Sabtu, 25 April 2015

#PRKRompin KEMPEN PAS CUMA NAK BANTU CALON PAS BUKAN RAKYAT.


PRK ROMPIN :- 1 UNDI PAS, 1 UNDI BANTU BISNES DAPIGS & CALON PAS Rakyat Bakal Ternganga ler ! PAS dah abis ide doh camna bantu rakyat sebenarnya. Apa yang dalam kepala calon PAS cuma, " Nak jadi Wakil Rakyat, makan Elaun & Gaji baru. Bisnes aku gerenti terjamin" Ini yang ambe nilaikan dari semua gerak kempen calon PAS di sini.

Berbeza dengan pendekatan calon BN di mana, beliau semalam selepas bersolat jemaah Jumaat di masjid Al Hidayah, Kampung Perepat, Kuala Rompin; beliau dengan Datuk Johari (EXCO Pahang portfolio Tanah) menyelesaikan kemelut hakmilik tanah penduduk di situ.

Beliau juga ada sebut, yang beliau akan tangani dan bawa keresahan rakyat pasal GST bagi membantu rakyat. Ini pemimpin yang amat dikenali dan mengenali DS Najib. So, sudah tentu lah suara rakyat lebih terjamin di dengar melalui Dato Hasan Arifin berbanding suara seorang bisnesman cam calon PAS.

Bisnesman calon PAS memang anti GST sebab GST ini sistem percukaian yang mana-mana peniaga takleh nak tipu dan lari. Dapigs-PKR-PAS anti GST sebab majoriti mereka adalah para peniaga dan tukang kutip derma. Ofkors mereka akan perjuangkan kepentingan Bisnes mereka berbanding kepentingan rakyat dalam isu GST. 

Bohong ler mereka nak perjuangkan keresahan rakyat dalam isu GST ini. Mereka cuma nak guna Tiket Sokongan Rakyat bagi menyelamatkan kepentingan bisnes & perniagaan mereka sahaja. 

Lebih untung dan bermanafaat pengundi kawasan Parlimen Rompin mengundi BN berbanding PAS. Lagipun smeua ornag tahu yang PAS kini cuma berjuang untuk masadepan Periuk Nasi Ahli Parlimen mereka sahaja dan perjuangkan kepentingan Bisnes puok Dapigs dan PKR semata-mata.

Jumaat, 24 April 2015

#PRKRompin ... DATO HASAN ARIFIN TERUS MARA

Calon BN Dato hasan Arifin terus mendahului  dan mengungguli saingannya. Politik selak kain dan aib dah di tolak oleh pengundi masakini. Pengundi pun dah naik muak dengan politik selak kain dan mengaibkan oranglain. Dosa taw, kata pengundi di sini.

"Komer nok wakil rakyat yang boleh buat kerja cam arwah dulu."

"Komer bukan nok oghang yang bukak aib orang lain."

" Pasei Mahathir dengan PM tu komer dop peduli lah. Yang nok.berdepan dengan komer bukan mahathir nanti."

Begitulah yang kedengaran daripada mulut pengundi di sini. Mereka cuma mahukan wakil rakyat yang boleh buat kerja. Bukan yang jenis mintok duit daripada mereka untuk menikmati gaji dan elaun baru ahli Parlimen. Belum apa-apa ; dah mintak duit rakyat untuk jadi wakil rakyat.Lebih baik rakyat sendiri yang bertanding.

#PRKRompin NAK YABEDABEDUU; CALON PAS KENE KINCING DER


PRK P.091 ROMPIN. Kuala-Rompin; Sejak hari penamaan calon, semua pusat gerakan PAS di P.091 Rompin, sunyi dan sepi. Calon PAS pun macam biskut merie, kejap ada, kejap takde. Kempen puok PAS memang hambar dan tawor cam orang diabetes berpantang sebelum buat pembedahan kronik pemotongan bahagian tubuh badan. 

Penyokong PAS pun naik gerun nak sokong dan sapot calon PAS sekarang ini. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, calon PAS sedang bermasalah dengan jentera pilihanrayanya sendiri. PKR janji nak bantu tapi hampesh takde pun bantu. semua duit rompakan PKR pergi ke Permatang Pauh sekarang ini. 

Dengar cerita, puok PAS Pusat yang pro dapigs dah balun semua bajet masuk poket sendiri. Calon PAS pening kepala mana nak buat kerja. PAS takde isu pasal calon BN sebab calon BN ni smart dan memang pengundi takde komplen pasal calon.

Mana nak komplen pun, calon buat kerja selama ini untuk rakyat dan memang disukai rakyat kawasan Parlimen Rompin. Puas dah puok PAS nak korek dan gali pasla buruk calon. Tak jumpa weh ! Mana nak jumpa, calon BN ni bukan jenis cam puok PKR dapigs dan PAS di Selangor yang cakap tak serupa bikin. Ini calon BN cakap serupa bikin punyer. 

Orang PAS pun sokong calon BN. Jentera BN pun sapot 100% calon BN. Takde boleh celoh punyer lah calon PAS. Jentera PAS setempat pun malas nak lawan calon BN. Pengundi di sini bila tengok muka calon BN, semuanya senyum. Bila tengok muka calon PAS, semuanya masam sebab takut kena GST Dana Pilihanraya. 

Majoriti pengundi muda pulak, memang tak angkat pot la pasal calon PAS dan kempen PAS sekarang ini. Bagi mereka nak buat sibuk-sibuk pasal PRK pun. Alarh lagi 3 tahun nak PRU 14. Takpelah, beri laluan kat calon BN jadi ahli Parlimen 3 tahun menyudahkan kerja-kerja arwah dulu. 

