Khamis, 16 Februari 2012

ISU ISRAEL ANWAR IBRAHIM SEMAKIN MEROYAN.

"I support all efforts to protect the security of the STATE OF ISRAEL " Anwar Ibrahim, Wall Street Journal, 26 Jan 2012. 
Di dalam entri terbaru blog DSAI menulis:- 
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”  
Baiklah. Kita tulis sepenuhnya kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim tersebut berdasarkan kepada versinya:
I support all efforts to protect the security of the STATE OF ISRAEL ... a step which he said remains contingent on ISRAEL respecting the ASPIRATIONS OF PALESTINIANS
Dalam bahagian pertama ayat versi AI, beliau dengan jelas menyebut 'Negara Israel' (The State of Israel). Bermakna dalam ayat ini beliau sudah memahatkan pengiktirafan Negara Israel. 

Dalam bahagian kedua ayat versi AI, beliau menyebut dengan terang bahawa sokongan beliau itu ialah satu langkah kontigen ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Bermakna, AI mengakui bahawa ancaman kepada keselamatan negara Israel disebabkan oleh perjuangan kebebasan rakyat Palestin. Apa maksud AI ini ?

Regim Zionis mengambil pendekatan kekerasan dan penghapusan etnik ke atas penduduk asal bumi Palestin bagi mengekalkan kewujudan Negara Israel. Tindakan itulah dijadikan alasan oleh regim zionis sebagai langkah melindungi keselamatan Negara Israel.

Apakah aspirasi rakyat Palestin yang sebenar? Aspirasi rakyat Palestin ialah mahukan negara mereka dikembalikan semula oleh regim zionis yang menubuhkan Negara Israel di atas mandat PBB.

Aspirasi rakyat Palestin ialah mahukan pengiktirafan Negara Israel di tarik balik dan mahukan dunia hanya mengiktiraf Negara Palestin dan hak penduduk rakyat Palestin ke atas tanahair mereka yang selama ini di rampas melalui kekerasan oleh regim zionis.

Jadi dimanakah benarnya AI mengatakan kenyataan beliau tersebut walaupun di petik sepenuhnya sebagai menyokong aspirasi rakyat Palestin? 

AI semakin meroyan kerana beliau tahu kenyataan beliau tersebut bila di baca dalam konteks penuh pun tetap membawa kita kepada kefahaman dan kesimpulan bahawa AI menyokong dan mengiktiraf Negara Israel dan itu adalah bersalahan dengan aspirasi rakyat Palestin.


Kepada Anwar Ibrahim 'Kubur sudah lama kata mari dan rumah hang sudah lama kata pi ... hang tak ingat akhirat ka?'


TEPUK DADA TANYA IMAN!

1981 AMANAT HJ HADI AWANG RAKAMAN AUDIO JELAS !


Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HARUSSANI: DS NAJIB TAK BERSALAH , JANGAN PUTAR BELIT KENYATAAN.

Acapkali kita diperingatkan dari masa ke semasa bahawa 'Elakkan Kontroversi, Tumpukan Prestasi'. Sebarang kontroversi yang dicetuskan oleh puak regim sosialis Pakatang hrm jdh adaalh berniat jahat dan curang. Semua kenyataan diputarbelitkan oleh mereka. Kenapa hendak mempercayai lagi lidah-lidah setan Regim Sosialis Pakatang Hrm Jdh?

Ubahlah minda .. ubahlah sikap ... buangkan kecenderungan kepada kontroversi.




TEPUK DADA TANYA IMAN!

KERANA INI ANWAR IBRAHIM SOKONG ISRAEL?


" I SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT THE SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL"- Anwar Ibrahim WSJ , January 26, 2012.

Bagi Anwar Ibrahim, anak Cina ... anaknya, anak India ... anaknya ... negara Israel sentiasa dihatinya. Kontroversi kenyataan Anwar Ibrahim menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dalam temuramah WSJ (26 Ja'nuari 2012) mengundang malapetaka kepada Regim Pakatan hancus. PAS gusar dan resah akibat di kecam kerana kenyataan tersebut telah cuba memperbaiki kerosakan imej Regim Pakatan Hancus dengan bersandiwara mengeluarkan 'Amaran-Ultimatum' kepada Anwar Ibrahim yang berbunyi agak lucu "tarik balik kenyataan atau saman WSJ" .

Sebelum ini Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang yang melarang jenayah seksual liwat adalah lapok dan perlu dihapuskan. Kenyataan itu menyebabkan Anwar Ibrahim menjadi terkenal sebagai Bintang Baru harapan Porno di majalah lucah di Jepun. 

Mari kita renungkan kenapa Anwar Ibrahim mampu mengeluarkan kenyataan tersebut dan begitu keras mempertahankannya? Paul Wolfowitz dan Shaha Riza telah mendidik Anwar Ibrahim menjadi Neo-Zionis. Malah mereka bertiga terlibat dalam Skandal penyalahgunaan kuasa di dalam urustadbir Bank Dunia dalam Skandal  Wolfowitz - Shaha Riza. Tonton video di bawah ini.


Sekarang anda faham kenapa Anwar Ibrahim begitu fanatik kepada negara Israel?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KUDA TROJAN DALAM KANDANG KIJANG EMAS?





agak-agak apakah gambar-gambar di atas hendak menceritakan kepada semua?
Jika anda ada rakan yang bekerja di bahagian Pengurusan di bank-bank komersil anda boleh bertanyakan kepada mereka.

Sampainya hati Kuda Trojan tersebut hendak menyusahkan ramai kakitangan awam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...