Rabu, 27 Ogos 2014

KATA PEMUTUS - MEMUTUS TALI YANG BUKAN HAK.

TIADALAH LAYAK MANA-MANA PARTI POLITIK MENCAMPURI URUSAN EKSEKUTIF, BADAN KEHAKIMAN, BADAN LEGISLATIF, MAJLIS RAJA-RAJA WAIMA PADA JALAN KOVENSI ATAU SEGI PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI.

KALAU TIADA TAHU MANA HUJUNG DAN MANA PANGKAL
TIDAKLAH RUMAH BERTIANG SERI.


KATA PEMUTUS:
" Maka tidak kita menyembah gulungan penentang pendurhaka dewa Dan jin..yang menentang ALLAH SWT DALAM PENCIPTAAN ADAM A.S. dan kita hanya menyembah sujud kepada ALLAH SWT dan tidak kepada mereka. 
Kita berpegang teguh kepada Tali Allah Tali Rasul, Tali Benih Tali Tanah semata-mata. 
Tiadalah kita bersaudara dengan puak penentang pendurhaka samada dari gulungan dewa, gulungan jin dan gulungan manusia berhati iblis atau katalain kita tidak bersaudara dengan setan, iblis, jin kafir, jin ifrit dan sekutu-sekutu mereka. 
MAKA PUTUSLAH HUBUNGAN KITA BANI ADAM A.S.  DENGAN SEMUA PUAK PENENTANG PENDURHAKA MANUSIA DEWA, MANUSIA JIN MANUSIA BERHATI IBLIS.. YANG MENENTANG ALLAH SWT"

Selasa, 26 Ogos 2014

DAP PKR PAS KENA BERI LAGI NAMA-NAMA GAGAK BERBULU PUTIH UNTUK MENJADI KETUA SEKELIAN GAGAK.

"GAGAK BERKOAR-KOAR NGAKU BERBULU PUTIH, PARUHNYA ADA BANGKAI. KETAM BATU MENGAKU PANDAI BERJALAN LURUS. AYAM JALAK BERKOKOK SEBELUM FAJAR. RIUHLAH AYAM BETINE SE-REBAN TIADA BERTELOR"



Maka DYMM Sultan Selangor meminta TSKI menangguhkan perletakan jawatannya kerana mahu DAP PKR PAS memberikan lebih dari dua nama kepada baginda. Baginda menggunapakai kuasa-kuasa baginda yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 seperti yang tertera pada surat diatas. Natijahnya, TSKI kekal menjadi MB sehinggalah DAP PKR PAS memenuhi titah baginda berkenaan. 

Dikatakan Khalid Samad semasa keluar dari mahkamah, telah diludahi dan dikatakan kepadanya , 'Pengkhianat Bangsa'. Khalid Samad orang berdagang rantau. Sudah tentulah tiada beliau faham adat resam tempatan. Tapi orang tempatan jua yang mengangkat Khalid Samad menjadi wakil mereka di DUN. Calun anak watan sendir mereka tolak dan angkat anak berdagang rantau. Sudah tentu akan sentiasa bersembah derhaka kepada Sultan Selangor kerana tiada faham bahasa adat resam. 

Tiadalah ambe mahu menulis panjang lagi lebar mengenai perkara kawanan gagak berbulu putih berparuh bangkai mahu memilih burung kakak-Tua sebagai ketua sarang mereka. Sebab mereka lupa mereka hanya sekawan gagak yang berkoar-koar. Bersarang tinggi di atas tiang-tiang letrik. Sudah tentu mereka lupa siapa pemilik Tanah Jawi Tanah Melayu.

Sudah ambe tulis sebelum ini, akan hal itu perlu dirujuk kepada Undang Nan Empat bagi kata pemutus. Dan sudah ambe berikan sebab musabab nya. Terdahulu pernah seorang mantan MB Selangor berkata yang sama.

TIADA BOLEH DUA NAKHODA SEKAPAL DAN TIADA BOLEH SEKATA TANPA MUAFAKAT BULAT KATA.

Isnin, 25 Ogos 2014

SEBAIK-BAIK POLITIKUS IALAH SEJAHAT-JAHAT JIN - BILA POLITIKUS LUPAI DARATAN.


Hari ini ambe sentuh pula kelompok Politikus Malaysia. Anda tentu sudah biasa mendengar sebuah hadis rasul yang lebih kurang sebutannya begini ' Sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia'. Dan kita ketahui bahawa Allah Hu Ta'ala menciptakan manusia dan jin untuk beribadat kepada Nya. Malah di dalam Al Quran Nur Kariim ada surah An-Naas (Surah Manusia) dan Surah Jin. Tiada di dalam Al Quran Nur Karim surah bernama Politikus. Tapi di Malaysia sejak 1989 lagi, kata-kata politikus itu lebih di percayai dari Al Quran Nur Kariim sehingga al Quran Nuur Kariim dibelakangkan dan diabaikan oleh Politikus. 

Didalam surah An Naas, Allah Hu Ta'ala memperingatkan kepada semua makhluk bahawa DIA-lah Penguasa manusia, DIA lah Raja manusia dan DIA-lah ILAH manusia.Tapi amalan politikus di Malaysia pada hari ini menyatakan sebaliknya pula. Waima mulut mereka berkata manis tapi hempedu mereka lebih pahit dari biasa.

Sejak 1989 -1999 dan 2000- 2014; kita melihat dan mendengar politikus Malaysia bila berkata-kata tiada satu pun kata-kata itu diamalkan mengikut al Quran Nur Kariim. Politikus Malaysia mempersoalkan dan mempertikaikan Hak Keistimewaan Melayu, Institusi Raja-raja Melayu, hukuman keatas murtadiin, mahukan kebebasan orientasi seks luar tabie', bertuhankan Kuasa Rakyat, mempermainkan kalimah ALLAH, mendewa-dewakan pemimpin dikalangan mereka dan menjual ayat-ayat al Quran Nur Kariim. 

Tiadalah kita melihat mana-mana politikus mahu mengikuti JALAN NAN LURUS di dalam Al Fatihah. Tiada mereka percaya bahawa al Quran Nur Kariim itu boleh membawa keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.. 

Politikus lebih mempercayai teori-teori politik di dalam Sains Politik berbanding al Quran Nuur Kariim. Politikus meletakkan kepercayaan dan amanah di bawah tapak kaki mereka. Politikus menafsirkan al Quran Nuur Kariim mengikut kehendak politik mereka.

Manusia diciptakan Allah Hu Ta'ala dengan sifat keluh kesah. Dan Politikuslah manusia yang paling keluh-kesah sejak 1989. Kini mereka menjadi lebih keluh kesah dari sekelian manusia yang ada di Malaysia. 

Politikus Malaysia menyatakan kepada semua bahawa mereka adalah Harapan Rakyat, merekalah yang membawa rahmat kepada rakyat dan merekalah yang membuka peluang-peluang rezeki yang ada. Mereka mendakwa mereka membela kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat. 

Sejak 2004 sehingga kini , selama hampir sepuluh tahun, politikus Malaysia mencetuskan pelbagai isu-isu politikal sesama mereka sendiri. Merimaskan kehidupan rakyat. Membebankan rakyat dengan perlumbaan kuasa mereka. Menginjak-injak hak-hak peribumi sesuka hati mereka. Menjual aset dan kepentingan negara mengikut nafsu tamak mereka.

Politikus melupai asal-usul mereka dan daratan yang mereka tumpangi diatasnya. Politikus berjalan diatas mukabumi dengan angkuh, bongkak dan ingkar.Mereka mahukan DUNIA BARU, mengamalkan POLITIK BARU dan mahu menjadi MELAYU BARU yang membawa HARAPAN BARU. Mereka lupa yang setan juga BERSIFAT BAHARU.

Politikus Malaysia menjadikan setan-setan sebagai teman yang rapat dan lebih mempercayai setan yang dikenali dari malaikat yang tiada mereka kenal. Kerana itu Allah Hu Ta'ala menjadikan mereka memandang indah dan molek segala perbuatan kianat, curang dan jahat mereka. Akibatnya, Setan juga bersifat baharu gara-gara Politikus mengikuti kata-kata dan bisikan was-was setan, jin dan manusia hewani.

