Isnin, 8 Februari 2010

PERAK : Pabila Agama & Budi Menjadi Taruhan.



Bijak pandai dahulu pernah berpesan : Marahkan Nyamuk Kelambu di bakar. Hang Tuah pula berpesan : Tak Melayu Derhaka Sultan. Jebat kata : Raja Adil Raja Disembah , Raja Zalim Raja disanggah.

Dalam SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) bacalah kisah waadat antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba Sri Tri Buana Alamsyah

“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’

Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. ‘

Maka sembah Dernang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’

Maka titah Sang Sapurba, Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’

Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ 

Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. 

Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.


Diakui oleh Nizar bahawa semasa dia dipanggil ke istana oleh KDYMM Sultan Perak dan di minta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Nizar telah membuat SEMBAH DERHAKA  dan tidaklah KDYMM Sultan Perak memberi aib kepadanya melainkan selepas itu puak-puak Nizar telah memberi aib kepada KDYMM Sultan Perakdi dalam blog-blog dan sebagainya. 

Jika Nizar dan puak-puaknya masih berdegil dan enggan menerima keputusan mahkamah Persekutuan jika tidak memihak kepada mereka, saya peringatkan mereka bahawa ALLAH TA'ALA AKAN MEMBALIKKAN BUMBUNG MEREKA KE BAWAH DAN KAKI TIANG MEREKA KE ATAS. Inipun sudah berlaku kepada Nizar. di mana dia mengalami kemalangan sehingga terbalik keretanya (bumbung ke bawah, kaki tiang ke atas) saya sekadar mengingatkan sahaja.

Ahad, 7 Februari 2010

KETUANAN MELAYU & KETUANAN RAKYAT.- Antara Cita-cita dan Impian.



Ketuanan Melayu, 1 kalimah yang amat keramat bagi orang Melayu di Malaysia. Manakala Ketuanan Rakyat adalah 1 kalimah yang amat keramat bagi warganegara Malaysia yang bukan berketurunan Melayu di Malaysia. Kini, 1 Malaysia pula menjadi 1 kalimah keramat bagi semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Perbezaan takrifan bagi 3 kalimah keramat itu mengikut selera dan kehendak para golongan yang mendukung dan yang tidak mendukung. Bagi warganegara Malaysia yang bukan berketurunan Melayu yang bergiat cergas di dalam parti-parti pembangkang dan yang menyokong gagasan Ketuanan Rakyat waima apa maksud dan niat sebenar mereka, Ketuanan Melayu ini merupakan kalimah mimpi ngeri yang tidak boleh dimaafkan. Golongan ini mengaitkan dan menghentam keras Ketuanan Melayu dengan amalan rasuah, perkauman setaraf apartheid, Nazisme, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan penindasan hak-hak asasi manusia. Dikatakan bahawa Ketuanan Melayu ini adalah merupakan satu dosa yang amat besar di sisi kemanusiaan dan di sisi agama. Pelbagai hujah dikemukan bagi memberi gambaran bahawa Ketuanan Melayu ini amat huduh dan buruk sekali. Malangnya, mereka terlupa 1 perkara. Cuma 1 perkara sahaja. Yakni, takrifan Ketuanan Melayu yang dicita-citakan oleh orang Melayu jauh berbeza dengan takrifan omongan kosong golongan tersebut.

