Jumaat, 30 September 2011

JOM HENTAM! PERLEMBAGAAN TAK PERLU DI PINDA KATA AZIZ BARI.

Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar

Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.

“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”

“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.”

Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.

“Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi,” katanya lagi.

Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif.

“Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya,” tambah beliau.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-pemimpin-dap-pas-keliru-dalam-soal-perlembagaan-kata-pakar/

Pendapat kedua.

Hudud: Perlembagaan tak benar, Majlis Peguam minta henti retorik politik

Oleh G Manimaran
September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presidennya Lim Chee Wee (gambar) berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

Dalam laporan terdahulu hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

“Majlis Peguam menggesa kesemua pihak agar memberi fokus untuk memperkukuhkan keluhuran undang-undang dan proses demokratik demi kebaikan Malaysia,” katanya lagi sambil berkata, badan profesion peguam itu bimbang dengan perdebatan politik sejak beberapa hari lalu berhubung usaha kemungkinan menghidupkan usaha pelaksanaan hudud — kelas kes dan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam.

“Undang-undang itu dengan sendirinya tidak membolehkan pelaksanaan hudud oleh negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan.

“Berkaitan dengan sifat-sifat kesalahan sedemikian, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan pusat.

“Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan kadar hukuman yang berbeza hanya bagi Muslim,” katanya.

Malah kata beliau, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada kesemua warganegara termasuk Muslim di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan skop hukuman bagi kesalahan-kesalahan bertentang dengan prinsip Islam, ruang (pelaksanaan) seharusnya dibenarkan oleh undang-undang peringkat persekutuan,” katanya.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menyediakan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah di setiap negeri tidak boleh menggunakan bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara melebihi tiga tahun ataupun denda melebihi RM5,000 ataupun sebatan melebihi enam atau kesemuanya.

Kata Lim, oleh kerana hudud merupakan undang-undang keseksaan, ia terletak di bawah bidang kuasa Parlimen peringkat persekutuan.

“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan undang-undang jenayah dan prosedur, malah berkaitan keselamatan dalam (negara) dan ketenteraman awam, di bawah senarai Persekutuan.

“Perkara-perkara itu tertakluk di bawah budi bicara Parlimen Persekutuan dan bukannya Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

Dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988, kata Lim, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan hukum hudud tidak boleh dikuatkuasakan.

Malah kata beliau, laporan-laporan media termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud hanya ke atas Muslim dan bukannya bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang pesalah kalangan Muslim akan berhadapan dengan hukuman yang ketat bagi kesalahan yang sama, ia berbeza berbanding bukan Islam.

“(Malah) seorang Muslim juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan yang berbeza — satu di bawah hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah Artikel 7(2) Perlembagaan Persektuuan,” katanya lagi.

Aziz dalam kenyatannya menyebut, “setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud.”

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

Beberapa ahli politik juga telah melahirkan pandangan yang seiring dengan Lim.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-perlembagaan-tak-benar-majlis-peguam-minta-henti-retorik-politik/

AL KISAH PUTERA KODOK JILAT LUDAH.

Wa sutak kantoi .... mana papa wa ????

Dikatakan Guan Eng putera Kodok mohon maaf tapi dalam nada mempersalahkan media massa kerana tersilap memetik kenyataan beliau. Iya? Putera kodok masih tak jumpa puteri yang mampu menukarkannya menjadi manusia. Puteri UMNO enggan membantu putera Kodok kerana terlalu huduh dan menakutkan sekali. Baca seterusnya di sini DR NOVANDRI 

Manokharem dikenakan tindakan disiplin di gantung keahlian selama enam bulan gara-gara mendedahkan Agenda DAP kepada umum. Kini bagaimankah agaknya Raja Kodok mahu anaknya sang putera Kodok dikenakan tindakan disiplin?

Jangan bimbang anda tahu jawapannya. Bukankah DAP sebuah parti RASIS yang mementingkan MERITOKRASI KECINAAN UKTRA KIASU? Manokharem adalah orang India. Jadi faham-faham sajalah.

