KEDURJANAAN YANG TIDAK BERNAMA TAPI BERTUBUH BADAN.
Sejauh manakah manusia-manusia durjana di dalam Pakatan Haramjadah sanggup lakukan untuk mensabotaj siri Jelajah IMR Hasan Ali?
Adakah suatu kemustahilan jika kita berteori bahawa insiden dua biji kereta mewah Dr Dzulkefly Ahmad di bakar, insiden Geng Kepala Babi' dan insiden di Kg Jalan Kebun ada kaitan dengan usaha-usaha manusia durjana dalam Pakatan Haramjadah bagi memastikan kejahatan, kecurangan dan pengkhianatan mereka tidak diketahui umum?
Fikirkan dengan waras, pihak manakah yang selama ini begitu desperado mahu mengekalkan momentum tsunami 2008?
Masihkah anda mengingati mengenai kajiselidik kepopulariti antara dua orang tokoh baru-baru ini?
Masihkah anda mengingati lapuran media asing yang semakin kehilangan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim?
Fikir dalam lagi. Tidakkah kesemua insiden-insiden sensasi sejak malam Januari 2012 semuanya berpunca daripada usaha-usaha desperado pihak yang mahu menyelamatkan Dewata Politik mereka yakni Anwar Ibrahim?
Tidakkah pemecatan Hasan Ali kerana desakan pihak desperado manusia durjana dalam PKR yang menyeru dan mengasak Parti Adat & Sukan memecat Hasan Ali kerana berkata " Anwar , jangan libatkan rakyat dalam masalah moral kamu !"
Tidakkah siri jelajah Hasan Ali melalui NGO JATI seringkali menyampai pesanan-pesanan :-
" Melayu itu Islam, Islam itu Melayu itulah termaktub di dalam Perlembagaan !"
" Pertahankanlah hak istimewa Melayu !"
" Buku Jinggay adalah asing !"
" Bersatulah Melayu !"
" Pertahankanlah institusi Raja-raja Melayu!"
" DAP mahu tubuhkan Republik!"
Pihak manakah yang lebih gentar dan takut dengan Hasan Ali ?
Tidakkah anda perhatikan bagaimana pihak yang gentar dengan seruan dan laungan Hasan Ali itu selama ini sering berdarah gemuruh dalam setiap tindak tanduk mereka?
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, tidakkah fahaman SOSIALISMA AMAT MEMUSUHI SEMUA AGAMA?
Mampukah anda semua membuat kesimpulan secara waras, munasabah dan rasional? Sudah tentu anda BOLEH!
TEPUK DADA TANYA IMAN!