Sabtu, 1 Oktober 2011

MAT SYABU DI PUJUK KAK WAN JIJAH, BOS KOMUNISNYA SAKIT TENAT.


Jangan syedih lah bro Mat ... I kan ada ... meh I pujuk ...
Wa syedih ini bos wa sakit tenat di Thailand .. jum ...
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM),Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok,Thailand kini berada dalam keadaan tenat,menurut sumber risikan daerah.Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.Kesihatan Chin Peng dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malaysia diminta melawat bekas pejuang gerila berkenaan.“Dia sangat uzur.Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau secepat mungkin,” kata pegawai risikan berkenaan.Difahamkan Chin Peng kerapkali berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan lalu kerana ingatannya dipercayai semakin merosot.Chin Peng,yang dilahirkan di Sitiawan, Perak,kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April 2009.Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth. Chin Peng yang pernah membuat desakan untuk pulang ke Malaysia ditolak bulat-bulat Kerajaan Pusat kerana penderhakaan beliau terhadap Negara yang sukar diterima rakyat.Adakah Chin Peng bakal dibenarkan pulang ke Malaysia ??? Itu merupakan wasiat yang bakal beliau pinta dan jika benar beliau meninggal dunia,beliau pernah meminta agar ditanam di tanah air. Adakah rakyat Malaysia dapat menerima wasiat terakhir Chin Peng sebelum beliau pergi selama-lamanya ???
Patutlah, Mat Syabu dan DAP dok beriya promosikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Rupa-rupanya ada maksud tersembunyi dari ini semua.

Kalau jasadnya semasa hidup tidak dibenarkan pijak bumi bertuah ini, abu mayatnya juga diharapkan tidak diizinkan ditaburkan ke bumi bertuah ini. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH TERJERAT DENGAN PEMBOHONGAN TERBARU DAP.


Rupa-rupanya biaDAP terlalu desperado untuk menyelamatkan Dinasti Lim dalam biaDAP. Terbaru, biaDAP terpaksa mencetuskan sebuah momentum pembohongan. Bertujuan untuk menutup aib Guan Eng yang terkantoi.ADUN Bentayan dari biaDAP Gwee Tion Hiang pada hari ini terpaksa berlakon menitiskan airmata untuk meraih simpati. Apakah lakonan beliau? Baca di bawah ini:-

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang harii ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti. Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubungi melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung perdatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.Gwee mendedahkan transkrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi. Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan. Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000."Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ..."Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat mata.
 Beberapa persoalan timbul di sini :-
1. Sesiapa saja boleh menalipon Gwee untuk melakukan sedemikian itu.
2. Adalah mustahil ianya berlaku melalui percakapan talipon.
3. Kenapa Gwee tidak membuat sebarang rakaman video, audio dan foto semasa pertemuan tersebut?
4. Kenapa ianya membabitkan kejadian di Johor?
5. Kenapa setelah 2 kali dihubungi melalui talipon dan sekali pertemuan baru Gwee dedahkan?
6. Kenapa tidak mendedahkannya pada kali pertama ia menerima panggilan talipon?

Cerita Gwee mengundang keraguan kepada ceritanya sendiri, sebuah rakaman talipon tidak memadai untuk membuktikkan dakwaan Gwee. Lagipun kenapa perlu menangis? Belajar daripada Kak Wan Jijah ke? Kan sebiji cam DRAMA SWASTA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TAHAP INTELEKTUAL ISHAM RAIS TAKAT KUTOK POLIS JE.


ISHAM RAIS? Intelektualnya hanya bergantung kepada sekerap dan sekreatif mana beliau berkebolehan mengutok orang lain. Jika ada dinding kosong di mana-mana tandas awam Isham Rais mampu mengindahkannya dengan hasil seni kutok mengutoknya.Pakatan 'Tipo' Rakyat adalah ibarat tandas awam. Isham Rais pula adalah seniman yang mengindahkannya.

Isham Rais berjaya membuktikan tahap intelektualnya hanya setakat kemahiran mengutok dan mencela PDRM. Bayangkanlah seorang seniman tandas awam bercakap mengenai intergriti dan professionalisma PDRM. Tentunya amat lucu sekali kedengarannya. Tapi itulah yang terjadi malam Jumaat lalu. 

