Khamis, 21 Julai 2011

SANTAI: ADA DUNIA LAIN YANG BOLEH DIKONGSI-BLOGER MYMASSA.

HE HE HE ... bloger MYMASSA  tiba-tiba berubah angin sekejap, mungkin Harimau Muda dah skor gol kot? Tapi malam ini malam ajaib buat semua para suami dan malam meresahkan buat para isteri. Pada malam ini, ramai anak-anak kecil ditidurkan awal dari biasa. Tiba-tiba, bilik tidur terkunci rapat dan sesekali terdengar bunyi cengkerik di luar rumah. Dunia ini kalau di ukur ikut peta bergrid peta Google hanya sebesar paparan skrin laptop, blackberry, blueberry, nokia N97, HTC. Memang ramai yang mungkin berkata, kamon banyak bendalagi hendak di tulis selain politik, politik, politik. Yup betul tu memang banyak benda lain hendak di tulis selain politik, tidak dinafikan.

Contohnya, si model-pelakon wanita julita chantek menawan NASHA AZIZ yang masih bujang trang tang tang tang ... tang mana sendiri fikirlah. Ataupun mengenai kisah budak 3 tahun terseret van dan kini semakin pulih mahupun kisah seorang ibu tua melepaskan geramnya kepada pembunuh anaknya malah boleh juga diceritakan mengenai pelakon cun SITI SALEHA (memang cun mengamit) ataupun bercerita mengenai RAJA AZMI dengan ROSLIN. Hendak menulis mengenai politik global pun boleh. Pasalmotorsikal berkuasa tinggi, bagaimana hendak menjadi kaya, pasal kereta, bengkel yang paling murah dan bermacam-macam jenis bendalah.

Cuma kalaulah para pembaca sendiri perasan bagaiman JS mengadunkan kesemuanya itu dalam penulisan JS bila menulis mengenai senario politik Malaysia. Sebenarnya, JS amat risaukan senario politik Malaysia sehingga melupakan dunia-dunia lain kerana apa? TANPA KUASA KITA TIDAK ADA 1 DUNIA PUN YANG DISEBUTKAN SEBELUM INI..

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...