Jumaat, 9 Disember 2011

INILAH SEBABNYA KENAPA TOKOH KORPORAT GAGAL BANTU BARISAN NASIONAL.

Nampak macam lawak tapi inilah hakikatnya kenapa banyak polisi Barisan Nasional gagal dilaksanakan dengan baik di peringkat bawahan. Perlu diperbetulkan.

GOON END JILAT LUDAH NURUL IZZAH & TONY PUA.

Goon End naik juga SCORPENE, Hambuih kemain sukanya beliau main teropong-teropong yea. Memang lah muka jenis takde apa-apa malu. Gambar ini merupakan TAMPARAN DAN TERAJANG TERBANG buat pencacau tentera dajal almasikh yang kutuk-kutuk Scorpene. Korang kutuk GOON END dapat naik SCORPENE. Korang dapat apa? Buat dosa kering saja. Ha ha ha ha ha ha ha.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAHUKAH DAP RASIS SELANGOR DENGAR ARAHAN KUDA TUNGGANGANNYA IAITU PAS ?



PEMBULIAN PAS SELANGOR OLEH RAKAN SEKUTUNYA
(PAS Di Buli Oleh DAP Rasis Sesuka Hati Tanpa Belas Kasihan)

Khalid Samad menyanggah cadangan DAP Rasis Selangor untuk meletakkan calun Melayu (beragama apa belum tahu) di kawasan majoriti Melayu Islam. Ini bagi memberikan imej kosmetik DAP rasis kononnya sebuah parti berbilang kaum tapi bukan beragama Islam. Khalid Samad menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan tunduk kepada kemahuan DAP Rasis Selangor. 
‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.
‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau lupa bagaimana DAP Rasis Kedah berjaya menundukkan PAS Kedah, Berjaya menundukkan PAS Pusat dan berjaya menundukkan PAS Perak serta Pulau Pinang. Jadi dimanakah kebenaran dalam kata-kata Khalid Samad? Beliau sendiri pun menggunakan wang zakat untuk persekolahan anaknya di luar negara. Beliau turut lupa mengenai arahan Ronnie Liu agar minuman keras yang di rampas dikembalikan semula. 


Apabila di tanya mengenai penerimaan pingat darjah kebesaran yang diberikan kepada Hassan Ali, beliau menjawab dengan nada yang bercampur baur. Jawapan beliau tidak ikhlas. 
‘‘Namun pada saya penganugerahan darjah kebesaran ini dilakukan oleh baginda mengikut giliran kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut menerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun lalu.
‘‘Saya melihat baginda adalah adil dan anugerah serta darjah kebesaran diberikan mengikut giliran iaitu Menteri Besar (Abdul Khalid) kebetulan daripada PKR, Speaker DUN (Chang Khim) daripada DAP dan seterusnya kali ini Pas (Hasan),” katanya.
Beliau turut di minta mengulas mengenai pendapat Datuk Zaini Hasan yang berpendapat Hasan Ali adalah penyelamat perpaduan dan penyatuan orang Melayu, Khalid berkata itu pandangan peribadi penulis.


Sebelum ini Khalid mendedahkan mengenai senario terburuk buat PAS Selangor. Politik di Malaysia ini menjadi rosak kerana adanya pemimpin-pemimpin politik seperti Khalid Samad diberikan amanah sebagai pemimpin sedangkan beliau tidak layak samasekali menjadi pemimpin. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

ISU LYNAS: PENYERTAAN MCA YOUTH INDERA MAHKOTA DI DALAM PROTES KENAPA INI BERLAKU?

PENGLIBATAN MCA DALAM PROTES LYNAS?
(Atas Kepentingan Rakyat Atau Sebaliknya?)

Mengejutkan kerana klip video yang dimuatnaik di youtube pada 31hb Oktober 2011 jelas mempaparkan kain rentang MCA Youth Indera Mahkota dalam kempen anti Lynas yang berada dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota. Sewajarnya sebarang protes sedemikian disalurkan melalui saluran Barisan Nasional dan bukannya menyertai bersama dengan penganjur kempen tersebut yang jelas nyata adalah pihak Pakatan DAP PKR PAS. Kalau benda itu betul merbahaya kepada rakyat kita mampu memahami sentimen mereka.


Namun pakar tempatan dan luar negara mengakui projek Lynas tidak merbahaya. Jadi apakah keperluannya turut serta dalam kempen yang tidak bermanafaat kepada rakyat dan turut menyokong fitnah kosong sahaja? Tindakan itu tidak betul. Sila perbetulkan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

ISU PAS MEDIA PAU 2011 , HAMBA NAK JADI HERO YANG TIDAK DIDENDANGKAN.

HERO.
Tun Faisal Cukup Takut Dengan BATMAN
Takat SUPERMAN apalah Sangat.