Mereka ajak rakyat berguling di atas jalanraya, berdemonstrasi melawan pemerintah dan menjadikan budaya fitnah adu-domba sebagai cara mempopularkan diri untuk mendapat undi. Mereka menghasut tanpa mempedulikan larangan dalam al Quran Nur Kariim.

Politikus juga enggan berdamai dan mengajak rakyat bermusuhan serta membenci sesama sendiri mengikut firqah-firqah politik mereka. Malah mereka juga turut memusuhi diantara satu sama lain. Dan mengheret rakyat dalam permusuhan mereka. 

Maka, kita selaku rakyat jelata hendaklah kita sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk dan kata-kata politikus. Janganlah kita terpedaya dan terpukau dengan kata-kata mereka. Usah kita menyahut seruan mereka. Kita biarkan saja politikus menerima hukuman daripada Allah Hu Ta'ala diatas perbuatan-perbuatan dari tangan-tangan mereka sendiri.

Sabtu, 23 Ogos 2014

PERSETIAAN UNDANG NAN EMPAT & PERJANJIAN DURBAR 1897YANG DIMUNGKIRI, DIKHIANATI & DIINGKARI POLITIKUS MALAYSIA

DURBAR 1897


Minit Mesyuarat Durbar

Baru Kemerdekaan 1957 

SEMPENAN keberangkatan pulang Sultan Selangor pada hari ini (jika tiada berubah jadual) bagi menangani Krisis PKR-DAP-PAS yang nak lantik bini anwar berahim menjadi MB, ambe dengan suka teramat cita dengan sengaja mengungkit Persetiaan Undang Nan Empat & Perjanjian Durbar 1897. 

Sebelum merdeka 1957, spesis Politikus tiada lagi wujud di Tanah Melayu Tanah Jawi. Yang ada cuma pentadbir British dengan Raja-raja Melayu yang powers.Dan Raja-raja Melayu yang powers pula bersetia kepada Undang Nan Empat. Ini kerana keturunan Undang Nan Empat lah yang masih mewakili kedaulatan Tanah Melayu Tanah Jawi.  Kenapa pula menjadi begitu susunannya?

Menurut Haji Buyung Adil, penulis kontemporari sejarah silsilah semua kerajaan-kerajaan Melayu, menyambung semula tugasan Tun Seri Lanang, mengakui bahawa Kerajaan Sang Hyang Hyung yang diperintah Bathin Moyang Seri Alam adalah saudara tertua bagi Kerajaan Majapahit, Sumatera dan yang ketiga Champa bilamana kerajaan-kerajaan itu tumpas ditangan penjajah mereka berundur ke Tanah Melayu Tanah Jawi.

Menurut Tengku Arian Kirana, Jelebu, beliau menulis, 
"Demi Daulah Islam, Bangsa Melayu bertulisan JAWI - Bani Jawai - Keturunan Nabi Allah Adam A.S- tidak Nabi Allah Adam A.S menjadi RAJA, maka hanya PENGHULU LUAK jua yang kita ada, Bathin Seri Alam menyusun Kerajaannya sedemikian rupa kerana untuk menentang kemaraan RAJA IBLIS yang menentang Nabi Allah Adam A.S yang menjadi RAJA DUNIA, apalah kita MANUSIA yang lemah dan tidak cukup sempurna hanya menyembah sujud kepada YANG MAHA ESA ALLAH SWT jua jalan terbaiknya.."
Mengikut Tengku Arian Kirana, luas asal Kerajaan Jawi ialah dari Rom sehingga ke Sulu'. Sehinggalah tumbang satu persatu sehingga menjadi Sembilan Negeri di Tanah Melayu Tanah Jawi. Akhirnya, hanya tinggal Negeri Sembilan. Itupun, pada masa Tun Dr Mahathir sedang berasmaradana dengan Anwar Ibrahim (1982-1989), turut dirampas oleh politikus dengan bantuan golongan korporat, birokrasi serta puak duri dalam daging.

Bilamana waris Imam Perang Jelebu menghantar Surat Peringatan kepada semua PEMBESAR NEGERI DAN NEGARA., RAJA RAJA MELAYU, BADAN KEHAKIMAN, AHLI POLITIK, MENTERI BESAR, JABATAN AGAMA DAN MUFTI, ATM DAN PDRM, DATO DATO UNDANG LUAK DAN DATO DATO LEMBAGA -- Waris tersebut hampir ditangkap dan ditahan diatas arahan Tun Dr Mahathir Mohammad yang berkemungkinan menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim untuk melakukan demikian. 

Tengku Arian Kirana (Dato' Menteri Shirat Mustakim) menulis:-
"Maka diberitahu jua jika tiada usaha daripada daripada pihak yang DIBERI AMANAH UNTUK MENGURUS TADBIR TANAH MELAYU - MENGIKUT PERJANJIAN TUJUH SYARAT RAJA RAJA MELAYU -  
maka akan tiba LAKNAT ALLAH SWT - ..........."
 Di dalam Persetian Undang Nan Empat itu disebutkan bahawa apabila timbul pergolakan akibat gara-gara salahlaku golongan politikus, maka hendaklah perkara itu dirujuk semula kepada Undang Nan Empat (waris-waris yang asal). 

Setelah berlaku polisi pembaharuan Melayu Baru, Bini Baru, Bangunan Baru dibawah pentadbiran TDM dari 1980- 1989, 1990-1999 dan 2000-2003, Persetiaan Undang Nan Empat dan Perjanjian Durbar 1897 mula dikianati, dimungkiri dan diingkari spesis Politikus Jenama Melayu Baru. Mutakhir ini mereka disebut Politikus Baru bawah Politik Baru. 

Persetiaan tersebut menjadi Teras kepada Amanah keatas bahu Politikus diatas dasar:-

Hak Kita Hak Kita 
Hak Orang Hak Orang 
Hak Orang Kita Tak Mahu 
Hak Kita Jangan Diberi Lagi kepada Orang 

Dicabuli, diperkosa dan dirogol secara bergilir-gilir oleh Politikus Politik Baru yang bersifat angkuh, bongkak dan ingkar sejak 1989 sehingga kini. 

Peringatan sudah diberikan kepada semua pihak sejak 1990 dan semua pihak termasuk Politikus Politik Baru diberikan tempoh melakukan pembaikan. Tempoh itu telah berakhir pada 31hb Disember 2013 lalu. 

Tapi diberikan Lanjutan Tempoh Masa sehingga 31hb Ogos 2014. 
Malangnya, puak Politikus Politik Baru yang dicipta oleh TDM dan DSAI masih gagal melakukan pembaikan. Sebaliknya mereka semakin banyak melakukan kerosakan.

Jika Politikus Politik Baru masih nak kekalkan Status-Quo mereka, maka wajiblah mereka mematuhi Peringatan yang telah diberikan melalui TDM. Andaikata mereka masih gagal dan ingkar, maka Allah Hu Ta'ala jualah yang menghukum mereka. 

Politikus Politik Baru jenama TDM dan DSAI masih mau keras kapla ka ?

Rabu, 20 Ogos 2014

TUN DR MAHATHIR WAJIB BANTU DS NAJIB PERBETULKAN KESEMUA SALAHLAKU SEMUA PIHAK.

Cencaluk - Semua Orang Boleh Makan Tapi Tak Semua Orang Mampu Menelan.

INI HARI ambe nak sentuh Tun Dr Mahathir, idola majoriti rakyat dan kesayangan orang ramai. Sentuhan kasih-bersayang-sayangan. Ambe tiada mengkritik, menegur kerana ambe bukanlah mantan PM selama 22 tahun. Mahupun, Presiden UMNO selama 22 tahun. Tiada samataraf ambe dengan TDM itu dari segi pangkat, kejayaan dan hartabenda. Dan tiadalah jasa ambe kepada agama, bangsa dan tanahair sepertimana jasa-jasa TDM yang amat dikasihi. Juga tiadalah ambe ni menulis sebarang buku seperti TDM. Mahupun kerana didorong oleh sebab ambe ini penyayang kepada DS Najib kerana semua orang tahu ambe pernah tulis Najib Takde Telor. Namun, belum pernah lagi ambe menulis TDM Tiada Bertelor. Ambe mengakui ambe menulis ikut sedap Rasa dan ikut suka Hati ambe. Ambe juga sering menulis secara keras mengenai salahlaku-salahlaku para jejuak dan para penjawat parti yang buat parti macam harta pesaka mak bapak mereka. Pada hari ini, ambe nak sentuh kasih bersayang sayangan TDM.

