Isnin, 18 Julai 2011

DEY JIJAN, I TOLD U ALREDI .. SINGH IS KINGH !

NASI DAH LAMA JADI BUBUR. AKIBAT TERLALU SANGAT HENDAK JADI HERO DALAM PERJUANGKAN HUKUM HAKAM ISLAM DAN MENGGANGGAP UMNO SEBAGAI MUSUH UTAMA YANG PERLU DIMUSNAHKAN SAMASEKALI MELALUI TAHALUF SIYASI  PIMPINAN PAS PUSAT DAN PAS KEDAH TELAH BERJAYA MEMBERIKAN MALU KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRALAH SAMADA DARI UMNO, PAS , PKR DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN PERCUMA DENGAN SEPAK GOL SENDIRI KEPADA DAP DAN SEMUA PUAK KAFIR HARBI. 


Kan dah keluar dalam suratkhabar mengenai tercalarnya maruah ISLAM dek kerenah Hj Hadi dan Ostad Jijan MB Kedah. Ini menunjukkan betapa lemahnya orang ISLAM di mata kafir harbi  Betapa Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS memberikan keuntungan besar kepada Kafir Harbi. 

Bayangkanlah, Presiden sebuah Parti Politik di peringat pusat mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada Menteri Besar. Dimanakah pengasingan kuasa dan pentadbiran antara jentera parti politik dengan kerajaan negeri?

Jenis budaya amalan sebegini cukup merbahaya kepada kelicinan dan kecekapan pentadbiran eksekutif sesebuah negeri di mana sebuah parti politik mempunyai kuasa EKSEKUTIF menentukan segala-galanya! KUASA RAKYAT di mana? 


Tidakkah tindakan Hj Hadi mencampuri bidangkuasa Ketua Pentadbiran Eksekutif sebuah negeri merupakan pengkhianatan terbesar kepada hak pengundi ? Hj Hadikah yang di pilih melalui pilihanraya untuk mengetuai pentadbiran eksekutif di Kedah oleh pemilih? Keputusan Hj Hadi pula dipengaruhi oleh desakan-desakan sekutu kafir harbinya terutama DAP. Tidakkah ini bermakna DAP telah mencampuri hal ehwal agama ISLAM. Bagaimana pula kuasa KDYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam negeri Kedah? Kenapakah baginda tidak dibelakangi dalam hal ini? 




Apa yang berlaku dalam kisah Ajaib Larangan ini ialah kuasa mutlak Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Rasmi negeri Kedah telah diperkotak katikkan oleh PAS PUSAT, PAS KEDAH dan DAP dalam TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS. DAP berjaya menjaringkan 2 biji gol dalam isu Larangan ini.


Pertama: Kuasa seorang Presiden parti politik melebih daripada kuasa Ketua Eksekutif sebuah negeri. dan Sultan sebagai Ketua Agama sesebuah negeri dalam membuat keputusan mengenai hal ehwal ISLAM.


Kedua: Kuasa mutlak dan istimewa Sultan Kedah dalam hal ehwal agama ISLAM telah dibelakangi dan di rampas secara halus oleh seorang Presiden Parti Politik, seorang Ketua Parti Politik di peringkat negeri, seorang Ahli Parlimen, Ketua Eksekutif Negeri.

Natijahnya: Pengasingan kuasa dan bidangkuasa antara Ketua Eksekutif, Raja Berperlembagaan, Presiden Parti Politik sudah jadi cacamarba. Kini, segala hal ehwal pentadbiran dan urusan agama ISLAM sudah diletakkan di dalam budibicara kuasa seorang Presiden Parti politik dan sekutu-sekutu politik mereka yakni KAFIR HARBI. Habis jahanam martabat agama ISLAM dipermainkan oleh PAS PUSAT dan PAS KEDAH dalam amalan TAHALUF SIYASI mereka dengan KAFIR HARBI! Sesuatu wajib dilakukan untuk memperbetulkan Kesalahan Pentadbiran PAS KEDAH dan PAS PUSAT. 

