Rabu, 4 April 2012

KETUA PENERANGAN CABANG PKR AKUI PKR KUAT MENIPU.


BULETIN UTAMA TV3 jam 8.30 malam sebentar tadi menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Cabang PKR (dalam negeri Selangor) dalam sidang media pagi tadi. Ketua Penerangan Cabang PKR berkenaan mengakui bahawa PKR memang kuat MENIPU. Bila sebut PKR , mesti menipu. Bila menipu je mesti PKR. Sebab itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Selangor melabelkan PKR ini sebagai Drakula. Ada benarnya. Dan kebenaran itu kini diakui sendiri oleh Ketua Penerangan Cabang PKR di Selangor. PKR Drakula memang tak layak memerintah mana-mana negeri dan Malaysia.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KEMPEN KENCING & BANTAH 3.0 . SILA BAWA TISU JAMBAN.


Di luar negara tabiat kencing dan membuang najis kecil merata-rata di tempat awam bukan perkara yang mengaibkan dan memalukan mereka sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar-gmbar ini.





Anjing mempunyai tabiat kencing di tempat awam dan terbuka.


Ada juga manusia yang mengikuti peel anjing kencing merata-rata.

Di Malaysia pula ada sekumpulan manusia yang suka 'Kencing Merata-rata' .Malah mereka pula menjadi penyeru kepada rakyat Malaysia lain untuk turut serta 'KENCING MERATA-RATA'. Bak kata pepatah Melayu ' Anwar Israel Kencing Berdiri, BERSIH 3.0 Kencing Duduk'  Lihat di gambar di bawah ini.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KERAJAAN PKR SELANGOR KERAJAAN DRAKULA PENGHISAP DARAH BELIA SELANGOR.

BELIA SELANGOR MENJADI MANGSA DRAKULA PKR SELANGOR.




KENYATAAN MEDIA

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 bertemakan Selangorku: “Hasil Negeri Untuk Rakyat” telah memperuntukkan RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.

Pecahan peruntukan itu adalah seperti berikut:

Program latihan belia - RM3.5 juta

Program keusahawanan muda - RM50 juta

Pembangunan sukan - RM4 juta

Penyediaan infrastruktur sukan - RM30 juta

Jumlah - RM87.5 juta


Agak menghairankan apabila pada satu majlis baru-baru ini, beliau mengatakan jumlah peruntukan kepada belia ialah sebanyak RM67.5 juta sahaja. Menjadi persoalan apabila bajet yang dinyatakan itu tidak sama seperti ketika beliau membentangkan bajet 2012. Ke mana menghilangnya lagi RM20 juta? Jika dalam Bajet 2012, peruntukan di bawah program keusahawanan muda sebanyak RM50 juta tetapi dalam kenyataan baru-baru ini telah meyusut kepada RM30 juta sahaja.

Justeru, Majlis Belia Selangor (MBS) mahu Kerajaan Negeri membuktikan ketelusan dengan menyenaraikan jumlah penerima, jenis perniagaan yang dijalankan dan jumlah pengagihan geran Program Keusahawanan Muda yang sudah dibelanjakan di bawah Geran Selangorku sehingga kini. Kejayaan yang dicapai setakat ini juga perlu dinyatakan program tersebut sangat penting dalam memberi impak ekonomi di negeri ini.

Ini kerana sejak permulaan Program Keusahawanan Muda ini, MBS tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk terlibat secara langsung apatah lagi persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS yang mempunyai keahlian melebihi 400,000 ahli belia.

Sebagai sebuah organisasi yang memayungi banyak persatuan belia, MBS sepatutnya diberi hak tersebut untuk sama-sama melahirkan belia yang berdaya saing dalam ekonomi namun telah diketepikan atau dengan kata lain, dianak tirikan oleh kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, MBS juga membantah keras kenaikan sewa tapak-tapak penjaja pasar pagi, pasar malam dan gerai di bawah pengelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantutkan usaha menaikkan lagi ekonomi peniaga-peniaga kecil di negeri ini.

