan kiasan. Beliau berkata BENAR ! Belaiu tidak berbohong atau menipu bila berkata sedemikian. Itulah pendiriannya sejak itu sehinggalah ke hari ini. Tidak pernah berubah sedikit pun.
Sekarang kita menilai pula kata-kata Tun Dr Mahathir baru-baru ini yang cukup terkenal dengan menggunakan idom bahasa Inggeris " It is better the Devil You Know Than The Angel You Do not know"
Idiom bahasa Ingeris ini bermaksud kadangkala lebih baik berurusan dengan pihak yang anda biasa dengannya walaupun pihak itu tidak idealistik dan sebagainya daripada pihak yang nampak baik dan wara' macam malaikat di luarannya tetapi niatnya lebih jahat daripada setan.
Perbezaan paling jelas dan ketara di antara kedua kata-kata tersebut ialah Tun Dr Mahahtir menggunakan idiom manakala Pok Nik tidak menggunakan sebarang idiom pun. Tun Dr Mahathir (TDM) tidak pernah memprojeksikan dirinya sebagai ulama atau tuan guru berbanding Pok Nik.
Bagi penilaian Hamba, wajarlah TDM menggunakan idion tersebut bagi memperjelaskan pendiriannya dalam satu-satu hal. Tapi dalam hal Pok Nik yang sentiasa memprojeksikan dirinya sebagai ulama dan tuan guru, kata-katanya yang merujuk terus kepada setannirojiim adalah tidak wajar samasekali.
Kesimpulannya bolehlah kita memahami bahawa Pok Nik bukanlah ulama dan tuan guru yang sebenarnya. Beliau adalah seorang ahli politik sejati. Tak perlulah nak dibandingkan lagi Pok Nik dengan baginda Rasullullah s.a.w.. Pok Nik berfungsi dan bertindak sebagai seorang ahli politik biasa di era ketamaddunan ini. Belaiu mengamalkan Politik Selesa. Mana-mana pihak termasuk setan jika hendak membantu PAS dan beliau di dalam politik beliau akan terima. Manakala di pihak TDM pula beliau berpendirian lebih baik berurusan dengan pihak yang anda kenali daripada berurusan dengan pihak yang luarannya nampak baik tapi anda tidak mengenali hatibudinya.
Jelaslah kepada kita bahawa PAS adalah sebuah parti politik sahaja waima mereka beriya-iya cuba menyakinkan kita bahawa ISLAM lah yang mereka perjuangkan. Sebenarnya mereka (PAS) memperjuangkan kepentingan kerjaya politik mereka sahaja.