Hj Hadi dan DS Azizan perlu ingat, mereka bukanlah diberikan kuasa untuk membuat sebarang keputusan mengenai HAL EHWAL AGAMA ISLAM di peringkat negeri mahupun di peringat PUSAT. Yennadey, ke Hj Hadi bercita-cita hendak BERSULTAN DI MATA BERAJA DI HATI?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GOMO KETEMU PELAKON REMAJA WANITA UNTUK TERBITAN FILEM TERBARU ''MATI HIDUP SEMULA"

KONSPIRASI PENERBITAN FILEM 'MATI HIDUP KEMBALI BERSIH RM200' PADA KALI INI MENDEDAHKAN PELAKON WANITA TAMBAHAN YANG DI LIHAT MEMAINKAN PERANAN MENARIK SIMPATI UNTUK TONTONAN UMUM. MALANG SUNGGUH PUAK PEMBANGKANG YANG SENTIASA GAGAL BERKONSPIRASI DEK KERANA KONSPIRASI MEREKA SENTIASA DIDEDAHKAN OLEH PAPA GOMO DAN DA GENG. JOM KITA SAKSIKAN AKSI PELAKON WANITA TERSEBUT DAN WATAK YANG DIMAINKAN OLEHNYA SEMASA RAKAMAN SUHARDI BERLAKON MATI.





Peranan pelakon wanita yang berpurdah itu mudah sahaja hanya menyebut kalimah " ALLAHU' berulangkali dalam nada yang sedih di samping di bantu oleh musik latar yang menggambarkan suasana pilu bagi membangkitkan rasa simpati dan belas kasihan kepada lakunan kematian oleh Suhardi (gambar sebelah)

Lakunan kematian oleh Suhardi apabila dimasukkan dengan babak kesedihan pelakon wanita berjubah tersebut yang di bantu pula oleh muzik latar membangkitkan rasa simpati dan belas kasihan penonton. Begitulah Babak Kematian tersebut dilakunkan dan diadunkan. Ajaib sungguh kan, sebaik saja Suhardi rebah di jalan, tiba-tiba muncul watak wanita berpurdah menyebut-nyebut nama ALLAHU berulangkali bagi menimbulkan rasa simpati dan kasihan.

Lihat di dalam gambar wanita berpurdah tersebut , sentiasa ada seorang lagi watak lelaki yang memerhatikannya dan apabila kesan efek dramatik yang dilakunkan oleh wanita berpurdah itu tamat, watak lelaki tersebut menarik tangan wanita berpurdah itu jauh dari orangramai.

Sekarang siapa pula watak lelaki tersebut? Sudah tentulah bukan abang kepada wanita berpurdah tersebut ataupun anak lelaki kepada Suhardi. Lelaki tersebut hanyalah sebagai pengarah kepada lakonan wanita berpurdah. Segalanya amat terancang sekali. Semuanya telah di buat latihan terlebih dahulu, Tidak mustahil hasil kerja sinematografi ini bagi Babak Kematian tersebut boleh meraih anugerah OSCAR jika dipertandingkan.

Begitulah puak anak didik iblisetanitojim laknatullah DAPKRPASM mengaburi mata rakyat dengan PEMBOHONGAN ! TANPA PEMBOHONGAN SIAPALAH MEREKA KAN ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


WAJIB DI BACA & DISEBARKAN : BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS.(1)

PERSOALAN YANG SERING BERMAIN DI KOTAK FIKIRAN KITA IALAH KENAPA PAS BEGITU LUNAK DENGAN DAP & PKR SEJAK PASCA PRU 12 (2008) DAN KENAPA PAS SENDIRI MEMBELAKANGI ARAHAN DEWAN ULAMA PAS YANG PERNAH MENGHARAMKAN SEBARANG KERJASAMA DENGAN FIRQAH & HARAKAH BUKAN ISLAM? JAWAPANNYA IALAH KERANA PAS BERPEGANG KEPADA TAHALUF SIYASI. APAKAH TAHALUF SIYASI? APAKAH HUKUMNYA? SAYA TELAH TERJUMPA DENGAN SEBUAH KERTAS KERJA YANG DI TULIS OLEH KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS YANG DI TULIS OLEH BELIAU PADA 16 JUN 2008. APA YANG SAYA TELAH BACA ADALAH AMAT MENGEJUTKAN !