Janji kerajaan negeri untuk “memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama” hanya tinggal janji. Jika dilaksanakan sekalipun, hanya pada dua tahun pertama kerana selepas itu golongan peniaga kecil khususnya usahawan muda telah dipinggirkan.

MBS juga mahu kerajaan negeri melaksanakan janji-janji yang pernah dilaungkan pada pilihan raya umum yang lalu tetapi masih belum Berjaya direalisasikan:

Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery

Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama

Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda

MBS mewakili seluruh golongan belia di negeri ini mahu kerajaan negeri telus dan bukan sekadar retorik dalam melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan. Jika golongan muda terus diabaikan, jangan harap kami akan memberi undi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Cukup lah sekali kami dipermainkan serta diperbodohkan dengan pelbagai janji manis yang sampai sekarang masih tidak dilaksanakan.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan!

Sekian

Terima Kasih.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

KERAJAAN DARAKULA PKR ZALIM !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANAK CINA ANAK ANWAR , SEKOLAH CINA SEKOLAH CAUVINIS.


16HB APRIL ini, Dong Zhong akan mengadakan upacara ritual penuh simbolik menghalau semua gutu Melayu dan India yang tak fasih berbahasa Mandarin dari semua sekolah Cina di Malaysia. Tindakan itu adalah simbolik kepada dominasi kuasa politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Ianya juga adalah tindakan penuh simbolis mengenai hasrat dan tekad komuniti Cina pro DAP mahu mengisolasikan komuniti Cina Malaysia menjadi satu komuniti elitis.Ianya juga adalah simbolis dan isyarat hasrat penggabungan DAP dengan Singapura jika Pakatanista berjaya menguasai Putrajaya. Nanti Putrajaya tak nama Putrajaya tapi mungkin di tukar nama menjadi New Tel Aviv.

DAP sentiasa bermatlamat menjadikan negara ini sebagai hakmilik kekal hanya untuk satu kaum sahaja dan enggan berkerjasama dengan kaum-kaum lain dalam ertikata sebenar perkongsian kuasa. Melaga-lagakan kepentingan antara kaum adalah permainan politik licik DAP selama ini. PKR dan PAS sentiasa membantu dan menyokong apasaja DAP lakukan. 

Tuntutan Dong Zong tidak ada asas langsung kerana Dong Zong mahukan semua matapelajaran di sekolah-sekolah Cina diajarkan dalam Bahasa Mandarin.Ada patot ke? Takkan nak ajar Bahasa Melayu guna Bahasa Mandarin ? Takkan nak ajar matematik dan sains serta bahasa Ingeris guna bahasa Mandarin? Tak masuk akal lah ! Tau lah orang kuat Dong Zong dok beli ijazah dari Universiti rumah kedai di USA.

Hakikat sebenarnya ialah kaum Cina tidak pernah terjejas pun selama ini untuk belajar Bahasa Mandarin. Dong Zong hanya menimbulkan isu kekurangan guru  bahasa Mandarin kerana mahu menguji sejauhmana DAP memperbodohkan PKR dan PAS. Agak malang kerana PKR dan PAS masih terbelenggu dengan minda terjajah mereka.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KERAJAAN DRAKULA PKR NAIKKAN SEWA 300% LEBIH TINGGI DARI 10 SEN RON 97.


Ok lah. RON 97 naik 10 sen menjadi RM2.90. RON 95 dan disel masih kekal pada harga bersubsidi di mana RON95 pada harga RM1.90. Ini bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan RON95. RON97 naik juga lah cuma ianya jenis petrol yang digunakan oleh kereta mewah macam MB Selangor dan EXCO Selangor. Oleh kerana untuk menampung kenaikan 10sen tersebut, PKR terlebih dahulu menaikkan kadar sewa 300% ke atas belia negeri Selangor. Hebat kan PKR? 
Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).-Utusan
Kalau lintah cuma hisap darah kotor sedikit tanpa memudaratkan nyawa manusia. Malah lintah digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat manusia sakit. Drakula menghisap darah manusia sampai mati manusia. apa pun tak boleh. Jom kita dengar apakata Noh Omar mengenainya:-


TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...