Ketuanan Melayu adalah merupakan 1 cita-cita dan impian orang Melayu di Malaysia untuk mempertahankan dan melaksanakan hak-hak istimewa mereka yang termaktub di dalam PERKARA 153 Perlembagaan Malaysia berkenaan agama ,budaya dan sejarah Melayu di Malaysia. KETUANAN MELAYU adalah bertuankan ISLAM bertuhankan Allah Ta'ala dan bernabikan MUHAMMAD RASULLULLAH s.a.w. dan segala para rasul anbiya'. Bagi orang Melayu, Ketuanan Melayu bukan menidakkan hak-hak warganegara Malaysia yang bukan penduduk asal Tanah Melayu. Ianya tidak dimaksudkan untuk menindas jauh sekali menggunakan amalan apartheid. Orang Melayu cuma mahu sejarah tamadun peradaban Melayu tidak dilupai di Tanah Melayu yang terletak di alam Melayu ( Nusantara ). Cita-cita ini sama sahaja bagi mana-mana kaum di dunia ini yang menjadi penduduk asal sesebuah negara. Pada masa yang sama, orang Melayu sanggup berkongsi taraf kewarganegaraan, politik dan kemewahan Tanah Melayu mengikut kadar yang tidak bersifat menindas warganegara Malaysia lain yakni kaum imigran/pendatang asalkan saja perkongsian tersebut tidak sampai pula ke tahap orang Melayu pula tertindas di Tanah Melayu.Kita harus menyentuh sedikit mengenai sejarah moden Tanah Melayu.

Sejarah purba Tanah Melayu bermula sekitar 1 500 tahun sebelum masihi. Dihitungkan sehingga kini sudah hampir 3 500  tahun sudah berlalu. 

Manakala, sejarah moden Tanah Melayu bermula pada tahun 1800 sehingga kini. Sudah hampir 209 tahun berlalu.  Peringkat dari tahun 1800 sehingga 1940 ini jika di hitung merupakan 140 tahun dan jika dihitung dari 1500 sebelum masihi orang Melayu sudah berada di Tanah Melayu selama 2,440 tahun. Bermakna , pada awal kemasukan kaum pendatang ke Tanah Melayu, orang Melayu sudah berada di Tanah Melayu selama  2,440 tahun bersamaan dengan 2 milinium 4 abad 4 dekad. Jika di hitung dari tahun 1000 sehingga kini , orang Melayu sudah berada di Tanah Melayu selama 2 milinium  10 tahun .

Tahun 1800 sehingga 1940 merupakan peringkat kemasukan beramai-ramai kaum pendatang ke Tanah Melayu. Ianya berlaku secara berperingkat-peringkat samada di bawa masuk oleh British sebagai pekerja, askar, polis, atas dasar perdagangan dan kerana lari dari peperangan saudara yang berlaku di negara asal mereka. Sememangnya tidak dinafikan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk terus menetap di Tanah Melayu. Taat setia mereka masih kekal kepada negara asal. Mereka menjadi warganegara empayar British. Pihak British terpaksa membawa masuk kaum pendatang ini kerana orang Melayu melakukan penentangan hebat ke atas penguasaan British di Tanah Melayu pada tempoh waktu itu. Perperangan demi peperangan berlaku terhadap British. Kaum pendatang pada waktu itu mengekalkan budaya dan agama mereka. Mereka juga tidak begitu berminat untuk menjalin hubungan erat dengan orang Melayu. Mereka hanya sekadar tidak mengusik orang Melayu sahaja. 

Di Perak, pada masa bijih timah menjadi bahan komoditi terpenting dunia, pihak British membawa masuk kaum Cina sebagai pelombong. Oleh kerana pada waktu itu British mengamalkan dasar penjajahan , secara halus kaum Cina adalah sekutu kuat bagi British pada waktu itu. Diketahui umum bahawa pada puncak kegiatan melombong bijih timah di Perak, terdapat 2 puak kongsi gelap yang amat terkenal , iaitu Ghee Hin dan Hai San berkuasa dan merebut penguasaan kawasan bijih timah di Perak. pada waktu itu. Manakala Long Jaafar merupakan pengusaha Melayu yang satu-satunya ada di Perak pada waktu itu. Pada waktu itu juga,  keadaan politik orang Melayu di Perak tidak stabil kerana berlaku perang saudara. 

