Isnin, 7 Februari 2022

2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF

 


Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak ada siapa pun menyangka apa yang kita dah lalui selama 22 tahun sejak dari tahun 2000. Dan nampaknya Wawasan 2020 terkubur begitu saja. Terkubur kerana perbalahan & pemusuhan dalam politik yang tak berkesudahan. 

Sewaktu sambutan Alaf Baru 21 pada 22 tahun lepas, dunia dikejutkan dengan  Y2K. Kononnya pengaturcaraan komputer seluruh dunia tidak dapat membaca tahun 2000. Dan menginterpretasi angka 00 sebagai tahun 1900. Kecoh satu dunia. Tapi akhirnya tak ada apa pun. Cuma segelintir bikin laba atas Y2K. 

Itu kisah 22 tahun lalu. Sepanjang tempoh dari tahun 2000 sehingga 2009, terjadi perubahan besar dalam senario politik negara. Pada 2003, Tun Mahathir meletak jawatan. Katanya dah boring dengan 'Melayu Mudah Lupa'.Pada tahun sama Projek Genom disempurnakan. 

Pada 11hb September 2001, WTC di US telah di serang dan akibatnya runtuh dan mengakibatkan Islamofobia di seluruh dunia. Kemudian kecuh satu dunia dengan Ramalan Nostradamus. Dan bermula serangan ke atas Dunia Islam. Iraq akhirnya di serang tentera bersekutu diketuai USA dengan alasan Iraq ada WMD. Satu penipuan terbesar yang sehingga kini tiada siapa berani mencabar pencerobohan US ke atas Iraq. Tiba-tba saja TALIBAN menjadi pemes. Dan nama Osama Ben Laden meniti dari bibir ke bibir. Afghanistan pula di serang tentera USA. 

Kesemua jenayah-jenayah tersebut didiamkan saja, Tiada siapa berjaya mendakwa USA dan sekutunya. 

Pada 2004 berlaku Tsunami terbesar melibat negara-negara Alam Melayu. 

Selepas itu berlaku Arab Spring di seluruh Jazirah Arab. Manakala di negara kita berlaku demonstrasi besar-besaran siri BERSIH dan banyak lagi. 

Sepanjang 2019, 2020, 2021 & 2022 wabak Covid19 menguasai dunia. Semuanya senyap diam tak berkutik. Timbul pula THE GREAT RESET. Dan di negara kita muncul pelbagai teori konspirasi. 

Sejak 2020, kita pula terkurung selama 2 tahun lebih. Selepas itu pentadbiran baru berpendapat tak perlu berkurung tapi perlu hidup dengan wabak covid19. Sudah dua tahun kita kena pakai 'penutup muka 3 lapis'. Dan semunya nya di vaksin.

Bumi duni sedang sakit. Dna kenapa sakit? Kerana Jantung Dunia di serang. Dimanakah Jantung Dunia dan bagaimana nak merawat Jantung Dunia?


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...