Hamba ingin menasihati para rakan yang terkena layanan kasar oleh urusetia semasa PAU 2011 dan menganggapnya sebagai masalah peribadi mereka. Sebenarnya bagi hamba dalam isu ini pihak yang sewajarnya dipersalahkan dan di lanyak oleh mereka ialah KETUA MEREKA SENDIRI TUN FAISAL. 

TUN FAISAL selaku ketua UMB telah banyak kali GAGAL MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI KETUA UMB SEHINGGA MENJEJASKAN MARUAH DAN NAMABAIK UMB. Setiapkali beliau gagal beliau akan meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak lain. Inilah sikap hipokrasi yang TUN FAISAL PERLU PERBAIKI TERLEBIH DAHULU. 

Sewajarnya selaku KETUA UMB , TUN FAISAL WAJIB MEMASTIKAN PETUGAS UMB MEMPUNYAI AKSES MELALUI PERSEDIAAN AWAL DENGAN URUSETIA PAU 2011. TETAPI ADAKAH ITU TERJADI? 

TUN FAISAL BERANGGAPAN BAHAWA KEDUDUKKANNYA SEBAGAI EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA, PEGAWAI KHAS HISHAMUDDIN SEBAGAI SESUATU KEISTIMEWAAN, KEKEBALAN DAN KELEBIHAN YANG TAK PERLU DIPERTIKAIKAN. INI ADALAH SIKAP YANG SALAH DAN MERUPAKAN SALAHLAKU BAGI SEORANG KETUA SEPERTI TUN FAISAL.

Kegagalan TUN FAISAL lah yang telah menyebabkan berlakunya insiden-insiden kemalangan ke atas bloger UMB tempoh hari. 

Fikirkanlah. Tolonglah jangan lagi menutupi KEGAGALAN, KESILAPAN, KESALAHAN DAN KELEMAHAN TUN FAISAL SELAKU KETUA UMB. Ianya TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG MANAFAAT KEPADA UMB DAN SESIAPA YANG BERNAUNG DI BAWAH UMB. 

TUN FAISAL WAJIB BERANI MEMIKUL KESALAHAN ITU SENDIRI DAN TIDAK MEMPERALATKAN MEREKA YANG BERNAUNG DI BAWAH UMB UNTUK MENYEMBUNYIKAN KELEMAHAN DIRINYA SENDIRI. UMB ITU BUKAN WARISAN TOK NENEK MOYANG TUN FAISAL.

UMB ADALAH MILIK PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG TERTAKLUK KEPADA PERATURAN UMNO MALAYSIA. 

TUN FAISAL BILAKAH LAGI ANDA MAHU MENJADI SEORANG YANG BERANI ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SENARIO TERBURUK PAS DI SELANGOR? JOM HEBOH !


KESINAMBUNGAN ISLAM BERGANTUNG KEPADA HIDUP ATAU MATI PAS SELANGOR SAHAJA?
(Salahkaitan Antara ISLAM dengan PAS)


Apabila memperkatakan mengenai kelangsungan hidup / kesinambungan jangkahayat sesebuah parti politik di Malaysia atau di mana jua di dunia ini , apakah persoalan pokoknya?

Pada kacamata Barisan Nasional kelangsungan hidup Barisan Nasional diperkaitkan dengan kesinambungan pencapaian ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan kestabilan politik Malaysia yang dikecapi selama 54 tahun tanpa putus. Ini adalah benar. Sesebuah negara yang mempunyai rantaian polisi yang berterusan mengujudkan keadaan kondusif yang stabil kepada perdagangan negara. Tanpanya rakyat tidak akan memperolehi sebuah penghidupan selesa, selamat dan terjamin bagi suatu jangkamasa panjang. Inilah yang tidak disedari oleh anak muda mudi yang kerasokan semangat revolusioner Pakatan DAP PKR PAS.

Bagaimana pula pada kacamata Pakatan PAS DAP PKR dan Kuasa Ketiga serta kelompok Politik Baru? Mereka beranggapan bahawa kelangsungan tersebut tidak terjejas walaupun Barisan Nasional ditumbangkan. Adakah pandangan ini benar? 

Melalui pengalaman 3 tahun Pakatan DAP PKR PAS memerintah di empat buah negeri kita melihat kelangsungan tersebut tergugat dan terancam. Sedikit demi sedikit kelangsungan itu mengundur ke belakang. Tidak ada perubahan yang boleh membanggakan. Tidak ada lonjakan ke arah perbaikan kepada kelemahan yang ada. 

Selama 20 tahun PAS Kelantan memerintah negeri Kelantan dan kita melihat kelangsungan bagi penghidupan selesa, selamat dan stabil untuk rakyat Kelantan tidak wujud langsung berbanding dengan negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Barisan Nasional. 

Justeru itu, apabila Khalid Samad bercerita mengenai senario terburuk ianya hanya merujuk kepada keburukan yang bakal menimpa kepentingan peribadi pemimpin PAS DAP PKR sahaja. Ianya tidak melibatkan kepentingan rakyat. 

