KEGANASAN sudah tercetus.
Dicetuskan oleh puak yang menamakan diri mereka PAKATAN RAKYAT.
Mereka di bantu oleh puak yang sudah beratus tahun lamanya diperalatkan oleh kuasa asing.
Yang selama ini menyamar dan bersandiwara di hadapan rakyat dan para kepimpinan Tertinggi.
Kononnya merekalah Pejuang Agama!
Mereka melakukan eskperimen ke atas rakyat Malaysia tanpa menghiraukan apa-apa.
Pada malam ini lima anggota Polis tercedera di baling batu oleh penyokong PKR di Bukit Katil Melaka. Ceramah Jelalah Sebar Fitnah oleh D'Sial Anwar Ibrahim. Menurut sumber porpaganda tukang fitnah berbayar RM3 ribu PR, kononnya batu di lempar ke bas yang serpihan kacanya terkena badan D'Sial. Peliknya Anwar Ibrahim begitu 'Kebal' serpihan kaca tak mampu mencederakan tubuh badannya. Mungkin Kiram II Suku punya ILMU KEBAL menjadi kot kat Anwar Ibrahim.
Akibat BERHALA SUCI PKR yang 'Kebal' segala di usik, maka mengamoklah sekelian penyembahnya sehingga menyebabkan anggota Polis di baling batu. Gambar-gambar di bawha dijadikan 'Bukti' bagi 'Menampakkan Benar Fitnah' yang mereka sebarkan.
Terdahulu, Tian Chua, Abby Abadi , Bob Lokman, kartunis Zunar dan Anwar Ibrahim sendiri memperlekehkan pengorbanan anggota yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Kononnya, ianya sandiwara.
Kononnya, Kiram III adalah ahli UMNO.
Kononnya, ketua Pengganas adalah Ketua Bahagian UMNO.
Kononnya, penggunaan jet adalah membazir.
Kononnya, gambar mayat pengganas adalah 'mayat yang di beli'.
Kononnya, anggota keselamatan 'membunuh' para kiyai dan lebai Pengganas.
Sepanjang insiden Lahad Datu, Pakatan Rakyat sentiasa membantu puak penceroboh melalui pelbagai jenis fitnah dan propaganda memburukkan usaha anggota keselamatan negara.
Tengahari tadi Bahalol Kiram III-suku sekali lagi mencuba nasib dengan taktik 'Bendera Putih' tapi gagal. DS Najib dengan tegas mengatakan "Penceroboh perlu menyerah diri tanpa syarat!"
Sebagai langkah keselamatan berterusan, DS Najib mengisyitharkan daerah Kudat, Kunak, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu sebagai KAWASAN KESELAMATAN KHAS (SPECIAL SECURITY AREA).
Bahalol Kiram III suku juga berang dilabelkan sebagai Pengganas. Kononnya beliau berhak ke atas Sabah. Itu sejarah lama. Sejarah silam. Sejarah yang tak mampu di ulang kembali melainkan diperbetulkan saja.
Ya, siapakah Sultan Sulu?
Tiada Sultan Sulu.
Yang ada hanya Sejarah nya sahaja.
Tausug berjuang untuk bangsa nya sahaja.
Sedangkan Sabah kini milik rakyat Sabah.
Rakyat Sabah terdiri dari berbilang etnik dan bukan hanya Sulu sahaja.
Terkini, MNLF sendiri telah menolak Nur Misuari melalui kenyataan Pengerusi Tertinggi MNLF yang di petik berkata:-
JOHOR BARU, 7 Mac – Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema.
Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.
MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.
“Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.
“Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),” katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.
Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.
“Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.
“Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan,” katanya.
Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.
“Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya,” kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman.
Anwar Ibrahim bila di tanya oleh wartawan mengenai laporan akhbar Filipinan yang megaitkannya dengan insiden Lahad Datu, terus naik angin dan mengugut "U ulang I Saman U !"
Tian Chua pula dikatakan bersedia menerima hukuman akibat kenyataan biadapnya mengenai anggota keselamatan yang terkorban.
Setelah gagal memperalatkan Kiram III suku dan Nur Misuari, kini PKR sendiri yang mula bertindak ganas seperti biasa.
Seperti yang telah dijanjikan oleh Sam Iskandar dalam klip video di atas pada 2011, kini PKR MEMULAKAN KEGANASAN UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA.
Apa jalan terbaik untuk menghalang mereka?