Kak Wan Jijah dan Isham Rais taknak komen ke? ..... Ehh mana plak diaorg berdua ni lari ??? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BRO NAJIB WA SOKONG LU , WA TATAK SOKONG NAMEBABEWEE MAA.

namebabewee lu manyak suwey.... pigi main jauh-jauh maa

Blo Najib, wa memang suke Gagasan 1 Malaysia. Wa sokong lu sibab lu punya pikir ada bagus. Itu Namebabewee wa tatak sokong. Itu olang manyak bikin kacau punyer. Namebabewee mao sokong gagasan 1 Malaysia itu lia olang punya pasat tapi wa tatak sokong sama lia olang. Lia manyak kurang ajar punya budak. Lia olang pikir lia olang manyak bagos. Lia tatak mintak maap. Wa mimang tetap boikot lia olang punye pilem. Pilem lia olang macam hancai. Kasi bikin sapu tandas lagi bagos. Itu pilem wa pikir mukan pasat 1 Malaysia. Itu pilem pasat lia olang mao tunjuk bagos sama olang lain. Lia olang mao cali makan saja maa. Lia olang manyak kacau sama gagasan 1 Malaysia muleh bikin rusak sama itu gagasan. Itu olang kasi litak lalam lokap manyak bagus punya. Itu budak namebabewee mimang sutak lahir manyak suwey. Lia olang tatak ong punyer. Wa tatak mao lia olang punya suwey likat sama Gagasan I Malaysia maa. Wa lispek sama lu bro Najib. Wa tatak lispek sama itu budak kulang ajar namebabewee. BN manyak setelong punyer. Itu Gagasan 1 Malaysia tatak pelu sama itu budak namebabewee. Wa tatak kasi cans sama itu budak kulang ajar punya. Itu saja wa mao ciakap. 

(Kadangkala kita perlu bercakap menyatakan yang benar walaupun pahit).
TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAT SYABU TUNJUK MACHO DEPAN KAK WAN JIJAH.


Sekur lagi calun Putera Kodok idaman hati buat kak Wan Jijah yang kesunyian lagi sepi. Mat Syabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran PERKASA NEGERI SEMBILAN. 


PERKASA N9 telah memberikan amaran akan membuat protes lagi terhadap Mat Syabu jika beliau berceramah di Negeri Sembilan.

Mat Syabu dijangkakan akan memberi ceramah di DUN Paroi pada 6hb Oktober ini.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.



PERKASA Negeri Sembilan tetap menuntut Mat Syabu memohon maaf di atas kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Insiden di Ampangan, Seremban yang menyebabkan tercetus perkecohan akibat protes PERKASA Negeri Sembilan tempohari.


Mungkin Mat Syabu telah mempelajari seni bela diri dalam sebuah klip video sebelum ini. 


Kita tengok sajalah nanti mana keutamaan Mat Syabu yang sahabat bloger MPP labelkan sebagai 'sudah dirasukki semangat Mat Indera'. Apapun kita tanya komen akaq Wan dengan Isham Rais. Ehhh .... hilang lagi!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

20 TAHUN KAK WAN JIJAH PENAT TUNGGU JANJI HUDUD PAS.

Jom layan klip video ini di mana, pemimpin PAS berdegar-degar mempertahankan janji-janji lama untuk laksanakan hudud sejak 20 tahun dahulu tapi masih gagal melaksanakan dan mengotakan janji mereka sendiri. Membuktikan bahawa Hudud hanyalah modal politik PAS sahaja. Sedangkan untuk bezakan antara Kafir Harbi dengan Orang Islam PAS mempunyai masalah yang amat serius sekali.



tak perlu mintak komen akaq Wan dan Isham Rais keduanya akan menjawab ..... Kami hormati pendirian PAS terutama menyokong pembohongan mereka mengenai Hudud.
Tak percaya cubalah tanya mereka berdua jika berkesempatan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AL FATIHAH

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN

AL FATIHAH 
kembalinya ke rahmatullah 
DATO GHAZALI SULAIMAN
Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut pagi tadi
Arwah telah banyak berjasa kepada ISLAM, MELAYU dan UMNO,
Semuga rohnya ditempatkan di sisi mereka yang diredhoi oleh Allah SWT.


Takziah kepada ahli keluarga arwah.

