Sabtu, 20 Ogos 2011

KONGLOMERAT PERBANKAN DI MALAYSIA WAJIB LEBIH BERPERIKEMANUSIAAN.

KONGLOMERAT PERBANKAN DI MALAYSIA SELAMA INI MENIKMATI PELBAGAI LAYANAN ISTIMEWA DAN KADANGKALA DI LIHAT SEBAGAI PERTUBUHAN KORPORAT YANG MEMERAS KERINGAT RAKYAT BIASA TANPA BELAS KASIHAN. KETEGASAN MEREKA DALAM MEMUNGUT KEMBALI HUTANG PIUTANG LAPUK DAN MENGENAKAN KADAR RIBA' YANG MEMBEBANKAN RAKYAT DI LIHAT BERPERANAN SEPERTI AH LOONG BERLESEN. 




Kita akui adanya penghutang tegar yang sengaja mengelak diri daripada membayar hutang piutang mereka kepada bank tetapi dalam keghairahan pihak konglomerat perbankan memungut hutang sama seperti kegiatan Ah Loong haramjadah. Boleh dikatakan status NPL yang agak tinggi disebabkan oleh BUDAYA KERJA yang begitu mendesak pegawai dan kakitangan bank bertindak melulu terhadap peminjam bermasaalah. 

AMALAN BUDAYA KERJA di bank-bank komersil di Malaysia ini di lihat terlalu mengutamakan POLISI MARGIN KEUNTUNGAN melampau-lampau. Pengenaan riba' yang melebihi dari yang sepatutnya menyebabkan rakyat biasa sentiasa terbeban dengan tanggungan hutang sepanjang hayat mereka.

Fungsi dan Peranan perbankan di Malaysia sudah sewajibnya diberikan nafas baru dan ditransformasikan. Pemberian pinjaman berkadar rendah dengan fleksibiliti pembayaran tanpa dikenakan denda melebihi 0.5% dari jumlah tunggakan sudah sewajibnya menjadi keutamaan polisi pinjaman.Penghapusan riba' pada kadar melebihi 20% kadar tunggakan pinjaman wajib dilaksanakan segera. 

Adalah wajar polisi perbankan Islam dilaksanakan sepenuhnya dan menghapuskan terus sistem riba' komersil. Ini kerana sistem matawang kita tidak mengambilkira perhitungan di dalam penciptaan wang tunai untuk pembayaran riba'. Sebaliknya kecacatan ini boleh diperbaiki dengan menggunakan sistem perbankan Islam. 

Sistem perbankan Islam memasukkan kadar keuntungan bank di dalam jumlah pinjaman dan sepatutnya ianya adalah fleksibel. Polisi perbankan mengambil keuntungan melampau-lampau tinggi sehingga hampir mencecah 300% dari jumlah pinjaman pokok merupakan bebanan kepada rakyat selama ini. Akibatnya secara langsung ialah mengecutkan aktiviti ekonomi sihat. 

Jika pentadbiran DS Najib berjaya menundukkan konglomerat perbankan di Malaysia ini melalui polisi ekonomi fiskal yang menjurus kepada falsafah dan prinsip Islam ' Sama Untung Sama Rugi' hambe yakin sepenuhnya ramai penyokong Pakatan Pembangkang akan mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti.

SUATU POLISI TRANSFORMASI SISTEM PERBANKAN DIPERLUKAN SEGERA DI MALAYSIA UNTUK MELONJAKKAN KEMBALI EKONOMI RAKYAT DAN MENJADIKAN RAKYAT BEBAS HUTANG. ITULAH YANG SEBENARNYA RAKYAT SEDANG TUNGGU DAN NANTIKAN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yes itulah yang ditunggu2 oleh rakyat hatta bank islam pun mengenakan kadr bunga yang tidak munasabah rakyat x ada pilihan

Jas Salleh berkata...

Tengkiu bro ! diharapkan perkara ini diberikan penekanan sebelum PRU 13.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...