TDM ialah seorang Melayu berdarah campuran. Bukanlah keturunannya itu asli Melayu. Arwah bapanya seorang keturunan dari benua India yang mencari rezeki disini.Kemudian berkahwin dengan ibunya seorang asli Melayu. Keturunan ibunya banyak mempengaruhi jiwa dan perkembangan diri TDM. Ayahnya waima bukan asli Melayu tetap menjadi seorang yang berjiwa Melayu dan sayangkan Melayu.

TDM ini seorang anak yang amat sayangkan ibunya dan amat menghormati bapanya. Dan bapanya seorang yang amat penyayang kepada ibunya. Suasana inilah yang banyak mempengaruhi jiwa TDM dalam pembawaannya. Namun begitu adalah sikit rasa kurang didalam jiwa TDM kerana bukan berdarah asli Melayu seratus peratus. Semasa kecil ada lah juga diusik-usik rakan-rakan. Perkara itu memberi bekas dan kesan kepada jiwa TDM. Jadi beliau berazam untuk mengubah Melayu itu mengikut acuannya sendiri. Itulah salahlaku pertama olehnya. 

TDM amat menyintai kebebasan dan kemerdekaan. Tiada suka beliau akan penindasan, penjarahan dan penghinaan sesama manusia. Beliau tiada bersetuju dengan marhum Tunku Abdul Rahman kerana beliau tiada bersetuju mengenai daulat keturunan Raja-raja Melayu. Pada beliau, perlulah diubah segala sumpah-seranah akujanji dulukala jika Melayu nak berjaya. Itu salahlaku beliau yang kedua.

Beliau amat sayangkan Melayu kerana kasih sayang itu terikat kepada kasih sayang kepada ibunya. Cintakan keluarga adalah sifat mulia yang ada pada TDM. Sifat itulah mendorong beliau banyak berbuat kebajikan dan kebaikan. Beliau percaya semakin banyak kebaikan semakin tinggi dan mulia bangsa keturunan ibunya yang dikasihinya. Sebab itulah, mulutnya tetap menegur dan menasihati setiap pesakit yang datang ke kliniknya.Beliau mahu keturunan ibunya tidak menjadi hina dina dan dipandang remeh oleh orang luar. Keceluparan mulutnya adalah salahlaku ketiga.

Setelah beliau dberikan peluang dan ruang menjadi PM dari 1980, beliau mengangkat Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO. Kerana beliau tiada percaya sangat dengan pemimpin UMNO yang ada pada waktu itu. Beliau mahu merubah pemikiran dan tradisi lama Melayu. Itu salahlaku keempat oleh beliau

Pertama yang dilakukan oleh beliau ialah mencari gaduh dengan British. Waima beliau berjaya mengumpul segala dana kekayaan Melayu tradisi untuk mengambil semula tanah-tanah daripada korporat British, tapi beliau menggunakan khidmat puak Rothschilde. Itu salahlaku yang kelima oleh beliau.

Kemudian berlaku peristiwa Memali. Beliau memandang orang beragama sebagai suatu ancaman. Beliau yakin dan percaya bahawa ISLAM yang diamalkan Melayu adalah penyebab utama Melayu tidak maju. Maka dalam menyedarkan Melayu, secara tidak sengaja beliau mempersendakan dan mempermainkan AGAMA mengikut hawa dan arus kepentingan politik. Beliau kurang percaya Hidup Beragama mengikut amalan Melayu itu mampu memberikan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Beliau memperkenalkan Polisi Penerapan Nilai-nilai ISLAM mengikut acuan politik. Akibatnya, Hj Hadi keluarkan Amanat mengkafirkan sesama Islam. Itu adalah salahlaku keenam oleh beliau.

Beliau turut memperkenalkan Konsep MELAYU BARU. Beliau mahu Melayu yang Baru. Dan beliau anggap Melayu Lama tidak relevan dan sesuai. Itulah salahlaku beliau yang ketujuh.

Falsafah Politik beliau yang berdasarkan kepada , "Lebih baik Setan Yang Dikenali dari Malaikat yang tidak dikenali' adalah salahlaku yang kelapan oleh beliau.Secara tak sengaja beliau menjadikan Melayu bersengkongkol dengan puak penentang dan menerimapakai manusia setan/ iblis menjadi kawan dan penasihat.Akibatnya, banyak hak dirampas daripada pewaris yang berhak. Dan lahirnya terlalu ramai manusia berhati iblis/ setan.Lama kelamaan, manusia setan/iblis menguasai segenap hirarki pemerintahan dan setiap aspek kehidupan. Tiada tempat bagi Manusia Insani.

Beliau telah menghilangkan imuniti Raja-raja Melayu kerana beliau bersangka bahawa tiada patut disembah Raja-raja Melayu. Ini kerana beliau sendiri cuai dan alpa mengenai sejarah dan sebab musabab kenapa Allah Ta'ala wujudkan Raja-raja Melayu. Sedangkan Allah Hu Ta'ala menciptakan Nabi nya Adam alaihis salaam dan sekelian diperintah sujud kepada Nabi Adam kecuali iblis yang ingkar kerana sombong dan bongkak. Begitulah juga hal ke atas Tun Dr Mahathir. Ini kerana beliau menjadikan manusia setan/iblis/hewani sebagai rakan dan penasihat. Ini salahlaku beliau yang kesembilan.

Pada 1987, berlaku pemilihan hebat dikalangan UMNO LAMA. Timbul Tim A dan Tim B. Akibat dari situ, UMNO LAMA dibubarkan/diharamkan pada 1988. Dan Beliau menggunakan kesempatan itu untuk menubuhkan UMNO BARU mengikut acuan beliau sendiri. Ini salahlaku beliau yang kesepuluh. Itu juga bermakna tiada lagi UMNO ASAL yang ditubuhkan di istana Johor. Yang ada sekarang adalah UMNO BARU ciptaan beliau. Beliau juga turut memecat Ketua Hakim Negara untuk memastikan perancangan UMNO BARU berjalan lancar.Bukanlah ambe kata beliau jahat dan sangap. Beliau berbuat demikian kerana menurut pandangan beliau itulah yang terbaik untuk memajukan Melayu. Ambe cuma memperjelaskan salahlaku TDM atas duduk perkara itu.

Pada masa yang sama, akibat terpengaruh dengan nasihat-nasihat manusia setan/iblis/hewani, beliau mencampuri urusan hal ehwal pewarisan 4 Undang Negeri Sembilan. Pewaris asal digantikan dengan perlantikan politik. Ini salahlaku beliau yang kesebelas. Campurtangan itu menyebabkan Institusi Raja-raja tidak lagi berdaulat sepenuhnya. Sepatutnya campurtangan itu tidak berlaku kerana terjadi peristiwa dimana seorang Dato Undang tiada kelihatan imbasan pada cermin.

Beliau telah diberikan Surat Peringatan memperbetulkan semua salahlaku termasuklah semua Raja-raja Melayu selama 23 tahun bermula dari tahun 1991 oleh seseorang melalui marhum Pawang DiRaja Jelebu marhum Mubin. Tetapi, penulis surat itu yang dtahan dan cuba ditangkap oleh beliau. Dan beliau tiada mengendahkan Surat Peringatan itu. Akibatnya, dalam tahun 1997-1998, beliau dikianati oleh Anwar Ibrahim. Beliau berhadapan penentangan daripada manusia-manusia setan/iblis/hewani yang beliau jadikan rakan dan penasihat. Atas nasihat YAM TYD Negeri Sembilan bersama Pawang DiRaja Jelebu marhum Mubin, beliau akur untuk meletak jawatan pada 2003.

Beliau gantikan dengan Pak Lah. Tapi akhirnya, beliau menentang Pak Lah dan Pak Lah meletak jawatan. Kini beliau sokong DS Najib tapi akhirnya beliau juga menarik balik sokongan kepada DS Najib. Sepatutnya, menurut Surat Peringatan yang terdahulu, beliau wajib bekerjasama dengan DS Najib memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku yang dinyatakan didalam Surat berkenaan. Tapi beliau masih serba -salah mungkin kerana takut dipersalahkan dan dicemuh. Atau mungkin beliau sememangnya tiada bertelor.