Terjadilah pula PERJANJIAN PANGKOR yang butir ulas nya di tulis dalam bahasa Ingeris mengikut nahu bahasa Ingeris pada waktu itu. Bermulanya pula sistem Residen British di Perak. Akhirnya, membawa kepada pembunuhan JWW Birch, residen British di Pasir Salak oleh Dato' Maharajalela dan konco-konconya kerana pihak British telah memungkiri Perjanjian Pangkor. Bermulalah zaman pengikisan hak-hak orang Melayu dan penguasaan politik dan ekomoni Tanah melayu oleh British dan sekutu mereka pada waktu itu.

Keadaan ini menjadi semakin parah apabila pihak British dan Belanda dengan sukahati dan relahati tanpa persetujuan para Sultan dan pemerintah tempatan yang berkuasa pada waktu itu, membuat 1 perjanjian yang paling tidak masuk akal dan tanpa keupayaan sah pada 1824 membahagi alam nusantara sebelah sini kepada 2 bahagian iaitu Tanah Melayu menjadi 1 bahagian, manakala Sumatera dan Pulau Jawa menjadi bahagian ke 2. Maka terpisahlah secara halus alam nusantara sebelah sini sehinggakan menimbulkan kekeliruan maha hebat menyamai kedangkalan sempurna di pemikiran golongan yang mendukung Ketuanan Rakyat mengenai taraf orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu di alam nusantara.


Kesimpulannya, Ketuanan Melayu tidak perlu ditakuti oleh warga Malaysia bukan berketurunan Melayu. Malahan, ianya juga bukanlah bersifat feudal. Ianya cuma mengambarkan semangat  Melayu yang cintakan agama, bangsa dan tanahair. Ianya juga bukanlah bersifat menindas warga Malaysia bukan berketurunan Melayu. 


Manakala Ketuanan Rakyat merupakan helah keji dan cela oleh pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab yang berniatkan lonjakan politik semata bagi memperlecehkan Ketuanan Melayu. Ketuanan Rakyat (KR) yang dilaungkan oleh pembangkang lah akan membuka pintu-pintu kepada kemusnahan besar-besaran perpaduan dan kerharmonian kaum. Ini kerana KR adalah manifestasi perlawanan definisi dan maksud kepada KM (Ketuanan Melayu). Di dalam KM kesaksamaan diberikan kepada warga Malaysia bukan berketurunan Melayu (WMBBM) secara adil, telus dan saksama mengikut batas-batas perundangan negara dan Perlembagaan Malaysia, ini bermakna di dalam KR semangat dan unsur baik di dalam KM tidak ada langsung dan tiada unsur-unsur kawalan positif serta tidak wujudlah persaingan sehat sesama kaum. Ini sudah terbukti kebelakangan ini di mana, ada warga Malaysia yang menyuarakan pendapat mereka dengan begitu biadap sekali dan begitu berbaur perkauman tegar dan rasis.


Semangat perpaduan dan persefahaman serta saling hormat menghormati dapat dipupuk dengan baik dan ini dapat mengwujudkan persaingan sihat yang membawa kemakmuran bersama supaya tidak lagi ada yang boleh kata Melayu duduk di kampung tanam jagung, Cina duduk di bandar berniaga manakala kaum Tamil/India duduk di ladang menjadi buruh. 


Kita mahu melihat 1 semangat yang jitu yang mengekalkan unsur-unsur budaya kaum tanpa meminggirkan budaya asal peribumi negara ini. Ini perlu berlaku dalam perubahan secara anti-revolusi. Jadi, kepada warga Malaysia semuanya, berpadulah, hormatilah dan berdaya majulah dalam kerangka Perlembagaan Malaysia serta berilah sokongan padu kepada 1 Malaysia.

HIKAYAT TANAH BERTUAH (1)



Semenanjung Tanah Melayu, demikianlah salah satu antara nama-nama yang diberikan kepada Tanah Bertuah ini. Mula diketahui bangsa Melayu ini mendiami dan memerintah Tanah Bertuah sejak pembukaan semula Tanah Bertuah oleh bangsa Melayu hampir 3, 500 tahun dahulu mengikut pengiraan tahun masihi yakni di tambah 1,500 tahun sebelum tahun 1 masihi.

