Jumaat, 28 November 2014

ANGAN-ANGAN MAT JENIN POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU

بسم الله
لا اله الا الله الملك الحق المبين
محمد رسول الله الصاد ق الود الأمين
في كل لمحة و نفس عددما وسعه علم الله

ANGAN-ANGAN MAT JENIN POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU.

Kita akui bahawa segala nikmat yang kita nikmati hari ini hasil pengorbanan pejuang terdahulu.

Begitulah tingginya nilai pengorbanan ikhlas dan jujur pejuang terdahulu.

Pada hari ini ramai polotikus Melayu alaf baru yang menjadi baruah dan valaci pengundi dan polotikus cha berangan-angan tinggi.

Mereka mahu berjasa; kata angan-angan mereka. Dan mendongaklah kepala mereka mencongak-congak jasa-jasa yang bakal di sebut-sebut oleh generasi akan datang.

Dalam angan-angan itu; mereka tersengih macam kerang busuk yang biasa di jual peraih cha di pasar basah.

Polotikus Melayu terus berangan-angan menerima pujian dan sokongan tinggi melangit sampai langit ketujuh.

Antara angan-angan polotikus Melayu alaf baru; berkhidmat kepada pengundi dan polotikus cha dan mendapat pujian daripada agensi dan ngo antarabangsa.

Membawa pahaman liberalisma dan pluralisma ke dalam masyarakat Melayu.

Menghapuskan tulisan Jawi dan kepenggunaannya kecuali di buku teks. Membenarkan tulisan dan bahasa mandarin pula berleluasa melebihi bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Dalam borang-borang dan paparan skrin atm; ada tulisan Mandarin dan Tamil tapi tiada tulisan Jawi.

Begitulah angan-angan mat jenin polotikus melayu alaf baru. Ntah apalah yang mereka faham mengenai MELAYU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...