Ahad, 28 Ogos 2011

PELANCARAN 250 KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA !

Dipetik sepenuhnya dari blog KAMALUDDIN IDRUS


PEKAN, 27 Ogos  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melancarkan serentak 250 buah Kedai 1Malaysia D’Mart yang terdapat di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara.
Pelancaran itu diadakan di Kedai 1Malaysia D’Mart Chini di Felda Chini Timur 2 di sini.
Ketika berucap, Najib berkata serentak dengan pelancaran itu, semua kedai D’Mart akan mula menjual produk 1Malaysia dengan harga yang ternyata lebih rendah dari produk berjenama yang dijual di kedai runcit biasa.
“Produk 1Malaysia dari segi kualitinya dijamin setanding dengan produk sama yang berjenama lain tetapi perbezaan harganya amat banyak.
“Contohnya harga setin ikan sardin berjenama ialah RM3 tetapi harga sardin 1Malaysia hanyalah RM1.30, manakala harga sebotol sos cili berjenama dijual pada harga RM2.10 tapi harga 1Malaysia cuma RM1.80,” katanya.
Perdana Menteri berkata selain produk makanan, kedai D’Mart turut menjual produk kegunaan harian 1Malaysia dengan harga rendah seperti lampin bayi dan sebagainya.
Menurut beliau, kewujudan Kedai 1Malaysia adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat sekaligus dapat menutup mulut pihak pembangkang yang mendakwa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan di pasaran.
“Dengan adanya kedai ini, rakyat Felda dapat berjimat sehingga 40 peratus perbelanjaan mereka dan ini dapat memberikan banyak faedah kepada mereka,” jelasnya.
Sementara itu pada majlis berbuka puasa bersama penduduk gugusan Felda Chini, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.88 juta bagi membina, membaiki dan menaik taraf kemudahan di kawasan gugusan Felda Chini termasuk klinik kesihatan, masjid dan dewan.
POLISI KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA MERUPAKAN PENZAHIRAN DARIPADA POLISI TRANSFORMASI YANG DIPERKENALKAN OLEH DS NAJIB. IANYA TERCETUS KERANA KESEDARAN DS NAJIB DAN SELURUH KEPIMPINAN UMNO / BARISAN NASIONAL MAHU MENGUBAH PERSEPSI DAN TANGGGAPAN NEGATIF RAKYAT KEPADA HALATUJU KERAJAAN BARISAN NASIONAL


TAHNIAH ! PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT HANYA TAHU MENYERU SLOGAN TAPI KERAJAAN BARISAN NASIONAL JUGA YANG TAHU APA RAKYAT PERLUKAN DAN MEMBERIKANNYA KEPADA RAKYAT!



2 ulasan:

C L J berkata...

TINDAKAN TINDAKAN TINDAKAN bukannya cakap cakap cakap tak buat ....

Jas Salleh berkata...

Ya bro betul tu
saya juga berharap kepada smeua ahli dan pemimpin lain dalam UMNO/ BARISAN NASIONAL agar mencontohi kepimpinan DS Najib ... CAKP DAN BUAT bukannya hanya KRITIK dan BERPELUK TUBUH seperti Aspan Alias

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...