Begitulah hal duduk perkara dalam soal Tun Dr Mahathir menarik sokongan dan mengkritik DS Najib. Beliau masih kabur dan samar untuk memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku mengikut nasihat-nasihat yang diberikan kepada beliau selama 23 tahun.

Selagimana beliau masih enggan, kabur dan samar untuk memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku berkenaan, selagi itulah puak-puak penentang manusia iblis/hewani/ setan yang pernah beliau jadikan rakan dan penasihat akan berterusan membuat onar dan huru-hara dalam negara. Beliau sepatutnya memansuhkan saja Wawasan 2020. Dan sepatutnya beliau memulihkan semula semua hak pewarisan yang telah beliau cemari selama ini. Tidak mencukupi untuk beliau hanya memohon maaf tanpa memperbetulkan semua salahlaku-salahlaku yang berlaku.

Akhirkata, tiadalah ambe menyuruh beliau berdiam diri atau meletak jawatan tapi ambe mohon beliau cerah dan cerang mata bekerjasama dengan DS Najib; memperbetulkan kesemua salahlaku semua pihak sepertimana yang beliau pernah terima nasihat untuk berbuat demikian selama 23 tahun lalu. Beliau perlu memilih samada mahu berlagak sombong, angkuh dan ingkar atau mulai sedar bahwa beliau duduk di Tanah Jawi yang bukan kepunyaan dan milik keluarganya,

Beliau wajib memohon maaf secara terbuka bersama 4 orang pawang yang pernah bersama beliau. Dan selepas itu beliau wajib bekerjasama dengan DS Najib memperbetulkan dan memperbaiki semua salahlaku dan urusan yang belum selesai.

Selasa, 19 Ogos 2014

CARTA UNDI DALAM TALIAN KRISIS MB SELANGOR - TSKI TETAP PILIHAN RAKYAT SELANGOR!


48% - Tiada Pendapat / berkecuali tapi bersimpati dengan TSKI

22% - Sokong kekalkan TSKI sebagai MB 

10% - Sokong TSKI di pecat

10% - Tidak sokong PR 


5% - tak sokong Wan Azizah 

3% - Tak hepi dengan krisis 

2% - Sokong DUN dibubarkan untuk PRN 

Lim Kit Siang dalam belognya menulis bahawa PR sudah binasa dan musnah. PR tidak lagi boleh dan mampu bekerjasama dan wujudnya jurang perbezaan diantara ketiganya. Lim Kit Siang konpiden PR sudah Tamat Riwayat.

KELAYAKAN MENJADI MB SELANGOR DIBAWAH UUTNS 1959 YANG WAJIB ANDA KETAHUI.


PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah perundangan tertinggi di negara. Setinggi mana? Tingi-tinggi Perlembagaan Malaysia itu tiada boleh mengatasi hukum syara' ISLAM. Disetiap negeri-negeri pula, Perlembagaan Negeri-negeri atau lebih pemes disebut Undang-undang Tubuh Negeri adalah perundangan tertinggi disesebuah negeri. Ianya tertakluk pula kepada Perlembagaan Malaysia. Ianya adalah penzahiran kepada kuasa-kuasa otonomi setiap negeri dibawah Jadual Ke 9 dan yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Perlu diingati bahawa Malaysia wujud atas beberapa siri perjanjian-perjanjian diantara Sultan-sultan Melayu dengan Ratu Inggeris yang pada waktu tu menguasai pentadbiran dan sistem pemerintahan di Tanah Melayu melalui Treti-treti menerima pakai Residen British.Tapi pada masa yang sama kedaulatan Raja dan wilayah diperakui oleh British sebagai negeri-negeri merdeka.

Sistem pemerintahan Malaysia ialah berkerangka utama kepada Demokrasi Raja Berperlembagaan. Negara kita ialah sebuah negara permesyuaratan dan persekutuan negeri-negeri yang membentuk sebuah Negara bernama Malaysia. Kerana itu diperingkat nasional kita mempunyai pemerintahan persekutuan pusat. Dan dinegeri kita mempunyai pula pemerintahan autonomi negeri.

Selama ini politikus usang cuba merubah dan merombak kerangka asas kenegaraan dan sistem pemerintahan di persekutuan pusat dan otonomi negeri. Mereka sedar dan awas bahawa majoriti rakyat tidak tahu dan mahir mengenai sistem kerangka utama kenegaraan, sistem pemerintahan persekutuan pusat dan sistem pemerintahan otonomi negeri-negeri. 

Ini kerana sistem pendidikan kita telah lama disabotaj oleh puak politikus usang. Merekal mensabotaj dengan niat agar rakyat tidak tahu apa-apa mengenai mekanisma dan perjalanan serta hirarki sistem pemerintahan yang berlaku dan diamalkan. Akhirnya, 'Senjata' itu memakan diri politikus semula. 

Tidak ramai yang tahu dan mahu ambil tahu apa yang termaktub didalam UUTNS 1959 berkenaan Sistem Pentadbiran / Pemerintahan bagi negeri Selangor. Disini ambe cuba lah sampaikan mana yang ambe tahu.Bukan mudah nak fahami lenggok laras bahasa perundangan yang bila dibaca habis sepuluh papan panadol ditelan. Itupun masih tak faham jugak. 

Siapa pula yang sebenarnya mentadbir Negeri Selangor dan siapa pula yang betul-betul dipilih oleh rakyat melalui PRN, PRK dan PRU ?

Hanya satu badan sahaja dalam Kerajaan Negeri Selangor yang rakyat diberi mandat untuk memilih yakni ADUN-ADUN dalam DUN SELANGOR. Namun begitu Mandat tersebut adalah besar kerana berkait pula dengan pemilihan dan kelayakan seseorang ADUN diperkenankan menjadi MB dan anggota EXCO Negeri. 

Disini anda semua perlu fahami apabila mana-mana ADUN dilantik menjadi MB dan EXCO Negeri, itu bukan bermakna DUN Selangor mentadbir Selangor melalui mereka. Bila mereka menjadi ADUN dan EXCO negeri menjadi Badan Eksekutif yang berasingan. Cuma status ADUN itu menyebabkan mereka bertanggungjawab untuk menjawab dan bertanggungan bersama atas apajua tindakan mereka kepada DUN. 

DUN tidak boleh memberikan arahan terus dan memaksa mereka mengikuti kehendak DUN dalam hal ehwal mereka menjalankan tugas dan fungsi sebagai MB dan EXCO.

Yang disebut Kerajaan Negeri Selangor itu adalah:-

1. Institusi Sultan Selangor sebagai Ketua Agama dan Ketua Eksekutif/Pentadbiran dan Ketua Badan Perundangan dan Kepala Utama Negeri Selangor.

2. Dewan Undangan Negeri Selangor yang menggubal undang-undang, memantau dan membawa suara rakyat melalui ADUN memeriksa pihak Eksekutif tentang apa yang mereka buat dan laksanakan. Tapi Badan ini tidak mentadbir Selangor. Ianya hanya badan yang menetapkan perundangan bagi negeri Selangor. 

3. Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (STATE EXECUTIVE COUNCIL = STATE EXCO) yang diketuai oleh Menteri Besar yang merupakan Badan Eksekutif/ Pentadbiran Negeri Selangor. Badan yang mentadbir Selangor.

Siapa pula yang layak dilantik menjadi MB ?
Kesemuanya dinyatakan didalam Perkara 50 dan 53 UUTNS (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) 1959.

1. MB itu mestilah seorang ADUN;

2. MB itu mendapat kepercayaan dan ada penguasaan keatas majoriti ADUN;

3. MB itu mestilah seorang Melayu dan beragama Islam;

4. Bukan seorang yang memperolehi taraf warganegara Malaysia melalui proses 'naturalisasi' dan melalui pendaftaran kewarganegaraan dibawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

5. Tidak hilang kelayakan menjadi ADUN sepanjang masa menjadi MB.

Hanya lima kelayakan sahaja diatas dan bukan selain daripada itu.

Tidak termasuk siapa yang dipilih dan terpilih oleh Majlis Kepimpinan Parti Politik.

Pilihan Majlis Kepimpinan mana-mana parti politik tidak sah dan absah dalam memilih seseorang ADUN bagi DUN Selangor menjadi MB atau tidak.

Kuasa memilih mana-mana ADUN menjadi Menteri Besar itu adalah kuasa-kuasa perogatif yang mutlak Sultan Selangor.

