Sabtu, 20 Ogos 2011

ISU DUMC: JAWAPAN DS NAJIB & KLIP VIDEO SANTANA.

10 RAMADAN TERAKHIR. DIDALAMNYA ADA LAILATUL QADR, KEPADA SI PENCARI MALAM SERIBU BERKAT ITU, HAMBE DOAKAN ANDA BERJAYA MENEMUINYA. Jika anda adalah salah seorang yang bertuah menemuinya jangan fikirkan mengenai keuntungan duniawi dan diri sendiri saja, Berdoalah untuk orang lain juga. Menurut Imam Syafie' berdasarkan kepada pengalaman beliau, malam lailatul Qadr mungkin dapat diketemui pada malam Isnin bilangan hari ganjil.

DS Najib telah memberikan jawapan beliau mengenai isu DUMC dan tuduhan liar PAS kepada UMNO mengenainya. Beliau berkata, " Itu semua tuduhan (merujuk kepada PAS) macam mana kita nak arahkan orang yang bukan di bawah UMNO?. JAIS di bawha siapa??? Bukan di bawah UMNO, yang melakukan perkara ini (siasatan ke atas DUMC) siapa???, bukan orang UMNO. Takkan UMNO boleh arahkan orang bukan UMNO melakukan serbuan , ini tiak masuk akal, kalau buat tuduhan tak masuk akal ini susahlah, ia adalah tuduhan melulu (tuduhan PAS kepada UMNO).



Seterusnya beliau berkata UMNO tetap berpegang kepada peruntukan Perlembagaan Malaysia yang mengatakan Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan (Artikel 3) dan  melarang pengembangan sebarang doktrin dan kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam ( Fasal 4 Artikel 11). Kata beliau. "Dari segi pendirian UMNO, ia (pendirian UMNO) berdasarkan kepada Perlembagaan maknanya agama Islam agama Persekutuan dan tidak ada siapa boleh menodai kesucian agama Islam termasuk untuk memaksa ataupun untuk cuba mengajak melakukan  'conversion'  (penukaran agama) kepada mana-mana rakyat Malaysia beragama Islam. Dalam pada itu agama lain bebas diamalkan di mana-mana kawasan dalam negara.'

DS Najib telah memberikan jawapan kepada persoalan fitnah yang dilemparkan oleh PAS dan PKR dalam isu DUMC. Oleh kerana itu Santana mendedikasikan lagu ini kepada Anwar Ibrahim. Saksikannya.


Tujuan video klip di atas ialah sebagai peringatan dan penyedaran kepada penyokong taksob PAS DAP PKR PSM bahawa berpolitiklah secara matang.
Jangan jadi cam katak puru hilang berudu
Asik-asik nak salahkan UMNO itu dan ini.
SELAMAT HARI RAYA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...