Pada sekitar 1400-1420 t.m. Parameswara membuka kota Melaka setelah membuka kota Temasik terlebih dahulu tetapi atas sebab-sebab yang sudah terpadam dari lipatan sejarah, baginda bermudik dari Temasik ke Melaka. 1400 - 1511 , kerajaan Melayu Melaka yang merupakan penganut agama Islam merupakan sebuah kerajaan yang luas dan disegani di nusantara.

1400 - 1500 t.m, merupakan tahun -tahun gemilang bagi bangsa Melayu dan perkembangan pesat dari segi penguasaan perdagangan serta pengembangan agama Islam di alam nusantara. Hubungan dengan kerajaan China pada masa pemerintahan dinasti Ming telah berlaku. Laksaman Cheng Ho menjadi saksi kepada perhubungan ini. 

1500 - 1600 t.m., merupakan kala-sakal, Melayu berhadapan dengan orang-orang Eropah yakni Portugis dan Belanda.

1600 - 1700 t.m, kala-sakal tamadun peradaban Melayu bertembung dengan peradaban eropah dalam skala besar-besaran. Bermulalah detik penguasaan bangsa Eropah yang dimulai dengan penguasaan dalam bidang perdagangan. Kebanyakan saudagar-saudagar Melayu mulai. terancam kerana bangsa Eropah memulakan dasar penguasaan mutlak ke atas bahan-bahan mentah dan memusnahkan rangkaian perdagangan Melayu secara peperangan dan penguasaan wilayah serta perjanjian-perjanjian yang dimungkiri oleh bangsa Eropah.

1700 - 1800 t.m., kala-sakal penghapusan warisan budaya Melayu dan asakan kepada kesultanan Melayu. Dimulai dengan penghapusan waris-waris terakhir kesultanan Melayu Melaka dan peperangan saudara yang dimarakkan oleh bangsa Eropah. Penulisan, pendidikan, pembelajaran dan kemahiran turun-temurun di dalam masyarakat Melayu mulai dihapuskan dan digantikan dengan cara budaya Eropah. Pengharaman kegiatan silat dan pemakaian keris oleh Raffles dan pemerintah Eropah. Kegiatan penyebaran kristian Roman Katolik bermula sejak Portugia semenjak 1511 kini makin diperhebatkan melalui perkahwinan campur dengan anak-anak tempatan dan suku kaum kecil Melayu di serata nusantara. Wilayah penguasaan kesultanan Melayu , Jawa dan Bugis diasak bertubi-tubi dan sebarang penentangan di kira sebagai pemberontak. Ramai kalangan orang Melayu mula menjadi pengkhianat dan pencacai kepada bangsa Eropah kerana desakan kehidupan yang disebabkan oleh tekanan politik yang tidak stabil serta kesempitan hidup kerana penguasan mutlak bidang perdagangan oleh bangsa Eropah.

1800 - 1900 t.m - kala-sakal, Melayu dimundurkan oleh bangsa Eropah dan kemasukan bangsa-bangsa Tamil dan Cina. Golongan yang di bawa masuk ini adalah merupakan golongan yang diasingkan dari pencampuran dengan bangsa Melayu. Pada zaman ini juga pihak Ingeris dan Belanda memulakan penguasaan wilayah secara besar-besaran melalui penguasaan perdagangan dan pihak Ingeris dengan tipu muslihat serta perancangan teliti membangunkan Singapura sebagai pusat pelabuhan utama di nusantara. Segala peluang-peluang perdagangan diberikan seluas-luasnya kepada bangsa-bangsa pendatang ini termasuklah peluang-peluang utama pekerjaan. Bangsa Melayu hanya diberikan sedikit peluang sahaja untuk menceburi arus perdana utama dalam bidang kehidupan dan perdagangan sehingga terpinggir jauh.