Dalam sebuah forum anjuran SUARAM, si seniman tandas awam berbicara mengenai 'keganasan' PDRM, kononnyalah  Seterusnya beliau cuba menyakinkan para hadirin bahawa PDRM 'berfungsi' sebagai sebuah agensi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.Si seniman tandas awam menjadikan kedua biji matanya yang rabun sebagai 'bukti-bukti' dakwaannya adalah benar. Ha ...ha ...ha sama seperti sebuah Tin Kosng ...bunyi saja kuat tapi KOSONG!

Si Seniman Tin Kosong cuba membandingkan polis luar negara dengan PDRM. Menurut si Tin Kosong polis luar negara lebih kelas daripada PDRM. Ye ker Tin Kosong? Sila lihat sanggahan kepada dakwaan Tin Kosong itu di sini keris7lok.

Tanyalah kepada diri anda sendiri apakah kelayakan si Tin Kosong untuk menilai PDRM sebegitu? Seorang yang pernah melarikan diri ke luar negara untuk mengelak daripada tindakan perundangan negara. Adakah seseorang sepertinya layak menilai PDRM?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH & NURUL IJAH SETAKAT SLOGAN BOLEH LER.


I memang suke tanam tebu ... tepi bibir I .....

TANAM TEBU DI TEPI BIBIR kemahiran utama pemimpin-pemimpin pakatan pro-komunis. Kemahiran mereka sebagai ahli politik hanya setakat itu saja. Rakyat takkan kenyang dengan hanya kata-kata tanpa dizahirkan kepada tindakan. Hanya Barisan Nasional telah membuktikan kemampuannya menzahirkan semua yang dikatakan. Bukan setakat dengar saja janji tebu di tanam tapi Barisan Nasional mampu membuktikan tebu betul-betul di tanam. Kalau Pakatan 'Tipo' Rakyat, setakat kita dengar saja lah tebu di tanam ... itupun di tanam   di tepi bibir-bibir mungil lagi gebu saja. 

Ambil saja omelan merapu Nurul Ijjah mengenai Perlembagaan Malaysia. Nurul Ijah bukanlah pakar dalam perundangan. Statusnya sebagai seorang wakil rakyat / pengubal undang-undang di Parlimen tidak secara otomatis menajdikan Nurul Ijah seorang pakar Perlembagaan. 

Perlembagaan hanya boleh ditakrifkan dan ditafsirkan oleh Perlembagaan sendiri, akta-akta berkaitan dan badan kehakiman. Itulah yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Nurul Ijah tidak berkelayakan untuk menafsir dan menaksir mana-mana peruntukan Perlembagaan mengikut selera dan ideologi politik songsangnya. Tugasnya sebagai wakil rakyat/ ahli Parlimen hanya membahaskan, meluluskan dan meminda rang undang-undang sahaja. Bukan menafsir dan menakrif Perlembagaan.

Kesimpulannya, pemimpin-pemimpin Pakatan 'Tipo' Rakyat lebih banyak berbohong saja dan mengelirukan rakyat dengan pelbagai dakyah melalui tafsiran dan takrifan yang songsang lagi menyeleweng. Sedap di dengar pada telinga tapi ... apa pun tak BOLEH!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

DS NAJIB: KUOTA TIDAK DIHAPUSKAN.

Hambe memohon maaf kepada DS Najib di atas teguran di dalam isu kuota. Segala artikel mengenainya akan hambe tarik balik dengan serta merta. Hambe berpuashati dengan penjelasan DS Najib yang dilapurkan di dalam Utusan Malaysia pada hari ini.

HAMBE SOKONG DS NAJIB !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

'

JOM BALUN! MAJLIS PEGUAM KUTOK PAS.


MAJLIS PEGUAM tidak bersetuju dengan pendapat Anwar Ibrahim dan PAS mengenai keperluan meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud. Peruntukan yang sedia ada bersifat objektif cukup jelas perlaksanaan hudud adalah dalam bidangkuasa negeri-negeri sendiri. PAS Kelantan mempunyai bidangkuasa yang mencukupi untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan. 

Tiada keperluan untuk meminda Perlembagaan kerana sebahagian besar hukuman di dalam hudud sudahpun terlaksana dalam Enakmen Syariah negeri-negeri. 

PAS sepatutnya menyedari bahawa untuk menegakkan Hudud terlebuh dahulu wajib diperkukuhkan Tauhid. Tanpa pengukuhan Tauhid perlaksanaan hudud adalah sukar. 

