Sabtu, 31 Ogos 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU - SIAPA KENAL WIRA INI?


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56. Dan marilah berusaha agar generasi kita mampu meraikannya lagi untuk seribu tahun di masadepan. Ambe ambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua mengenai, Muhyiddin telah memberikan 3 Ramuan untuk Pembangunan Negara dan Najib telah memberikan 4 Asas Utama untuk Perpaduan Negara. Diringkaskan seperti berikut:-

Tiga Ramuan Pembangunan Negara:-
  1. Kepimpinan yang Stabil
  2. Kekayaan dan kemewahan yang ada
  3. Dokongan rakyat kepada 'perjuangan' kepimpinan yang sedia ada.
Empat Asas Utama Perpaduan Negara:-
  1. Sikap Saling Tolak-ansur (Toleransi)
  2. Sikap Saling Menghormati (Respek)
  3. Sikap Saling Timbangrasa (Sensitiviti) 
  4. Sikap Saling Mempercayai (Percaya -mempercayai)
Pandai-pandailah para pembaca menafsirkannya sendiri dan mengamalkannya. 

Semasa di ambang merdeka, di Dataran Merdeka, tiga orang penghasut daripada kumpulan anti-Merdeka, Isham Rais, Adam Adli dan Samad Said, masih mengibarkan bendera Sang Celaka Komunis. Dan mengutuk serta menghina Jalur Gemilang. Di Indonesia, para penghina bendera mereka dengan pantas di hukum dan didakwa. Di Malaysia, entahlah. Kelihatan seperti penghina Jalur Gemilang dibiarkan saja di atas nama 'Hak Kebebasan Bersuara'. Namun begitu, ada rakyat Malaysia yang berani menyanggah dan merampas Sang Celaka Komunis dari Samad Said dan Adam Adli. Saksikan video ini, 


Ingin juga mengenali sesosok tubuh yang berani mempertahankan Jalur Gemilang. Terkedu dan terpegun puak anti-Merdeka seketika. Jika ada yang mengenali beliau sila tinggalkan komen di bawah. Inilah berlaku bila Kerajaan sedia ada membiarkan penghina Jalur Gemilang melakukan sesukahati mereka dan membiarkan puak anti-Merdeka mengibarkan Sang Celaka Komunis. Nampaknya itu saja cara untuk mempertahankan Jalur Gemilang buat masa ini. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...