Ahad, 28 Ogos 2011

PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT SUDAH GERUH!

Akibat cita-cita dan impian DAP untuk menjadi parti Dominan mahu menguasai kerusi Parlimen seterusnya mempunyai kuasa untuk meletakkan Perdana Menteri Malaysia dari kalangan ahli Melayu bonekanya sebelum merampasnya dari dominan Melayu, DAP dan PKR sudah bercakaran mengenai pembahagian kerusi Parlimen untuk PRU 13. 

Bloger Dr Novandri mendedahkan bahawa DAP telah menuntut secara lisan melalui percakapan telefon dengan PKR Pulau Pinang untuk mendapatkan lebih banyak kerusi daripada PKR. Tuntutan tersebut telah menyebabkan pimpinan PKR negeri Pulau Pinang naik berang dan menyelar DAP agar tidak mengacau. 

Menurut beliau, jika calon Melayu DAP hendak bertanding mereka sepatutnya meminta kuota dari parti DAP sendiri dan bukan menuntut kuota kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR. Beliau menyindir pedas  DAP dengan berkata sinis bahawa jika benar-benar DAP adalah ikhlas sebagai sebuah parti berbilang kaum, kepimpinan pusat DAP wajib memperuntukkan beberapa kerusi dengan peruntukan semasa untuk ahli Melayunya bertanding.

Retak menunggu belah sedang berlaku di dalam Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat, Jika PKR berdegil, PAS sudah tentu bersedia untuk membantu DAP memberikan sebarang peruntukan kerusi kepada ahli Melayu DAP untuk bertanding. Begitulah sayangnya PAS kepada DAP sekarang sehinggakan pengganas komunis pun PAS sudah akui sebagai pejuang kemerdekaan.

DAP tidak perlu bimbang kerana kepimpinan PKR Selangor pun pada bila-bila masa sedia memberikan kerusi tambahan kepada ahli Melayu DAP bertanding. Dua Khalid di Selangor sudah pasti sanggp berkorban demi rakan DAP mereka. Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sanggup melakukan apasaja untuk menawan Putrajaya hatta jika mereka terpaksa menjual ibu bapa dan isteri mereka. 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AWAS!!! Parti Kominis bertopengkan demokrasi dah tamak nak tawan putrajaya nampaknya...Klon-KLon samsiah, indera, rashid telah berjaya dihasilkan mereka.. sorang tu dah terbukti.. mat sabun PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...