PAS perlu melihat dan mengkaji sirah Rasullullah s.a.w. dan tidak terlalu tergesa-gesa dan bersifat keluh kesah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



JANGAN TENGOK PILEM NAMEBABEWEE CILAKE YER.


Lancau sama lu namebabewee !

Setiap hari hambe akan menyeru segala umat Melayu agar boikot pilem Namebabewee ini. Di atas kebebasan bersuara di bawah perkara 10 fasal 4 Perlembagaan, namebabewee telah banyak melakukan kesalahan-kesalahan KESOPANAN & KESUSILAAN. Nak mengkritik kenalah ada caranya. Jika mengkritik sampai caci maki hamun kutok agama Islam, orang Melayu dan lagu kebangsaan sendiri kemudian nak ngaku lebih patriotik daripada orang lain hambe bukanlah semudah itu untuk diperdayakan oleh sekur budak kurang ajar keterlaluan sifat rasisnya. Sampai bila orang Melayu hendak sengih-sengih macam kerang busuk bila di kritik melampaui norma-norma yang dibenarkan? Betul tak? Kenapa orang Melayu dalam kategori 'Rakyat Marhaen' terhukum akibat salah perhitungan segelintir para pemimpin Melayu?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LAST MINIT STORI. CINATOKRASI-MEMBERI YANG TAK NAK KASI.

Pepatah Melayu ' Orang Memberi Kita Merasa' pepatah Cinatokrasi 'Melayu Memberi Kita Olang Tatak Kasi'. Di petik sepenuhnya daripada blog Gelombang Wangsa Maju yang memetik dari APA.


Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia 2011 (Hua Zong)yang diadakan di Kuantan pada 24 September telah meluluskan beberapa usul berhubung isu politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, sosial dan agama. Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:


Politik:-

1.Menggesa kerajaan, pemimpin parti dan dermawan supaya mengotakan janji apabila mengumumkan sebarang pemberian atau bantuan kewangan.

2.Menggesa kerajaan supaya melaksanakan sistem meritokrasi dalam pengambilan pegawai dan kakitangan awam supaya ianya tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja.

3.Menggesa kerajaan supaya melaksanakan peraturan setiap warganegara yang berusia 21 tahun ke atas layak menjadi pengundi secara automatik.


.Menggesa kerajaan supaya mengkaji kursus Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya menepati konsep “1Malaysia” dan menghalang pegawai perkhidmatan awam daripada menyebarkan konsep atau pemikiran ekstrim perkauman.

5.Semasa menggubal akta untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hua Zong menggesa kerajaan supaya tidak melaksanakan penahanan tanpa bicara. Di samping itu, menggesa kerajaan supaya memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan hak asasi manusia, di antaranya Akta Rahsia Rasmi, Akta Penerbitan dan Pencetakan dan Akta Universiti.

6.Menggesa kerajaan supaya berlaku adil terhadap semua kaum dengan berlandaskan konsep “1Malaysia” apabila melaksanakan rancangan transformasi ekonomi negara.


7.Menggesa kerajaan supaya mengambil lebih ramai pegawai dan kakitangan awam dari kalangan kaum Cina menyertai perkhidmatan awam. Iklan pengambilan jawatan juga hendaklah disiarkan dalam media bahasa Cina supaya kaum Cina dan kaum lain lebih ramai menjadi pegawai dan kakitangan awam. Di samping itu kerajaan juga tidak lagi menganggap kaum Cina tidak berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.



Ekonomi:-


1.Menggesa kerajaan supaya membuka tanah pertanian untuk semua kaum supaya kaum tani mempunyai tanah bagi membantu pembangunan pertanian di negara ini.

2.Menggesa kerajaan supaya memerangi rasuah serta membuka tender supaya syarikat-syarikat yang berupaya dapat bersaing.

3.Menggesa kerajaan supaya mengkaji cadangan melaksanakan sistem gaji minima. Di samping itu, menggesa kerajaan supaya mengawal inflasi bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan pekerja.



Kebudayaan:-


1.Menggesa kerajaan supaya berlaku adil terhadap budaya semua kaum dan menjamin penggiat budaya mendapat peluang dan bantuan kewangan yang saksama tanpa mengira kaum.