Penguasaan di segi wilayah dan pemerintahan di mana pihak Ingeris-Belanda dengan sesukahati mereka tanpa sebarang hak-hak sah dan benar mengikut mana-mana undang-undang yang terpakai pada zaman itu, memecahkan wilayah nusantara ini kepada 2 bahagian. Natijahnya, terpisahlah Melayu di Tanah Melayu dengan Melayu, Jawa dan Bugis di sebelah wilayah Sumatera, Pulau Jawa, Sulawesi dan kepulauan Melayu lain. Peperangan hangat dijalankan oleh Ingeris dan Belanda terhadap saki baki kesultanan Melayu, Jawa & Bugis.

Pihak Ingeris pula menyerahkan wilayah Utara Tanah Melayu kepada Siam. Sementara 3 buah negeri dipesisir pantai yang dikuasai sepenuhnya oleh Ingeris diletakkan di dalam wialayah Negeri-negeri Selat yang terpisah dari segi penguasaan perdagangan dan pemerintahan dengan kesultanan Melayu.Negeri-negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Semua warisan budaya dan penguasaan Melayu dalam 3 wilayah ini diganyang secukup-cukupnya dan dihapuskan oleh Ingeris melalui dasar penghapusan etnik di segi perdagangan dan pemerintahan serta dipupuk budaya Ingeris dalam semua bidang kehidupan.

Manakala negeri-negeri lain di Tanah Melayu dipecahkan lagi mengikut susunatur pemerintahan keresidenan yang mengekang kuasa-kuasa pemerintahan sultan-sultan Melayu dalam semua bidang kecuali adat resam dan agama Islam sahaja. Negeri-negeri ini ditadbir dan diperintah melalui wakil (cara proksi) melalui kuasa-kuasa Residen. 

Bangsa Melayu semakin dipinggirkan dalam semua sudut kehidupan, perdagangan, pemerintahan dan budaya mereka.Pihak Ingeris telah membentuk susunatur masyarakat pada zaman itu dan mengamalkan dasar perlindungan suaka  politik dan pilih kasih kepada bangsa-bangsa asing seperti bangsa Cina yang menjadi pemberontak kepada dinasti terakhir di China serta kuomintang yang menentang pihak komunis di China.

1900 - 1957 t.m., di zaman ini boleh dipecahkan kepada 3 zaman yakni:-
  1. 1900 - 1920 t.m. - Sebelum, semasa dan selepas perang Dunia Pertama.
  2. 1921 - 1939 t.m. - sebelum Perang Dunia Ke 2 dan penjajahan Jepun di Manchuria dan di China.
  3. 1940 - 1957 t.m. - semasa dan selepasa Perang Dunia ke 2, zaman darurat, perjuangan kemerdekaan dan kebangkitan besar gelombang fahaman komunis di seluruh dunia.
Kala-sakal ini akan diperbincag dengan secara khusus di paparan kiriman terkemudian daripada ini dengan perbincangan-perbincangan khusus kepada jenis pentadbiran, susunatur pentadbiran,susunatur kehidupan masyarakat, kegiatan perdagangan masyarakat dan perkembangan pendidikan serta budaya.

APA YANG AKU DAMBAKAN.



Sepanjang tahun ini bermula, kita sudah melalui beberapa peristiwa penting dan menyesakkan nafas seolah-olah kita sedang menonton sebuah filem JAMES BOND. Penuh debaran dan pertanyaan. Seringkali kita bertanya kepada diri kita, bilakah ini semua akan berakhir?