Dato Sahfri pun beri kerjasama yang amat baik kepada jentera dan calon. Takde apa masealoh pun. Feel N Mood pengundi di kawasan Parlimen Rompin ini tak ler macam gosip-gosip liar yang disebarkan merata-rata oleh pihak yang tak kenal hatibudi dan geopolitik kawasan Parlimen Rompin. Orang sini menolak fitnah-mehnah. Deme jenis komuniti yang Kool

Pengundi di sini dah tahu siapa mereka nak undi. Dan sudah tentu lah mereka memilih nak sokong dan sapot calon BN. Buat apa deme nak buang masa deme dengar ceramah PAS yang mana mereka kena keluar duit ? Yea tak? Lebih baik duduk kat rumah dan tengok t.v. jek. Menyesakkan kepala hotak je dengar ceramah-ceramah tak pekdah puok PAS. Peluk bini kat rumah lagi besh.

Khamis, 23 April 2015

#PRKRompin. Feel N Mood Pengundi & Jentera di Rompin.


Kawasan Parlimen Rompin - Ini kawasan besar bangat. Tiga DUN di dalamnya. DUN Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah dan DUN Tioman. Dahulunya kawasan ini di tadbir oleh DARA. Kawasan FELDA gugusan Keratong. Selancar & Selendang berada dalam kawasan Parlimen ini. Kawasan Parlimen ini di kapit oleh kawasan Parlimen Bera dan Pekan. Kampung tradisi yang ada di dalam kawasan Parlimen ini adalah kampung-kampung dari zaman Pahang Tua. Terdapat banyak perkampungan Orang Asli yang wujud sejak berpuluh ribu tahun lampau. Majoriti pengundi adalah Melayu. 

Bandar Pusat Pentadbiran Daerah bagi kawasan Parlimen ini terletak di bandar Kuala Rompin. Bandar Muadzam Shah terletak di tengah-tengah kawasan Parlimen ini. Jalanraya utamanya, Lebuh Muadzam Shah- Segamat, Keratong-Serting Baru, Muadzam Shah-Kuala Rompin dan Kuala Rompin-Mersing.

Antara bandar-bandar yang ada, Bandar Tun Razak yang dulunya dikenali sebagai Bandar 22, Bandar Muadzam Shah yang dibangunkan oleh DARA, bandar Kuala Rompin, Pekan Tanjung Gemok- Endau di sempadan paling Selatan Pahang-Johor, Bandar Bukit Ibam, Bandar dan Kota Bahagia. 

Semalam hari penamaan calon di Kuala Rompin. BN meletakkan Dato hasan Ariffin, otai lama dan amat dikenali oleh smeua peringkat generasi pengundi di kawasan Parlimen. PAS pula meletakkan calonnya si Nazri, anak peneroka FELDA Keratong 4 , yang selama ini menikmati semua pembangunan di kawasan Parlimen itu di bawah pentadbiran BN. 

Si Nazri ini katanya akan berkempen memburukkan kerajaan BN dengan label kerajaan BN zalim. Alasannya, beberapa hari selepas GST dilaksanakan, penyandang kawasan Parlimen ini pulang ke rahmatullah. Camtu ler mentaliti puak PAS ini. Si Nazri tak sedor yang di kutoknya adalah bangsanya sendiri dan orang yang paling banyak berjasa mencorakkan kehidupannya selama ini. 

Macam biasalah, tema GST sebagai Ikon Kezaliman terbaru BN dengan tokok tambah serangan kritikan daripada kartel Tun M dijadikan modal puak PAS. Dalam ceramah pada malam sebelum hari penamaan, di pusat bilik gerakan PAS di bandar Kuala Rompin, Khalid Samad buat seruan agar pengundi tunjuk kemarahan terhadap GST dan kerajaan BN. Ada lar slogan kebencian yang paling meluat mereka gunakan, Para pendengar pun buat tak endah je.

Paling kelakornya, penceramah PAS seperti Mat Syabu dan Khalid Samad cam terkena tulah kawasan ini. Setiapkali mereka pijak kaki di kawasan Parlimen ini, mesti mereka gagal nak berceramah dan mencucuk jarum fitnah mereka. 

Feel dan Mood pengundi di kawasan Parlimen ini masih lagi misterius lah pada ambe. Namun, kecenderungan para pengundi di kawasan ini masih kuat cenderung kepada BN. Rata-rata pengundi tak kesah sangat apa yang berlaku di antara Tun M- DSN. Pengundi lebih fokus kepada kepercayaan yang mereka berikan kepada BN selama ini. 

Ramai yang tak berapa sedar yang Dato' Hassan Ariffin memang pilihan pengundi di sini. Pengundi di sini cukup kenal dan mesra dengan Dato Hassan Ariffin yang di lihat sebagai bapa dan tempat mengadu mereka. Dato Hassan Ariffin pula dah lama berkhidmat di kawasan Parlimen ini bersama-sama dengan arwah J.J. Jadi setiap inci kawasan Parlimen ini beliau tahu. Nama anak-anak pengundi kawasan Parlimen ini pun beliau tahu. 

Feel N Mood pengundi di kawasan Parlimen ini takde langsung menunjukkan sebarang kecenderungan nak buat Undi Protes GST. Bagi mereka, keyakinan mereka kepada calon BN lebih penting dari isu GST. Mereka pun tahu, Dato Hassan Ariffin boleh buat kerja dan boleh di harap bila mereka hadapi masalah. Nak harapkan calon PAS? Maaflah pengundi kawasan Parlimen Rompin lebih sayangkan masadepan anak-anak dara mereka dan anak lelaki mereka. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...