2.Menggesa kerajaan supaya mewartakan beberapa rumah ibadat, binaan-binaan lama, jirat atau kubur sebagai warisan peninggalan sejarah dalam usaha meningkatkan semangat kemanusiaan agar semua kaum dapat memahami sejarah serta mendorong pembangunan industri pelancongan di negara ini.



Pendidikan:-


1.Menggesa kerajaan supaya menghapuskan pengenalan sekolah bantuan penuh dan bantuan separuh kerajaan. Kerajaan juga digesa supaya berlaku adil dalam memberi bantuan kewangan kepada sekolah semua aliran.

2.Menggesa kerajaan supaya membina dan menambah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)berdasarkan kepada keperluan, melaksanakan latihan guru yang sistematik untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC.


3.Menggesa kerajaan dan masyarakat Cina menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina termasuk permohonan untuk menubuhkan sekolah, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, kekurangan guru, lembaga pengurus dan lain-lain.

4.Menggesa kerajaan supaya mengiktiraf sijil menengah Cina supaya pemegang sijil tersebut layak memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perkhidmatan awam serta mengelakkan golongan cerdik pandai berhijrah ke luar negara.

5.Menggesa kerajaan mengiktiraf pengajian dari universiti China dan Taiwan.

6.Membantah sekeras-kerasnya novel “Interlok“ dijadikanbuku teks sastera untuk tingkatan lima bagi mengelakkan budaya satu kaum mempengaruhi pemikiran pelajar.

7.Menggesa semua institusi pengajian tinggi supaya melaksanakan pemilihan kampus secara adil bagi mengembalikan demokrasi dan autonomi pelajar.


8.Menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan sentimen perkauman, perosak keharmonian beragama dan kenyataan-kenyataan ekstrim dikalangan guru dan media.


9.Menggesa kerajaan supaya memulihkan hak kerakyatan Lim Lian Geok dan mengiktiraf beliau sebagai patriotik negara serta menghapuskan dasar diskriminasi terhadap pendidikan bahasa ibunda.



Sosial:-

1.Menggesa kerajaan supaya meningkatkan insfrastruktur di kampung baru Cina termasuk membina jalan raya, dewan orang ramai dan rumah ibadat serta melaksanakan rancangan pembersihan dan memperindahkan kawasan.


2.Menggesa kerajaan supaya melaksanakan konsep rakyat didahulukan, memperuntukkan kewangan untuk kegunaan semua tanah kubur dan jirat. Di samping itu membantu memperbaiki insfrastruktur termasuk membina jalan raya, memperbaiki perparitan, menebas rumput, mengecat dan lain-lain.

3.Menggesa kerajaan supaya mempermudahkan dan mempercepatkan proses permohonan untuk mendapatkan hak kerakyatan.

4.Menggesa kerajaan supaya menghapuskan pengenalan kaum dan agama dalam borang permohonan rasmi.

5.Menggesa kerajaan supaya mengawal ketat permohonan pertukaran daripada tanah kediaman kepada tanah industri.

6.Membantah keras rancangan tenaga nuklear dan menukar kepada janakuasa.

7.Membantah sekeras-kerasnya rancangan pembinaan Lynas di Kuantan.

8.Menggesa kerajaan supaya memperkemaskan peraturan mencegah dan mengawal bencana alam termasuk memperbaiki sistem saliran, bantuan kebakaran dan lain-lain.

9.Menggesa kerajaan supaya bekerjasama dengan pakar perubatan, pakar psikologi, pakar pendidikan dan media bagi mencari punca kes membunuh diri kalangan muda-mudi bagi mengurangkan berlaku kes tersebut
.
10.Menggesa kerajaan supaya peka terhadap suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan termasuk mengawal kenaikan harga barang bagi meringankan beban ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.

11.Menggesa Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya tidak menuduh pihak tertentu mencuri bekalan elektrik jika tidak cukup bukti.



Agama:-



1.Menggesa semua pemimpin agama supaya mengadakan dialog dan kerjasama bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ihsan : AKU PEDULIK APA!

PAKATAN 'TIPU' RAKYAT MELABELKAN UMNO SEBAGAI UMNOPUTRA DAN BERBANGGA DENGAN KONSEP MERITOKRASI YANG SEBENARNYA ADALAH CINATOKRASI.

GAGASAN 1 MALAYSIA CINATOKRASI PUTARBELITKAN UNTUK KEPENTINGAN CINATOKRASI CAM NAMEBABEWEE SUWEY.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...