Pada tahun lepas kita menyaksikan dan mengharungi pelbagai karenah para pemimpin politik negara ini. Ada yang melucukan dan ada yang begitu menyinggung perasaan kaum Melayu. Di awal tahun, kita dikejutkan dengan berita kemangkatan DYMM almarhum Sultan Iskandar , Sultan Johor. Kita dikejutkan dengan sikap biadap adukataruna yang menghina almarhum dan segelintir para warga Malaysia yang turut sama bersikap biadap seperti adukataruna. 

Pada hari terakhir 2009, sebelum memasukki tahun 2010, kita dikejutkan dengan berita keputusan mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan pihak akhbar HERALD TRIBUNE dari ROMAN KATOLIK menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan kepada perkataan GOD di dalam semua penerbitannya. Keputusan ini amat mengecewakan orang-orang Melayu. Lebih mengecewakan lagi, sikap sesetengah para pemimpin Melayu yang memberi sokongan dengan alasan-alasan serta hujah-hujah yang amat dangkal dan cetek pengetahuan agama Islam.Ini telah hampir-hampir mengakibatkan huru-hara di dalam negara dengan disusuli oleh kejadian-kejadian yang sebelum ini tidak pernah difikirkan akan terjadi semula. Mujurlah, pihak pemerintah kita begitu bijaksana dalam menangani masalah ini. Namun, pihak pembangkang bersikap seperti pencuri di tengah malam terus menerus mendesak dan menduga pihak pemerintah pusat. Akhirnya, pihak pembangkang kecundang teruk dan kini sedang di landa pelbagai musibah akibat ketulahan perbuatan mereka sendiri. Pihak pembangkang sedang berada di dalam ambang kemusnahan secara penuh. Mereka masih mempertahankan mimpi indah mereka dengan sedaya upaya mereka walaupun mereka sedar bahawa keruntuhan sudah menjadi pasti buat mereka. Mereka telah gagal sepenuhnya sebagai pemerintah. Mereka telah gagal melaksanakan amanah-amanah rakyat. Mereka tertipu dengan permainan api dalam sekam mereka dan kini api itu membakar hangus diri mereka termasuklah maruah dan kewibawaan mereka. Mereka bukan lagi menjadi wira dan penyelamat rakyat. Rakyat sudah mulai sedar siapakah mereka sebenarnya.

52 tahun tanah bertuah ini merdeka dan melalui pelbagai kala-sakal ,yang pahit, yang sedih dan yang gembira. Di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selama hampir 20 tahun, menyaksikan negara ini dipacu dengan daya yang luarbiasa sehingga dicemburui setiap masa oleh pihak-pihak tertentu. Pelbagai rencana dan perancangan di buat oleh pihak-pihak ini untuk menyaksikan dan memastikan Tanah Bertuah ini tidak aman sentosa. 

Peluang ini dimanafaatkan sepenuhnya semasa negara di bawah pemerintahan Tun Abdullah Badawi, seorang negarawan yang berhati mulia dan berperwatakan sederhana. Keterbukaan beliau telah dipergunakan sepenuhnya oleh anasir-anasir jahat untuk menimbulkan huru-hara di dalam negara. 

Kini, negara di bawah pemerintahan Dato' Seri Najib seorang negarawan yang berjiwa rakyat, mempunyak keperibadian tegas tetapi bijak menangani setiap tohmahan dan serangan daripada anasir-anasir jahat. Hasilnya, rakyat mulai sedar dan gelombang tsunami yang dahulunya di cipta oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN kini berpatah arah melanda pihak pembangkang. Menjadi hukum alami bahawa gelombang terakhir yang membawa kemusnahan penuh secara besar-besaran dan inilah yang menimpa para pembangkang. Pengajaran pahit buat rakyat jelata bahawa jangan mudah mempercayai mana-mana pihak yang menabur janji-janji manis dan tidak mempunyai kewibawaan untuk memerintah.

Jika kita mahukan perdamaian, kesaksamaan dan kesejahteraan maka wajiblah di atas diri kita bertindak sesuai dengan kemahuan kita itu dan bukan sebaliknya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...