APA PENDAPAT KAK WAN JIJAH , HJ HADI & POK NIK PASAL KIL VIDEO INI?


APA PENDAPAT AKAQ WAN, HJ HADI, POK NIK , GUAN ENG KARPAL SINGH, TUAN IBRHAIM TUAN MAN, MUSTAPHA ALI. ANWAR IBRAHIM MENGENAI KLIP VIDEO DI ATAS?
PENERANGAN SILA KLIK 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MENGHARAPKAN SORGA TAJAAN PAS.

Ana kata itu UMNO yang Halang bukan DAP sebab DAP itu UMNO lah ...

Bagi PAS apasaja yang termaktub di dalam al Quran dan hadis adalah milik mutlak mereka. Menurut mereka UMNO tidak mempunyai sebarang bahagian sedikit pun di akhirat. Atas dasar inilah Tuan Ibrahim Tuan Man melafazkan kata-kata bahawa yang menghalang Hudud adalah UMNO bukan DAP kerana DAP tidak 'menghalang' cuma 'tidak menyokong'.

Pada penafsirannya, ada perbezaan besar di antara perkataan 'menghalang' dan 'tidak menyokong' berdasarkan kepada penakrifannya sendiri di atas ucapan DS Najib mengenai perlaksanaan Hudud. 

Begini para pembaca, Tuan Ibrahim kata UMNO menghalang. Ini bukan datang daripada DS Najib tapi daripada Tuan Ibrahim Tuan Man. Jelas? Ok.

DAP kata TIDAK MENYOKONG tapi kenyataan ini bukan datang dari mulut Tuan Ibrahim Tuan Man. Ianya dikeluarkan sendiri oleh DAP. Jelas? Ok.

Kalau belum jelas, begini situasinya kenyataan yang keluar dari mulut orang lain diberikan penaksiran dan penafsiran oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Bukan daripada pembuat kenyataan. Jelas? Ok.

Munasabahkah bagi Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan penafsiran dan penaksiran kenyataan orang lain mengikut kepala hotak beliau? 

Kesimpulannya adakah wajar UMNO di tuduh oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sedangkan DAP yang yang enggan menerima perlaksanaan Hudud?

Ibaratnya begini, anak Tuan Ibrahim Tuan Man kena pelempang Jepun dek gengster DAP. Dalam lapuran Polis Tuan Ibrahim Tuan Man kata UMNO yang tempeleng anaknya kerana ada perbezaan antara 'tempeleng' dengan 'pelempang' mengikut tafsiran dan takrifan beliau. Siapa yang berbohong? 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH TAK TAU BANG NUO MATI PUCUK?


Akaq dah hidup senang lenang ... kalau ada rakyat susah akaq bagi duit seringgit dua tunjuk simpati sikit-sikit lepas itu apa akaq peduli lagi kan kan kan .. akaq dah senang !

Halamak! Bagaimana ini boleh terjadi kepada kak Wan Jijah? Banyak perkara yang akaq Wan tak tahu menahu  mengenai bang Nuo. Dari aktiviti meliwat sehinggalah ke aktiviti berlibur dengan China Doll serta Siamese Doll. Malah dalam perjalanan parti pun akaq Wan banyak tidak tahu mengenai polisi dan pendirian bang Nuo. Abis tu apa yang akaq Wan tahu? 

Sesuatu yang tak masuk akal waras jika akaq Wan tidak tahu menahu bang Nuo mati pucuk selama ini. Iaya sesuatu di luar jangkaan kemunasabahan terpakai. Samalah keadaannya PAS tidak tahu agenda Hudud dan Negara Islam tidak ada dalam konsensus Pakatan 'Tipo' Rakyat. Mulut tutup tapi telunjuk menuding ke arah UMNO. Tak munasabah langsung.

Adakah akaq Wan turut tidak tahu bahawa SPRM sudah menyiasat penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran Guan Eng puetra kodok? Berkenaan dengan dakwaan Jeff Ooi berlaku penyelewengan dalam pembahagian penempatan flet sederhana di Pulau Pinang.Sudha tentu akaq Wan tak tahu menahu.

Adakah akaq Wan tahu mengenai kesan dan natijah perbuatannya selama ini selaku Presiden dan isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim? Sudah tentu akaq Wan buat-buat tak tahu. 

