Ahad, 8 Disember 2013

Transformasi SPRM Bikin Pembangkang Jadi Pitam.

Salah satu agensi yang sering menjadi 'punching bag' puak pembangkang ialah SPRM. Ntah apa dosa SPRM tak tau lar. Sampaikan kenderaan SPRM turut dibakar dan macam-macam lagi. Kes paling klasik ialah Teng Beng Hock. SPRM dituduh dan difitnah tak menghormati hak asasi manusia keatas saspek dalam soal-siasat. Tapi sejak bila hak asasi manusia ikutan pembangkang ne menjadi perundangan negara ? 

Paling kelakar ialah ketelusan dan kepakaran SPRM jadi bahan ejekan dan cemuhan pembangkang. Ini semua kerana SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka memerangi amalan rasuah. Ambe hairan lah, kenapa pihak yang memerangi rasuah seperti SPRM yang diserang pembangkang? Sedangkan pengamal rasuah (pemberi dan penerima rasuah) tak pula pembangkang serang dan cemuh. Takde pun pembangkang sebarluas sebarang propaganda memburukkan pengamal rasuah. Sebaliknya, agensi yang perangi rasuah jadi sasaran utama pembangkang sejak dulu. 

Laman web SPRM pun dah tersedia dengan senarai mereka yang telah didakwa atas kesalahan rasuah. Malah, untuk nampak lebih telus , struktur SPRM pun diubahsuai mengikut piawaian antarabangsa. Penambahbaikan terus dibuat agar SPRM kelihatan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politikal atau sebarang pengaruh lain. Di Dewan Rakyat pun, setiap isu berkaitan dengan SPRM dijawab oleh wakil yang bukan daripada pihak politikal. Jadi, pembangkang nak kata apalagi pasal rasuah dinegara ini? 

Sejak isu Teng Beng Hock, SPRM telah berusaha keras memulihkan kembali imej dan kepercayaan rakyat akibat fitnah-mehnah pepuak pembangkang. Malang, setiap usaha SPRM, tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai DAP PKR PAS. Mana ada pegawai SPRM dijemput oleh malaon-malaon itu untuk menjadi pemantau dalam setiap mesyuarat penting dan dalam SUK depa pun. Depa takat stori je lebih. 

Dunia telah mengiktiraf SPRM. Di persidangan tahunan ketujuh International Association of Anti -Corruption Authorities (IAACA) , sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan pada 2006 di pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Hj, Abu Kassim dilantik menjadi Naib Presidennya. Keanggotaan IAACA sudah mencecah sejumlah 300 buah oragnisasi dan agensi seluruh dunia. Selama ini, Tan Sri Hj Abu Kasim telah menjadi ahli eksekutif IAACA sejak 2010 lagi. 

Ini adalah pengiktirafan kali kedua, dimana sebelum ini sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pentadbir Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa yang berpusat di Vienna. Akademi ini merupakan sebuah pusat pengajian tinggi anti-rasuah dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations).

Tan Sri Abu Kassim diberikan penghormatan sebagai pembentang pertama semasa sesi plenari dalam persidangan tersebut. Berkongsi pengalaman transformasi SPRM di Malaysia. Perlantikan Tan Sri Abu Kassim, sebagai Naib Presiden IAACA, memberikan impak positif di mata dunia. Antara impaknya, penempatan KPKPj Mohd Hafaz Nazar dari bahagian Siasatan, ibupejabat SPRM di INTERPOL. Di Bahagian Pencegahan Rasuah Directorate, Lyon secara kontrak selama dua tahun bermula dari tahun 2012. Antara tugas ialah membantu pihak INTERPOL berkaitan pembangunan kapasiti di antara negara-negara Asia dan menjalinkan kerjasama yang erat dalam memerangi rasuah antara negara-negara Kesatuan Eropah. Beliau merupakan salah seorang daripada empat pegawai yang terpilih dari kalangan beberapa buah negara. 

Tu yang anih dan pelik di Malaysia ni, bila agensi seperti SPRM mendapat pengiktirafan dunia, para pembangkang kita pula dok mengejek dan mencela SPRM dengan pelbagai gelaran dan tuduhan tak berasas. Dan maklumat seperti ini amat jarang sekali puak pembangkang nak sensasikan seperti isu-isu lain yang takde asas dan fakta. Oleh itu, kita perlu peka dan berbangga dengan pencapaian SPRM ini. Bukan senang dunia nak iktiraf. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...