Kanak-kanak Ribena politik perlu diberikan tunjuk ajar sekiranya mereka berlaku kurang ajar seperti di atas!
TEPUK DADA TANYA IMAN
PENGKHIANAT NEGARA peranannya di Bulan Puasa. Ini perangai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'membusukkan' nama negara sendiri bagi mengangkat darjatnya dan untuk mendapat publisiti di dada-dada akhbar Indonesia sepanjang berada di sana baru-baru ini. Dan untuk rekod ia bukan kali pertama, jika sebelum ini Anwar menghina batik Malaysia, kini, menyanyikan lagu lama mengenai layanan kepada pekerja Indonesia di negara ini. Dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Sabtu, lalu, Anwar berkata, orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji. Bertepuk soraklah, media Indonesia mendapat kenyataan tersebut dari bos pakatan pembangkang Malaysia itu. Anwar memang bijak bab tekan suis main sentimen. Di Indonesia, akhbar-akhbarnya laris luar biasa jika tajuk berita utama mengenai 'ganyang Malaysia'. Maka hampir semua akhbar-akhbar utama negara itu menjadikan dakwaan tersebut sebagai tajuk berita utama. Menurut Anwar, modus yang dilakukan adalah TKI bekerja dua tahun, namun hanya dibayar setahun setengah. Majikan orang Malaysia itu lalu memanggil polis untuk menangkap TKI tersebut, sehingga sisa gaji tidak dibayarkan. Seperti biasa, Anwar akan menampilkan dirinya sebagai 'dewa penyelamat' dengan mendakwa masa beliau dalam kerajaan dulu dan mengetuai jawatankuasa kabinet mengenai pekarja asing, semuanya okay sahaja. Namun kini dakwanya "mereka maunya untung besar saja," katanya. Menampilkan dirinya 'seorang pembaharu' Anwar memberitahu publik Indonesia bahawa pembangkang di Malaysia, yang dipimpin olehnya, menuntut beberapa perbaikan baik dari segi hukum maupun persepsi masyarakat Malaysia. Ia mengusulkan agar pemerintah Malaysia membatalkan hukum cambuk. Dalam satu program lain, Anwar dengan bangga bercerita bahawa di penjara beliau mendalami Al-quran dan hadis. "Because in prison I've got all the times in the world. Kalau mau membaca semua tafsir Qur'an dan Hadis, masuk penjara saja," kata Anwar dilaporkan oleh akhbar Koran Tempo. SEBAGAI CATATAN mungkin mereka di sana lupa nak bertanya padanya: Bagaimana ye kasus video seks pasal Bapak yang ribut-ribut itu. Tentu asyik sekali...sampai ada yang kata video itu besi. Ada beberapa penonton beragama Kristian memberi reaksi susulan mendengar ucapan beliau. Salah seorang daripadanya menyebut "Anwar Gila Seks atau Gay sekalipun, dia tidak korup. Ok aja." Huh? Laporan Agendadaily.
"Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta.
Pemohon juga antara lain memohon semua laporan polis, penyata percakapan saksi-saksi serta lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kematian Baharudin turut diserahkan kepada peguam.
Dalam afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Rosni berkata dia dimaklumkan oleh anaknya, Hadriyudin bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia dekat bangunan Avenue K, Jalan Ampang di sini ketika menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
Rosni berkata dia dimaklumkan oleh saksi bahawa banyak anggota polis dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu menyuraikan mereka yang terlibat dalam perhimpunan.
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata mengikut makluman daripada saksi sama, beberapa das gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai dan mereka yang hadir terpaksa berlari untuk mencari perlindungan.
Di dalam keadaan kelam-kabut, Rosni dimaklumkan bahawa suaminya telah terjatuh dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat terhidu gas pemedih mata dan Allahyarham juga tidak sedarkan diri.
Rosni berkata dia tidak berpuas hati dengan semua pihak yang telah membuat kenyataan media mengenai kematian suaminya, yang kononnnya telah mati akibat sakit jantung manakala sijil kematian menyatakan bahawa punca kematian “masih menunggu analisis makmal”.
Ketika ditemui pemberita, Rosni berkata tujuan dia memfailkan notis usul ini untuk memohon satu siasatan berkaitan kematian suami diadakan bagi menentukan sebab sebenar kematiannya.
“Tujuan saya ikhlas dan ini adalah penting untuk saya dan keluarga kerana mereka perlu mengetahui bagaimana cara kematiannya kerana suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda-tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius,” katanya."Inilah bahayanya apabila kerajaan di lihat sebagai lemah dan mampu diperkotak-katikkan. Adalah amat merbahaya bagi kerajaan untuk di lihat seperti itu. Pengalaman lepas sudah mengajar kita bagaimana pengampunan beramai-ramai oleh arwah Tunku Abdul Rahman kepada 11 anggota PKM yang telah di hukum mati pada JUN 1968 telah menjadi salah satu punca kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 kerana SOCIALISTS FRONT, DAP, PAS melihat kerajaan di bawah Tunku Abdul Rahman boleh di gertak-gertak, di buli dan pengecut. Sepertimana yang pernah di tulis oleh Tun Dr Mahathir kepada arwah Tunku Abdul Rahman selepas tragedi 13 Mei 1969 seperti berikut:
" You yourself told me that you have prevented a riot by commuting the death sentence of 11 subversive Chinese. In truth this very action sparked the riots of 13th May which resulted in the death of many, many more.Bukanlah soal salahfaham atau apasaja tetapi sejak 1964 bilamana Lee Kuan Yew memulakan permusuhan politik dengan Tuanku Abdul Rahman di tambah lagi dengan ancaman fahaman komunisma melalui gerakan politikal Sosialis, tektik dan strategi kebencian kaum yang digunakan oleh pembangkang adalah sama saja seperti hari ini. Kenapa tidak belajar dari sejarah?
TEPUK DADA TANYA IMAN