Ahad, 19 Mei 2013

BILA NAK TANGKAP MALAON-MALAON PENGEMBALA DAJAL DI MALAYSIA


Anwar Ibrahim menggunakan rangkap seorang penyajak terkenal Indonesia, 
" Zaman ini Zaman edan (huru-hara)". Lim Kena Sodom gunakan rangkap, "UMNO Abang Besar dalam Barisan Nasional". Adam Adli pula berkata, 
"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada  agen-agen daripada UMNO sekalipun, nama saya  Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan  890703075357, ambil butiran saya, buat  laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua  yang ada di sini kita harus susun dan kita akan  turun ke jalan raya untuk rampaskan kuasa, boleh  atau tidak?, boleh atau tidak?, boleh atau tidak?
“Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli  kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita  akan turun ke ke jalan raya, sebab akhirnya dalam  dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihan raya  takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh  tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat.”
Kesemua perkatan-perkataan mereka adalah radikal dan revolusioner. Yakni kata-kata yang mementingkan diri mereka sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Dalam katalain, mereka semua berkata kepada kita, " Orang lain susah takpe asalkan kami jadi popular dan berkuasa!".

Amber membesar dalam era Tun Mahathir dan era kepimpina pemuda UMNO di bawah Anwar Ibrahim. Ambe tak pernah terdetik pun suka dengan Anwar Ibrahim. Semasa ambe berumur belasan tahun, ambe sering membaca majalah dan makalah Islam yang diterbitkan oleh gerakan-gerakan Islam pada tahun 80an. Ambe selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa perlu tumbangkan kerajaan orang Melayu Islam?

Dulu Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM berkata, " Orang Islam hendaklah dirikan negara Islam bukan sekular!" Sedikitpun ambe tak terpesona kerana ambe tahu kerajaan yang ada ialah sebuah kerajaan Islam yang diterajui UMNO di dalam Barisan Nasional. Ambe tak pernah nampak pun kezaliman UMNO kepada Melayu, Cina dan India. Ambe juga tak pernah nampak UMNO menekan Islam. Setakat kata dan tuduh kerajaan BN adalah zalim memanglah mudah sebab lidah tak bertulang.
Bila ambe meningkat dewasa dan belajar di IPTA, ambe bergaul dengan ramai mahasiswa dan mahasiswi dari IPTA lain. Pernah seorang rakan ambe memberikan majalah ALIRAN kepada ambe. Rakan ambe gagal menjawab soalan ambe berkenaan apakah perlunya kita menumbangkan kerajaan yang tak pernah menyusahkan kita?

Seorang kakitangan dalam Unit Kebudayaan di IPTA di mana ambe belajar pernah berkata kepada ambe, " Kamu adalah harapan anak bangsa kita di masa depan. Kamu bakal pemimpin" Ambe tertawa saja. Tapi sekarang barulah ambe faham maksud kata-kata beliau. 

Ambe juga tak pernah tertarik dengan karisma pemimpin PAS pada masa itu yang pada pandangan ambe lebih banyak berlakon alim. Sehingga sekarang pun ambe masih tak berminat dengan PAS. 

Begitu jugalah dengan PKR. Belum pernah satu soalan pun yang ambe tanyakan kepada mereka di dalam DAP PKR mampu di jawab oleh mereka. Salah satu soalan yang sering ambe tanyakan mereka ialah "Ke mana halatuju PKR bila Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari penjara?" Sehingga ke hari ini takde seorang pun dari PKR DAP boleh jawab. 

Beberapa hari selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, ada seorang berkata kepada ambe, " Anwar Ibrahim bukan seorang yang baik". Ternyata benar apa yang diperkatakannya.

Kita tak pernah pun melihat dan mendengar Lim Sodom, Karpal Sodom Anwar Al Sodomi berjasa kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan Anwar Al Sodomi dari takhta kerajaan. Setiap hari kita hanya nampak mereka .... bercakap ...bercakap...bercakap sahaja.

Mereka adalah pengembala Dajal di Malaysia yang aktif mengembala 'anak-anak muda kita ke jalanraya untuk satu matlamat sia-sia. Mereka memang patut di tangkap kerana memungkiri janji-janji keamanan kepada kita sebelum I.S.A. dimansuhkan. Mereka masih mahu menggunakan kekerasan dan keganasan sebagai wadah menggulingkan kerajaan yang di pilih oleh majoriti rakyat Malaysia.

Kita tunggulah tindakan daripada Menteri KDN yang baru untuk menangkap Anwar Al Sodomi sebagai bentuk PENJENAMAAN SEMULA KETEGASAN KERAJAAN dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai PEMERINTAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...