Sultan Selangor tidak boleh dipaksa dan tidak diwajibkan mengikuti nasihat dan tidak terikat dengan mana-mana keputusan Majlis Pimpinan mana-mana parti politik mengenai siapa yang layak menjadi MB Selangor.

DUN hanya boleh tunjuk bukti berkaitan sokongan kepercayaan dan penguasaan seseorang ADUN yang menjadi MB. Itu hanya boleh ditunjukkan melalui Usul Undi Tak Percaya sahaja.

Kalau anda semua tidak Percaya, maka cabarlah Majlis Pimpinan Tertinggi DAP-PKR-PAS mencabar DUN agar buat Usul Undi Tak Percaya terhadap TSKI.

Isnin, 18 Ogos 2014

REPUBLIK DEMOKASIBINI BINAWE PR MENDAHULUI DUN SELANGOR & UUTNS 59

Selama beberapa tahun, puak republik demokasibini dok kutok dan cerca DS Rosmah. Akhirnya, Bini Anwar Ibrahim terpilih menjadi calon MB ganti TSKI. Kalau dulu bini Anwar Ibrahim gelarkan suaminya Anugerah Tuhan, maka pada hari ini, bini anwar ibrahim adalah 'Bini Anugerah Kepada Anugerah Tuhan.' Jangan tanya ambe , tuhan yang mana satu sebab puak republik demokasibini telah gantikan 'Berhala Hidup' dengan 'Dewi Bini' sebagai tuhan baru mereka. Nampaknya Pas + Umno+ Khalid Ibrahim yang disebut Isham Rais adalah merujuk secara mutlak kepada Bini Anugerah Kepada Anugerah Tuhan.

Sikit updet, antara lain pada hari ini , PDRM keluarkan waran tangkap ke atas N Surendran diatas akta hasutan. Tindakan ini adalah lanjutan dari laporan polis terhadap N Surendran kerana kenyataan beliau memfitnah dalam kecenderungan menghasut bahawa Kes Liwat II adalah konspirasi DS Najib yang disengajakan dan terancang. Biasalah, tipikal mentaliti mabok Ketum (Ketua Umum ) macam N Surendran. Beliau dikatakan telah dibebaskan dengan jaminan polis. 

Selain dari itu, Tun Dr Mahathir menulis dibelognya menarik sokongan kepada DS Najib. Berjela-jela jugaklah tulisan TDM itu menyindir dan mengkritik apa yang beliau tafsirkan sebagai 'kesalahan dan kesilapan'. TDM menafsirkan tulisannya sebagai pertunjukkan 'Kasih Sayang Tiada Berbelah dan Terbahagi'. Biasalah. Kecoh juga lah satu alam maya media sosial mengenainya. Tiada ambe mahu mengupas dan mengulas kerana pemimpin mana tak buat silap dan salah? Ambe lebih suak jika TDM turut pertunjukkan 'Kasih Sayang Tiada Berbelah dan Terbahagi' dengan memperincikan pula setiap satu 'Salah dan Silap' beliau dari kacamata rakyat selama 22 tahun beliau menjadi PM.

Dan tiada semena-mena Ketua Wanita UMNO pula meminta tambahan bilangan Naib Presiden bagi Wanita UMNO. Bagi ambe ianya berpatutan jua. Takkanlah amalan Demokasibini PR tiada dapat diperkembangkan di dalam hirarki UMNO. Jika Presiden PKR boleh menjadi MB Selangor, apa salahnya bilangan Naib Presiden UMNO turut ditambah bagi Wanita UMNO? Baru Fair & Square.

Maka eloklah juga ditambah-tambah lagi jawatan Naib Presiden UMNO untuk turut melantik segala Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ketua PDM. Dengan ini, dapat mengurangkan pergeseran perebutan jawatan dalam UMNO. Dan UMNO akan bertambah sihat wal afiat. Seterusnya menjadikan UMNO berdaya dan bersaing dengan amalan Demokasibini PR.

Sultan Selangor masih bertegas untuk menemui sesiapa jua selepas 27hb Ogos ini. TSKI yang mahu berjumpa baginda di Budapest telah ditolak oleh baginda.Sementara itu, pepuak Republik Demokasibini telah mendahului DUN dan UUTNS 59 dengan mengisytiharkan bini anwar ibrahim adalah MB Selangor. Reaksi TSKI pun sepeti berselindung di sebalik lalang dan kadangkala menjadi lalang yang melindunginya. 

Pada pandangan ambe, tiada PRN akan berlaku dan terjadi. Kerana Republik Demokasibini Binawe PR pun turut menyedari bahawa , bini Anwar Ibrahim adalah pilihan Majlis Presiden sahaja dan bukan pilihan rakyat Selangor. Jika berlaku PRN, rakyat akan 100% menolak DAP PKR PAS dan mengembalikan undi kepada BN. Sebab itu jentera BN dok rileks isap rokok sambil minum kopi 'O' di kopitiam. Memang depa konpiden mutlak 100% akan menang semula Selangor. Maka mustahil puak Republik Demokasibini Binawe PR akan memberikan laluan mudah kepada BN; sepertimana BN beri kemenangan mudah kepada puak Republik Demokasibin Binawe PR pada 2008 dan 2013.

Tapi ini semua Politik lah. Politkus boleh merancang dan kita boleh buat tekaan dan dugaan. Namun pada akhirnya, Allah Ta'ala jua yang menentukannya. Rakyat Selangor anak watan dan jati masih belum bersedia untuk menggantikan amalan Demokrasi Raja Berperlembagaan dengan Demokasibini Binian Binawe PR. 

Kalau tak percaya , bikinlah PRN, memang kali ini lawak punya PRN dalam sejarah Malaysia.

LAYAKKAH POWERKIPAS BINI ANWAR MENJADI MB SELANGOR?


Malam semalam Majlis Presiden PR tak berdaftar sebulat suara menunggalkan calon MB hanya kepada bini anwar ibrahim. Nama Azmin Ali sekadar wayang sepertimana yang sudah dijangkakan. PAS diwakli oleh Timbalan Presidennya iaitu Mat Sabu. Tiada kelihatan kelibat Presiden PAS, Tuan Goro Hj Hadi Awang. Pok NIk pula tengah tunggu 'brief' daripada Tuan Goro Hj Hadi. Manakala , seperti yang dijangkakan, puak macai PR pun cuba beri gambaran kononnya UMNO kecewa. Ha ha ha ha .. memang lawak deer. 

Persoalan selepas ini, adakah bini anwar ibrahim layak menjadi MB Selangor mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 (UUTNS 59) ?

Dan adakah wajib keatas Sultan Selangor menerima keputusan ketua-ketua parti politik DAP-PKR-PAS? 

Dan adakah Khalid Ibrahim selaku MB akan memberi nasihat kepada Sultan agar menerima bini Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor ?

Dan bolehkah Sultan Selangor menolak dan mengenepikan nasihat itu ?

Fakta.
Bini anwar ibrahim dilahirkan di Singapura dan diberikan taraf kewarganegaraan secara 'naturalisasi' melalui pendaftaran dibawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Mengikut peruntukan Klausa (3) Perkara 53 UUTNS 1959, orang yang mempunyai taraf seperti itu tiada layak menjadi MB Selangor waima ia seorang Melayu beragama Islam. Walaupun, layak menjadi ADUN dalam DUN Selangor.

Manakala Klausa (4) Perkara 53 UUTNS 1959, Sultan diberikan kuasa untuk menghadkan pilihan baginda menerima nasihat MB dalam hal menerima calon pengganti.

Dibawah Perkara 96 UUTNS 59 menyebutkan bahawa kuasa-kuasa perogatif Sultan dirizabkan bagi mematuhi peruntukan-peruntukan didalam UUTNS 59.

Bila dibaca kesemuanya sekali, difahamkan perlantikan MB adalah perogatif DiRaja kerana Perkara 50 UUTNS 59 menyatakan bahawa Kuasa Eksekutif terletakhak kepada baginda Sultan. Baginda sendiri boleh bertindak melaksanakan Kuasa Eksekutif berkenaan.

Apa yang anda perlu fahami, rombongan puak DEMOKASIBINI untuk mengadap Sultan Selangor dan mempersembahkan nama bini anwar ibrahim sebagai pengganti, itu tiada dalam konvensyen amalan dan tiada rombongan sedemikian boleh menasihati serta memaksa Sultan unutk menerima pilihan mereka. 

