Rabu, 29 Februari 2012

BADRUL AMIN WAJAR LETAK JAWATAN

Dalam temuramah di luar bangunan JAIP di Kuantan tempohari,Badrul Amin mengakui bahawa jika di barat beliau perlu meletakkan jawatan. Tapi beliau sengaja berdalih dengan memberikan alasan bahawa beliau belum sampai ke peringkat itu. Ya ke? 

Adakah ini bermakna beliau merasakan bahawa diri beliau itu lebih baik daripada pemimpin-pemimpin di Barat yang diselubungi dengan skandal-skandal seks?

Jika itulah pendirian beliau eloklah beliau buang sahaja title ustaz ke dalam longkang. Selagi mana beliau masih menggunakan title ustaz itu, maka ianya satu penghinaan dan aib besar kepada komuniti ustaz lain yang suci bersih dan tidak berdosa.Beliau hanya memberikan nama buruk kepada ustaz-ustaz lain.

Bukankah beliau sendiri mengakui bahawa beliau seorang pemaaf kerana beliau ialah seorang yang bergelar ustaz? Bukankah jatidiri seorang yang bergelar ustaz akan meletakkan jawatan dan tidak memakai gelaran ustaz lagi? Tidakkah itumerupakan intregriti seorang yang bergelar ustaz sepertinya?

inilah peluang keemasan buat beliau memeberikan contoh tauladan dan menetapkan satu duluan yang akan menjadi ikutan semua pemimpin lain. Beliau perlu ingat bahawa pembohongan dan penipuantidak mampu mensucikan beliau kerana segalanya sudah terakam. JAdi eloklah beliau meletakkan jawatan dengan kadar segera sebelum aib lain akan terdedah dengan sendirinya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS NON-MUSLIM.- DR DZULKEFLY....


DAP pun tidak pernah berani mengeluarkan kenyataan seperti di atas semasa berkempen menipu orang Melayu untuk menyertai DAP. HINDAF dan HRP pun tidak sebodoh Dr Dzulkefly. Akibat terlalu obsesi dengan sindrom kemarok undi daripada pengundi bukan Islam, pakej terbaru yang ditawarkan oleh parasit PAS ialah jawatan kedua terpenting di dalam PAS kepada bukan Islam. Sekaligus tawaran tersebut telah menghina dan mengecam Mat Syabu. Sindiran yang cukup sinis dan tajam daripada Dr Dzulkefly kepada Mat Syabu.

Hj Hadi dan Pok Nik pernah mengeluarkan Fatwa bersifat eksklusif mengenai keahlian dan jawatan bukan Islam di dalam PAS dan dalam sebuah negara Islam.Kedua Fatwa tersebut bersifat ekstrim dan keterlaluan sehingga hukumnya ialah kafir bagi melakukan apa yang disarankan oleh Dr Dzulkefly. 

Dr Dzulkefly bukanlah berpendidikan agama dan beliau hnya lah seorang profesional yang mendakwa menerima 'hidayah' dan petunjuk untuk belajar ilmu agama melalui buku teks. Tawaran Dr Dzulkefly adalah jelas membuktikan PAS bukan lagi memperjuangkan Islam dan akidah. 

Tawaran Dr Dzulkefly, episod pemecatan Dr Hasan Ali dan kemelut PAS Kedah membuktikan bahawa selama 54 tahun PAS menipu di atas jalan agama dan memperalatkan agama untuk tujuan politik. Pemimpin PAS Pusat kini sudah tiada hala dan tidak tentu tujuan mereka. 

Ok lah apa pun kita tertanya-tanya siapakah calon bukan Islam paling layak memegang jawatan kedua terpenting dalam PAS. Menurut rakan GAP calon yang paling sesuai ialah Ambiga Sreenivasan. Hamba kurang bersetuju kerana itu belum cukup ekstrim mengikut semangat PAS. Pada pandangan Hamba calon yang paling sesuai ialah:-

MARIA OZAWA dari Jepun.
Barulah abang Mat Syabu relahati melepaskan jawatan Timb Presiden PAS.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KEJAYAAN NFCORP MENGUASAI PASARAN DI SINGAPURA YANG DICEMBURUI.