Kertas kerja tersebut bertajuk:"TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA PASCA PRU 12 SERTA PANDANGAN ULAMA' HARAKI MENGENAINYA"





TAHALUF bermakna perjanjian samada bertulis atau secara lisan. SIYASI bermakna SIASAH yakni politik dan pemerintahan. TAHALUF SIYASI dalam konteks SIASAH ialah PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA HARAKAH ISLAM DENGAN MANA-MANA PIHAK YANG BUKAN ISLAM BAGI MENGHADAPI MUSUH YANG LEBIH BESAR DALAM KONTEKS POLITIK/ PEMERINTAHAN. Takrifannya hampir sama seperti KONTRAK SOSIAL.

TAHALUF SIYASI ada 2 jenis :-

(1) Yang diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.
(2) Yang tidak diterima oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w.

Sekarang kita lihat apa yang di tulis oleh KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS di dalam kertas kerjanya mengenai pengertian TAHALUF SIYASI:-



Pengertian Tahaluf Siyasi 
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Takrifan yang diberikan olehnya berputar-putar dan berbelit-belit. Malah telah menghalalkan TAHALUF SIYASI YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT DAN RASULLULLAH S.A.W. iaitu :-

 Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. (KAFIR HARBI)

Seterusnya, Ketua Penerangan DPP Pasir Mas menuliskan sesuatu yang menjadi jawapan kepada persoalan kita semua, seperti berikut:-

Keperluan Kepada Kefahaman Tahaluf Siyasi 
Hari ini, kedudukan PAS sangat berbeza dengan senario 1970-an, 1990 dan 1999. Buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, PAS berdepan dengan cabaran sebenar sebagai ‘kerajaan dalam penantian’. PAS berdepan dengan realiti sebagai anggota kerajaan campuran. Kerajaan Selangor, Perak mahu pun Kedah bukan kerajaan PAS, namun kerajaan pakatan. 
Setiap gerak PAS pastinya akan  seringkali berada di persimpangan antara agenda Islam dan hasrat rakan-rakan. 
 Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP yang sama sekali tidak berhasrat untuk memperjuangkan agenda Islam menuntut PAS untuk menyatakan dalil syarie yang jelas yang membolehkan PAS bersama-sama mereka memerintah tanpa menjadikan Islam sebagai asas negara dan negeri-negeri. 
Penjelasan serta gambaran yang jelas seperti perlu segera dibuat oleh PAS memandangkan masih ramai yang menyokong dan mendokong PAS kerana dasar Islamnya. Adalah dibimbangi dalam keadaan isu-isu yang sering timbul ditambah dengan permainan media massa milik kerajaan UMNO/BN, hasrat PAS untuk melangkah lebih jauh bersama Pakatan Rakyat tidak akan kesampaian.

Sejak 2008 lagi, PAS sudah mengambil dua ketetapan muktamad siasah bahawa pertama, ianya adalah 'sebuah kerajaan dalam penantian' dan kedua akan memerintah bersama-sama DAP dan PKR tanpa menjadikan ISLAM sebagai asas negara dan negeri-negeri.

Bagi mencapai kedua ketetapan siasah tersebut, PAS di tuntut untuk menyatakan dalil syarie yang membolehkannya berbuat begitu. Bermakna, PAS akan memperalatkan dalil syarie (AlQuran, Hadis, Ijma' dan Qias) untuk mencapai matlamat untuk BERKUASA dan bukan untuk MENEGAKKAN ISLAM.