Apa dah jadi dengan semua pemimpin Melayu beragama Islam dalam PAS dan PKR? Tidur nyenyak sungguh. Hanya mementingkan diri sendiri melampau-lampau. Sanggup melakukan apasaja asalkan dapt terus berkuasa. Memperkayakan keluarga dan kroni matlamat utama mereka. Nasib rakyat bawahan bagaimana? 

Mengekang dan menutup peluang mana-mana individu di peringkat bawahan unutk menaiki tangga kejayaan hanya membawa padah kepada mana-mana pemimpin politik tidak kira bangsa tidak kira agama dan tidak kira ideologi

Mana-mana pemimpin yang mampu membebaskan belenggu dan kekangan yang mentiriskan poket rakyat bawahan itulah yang bakal di julang setinggi-tingginya oleh rakyat bawahan dan pertengahan. Pilihan manakah bakal di tempoh oleh semua pemimpin politik? Mereka tidak mempunyai kehidupan selain kehidupan politik. Mahu menjaga periuk nasi sendiri atau periuk nasi rakyat bawahan dan pertengahan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAS & KAK WAN JIJAH SERUPA SAJA.


Dalam PKR ada de facto Ketua dan de boneka Ketua. Dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat DAP adalah Ketua. Anwar Ibrahim jadi jurucakap. PAS jadi boneka dan kadangkala jadi anjing setia. Dari segi usia penubuhan dan bilangan ahli, PAS lah yang lebih terkanan dan teramai ahli. Di mana justifikasi Agenda PAS tiada dalam Buku Jingga dan konsensus Pakatan 'Tipo' Rakyat?

DAP berkuasa dan kuat kerana Anwar Ibrahim dan PAS. Ini realiti bukan mimpi di siang hari. Semua orang nampak realiti ini. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim dan PAS, DAP masih mengemis sana sini. 

Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim dan PAS, di mana DAP pada hari ini? Semakin hari DAP semakin mengukuh kedudukan dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat. Anwar Ibrahim dan PAS pula? Bagaimanakah nanti untung nasib orang Melayu dan Islam dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat?

Sejenguk melalui tingkap masa, kita melihat Melayu dan Islam akan banyak ketinggalan dalam serba serbi berada di bawah Pakatan 'Tipo' Rakyat. Jangan haraplah kepentingan Melayu dan Islam akan dipertahankan oleh DAP. 

Jika kita mencabut Anwar Ibrahim dan PAS di dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk mencabut segala-galanya dalam DAP, masalah yang sama pasti berulang. 

Ini bukanlah soal Hudud terlaksana atau tidak tetapi soal dimanakah kepentingan Melayu dan Islam di dalam perjuangan DAP. Pernahkah anda melihat sebarang reaksi positif DAP terhadap kepentingan Melayu dan Islam? Kita hanya melihat lakunan sahaja. Samalah dengan lakunan drama Hudud pada hari ini dan filem Namebabewee Nasi Lemak. 

Terhidang kepada kita bukanlah Nasi Lemak halal tapi Nasi Lemak yang hanya boleh di makan oleh orang Cina dan India sahaja. Nasi Lemak orang Melayu, orang Cina dan India boleh makan. Fikirkanlah dalam-dalam. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AIR, TOL, PENGANGKUTAN AWAM, KEPENTINGAN MELAYU & KAUM INDIA FAKTOR KEMENANGAN BN DI SELANGOR.



Sejauhmana sebenarnya komitmen untuk menang di Selangor dan seluruh Malaysia? Pentadbiran DS Najib benar-benar komited untuk menang, Itu tidak dipersoalkan. Tidak diremehkan. Tidak dipertikaikan. Sejauhmana pula kejujuran para pemimpin BN dan segala NGOs dan segala CEOs GLC membantu komitmen pentadbiran DS Najib? 

Forum mengenai krisis air di Selangor semalam banyak membuka mata dan minda hambe sendiri. Semalam, kakitangan SYABAS, NAHRIM, FOMCA, SWAN dan pakar konsultan kerajaan membuka lembaran baru. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membantu pentadbiran DS Najib mencapai matlamat di Selangor. 