Objektif utama PFN dan NFCORP ialah menguasai pasaran daging halal tempatan. Di samping itu membuka pasaran-pasaran baru di luar negara. Mempromosikan produk daging halal tempatan dengan label tempatan. Sudah tentulah pelaburan dalam pasaraya mewah amat di alu-alukan. Setengah pihak berfikir untuk menjual produk daging halal tempatan hanya cukup di tepi jalan di bawah payung. Jimat kata mereka. Pemikiran sedemikian kita tinggalkan dulu kerana mungkin pemikir-pemikir tersebut lidahnya sama bercabang dengan cicak rumah serta mengalami kontusi yang menyebabkan banyak mentol dan wayar dalam otaknya terputus sehingga tidak mampu berfikir menggunakan otak tetapi hanya mampu menggunakan kepala lutut dan kepala takuk (akibat terlebih oberdos viagra).

Nampaknya kejayaan NFCORP membuat pelaburan bagi tujuan membuka pasaran baru di luar negara sudah dilabelkan puak-puak pemikiran ala cicak rumah sebagai penyelewengan. Betul ke? Seperti biasa mereka yang menulis mengenainya ternyata tidak mempunyai kejujuran memandangkan mereka sendiri pun gagal membuka apajua pasaran bagi produk tempatan di luar negara. Setakat menulis kemudian buat ugutan itulah sahaja kebolehan mereka.

Kembali kepada persoalan mengenai pelaburan NFCORP dalam pasaraya di Singapura. Jika ianya benar ini bermakna NFCORP telah berjaya dalam usaha awal membuka pasaran di luar negara. Ya la takkan nak jual daging halal kat warung tepi jalan. Tengok sahaja di pasaraya tempatan dimanakah letaknya produk IKS Melayu? Perkara ini tidak pula kumpulan cicak terlebih oberdos viagra hendak bangkitkan tetapi menyibukkan diri dengan menjilat taik-taik yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. 

Rafizi mendedahkan kononnya NFCORP berbelanja di luar skop projek PFN dengan melibatkan diri dalam pembinaan pasaraya mewah di Singapura. Ok lah. Kita teliti mengenainya. Pasaraya Mewah di Singapura. Helo ! PASARAYA MEWAH di SINGAPURA. Bukan ke tempat itu paling sesuai untuk menjual dan mempromosikan semua produk keluaran IKS Melayu di luar negara dengan pulangan yang menguntungkan kepada semua pengusaha IKS Melayu/Bumiputera? Matawang Singapura dua kali ganda lebih besar daripada matawang Malaysia. Jadi sebarang produk yang di jual di situ membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada pengusaha IKS Melayu/ Bumiputera. Ini juga dapat menjamin 100% pasaran bagi keluaran produk IKS Melayu. Bumiputera. 

Kita bertanya pula kepada kumpulan cicak tersebut selama 62 tahun mereka hidup di atas siling rumah sewa sementara menunggu janji-janji manis broker projek sudah berapa banyakkah pasaraya kecil-kecilan yang mereka sudah buka untuk memberikan laluan dan lowongan memasarkan dan memperomosikan produk IKS Melayu/Bumiputera? Tak perlu pergi jauh tengoklah di blog-blog mereka ada tak IKLAN PERCUMA UNTUK PRODUK KELUARAN IKS MELAYU/BUMIPUTERA? 

Sesia je la ranking tinggi-tinggi dengan jumah pelawat yang ramai tapi tak tahu hendak berjasa kepada bangsa sendiri. Cicak memang suka tinggal di tempat tinggi tapi beraknya menajisi tempat di bawah 

Sila jawab dengan jujur dan penuh intergriti dan jangan hanya menyalin semula ucapan tetapi sepatah harampun tidak faham dengan apa yang disampaikan di dalam ucapan tersebut. Sesia je hidup selama 62 tahun jika tidak pernah berjasa walaupun mengiklankan produk IKS MELAYU/BUMIPUTERA di blog.

Hamba pun sekarang ini sedang berusaha ke arah itu yakni menyediakan ruang iklan percuma untuk mana-mana pengusaha IKS Melayu/Bumiputera. Walaupun ranking hamba tak seberapa dan jumlah pengunjung tidak sehebat cicak yang tinggal di puncak gunung Himalaya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...