Sultan berhak dibawah kuasa perogatif DiRaja menolak pertemuan dan menolak pilihan rombongan DEMOKASIBINI kerana mereka bukan EXCO dan bukan MB. 

Jadi kita nantikan episod seterusnya.

WELKAM TO THE DEMOKASIBINI REPUBLIC OF PR - SEMUA TAKUT BINI ANWAR IBRAHIM KIPAS POWER BINI.

Anda pernah mendengar dan menonton siri kartun di Cartoon Network " Powerpuff Girls'? Kini anda tak perlu lagi menontonnya. Kerana kita boleh menonton secara langsung siri kartun terbitan PR dirangkaian Selangorkini TV bertajuk "Powerkipas Bini".

Akhirnya, PR berjaya mengubah senario politikal Malaysia menjadi lebih kartun dan sarkis.
Dengan bertemakan konsep baru Liberal Demokrat bagi menggantikan Demokrasi Raja Berperlembagaan, mereka dengan bangganya memperkenalkan kepada kita semua jenama terbaru mereka yakni DEMOKASIBINI. 

Dibawah konsep politik baru melalui kempen Ubah Regim dengan menggunakan kaedah-kaedah 'From Dictatorship To Democracy' mereka melegitimasikan amalan kronisma dan nepotisma ke tahap penerimaan ramai kepada amalam DEMOKASIBINI.

DEMOKASIBINI membawa falsafah Baru Politik yang boleh disimpulkan seperti ini:-
"It is the gomen of unregistered PR, for the hasben by the bini "
Selebihnya anda gunakanlah kreativiti anda sepertimana puak PR gunakan kreativit mereka untuk mencipta sebuah REGIM BERASASKAN DEMOKASIBINI.

Ahad, 17 Ogos 2014

TAMAT SUDAH PERJUANGAN ISLAM PAS- TSKI MOHON MENGADAP SULTAN SELANGOR.

Demikianlah telah kepimpinan  pas tunjuk kepada semua bahawa perjuangan ISLAM dalam PAS sudah terkubur. Dan mereka yang tidak berfikir dan menuruti tanpa akal sihat sahaja masih mempercayai PAS perjuangkan Islam.

TSKI dikatakan akan mengadap Sultan selangor bagi memperjelaskan kedudukan terkini. dan bagi mendapatkan pandangan baginda Sultan.

menjadi bualan ramai mengenai versi apa yang berlaku dalam mesyuarat jawatankuasa kerja-mungkar PAS pagi tadi.

Tersebar satu copy n paste kenyataan daripada ustaz nasharuddin bahawa dalam pengundian hanya 10 dari 37 sahaja yang sokong TGHH menolak bini DSAI. Mat Sabu lead sidang media dan TGHH tak tunggu pun .. terus berlalu pergi.

[15:07, 8/17/2014] Ust Nasrudin :

Ana kecewa sgt2 hari ni. Enta cuba bayangkan drp 37 ahli mesy. hanya 10 org saja yg sokong DSHH. DSHH balik terus dan tak buat sidang media. Wajah sebenar Anwarinas kian jelas dlm PAS. PAS kini lbh takut kpd Anwar dan DAP. Jahanam PAS kalau terus begini.

[15:08, 8/17/2014] Ust Nasrudin :

Mat Sabu yg lead sidang media. Nampaknya kepimpinan PAS masih tak sedar diri lagi. Kesian kpd pendokong jemaah yg setia. Tanpa disedari perjuangan PAS kini dikhianati pimpinan sendiri

Tantawi telah menafikannya memgatakan ianya suatu fitnah.
tapi tantawi bercakap diatas kapasiti seorang politikus pakai serban yang telah berkata mungkar dan berbuat kianat. Maka sukar untuk menerima kesimpulan Tantawi tersebut.

Maka pada hari ini.pengundi yang mengundi Pas di Selangor dan PKR kerana bencikan UMNO; dikianati PAS-DAP-PKR.

Pada hari ini, dap pkr pas merampas dan mencuri hak anak watan selangor menjadi MB SELANGOR.

Dan pengundi DAP PAS PKR di selangor yang merupakan anak watan Selangor bertepuk tangan gembira hak mereka dinafikan dan dirompak depan mata mereka disianghari oleh politikus dap pkr pas?? Benarkah begitu atau
sebenarnya mereka mula tidak mempercayai politikus dap pkr pas.

JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BARUA PKR & DAP.

ok semua orang dah tau betapa jawatankuasa kerja pas pusat langgar kehendak rakyat selangor.

dan rakyat selangor yg undi dan sokong pakatan memang betul-betul di tipu oleh pas dap pkr.

kini selangor bakal diterajui oleh orang yang bukan anak tempatan dan kelahiran selangor.

maksudnya selepas ne anak tempat dan kelahiran selangor tiada tempat dalam pembangunan ekonomi dan akan terpinggir terus cam melayu di pulau pinang.

kongrats ler kepada yang percayakan tok lebai kuda tunggangan dap pkr.

GERAKAN RAKYAT ARUS BAWAHAN SELANGOR BANTAH WAN AZIZAH.


GRABS membantah Langkah Kajang dan membantah pengurusan isu MB Selangor yang dikendalikan DAP-PKR.  Kumpulan yang anti kronisma, anti nepotisma dan anti-korupsi yang diamalkan oleh PKR. Memang mampos lah kali PKR.


Sabtu, 16 Ogos 2014

KEMPEN ANTI SULTAN & SOKONG WAN AZIZAH TIADA SEORANG RAKYAT PUN SOKONG


Theng Cheng Khim berkata tiada perlu diadakan PRN dan perlu lakukan tindakan seperti di Perak. Manakala Hasnol mengeluarkan ugutan politik yang berbunyi , " Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani, sebelum saya buka semua keaiban pemimpin PAS Selangor" Umum mengetahui bahawa setiap calun PAS diwajibkan berbaiah. Dan ugutan politikal daripada Hasnol ternyata menyalahi baiah yang dibuatnya sendiri. Sebelum itu, peguam TSKI, Edmund Bon menyatakan bahawa Surat Akuan Bersumpah 30 orang ADUN itu "tidak Konklusif' kerana boleh dipinda dan diubah dikemudian hari, 

Hj Hadi berkata tiada sebab yang munasabah untuk menggantikan TSKI kerana TSKI tidak terlibat dan bersalah dalam skandal-skandal besar. Bermula dari Langkah Kajang, DSAI sendiri banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Pertama, DSAI kata Langkah Kajang bukan untuk menggantikan TSKI. Katanya lagi, Langkah Kajang bukan untuk menjadikan isterinya menggantikan TSKI. Pada harini DSAI menyalahi kesemua apa yang pernah beliau katakan.

Isu MB Selangor adalah berpunca dari Langkah Kajang. Dan Langkah Kajang itu ide asal DSAI. Kesimpulannya, bukan salah TSKI tetapi salah guna kuasa dan kedudukan dalam parti oleh DSAI. 

Bagi menyokong tindakan rakus amalan kronisma otokratis DSAI, DAP memulakan kempen Ribon Hitam Sebagai tindak balas tindakan DAP itu, Gerakan Rakyat Arus Bawahan Selangor digerakkan oleh ahli-ahli penyokong yang sudah bosan dengan DSAI. Dan ada kempen yang menyokong tindakan YB Hasnol difesbuk. Namun kesemua kempen tiada mendapat sambutan daripada pengundi setempat dan daripada rakyat. Sila baca blog The Unspinners mengenainya "Betoi Ka Rakyat Sokong Wan Azizah???

Hari esok, PAS akan mengadakan mesyuarat untuk memberikan keputusan muktamad. Sebelum ini Lajnah Politik PAS dan Majlis Syura Ulama PAS memberikan ketegasan untuk tidak menyokong bini DSAI tapi menyokong TSKI.

Keputusan itu amat penting kepada kemandrian politikal kesepakatan DAP-PKR-PAS yang tidak berdaftar. MB Kelantan dan Pok Nik sendiri menegaskan bahawa PAS bersedia untuk bertindak sendirian jika pendirian PAS untuk menyokong TSKI menyebabkan PAS dikeluarkan daripada PR. Hanya Mat Syabu dan beberapa orang pemimpin PAS beri ugutan untuk keluar PAS dan menyertai DAP jika PAS menyokong TSKI. 

