Sabtu, 23 Oktober 2021

DARI 2020 SEHINGGA 2023 : KESALAHAN SAMA BERULANG ULANG OLEH ORANG SAMA

 BISMILLAH 

Selepas PRU14 ramai rakyat mahu melihat perubahan besar yang dijanjikan namun akhirnya mereka perolehi Wabak Covid19 & kemelesetan ekonomi serta 'Pengurungan' selama 2 tahun plus dapatlah 3 kali tukar ganti PM dan beberapa pentadiran negeri berubah. Namun kehidupan mereka masih tak berubah naik malah semakin menguncop macam daun semilu terkuncup rapat apabila di sentuh.

Kini bakal berubah lagi dengan PRN MELAKA bulan November 20 haribulan yang hanya menguntungkan Power Broker & ahli Politik tertentu sahaja 

Ianya langsung tidak menguntungkan rakyat malah dibimbangi akan menambah lagi kesusahan kepada rakyat

Waima SPR telah menetapkan SOP paling ketat dalam sejarah PRN kali ini bagi mengekang jangkitan tapi ianya masih belum mencukupi untuk menenangkan keresahan rakyat terhadap PRN Melaka 

Rakyat semakin resah dan terhimpit dengan pelbagai masalah penghidupan. Sementara ahli politik masih sibuk berpolitik berebut harta tahta kuasa dan jawatan. Mereka hidup di atas kesengsaraan & keperitan hidup rakyat masakini 

Ahli & pemimpin politik kelihatan begitu gembira melihat kesengsaraan keperitan hidup rakyat masakini. Apa rakyat boleh buat? Hidup di dalam cengkaman & kekejaman sikap pemimpin politik yang hanya memikirkan dan menjaga Laba Perut mereka sahaja

Kerana POLITIK rakyat menderita dan sengsara hidup mereka. Adakah rakyat akan bangkit serentak selepas ini atau masih mampu bertahan dengan Gilanya Politik? 

Hirarki Kepartian Politik seolah olah langsung tak nampak keberadaan rakyat masakini 

Mereka menjadi Buta Tuli Pekak Bisu terhadap keperitan kesusahan hidup rakyat masakini dan masadepan 

Jangan sampai rakyat Bangkit Sendiri menerajang keluar Politik seluruhnya dari Bumi Bertuah ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...