Mereka menangani isu AIR yang menjadi punca kekalahan teruk BN di Selangor. Pendedahan segala maklumat, data dan statistik mengenai krisis air di Selangor begitu telus dan transparen tiada yang disembunyikan.

Isu air, tol, pengangkutan awam, kepentingan kaum Melayu & India wajib diberikan perhatian penuh dan total. Jangan diperkecilkan isu-isu berkenaan. Inilah isu-isu yang menjadi tanda aras kepada kekalahan dan kemenangan antara dua pihak bertentangan BN dengan Pakatan Haramjadah. 

Krisis Air di Selangor kini semakin meruncing. Ini bukan perkara mainan strategi politik. Jika tidak ditangani secara betul, Selangor bakal hilang kapasitinya sebagai negeri berdaya maju dan saing. Apa akan terjadi? Segalanya akan berpindah ke Pulau Pinang.  Putera Katak Guan Eng bukanlah sengaja menghina Johor. Ada tujuan dan maksud hendak dicapai olehnya.

Dalam isu tol, kerajaan hanya perlu memansuhkan tol Batu Tiga dan mengurangkan kadar tol Sg Rasah. Manakala dalam isu pengangkutan awam, kerajaan perlu dan wajib memperjelaskan perancangan serta polisi mereka kepada rakyat setiap masa dan ketika.

Kepentingan kaum Melayu dan India cukup mudah. TERAJU wajib menyeluruhkan kesemua penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi penting di perbandaran dan bukan hanya menjadi penjaja pasar malam sahaja. Perbandaran mestilah sesuai dan kondusif mengikut persekitaran adat resam Melayu dan agama Islam. Kemudahan pinjaman perumahan dan komposisi keseimbangan penduduk wajib diperketatkan.

Inilah faktor-faktor kemenangan bagi BN di Selangor. Lupakan saja Namebabewee, lupakan saja soal perkecohan, lupakan saja isu-isu sampingan seperti Hudud (kerana Hudud tetap tertegak jua apabila TAUHID UTOH). Tangani semua isu-isu di atas. Barulah cahaya kemenangan semakin tampak jelas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TANPA NAMEBABEWEE , BN TETAP UTOH.

Hasil Seni Kreatif Biadap Namebabewee.

Hebat sangatkah pilem nasi lemak 2.0 arahan namebabewee? Hebat? Bagus? Tershiok sendiri? Hambe menyokong 300% apa yang penulis Utusan Malaysia tuliskan. Memang patot namebabewee ini di kutok dan di hina sepanjang hayat hidup beliau. Memang amat patot pilem nasi lemak basi namebabewee ini di boikot. Apa hambe peduli pun. Hambe bercakap di atas pendirian dan keyakinan teguh bahawa tanpa namebabewee BN tetap boleh menang.Atas dasar kepentingan apa hendak dipertahankan namebabewee? Semangat 1 Malaysia? Undi? Sokong kaum muda Cina Malaysia yang jadi peminat setia dan tegar namebabewee? Apakah tidak ada contoh teladan terlebih baik daripada namebabewee? Profesor Khoo adalah contoh terbaik. David Teoh adalah terbaik. Nama beliau meniti di setiap bibir rakyat Malaysia bukan atas kontroversi tapi di atas semangatnya yang tak pernah luntur memertabatkan industri filem negara. Sejuta persoalan ke atas nambabewee. Tiada apa mampu menyucikan kesilapan dan kejahatan namebabewee. Ikon pujaan anak muda Cina Malaysia? Apakah pendirian dan pemikiran manusia tidak berubah dan alami sebarang proses transgresi? Transformasi? Reformasi? Hendak menang di Selangor? Itu amat mudah semudah menyelesaikan tiga isu pokok, AIR, TOL dan PENGANGKUTAN AWAM. Hendak kekal berkuasa? Lagi mudah, semudah menyediakan dan sentiasa melakukan gerak kerja forum dengan rakyat. Memansuhkan ISA, mengurangkan kuota bumiputera dan banyak lagi polisi-polisi lain sebenarnya adalah jauh tersasar daripada sasaran utama. Jaga kaum India baik-baik, rapatkan jurang mereka, didik mereka, keluarkan mereka dari kemiskinan yang merengkung mereka selama ini. Lakukan itu semua, hasilnya Selangor kembali selesa ke dalam tangan untuk 100 tahun lagi. Namebabewee hanya memikirkan kemajuan dirinya sendiri. Jika Namebabewee dijadikan pengukur sokongan kaum muda Cina itu adalah suatu persepsi yang amat menyanggah realiti. Kemenangan BN bukan kerana sebuah nasi lemak dan seorang manusia bernama Namebabewee. Tangani isu AIR, TOL dan PENGANGKUTAN AWAM serta naik taraf sosio ekonomi kaum India, UMNO dan BN bakal berada di mercutanda. Ini bukan sebuah pernyataan beremosional mahupun rasis tapi ianya sebuah REALITI yang selama ini di pandang sepi. fikirkan dan bangkit dari alam mimpi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HJ HADI, KAK WAN SYORKAN BELAJAR INI.


