54 tahun setelah negara merdeka. Sejarah hitam darurat (pemberontakan bersenjata Komunis Malaya) dan penyerangan ke atas balai polis Kepong tidak padam dalam lipatan sejarah negara. Komunis telah melakukan pembunuhan ke atas rakyat biasa yang tak berdosa. Tindakan itu Chin Peng kata merupakan korban wajar (Kerosakan Kolateral) dalam peperangan. Membunuh rakyat yang tak berdosa? Menyerang rakyat yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan walaupun berada di bawah transisi pemerintahan sendiri dikatakan sebagai wajar? Meneruskan perjuangan menentang bangsa sendiri selepas merdeka dikatakan perjuangan kemerdekaan? Inilah fahaman SOSIALISMA yang amat perlu di tentang dan di bantah keras oleh seluruh rakyat Malaysia! Komunis adalah Pengganas ! Bukan Pejuang Kemerdekaan! Mereka (Komunis & Sosialis) telah memilih jalan KEKERASAN PEMBUNUHAN RAKYAT bukanlah Pejuang Kemerdekaan! India pun merdeka di atas JALAN PERUNDINGAN BUKAN PEPERANGAN / REVOLUSI BERDARAH!
Bloger Pisau mendedahkan klip video ceramah di mana Mat Sabu yang sudah kerasukan iblisetanirojim laknatullah Komunisma melalui penghayatan SOSIALISMA DAP (Sosialis Religus) menyatakan pendiriannya dan fahaman SOSIALISMAnya yang cenderung kepada KOMUNISMA.
Kenyataan kontroversi Mat Sabu itu turut dilapurkan di dalam UTUSAN MALAYSIA
berikut adalah petikan lapuran UTUSAN MALAYSIA mengenainya:-
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.-
Utusan
Inilah bahaya yang sedang rakyat Malaysia hadapi yakni bahaya fahaman SOSIALISMA yang turut cenderung kepada KOMUNISMA PKM. Kini seorang Timbalan Presiden PAS (sebuah parti politik yang selalu mendakwa memperjuangkan ISLAM, HUDUD dan berpandukan al Qur'an & Hadis) sudah cenderung kepada SOSIALISMA dan KOMUNISMA.
Hambe sudah banyak kali mendedahkan siapakah kelompok SOSIALISMA & KOMUNISMA ini di Malaysia, juga hambe sudah kerapkali memperjelaskan IDEOLOGI SOSIALISMA & KOMUNISMA di Malaysia ini.
Kita sedang menentang REVOLUSI SOSIALISMA & KOMUNISMA dan bukannya REVOLUSI RAKYAT !