Ahad, 28 Ogos 2011

HENDAK KE MANA DAN BAGAIMANA ? ANALISIS KRITIKAL.

Seorang penulis kritikal dari dalam UMNO/ Barisan Nasional seringkali menulis penuh kritis terhadap perjalanan politik UMNO dan BARISAN NASIONAL. Beliau seringkali mengutara pendapat kritisnya mengenai bagaimana sepatutnya UMNO dan BARISAN NASIONAL dikendalikan dan di tadbir. Boleh katakan dalam setiap penulisannya, tidak ada yang baik langsung semuanya kritikal. Itu kritikal ini kritikal yang tidak kritikal hanya keberadaan beliau dalam UMNO sahaja. Penulis yang dimaksudkan ialah Aspan Alias. 

Menelusuri pendapat kritis Aspan Alias kadangkala mencuit hati dan minda tapi selalunya menggelikan hati. Beliau sentiasa istiqamah dalam mengkritik dan mengkritik tanpa sudah tetapi tidak pernah sekalipun beliau memberikan jalan penyelesaian. Sikap beliau ini samalah seperti ahli politik dalam Pakatan Sosialis pembangkang, semuanya salah tidak ada yang betul menurut pendapat mereka. 

Agak sukar untuk mencari niat baiknya dan halatuju yang beliau hendak sampaikan di dalam penulisannyai. Apa yang amat jelas ialah penulisannya merupakan cetusan rasa hatinya sahaja. Pendapatnya bersifat terlalu peribadi begitu jugalah pandangannya. 

Keseluruhan pendapat dan pandangan beliau banyak dipengaruhi oleh emosinya sendiri. Mengenali Aspan Alias melalui penulisannya cukup membuat kita tahu apa yang sedang bermain di dalam emosinya.Samada beliau sedari atau tidak sebenarnya beliau sedang berinteraksi dengan diri beliau di dalam setiap penulisannya.

Bagi diri hambe, setiapkali hambe membaca penulisannya seolah-olah hambe sedang membaca reaksi emosinya yang keterlaluan. Pada hambe, Aspan Alias hanya syok sendiri. Penulisannya baik cuma sukar untuk dijadikan panduan bagi memperkuatkan UMNO. Penulisan beliau lebih bersifat meluahkan ketidakpuashati beliau sahaja dna bukanlah suatu penulisan yang mengkritik secara membina UMNO. 

Hambe tidak pasti samada Aspan Alias menyedari bahawa penulisannya banyak berdasarkan kepada ruang litup sekitar kehidupannya sahaja. Pendapat jiran, kawan dan guru sekolah tidaklah boleh dijadikan sebagai batu penanda kepada sesuatu isu atau mewakili kesemua rakyat Malaysia. Inilah antara kesilapan-kesilapan Aspan Alias dalam menganalisa sesuatu latarbelakang isu. 

Hambe cuma berharap agar Aspan Alias cepat-cepat menyedari bahawa pandangan peribadi yang berdasarkan kepada emosi sendiri selalunya tidak membawa sebarang manafaat kepada parti. Bagi hambe Aspan Alias merupakan mercutanda kepada sekelompok ahli UMNO yang masih di dalam sindrom terkejut kalah dalam PRU 12 dan masih belum sembuh sehingga ke hari ini. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...