Persoalan seterusnya ialah apakah status legitimasi / keabsahan 4 orang EXCO bersama TSKI dan Badan Eksekutif Selangor pada masakini? Baru ada dua pendapat daripada pakar perundangan dikemukakan. Pada pendapat ambe berdasarkan kepada Perlembagaan Negeri Selangor 1959; Perkara 50, 53 dan 96 amat jelas menunjukkan bahawa Badan Eksekutif dibawah TSKI adalah sah dan absah/ legitimit. Baca artikel ambe bertajuk 'Politikus Idiot Tidak Patuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959"

Ada orang bertanya, Sultan wajib menuruti nasihat MB. Ya benar, tapi bilakah bermulanya Sultan wajib mendengarr nasihat MB? Dan Sultan tidak wajib menuruti nasihat / keputusan ketua-ketua parti politik yang mana parti politik mereka menguasai 2/3 majoriti dalam DUN. Sultan hanya wajib ikuti nasihat MB. Dan siapakah MB sekarang? Sudah tentulah TSKI dan bukan bini DSAI yang ada 30 Surat Akuan Bersumpah. Itu tak laku menurut Perlembagaan Negeri Selangor 1959 dalam hal memecat seorang MB.

Kesimpulannya, kemelut ini ciptaan DSAi dan lahir dari sifat tamak rakus beliau. Ianya bukan salah PAS atau TSKI atau Sultan. Sepatutnya, DSAI ini dihempuk dan dikritik keras kerana mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau. Mungkin dalam SOSMA ada peruntukan untuk menahan perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh DSAI dalam Langkah Kajang yang melahirkan keresahan rakyat dalam kemelut penggantian MB ciptaan beliau.

Jumaat, 15 Ogos 2014

DAP BANTAH DR. IDRIS AHMAD ADUN IJOK DARI PKR


























Ok, semua orang sudah tahu, nampaknya nama DSWA bakal digugurkan dan digantikan dengan Dr Ahmad something--something. Perkara ini sudah dicapai kata putus. Tapi DAP berbelah bahagi mengenainya. Kerana menurut DAP, nama Dato Seri Wan Azizah tak perlu digugurkan dan masih boleh memaksa PAS untuk menerima Dato Seri Wan Azizah seperti ADUN Hasnul dan ADUN Saari Sungib. 

Tidak sukar untuk memaksa PAS yang sememangnya bagi DAP seperti kacang sahaja. Duit adalah Dewa Yang Berkuasa menurut DAP. Mereka pun sudah menggerakkan Kempen Ribon Hitam untuk memastikan Sultan Selangor tunduk patuh kepada kehendak politikal DAP-PKR.

Apalah sangat bagi DAP-PKR nak lawan Sultan Selangor memandangkan UMNO pun diam membisu dan anak-anak tempatan Selangor pun buat tak peduli. Lagipun 'Abang Besar DAP' perlu diselamatkan dari terus tenggelam dalam Selat Tebrau.  

Dan wang abang besar DAP cukup lazat dan enak. Apalah sangat nak penaikkan Wan Azizah yang sudah lanjut usianya pun. Apalah sangat nak sokong DSAI yang juga sudah hampir ke lubang kubur kerana usianya.

Apa yang penting ialah abang besar DAP perlu diselamatkan bagi generasi anak cucu keturunan keluarga LIM. Yang lain tak perlu masuk 'Line-Age'. Bak kata falsampah politikus orang Tanah Besar China bawah Dr Sun Yat Seng-kek, 'Untuk menguasai masadepan anda bina masadepan pada masa sekarang'.

1964 - 2014 , berapa generasi pun? Lim Kit Siang pun masih hidup lagi. Dan belumpun menjadi mendiang, semua parti Melayu sudah tumbang. Orang Melayu sudah menjadi Orang Asing di bumi sendiri. Jadi apa ada hal pun kepada DAP nak angkat Wan Azizah? Mana sempat Wan Azizah dan DSAI nak bantu dan sailang DAP semula. Tak sempat sebab orang seperti Ishamudin Rais, Hasnol, Saari Sungib dan ramai lagi amat bersedia untuk berkhidmat dengan tokeh DAP.

Alarh lagipun sejak 1970, masa DEB pun Melayu dah terbiasa jadi hamba kuli orang DAP. Dan terbiasa lidah Melayu jumpa orang DAP dan panggil Tokeh Apa Kabar? Senyum-senyum sikit daaptlah tiga keping not kertas warna ungu.

PAS bukan lagi satu ancaman buat DAP kerana apalah sangat ilmu agama orang PAS. Bukan boleh masukkan gerun ke dalam hati DAP. Malah orang PAS lagi gerunkan DAP berbanding Allah Ta'ala. Sudah menjadi perjuangan PAS untuk mempertahankan dan memperjuangkan DAP dari segala bahana bencana marabahaya. Itu adalah Perjuangan Suci PAS. 

Selangor kan sudah menjadi sebuah  REPUBLIK SECARA AMALI.
Apa DAP nak risau pun. 


POLITIKUS IDIOT TIDAK PATUHI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN SELANGOR 1959.


TERKINI: Mesyuarat Lajnah Politik PAS tetap menolak Wan Azizah sebagai MB Selangor. So Wat da hek? Kesemua politikus DAP-PKR tidak mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. 

Seharusnya, hirarki kepimpinan tertinggi DAP-PKR wajib mematuhi dan mengeluarkan arahan parti selari dan selaras dengan undang-undang tersebut. Kegagalan mereka melakukannya membuktikan kepada kita, mereka adalah Diktaktor Anarkis.

Sepatutnya mereka merujuk kepada peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 untuk menukar Menteri Besar. Sebaliknya mereka meminggirkan undang-undang tersebut dengan sengaja. Sedangkan mereka adalah anggota Legislatif Negeri Selangor. Mana kredibiliti dan kewibawaan mereka? 

Kehendak hirarki tertinggi parti tidak boleh mengatasi peruntukkan undang-undang negeri dan mencampuri hal-ehwal badan legislatif dan badan eksekutif sesebuah negeri. Soal pemilihan, perlantikan dan pemecatan MB dan EXCO telah ditetapkan dalam undang-undang berkenaan. Ianya bukan soal kepartian dan diluar bidangkuasa kepartian.

Mari kita lihat apa yang diperuntukkan mengenai perlantikan MB dan EXCO di Selangor didalam undang-undang berkenaan, 



Anda semua patut ketahui bahawa kesemua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di Tanah Melayu bermula dengan pengisytiharan seperti diatas. Yakni, undang-undang itu diwujudkan kerana kesemua 9 Sultan Melayu dengan Ratu England selaku Ketua-ketua rasmi kerajaan masing-masing menandatangani Perjanjian Malaya 1957 yang membawa kepada KEMERDEKAAN NEGARA. Kerana itulah baru wujud jawatan-jawatan untuk parti politik yang menang bertanding dalam Pilihanraya. 

Kita baca peruntukkan dibawah ini Bab 3 Eksekutif ,Perkara 50 bertajuk KUASA EKSEKUTIF 


Adalah jelas dari Perkara 50, itu Kuasa Eksekutif terletakhak kepada satu otoriti sahaja iaitu Sultan Selangor. Dan Boleh dilaksanakan oleh:-
  1. Baginda sendiri, atau 
  2. EXCO, atau 
  3. Mana-mana anggota EXCO, atau 
Dan Fungsi/ Peranan Kuasa Eksekutif boleh  dianugerahkan kepada orang lain atau pihak-pihak berkuasa melalui undang-undang. Setakat ini tiada sebarang undang-undang yang menanugerahkan Fungsi Eksekutif kepada mana-mana hirarki tertinggi parti politik atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain.

Perkara 51 di bawah tajuk kecil PERLANTIKAN MENTERI BESAR. Sila baca dibawah ini:-



Klausa 1 menyatakan Sultan Selangor lah otoriti mutlak melantik Menteri Besar melalui watikah dan cap mohor baginda mengikut yang diperuntukkan dalam perenggan (a) klausa (2) Perkara 53.Tidak disebut pun Majlis Pimpinan Pakatan dan Anwar Ibrahim berhak melantik Menteri Besar. DAP-PKR tiada mempunyai kuasa pun untuk melantik Menteri Besar. 