Malah apabila tumbangnya Pakatan DAP PKR PAS ianya adalah sama seperti mengalih halangan batu granit yang jatuh akibat bencana alam tanah lungsur di tengah lebuhraya PLUS. Itu membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan kepada kelangsungan penghidupan selesa, selamat dan stabil untuk rakyat.

Tanpa Pakatan DAP PKR PAS, rakyat selamat. Itulah kebenarannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SKIM PONZI UNTUK MAHB DAN TERJEMAHAN UNDI UNTUK PAKATAN DI SELANGOR?


SKIM PONZI UNTUK MAHB & TERJEMAHAN UNDI UNTUK PAKATAN DAP PKR PAS DI SELANGOR?
(Manuver Korporat & Politik Yang Merugikan BN di Selangor?)

Menyentuh mengenai polemik tercetus antara MAHB dengan AirAsia yang berpunca dari mencari penyelesaian kepada kerugian berbilion ringgit MAHB pada setiap tahun. Di segi politik, isu kerugian MAHB ini merupakan legasi belasahan buat Pakatan terhadap BN sebagai bukti ketidakcekapan BN mengendalikan kepentingan awam. 

Apabila pentadbiran Pak Lah mencari jalan penyelesaian kepada isu kerugian berbilion ringgit MAHB beberapa tokoh korporat diberikan kepercayaan dan amanah untuk menyelamatkan MAHB. 

Tidak banyak maklumat tepat mampu diperolehi mengenainya oleh bloger picisan seperti hamba ini namun melalui pengalaman kerjaya, maklumat daripada rakan bloger lain dan maklumat rasmi MAHB sendiri nampaknya usaha penyelamatan MAHB sudah menjadi suatu episod mengerikan. 

Persepsi yang berlegar sekarang ialah usaha penyelamatan itu bertukar menjadi usaha kanibalisma MAHB , suatu terma yang digunakan oleh para pengkritik terhadap usaha penyelamatan tersebut. Hamba lebih suka menggunakan terma Skim Ponzi. Impaknya adalah sama yakni gali lubang tutup lubang dan berakhir dengan lubang terakhir menjadi liang lahad untuk MAHB. Batu nisanya pula adalah terjemahan undi yang tidak memihak kepada BN di Selangor.

Pengurusan dan pentadbiran perniagaan untuk sebuah pemain industri kapalterbang awam seperti MAHB bukanlah semudah menjual goreng pisang di tepi jalan. Kerumitan dalam usaha penyelamatan MAHB bukanlah semudah melakukan WAU, menjual aset bernilai MAHB, skim outsourcing, membuat perakaunan magis dan melakukan pertukaran saham dengan pihak saingan yang lebih berminat untuk memperkosa MAHB yang sudah lama menjanda.

Kesemuanya itu hanyalah tindakan kosmetik korporat bertujuan mencantikkan seorang pesakit leukemia yang melalui proses rawatan kimeoterapi. Ianya merupakan Skim Ponzi yang diubah suai untuk manafaat pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas ketenatan MAHB.

Siapakah yang sebenarnya layak menyelamatkan MAHB? Pada pandangan hamba ialah kakitangan dan pasukan pengurusan eksekutif MAHB yang lama berkhidmat dengan MAHBlah paling layak menyelamatkan MAHB. Mereka mempunyai kepakaran, latihan, pengalaman dan sepanjang usia mereka dihabiskan di dalam industri penerbangan awam. Mereka tahu selok belok mengenai industri tersebut. Hairannya kenapa pandangan mereka diketepikan dan suaramereka tidak didengari?

Oleh itu hamba menyeru kepada YAB Perdana Menteri DS Najib, Kementerian Kewangan dan para konsultan yang terlibat di dalam usaha penyelamatan MAHB agar mengembalikan semula usaha tersebut kepada kakitangan pengurusan MAHB sendiri. Biarkan mereka menyelamatkan periuk nasi mereka. Kewarasannya ialah sudah tentu mereka akan bekerja keras bertungkus lumus memerah otak dan tenaga menyelamatkan periuk nasi mereka. Perbandingannya ialah seperti ahli politik dalam UMNO / BN yang menjadikan kerjaya politik sebagai periuk nasi mereka dan kini kita melihat bagaimana mereka berkerja keras dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan periuk nasi mereka demi sesuap nasi. Yea tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NADI RAKYAT UTARA ANAK MUDA BERANI !!!! DAP RASIS HAMPIR TERKENCING DENGAN AMUKAN ANAK MUDA MELAYU BANGKIT!!!!


HEBAT SUNGGUH ANAK MUDA DIDIKAN UMNO !!!!!
BERANI BUAT BERANI TANGGUNG !!!!!!
PESANAN BUAT KORMENG
" PERAK MASIH ADA MELAYU LAGI ... KOMUNIS BOLEH PERGI JAHANAM !!!!"
~ ANAK MUDA NADI RAKYAT UTARA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...