Hj Hadi telah disyorkan oleh kak Wan Jijah agar belajar jurus-jurus maut yang ada dalam persilatan alam Melayu. Klip video mungkin mampu memberikan sedikit 'semangat yang hilang' kepada Hj Hadi akibat di sergah di herdik di jerkah oleh Karpal Singh. Mengikut amalan adat budaya alam Melayu, tanpa ilmu mempertahankan diri ilmu agama yang ada tidak lengkap. Allah swt dan rasul Nya ada memerintahkan agar umat Islam belajar kemahiran bela diri.Kedua-duanya wajib ada, ilmu agama dan seni beladiri. Mungkin kalau Hj Hadi mempunyai kemahiran bela diri seperti di atas, Karpal Singh tak berani hendak memperkotak-katikan Hj Hadi. Teramat malu seorang seperti Hj Hadi di anggap 'ulama' di herdik begitu saja. Betul tak kak Wan? Kalu maruah diri sendiri tidak mampu dipertahankan bagaimana hendak pertahankan maruah agama dan orang lain ... Jangan jadi cam Isham Rais dah ler, nampak gah tapi ada lemah .... lemah akal fikiran.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH DIAM MASA KARPAL MEMBULI HJ HADI.

Yo..yo..yoo .. wassup King Singh?

Episod ini di pungut daripada sahabat bloger THE FLYING KICK (TFK). Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan 'Tipo' Rakyat tempohari Karpal Singh telah mengherdik Hj Hadi. Suara keras herdikan Karpal kedengaran sampai di luar bilik. Kebiadapan Karpal adalah manifestasi sikap DAP suka menghina bercampur kebencian perkauman ke atas ISLAM dan MELAYU. 

Karpal dengan lantang mengherdik Hj Hadi agar bersifat tegas sebagai Presiden PAS daripada hanya menjadi budak angguk kepada Pok Nik si Mursyidul Am.Huh. PAS ini milik siapa agaknya? Milik Presiden DAP yang juga tidak berkuasa daripada Setiausaha Agongnya sendiri atau milik Presiden PAS?

Tidak pula dilapurkan samada Hj Hadi membalas kebiadapan Karpal tersebut. Ok, anggap saja perkhabaran ini benar apakah maknanya? Bermakna PAS bukan rakan kongsi dan sekutu sekufu dengan DAP dan PKR.PAS hanya di anggap sebagai sebuah parti hamba abdi bertaraf 'Anjing' kepada DAP dan PKR. Sahihlah PAS ini mangsa buli kepada DAP dan PKR.Bayangkan PAS mempunyai bilangan ahli teramai daripada DAP dan PKR tapi hanya jadi hamba abdi kepada kedua parti tersebut. Bukan secara paksaan tetapi di atas kerelaan PAS sendiri. Tak malu ke?

Seperti dijangkakan PAS isyithar kemenangan mengikut amalan menipu diri sendiri.UMNO dipersalahkan. Mudahnya PAS berpolitik. Mulalah merebak sindrom UMNOFOBIA di fesbuk, twitter dan blog PAS. Kasihan sungguh PAS ini kerana lebih takutkan DAP dan PKR daripada kemurkaan Allah subhanahu wa ta'ala. Pok Nik yang cabul mulut, Hj Hadi yang kena herdik, Majlis Pimpinan Pakatan 'Tipo; Rakyat yang putuskan UMNO yang salah. Benar-benar desperado Lebai Malang PAS. 