Ternyata pada Jun 2011, matlamat tersebut sudah nampak jelas di mana PAS mengubah haluannya dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN. Mengharuskan Bughah dan Hiraabah dengan Muzhaharah dan banyak lagi tindakan-tindakan siasah PAS yang membuktikan kedua ketetapan siasah tersebut.Katalain, PAS sanggup melakukan apa yang di sebut sebagai MENGHALALKAN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. Paling menyedihkan ialah ketetapan siasah yang di buat PAS menetapkan UMNO dan BARISAN NASIONAL sebagai MUSUH BESAR mereka.

PAS juga amat bimbang jika kedua ketetapan siasah tersebut akan terhalang dan untuk memastikan kedua ketetapan siasah itu tercapai, PAS akan terus menerus melakukan dakyah propaganda secara bertali arus. Jadi amat jelaslah kepada kita, Kertas kerja yang di tulis oleh Ketua Penerangan DPP Pasir Mas memperjelaskan kepada kita niat dan maksud sebenar PAS selepas pasca 2008. 

Jika kita mengetahuinya, adalah tidak mustahil DAP juga mengetahuinya. Oleh itu, DAP telah memanipulasikan sentimen kedua ketetapan siasah PAS tersebut demi kepentingan politik sosialisma cauvinis rasis komunis DAP. Walaupun , PAS berhasrat agar dapat memperalatkan TAHALUF SIYASI untuk mendapatkan keuntungan maksimum  untuk mengambil kesempatan yang ada dalam usaha menegakkan agama ALLAH SWT, nampaknya apa yang berlaku adalah sebaliknya yakni DAP lah yang dapat KEUNTUNGAN MAKSIMUM daripada TAHALUF SIYASI untuk merobohkan agama ALLAH SWT. Adakah PAS mampu hendak merempuh TIRAI BESI SOSIALISMA ? Kerana di awal kertas kerja PAS hendak memerintah tanpa menjadikan ISLAM sebagai asaa negara dan negeri-negeri tapi di dalam penutup PAS mendakwa nahu menegakkan agama ALLAH SWT? Betapa kelirunya pemikiran PAS ini sehingga tunggang terbalik TAHALUF SIYASI.




Dalam siri kedua, akan didedahkan bagaimana PAS sebenarnya tahu bahawa HUKUM TAHALUF SIYASI dalam konteks siasah di MALAYSIA jatuh ke dalam martabat HARAM jika ianya dilakukan dengan KAFIR HARBI seperti DAP dan unsur syubahat mudarat seperti PKR.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM MELALUI TAHALUF SIYASI YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT & RASUL-NYA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RASMI, DR LO'LO' PULANG KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH PADA JAM 10.15 MALAM TADI.

BERITA RASMI YANG DILAPURKAN OLEH HARAKAHDAILY DISAHKAN OLEH LAMAN FB NIK AZIZ SERTA LAMAN FB FAN ALLAHYARHAMAH DR LO'LO' BAHAWA ALLAHYARHAMAH TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 10.15 MALAM TADI DI HOSPITAL SELAYANG. BERITA DITERIMA DARIPADA ANAK ALLAHYARHAMAH MELALUI SMS KEPADA HARAKAHDAILY. DIKATAKAN PENGEMBUMIAN DIADAKAN ESOK PAGI DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DATUK KERAMAT.


AL FATIHAH

INNALILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN. SEMUGA ROH ALLAHYARHAMAH 



DALAM KENANGAN
AHLI PARLIMEN TITIWANGSA
(PAS)



Tengahari tadi mungkin berlaku sedikit salahfaham mengenai berita pemergian Allahyarhamah Dr Lo'Lo', namun jam 10.15 malam tadi, ianya disahkan secara rasmi bersumber daripada sms yang diterima daripada anak lelaki Allahyarhamah sendiri kepada Harakahdaily dan berita tersebut telah diwar-warkan di dalam facebook dan twitter. Barulah sahih beritanya.

TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA ALLAHYARHAMAH DR. LO'LO'.

TEPUK DADA TANYA IMAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...