Jumaat, 13 Mei 2011

CARA FAHAMI PAKATAN JAHAT PAS DAP & PKR (11): Isu Kg Sg Kerandang, Bukan Halau Melayu Tapi Halau UMNO.

Sedarkah anda semua bahawa setiapkali mana-mana pentadbiran Pakatan Jahat PASDPKR bertindak menzalimi rakyat dan menghalau rakyat tanpa peri kemanusiaan dari mana-mana penempatan di atas tanah milik kerajaan negeri, itu bermakna mereka bukan menghalau rakyat tapi menghalau UMNO walaupun penempatan itu menyokong kuat mereka seperti Kg Buah Pala dan Kg Sg Kerandang Hulu Selangor. Alasan popular Pakatan Jahat PASDAPKR bagi menjustifikasikan kezaliman dan penindasan mereka ialah ' Ini semua salah kerajaan BN dahulu..' walaupun merekalah yang menjual hak rakyat dengan kuasa mandat yang diberikan rakyat dalam PRU 12. 

Mac 8, 2008 Menang
Mac 27, 2008 Jual Kami 
Penduduk Kg Buah Pala Pulau Pinang


1. Kita masih ingat janji Anwar kepada penduduk Kg Buah Pala, Hari ini menang esuk DAP sign surat batalkan semuanya, Bersorak orang kampung. Bila menang, orang kampung bersorak juga tapi bersorak kerana melihat kampung tergadai. Nasib yang sama kini menimpa orang kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor. 


DULU LAH 
SEKARANG LIHAT DI BAWAH



2. Pelik, mereka yang kini mempunyai kuasa Eksekutif yang mampu mengubah semua keputusan kerajaan negeri terdahulu kini enggan berbuat apa-apa melainkan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu kononnya terikat dengan keputusan eksekutif. Mereka boleh mengubahnya jika mereka mahu, tapi mustahil mereka hendak menolak habuan wang ringgit. 




3. Entah apalah nasib penduduk Melayu di Kg Sg Kerandang pada pagi ini. Kemanakah mereka hendak tinggal. Menghairankan kerana hari ini Mei 13, 2011, kenapalah dalam banyak-banyak tarikh, tarikh Mei 13 di pilih oleh PKR Selangor untuk halau orang Melayu Kg Sg Kerandang ?  Tak berhati perut betul PKR Selangor. 
Sepatutnya kampung (Kg Sg Kerandang) ini tidak dibiarkan oleh PKR kerana arwah Zainal Abdin Ahmad pernah sampai ke kampung berkenaan. Rata-rata penduduknya sudah mulai mesra dengan PKR. Apa yang menyebabkan penduduk kampung berkenaan dikatakan berjauh semula dengan PKR ialah apabila permohonan mereka untuk mendapatkan geran ditolak oleh kerajaan Selangor.
(Petikan daripada blog rakyat marhaen , entri bertarikh pada April 21, 2010.)

Ketuanan Rakyat, Membujur lalu melintang Patah, Kuasa Rakyat Kuasa Keramat, Kerajaan rakyat , Kuasa Rakyat Hak Rakyat, cuma takrifan Rakyat ini tidak termasuk Melayu, Cina , India dan Orang Asli yang tidak menyokong mereka dan hanya terpakai masa pilihanraya sahaja. Tepuk Dada Tanya Iman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...