Klausa 3 pula menyatakan tertakluk kepada Klausa 4 Perkara 53, menyatakan syarat wajib seseorang itu menjadi Menteri Besar yakni mestilah dari keturunan Melayu jantina lelaki dan beragama Islam. Mama kipas situ jantina wanita, mana layak menjadi MB pun. 

Kita lihat pula Perkara 53 seperti dibawah 


Baca Perenggan (a) Klausa (2) Perkara 53 diatas, terang jelas menyebutkan , baginda Sultan Selangor mula-mula akan melantik seorang Menteri Besar dari anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang Pada 'Judgement' baginda Sultan Selangor mempunyai 'Penguasaan' dan 'Kepercayaan' majoriti ADUN. Tiada disebut 'Judgement' Baginda Sultan Selangor wajib ikut bilangan Surat Akaun Berkanun yang ada pada tangan Wan Jijah.

Klausa (4) dibawah pula dengan terang dan jelas bahawa baginda Sultan Selangor berhak dan mempunyai KUASA BUDIBICARA UNTUK MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA MELANTIK MENTERI BESAR.

Bermakna Klausa (4) mengatasi perenggan (a) klausa (2).


Maka sudah jelaslah kepada anda semua berkenaan dengan KUASA-KUASA SULTAN SELANGOR.
Dan taraf sampah arahan-arahan politikal daripada bos-bos politikus dalam parti politik waima parti politik mereka menguasai 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini bertujuan untuk mengekang sifat tamak dan rakus politikus itu sendiri dan mengasingkan pentadbiran negeri dengan hal ehwal urusan kepartian yang cacamarba seperti yang ada sekarang.

Kenyataan Peguam Negara pun sudah tersasar kerana Sultan Selangor mempunyai kuasa-kuasa yang luas didalam perlantikan Menteri Besar. Kerana KUASA EKSEKUTIF itu terletakhak kepada baginda pada sepanjang masa. 

Sila beri komen diruangan komen jika perlukan penjelasan lebih lanjut. 

Khamis, 14 Ogos 2014

HULU & KUALA SOKONG KIPAS TIADA PRN ...

Bismillah
salamuun alaikum.kepada semua
sebentar tadi adun morib parlimen kuala langat dan adun hulu langat sokong dato sri wan azizah.

menjadikan situasi DSWA 30 / TSKI 26. Namun tiada PRN akan berlansung. Ini kerana waima Sultan Selangor akan ditekan hebat oleh dap-pkr melalui macai haprak mereka namun..... TSKI tetap MB sampai PRU 14.

KENAPA AMBE KATAKAN BEGITU..?
PAS bermain strategi untuk memastikan tiada ADUN BN dilantik menjadi EXCO.

DAP HANYA MAMPU BERKATA "TAMATLAH GABUNGAN POLITIKAL DAP-PKR-PAS"

Ada Mata ... PANDANG
ada Otak ... FIKIR







Satu-satunya kenyataan rasmi yang keluar daripada DAP dalam kemelut isu MB Selangor ialah ...
"... ini bakal petanda akan berakhir gabungan DAP-PKR-PAS bukan sahaja di Selangor tapi di peringkat Nasional"

KENAPA DAP BERKATA BEGITU ??????

Rabu, 13 Ogos 2014

NOTIS ADUAN PENGHINAAN MAHKAMAH TERHADAP N SURENDRAN DI ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA.









Surat diatas ini siapa yang nak sebarkan, SILALAH !
Tapi sendiri mahu tanggung apa-apa akibat daripada N Surendran.
Di pihak ambe tiada sebarang tindakan.





Buzze Azam 

DIHARAPKAN PIHAK YANG BERKENAAN  
MENGAMBIL 
TINDAKAN SEGERA 
terhadap 
N. SURENDRAN

ANWAR IBRAHIM DISAMAN RM50 JUTA & TSKI PECAT 6 EXCO KERAJAAN SELANGOR.

Ir Jebat Modern13hb Ogos 12.31 ptg

Dahlah Jatuh Ditimpa Tangga, Kena Hempap Plak Bangunan SUK
* Saiful Bukhari Saman Anwar Ibrahim RM 50 juta

Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi atas perbuatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebanyak RM 50 juta.

Saiful menuntut ganti rugi RM50 juta kerana Ketua Pembangkang itu menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan cara membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.

Kes Liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari sekarang ini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Jun lalu.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu, pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.

Katanya, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu — bersama Zamzuri Mohamed Tahir dan 46 yang lain.




Sedikit Penjelasan dan Ulasan Mengenai Kuasa TSKI Selaku MB Memecat Anggota EXCO:-

  1. Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor menetapkan MB mempunyai bidangkuasa dan kuasa untuk melantik mana-mana ADUN SELANGOR menjadi anggota EXCO;


  2. Nama-nama itu dibawa kepada Sultan Selangor untuk diperkenankan. 


  3. Bermakna MB juga diberikan kuasa untuk memecat anggota EXCO yang sedang berkhidmat. 


  4. Keputusan pemecatan TSKI dari PKR tidak menjejaskan kredibiliti dan jawatan MB yang dipegang oleh beliau. Ini kerana, jawatan MB itu setelah diperkenaan Sultan Selangor maka ianya diluar bidangkuasa mana-mana parti politik. Sebarang keputusan memecat mana-mana individu yang menjadi MB dari parti yang dianggotainya tidak menjejaskan jawatan MB yang dipegang olehnya. 


  5. Ini kerana, jawatan MB itu adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan tidak tertakluk kepada Perlembagaan Parti Politik.
  6. Tindakan pemecatan TSKI dari PKR telah menyebabkan timbul persoalan amat besar yakni MASIH BOLEHKAH DIIKTRAFKAN BAHAWA BADAN EKSEKUTIF NEGERI SELANGOR ADALAH PAKATAN DAP-PKR-PAS?


Selasa, 12 Ogos 2014

PKR TERKUNCI MATI BILA PEMAIN UTAMA DAP TURUT CENDERUNG MENYOKONG TSKI.



YENNADEI .... 

Makin seronok episod Langkah Kajang ini. Ok lah DSAI ada bikin Surat mahu jumpa Sultan kasi explen apa pasal DSAI pecat Khalid Ibrahim. Itu surat tarikh hari Ahad, minta mahu jumpa hari Isnin; semalam lah 11hb April 2014. Tapi TSKI pun sudah kasi surat mao explen perkara sama. Jadi Sultan Selangor sudah kasitau sama Setiausaha Sulit baginda, kasitau sama DSAI tarak payah jumpa sebab TSKI pun mau jumpa kasi explen perkara sama. Ini info semua tarik dari dalam itu Kenyataan Media Pejabat Setiausaha Sulit Sultan Selangor tarikh ini hari itu jam sikit atas enam petang ada keluar sana Astro Awani punya websitus. 

Jadi, PKR sudah panggil-panggil ini malam kasi meeting baik punya. Kasi taruk nama lain. Beri sama Sultan mau jumpa juga. Tarapa lah. 

Persoalan kepada rakyat, sejauhmana pula Institusi Raja-raja Melayu akan diheret oleh PKR-DAP?
Sasaran Utama dalam episod ini bukan jawatan TSKI tapi Kuasa-kuasa Raja-raja Melayu yang berkaitan dengan perkenan memahsyurkan ADUN yang mempunyai kepercayaan majoriti DUN menjadi MB.

TSKI orang kuat dan penyumbang dana politikal terbesar bagi PKR. Tian Chua pun kalah.
Pemilihan TSKI menjadi MB Selangor pun kerana kekukuhan kewangan beliau.
Sebab itu pada PRU 13 lalu, Tun Daim menyebutkan jika BN mahu Selangor kembali, sila kemukakan calun MB yang paling berwibawa daripada TSKI. 

Aliran insiden pun begitu mudah dan semua laluan sudah dijangka awal-awal. 
Ada kemungkinan besar, akan dibawa ke mahkamah untuk Rujukan Kehakiman bagi menentusahkan prosedur, tatacara dan tatasusun.

Ada banyak persoalan perundangan boleh dibangkitkan dalam isu MB Selangor ini.
Kes duluan dalam isu MB Perak sudah ada.

Langkah seterusnya daripada PKR-DAP ialah mematahkan dan mematikan semua syarat-syarat dan prasyarat yang dijadikan alasan penghakiman dalam kes MB Perak dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...