Jom tanya komen kak Wan Jijah yang mungkin berdiam diri melihat Hj Hadi diherdik oleh Karpal Singh. Akaq .. apa komen akaq mengenainya?

Akaq masa tu tertidur lah dik ..... 
Akaq kan Presiden Boneka aje


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH UMPAMA EMPANGAN AIR KERING.


Peta di atas menunjukkan lembangan Sungai Selangor yang menjadi sumber utama kepada perbekalan air di Selangor. Kawasan tadahan dan empangan air berada.

Sejumlah 33 empangan air/loji rawatan air beroperasi pada masa ini membekalkan air yang di rawat. D beli oeh SYABAS dan dibekalkan kepada seluruh pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Gambar satelit empangan yang sedang di bina. Di kenali sebagai SSD (Sungai Selangor Dam). Inilah kawasan ditandakan dengan warna hitam yang anda lihat di dalam peta di atas. Sebuah empangan yang bakal di bina seperti SSD yakni dikenali STD (Sungai Tinggi Dam).

SSP3 Layout
Kesemuanya ini adalah hasil perancangan pentadbiran BN terdahulu mempelajari krisis Air 1998. Pentadbiran DAP-PAS-PKR hanya meneruskannya sahaja tetapi nampaknya terlalu banyak penyelewengan dilakukan oleh mereka secara diam-diam dan berselindung di sebalik kempen ' KEMBALIKAN HAK AIR' walhal dalam setiap konsesi air kerajaan Selangor mempunyai minima 30% - 60% ekuiti dalam setiap syarikat konsesi. Itu ekuiti pegangan hak rakyat tau. DAP kecor air liur.

WTP
Loji Rawatan Air Bukit Badong Peringkat Satu.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH & PUTERA KATAK GUAN ENG


Amacam ? Ada iras-iras tak?

Kali ini kita membicarakan hal mengenai Putera Katak Guan Eng. dengan kak Wan Jijah. Apakah persamaan yang mereka berdua ada? Kak Wan Jijah selama ini mengimpikan sekur Putera Katak untuk membawanya pergi jauh dari seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim tanpa menjejaskan kebahgiaannya sebagai seorang nenek dan ibu. Bagaimana pula dengan Putera Katak Guan Eng? 

Putera Katak Guan Eng hanya mahu 'melupakan' kenyataannya menghina Johor. Kenyataan yang membawa padah besar kepada kerjaya politik beliau sama seperti Mat Syabu. Keduanya mahu melupakan apa yang pernah mereka ucapkan. 

Bezanya. Mat Syabu tidak pernah mengakui kepada mana-mana sidang akhbar bahawa beliau tidak mempunyai keupayaan melompat-lompat seperti sekur katak. Hanya Guan Eng mengakui dalam sidang akhabr petang semalam bahawa beliau 'tidak mempunyai keupayaan sekur katak melompat-lompat dari satu negeri ke negeri yang lain. Mustahil, memandangkan beliau melompat dari Melaka ke Pulau Pinang dan seterusnya melompat lagi menaiki hirarki menajdi Ketua Menteri atas katak-katak DAP lain.

Katak ini spesis amfibia yang habitatnya berada di kawasan berair. Mungkin Khalid G boleh tunjukkan di mana habitat katak di empangan Sg Langat 2 yang masih belum siap pembinaannya akibat tamak dan rakus. Lagipun Khalid G kena bela banyak katak untuk panggil hujan dari pekan ke kawasan tadahan.

Memang hebat kisah doingeng Putera Katak Guan Eng ini. Tapi beliau masih tidak sehebat sekur lagi putera Kodok bernama Isham Rais yang dari Malaysia boleh melompat jauh sampai ke Belgium selama 21 tahun! Apakata Presiden Kak Wan Jijah dalam hal ini? Komen sikit kak Wan ....

Errrr .. apa soklan tu tadi dik??? Sori lah .. akaq sedang berangankan 
PUTERA KATAK akaq .....

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...