Ahad, 11 November 2012

SIAPA SEBENARNYA SITI MAEMANAH KASMAN?@NajibRazak

SITI MAEMANAH KASMAN PEMBANTU RUMAH (?) 25 TAHUN MEMBUAT DAKWAAN YANG HAMPIR SAMA SEPERTI ISU WANITA CINA BOGEL TERESA KOK DULU. KENAPA KALI INI MELIBATKAN SEORANG WARGA INDONESIA ?
SIAPA SEBENAR SITI MAEMANAH KASMAN INI?
DI MANA KAH LAPURAN PERUBATAN BELIAU?
BELIAU TAK NAMPAK PUN SEPERTI MANGSA TRAUMA PEMERKOSAAN PUN ..SELAMBA DERK JE WAJAHNYA MALAH MACAM BERBANGGA PULA BERGAMBAR.
Intergriti PDRM sekali lagi di ulah kan oleh satu gerak kerja tersusun daripada pakatam ahzab. Utusan Malaysia melapurkan:-
BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Seorang pembantu restoran warga Indonesia membuat laporan polis kerana mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika ditahan di sebuah balai polis di sini semalam.
Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, mendakwa dalam kejadian itu, dia ditahan oleh tiga anggota polis berusia lingkungan 20 hingga 30-an berdekatan sebuah pusat beli-belah di Perai semasa berada di dalam sebuah teksi, pada pukul 6.20 pagi.
Katanya, anggota tersebut yang memakai uniform lengkap memintanya menunjukkan pasport.
"Ketika itu saya hanya membawa salinan pasport sahaja dan salah seorang anggota polis tersebut memberitahu ia sudah tamat tempoh dan tidak sah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121111/je_03/Wanita-dakwa-dipaksa-lakukan--seks-di-balai-polis#ixzz2BsgqwMH4 
Hamba malas nak ulas  panjang-panjang benda ni sebab dari penceritaan pengadu pun hamba dah boleh agak ianya suatu cerita rekaan semata-mata.Banyak perkara yang mengundang pelbagai persoalan kepada kebolehpercayaan pengadu.

Pertama, kenapa beliau boleh berada di dalam teksi di sebuah pasaraya ?
Seolah-olah beliau sengaja menunggu untuk di tangkap dan hanya membawa salinan fotostat pengenalan diri sahaja.

Kedua, kenapa beliau tak menghubungi majikan beliau serta-merta semasa beliau di tahan?

Ketiga, kenapa beliau tidak pergi ke hospital untuk pemeriksaan doktor?

Keempat, sebagai seorang yang mendakwa menjadi mangsa rogol, beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda trauma pasca rogol yang sudah diterima umum dalam dunia perubatan. Malah beliau menunjukkan inisiatif yang sungguh luarbiasa bagi seorang mangsa rogol. Seolah-olah terlatih dan bertindak mengikut suatu susunan lengkap.
Kelima, di mana bukti video dan bukti-bukti sokongan lain?

Insiden ini berlaku di Pulau Pinang. Sebuah negeri di bawah tadbiran regim DAP laknatullah. Sebelum ini. Kalipiah Guan Neneng ada membuat tuntutan agar dibenarkan mempunyai pasukan Polis Negeri sendiri. 

Kita juga tahu pkr mempunyai pusat latihan di Utan Kayu Jakarta Timur Indonesia. Kita juga tahu mengenai ledakan isu berkaitan warga mah-amah Indonesia yang bekerja di Malaysia. kita juga tahu sentimen pro pkr di Indonesia yang sebelum ini pernah membakar bendera Malaysia dan melemparkan tahi manusia ke kedutaan Malaysia. Malah pegawai-pegawai kedutaan Republik Singapura pun turut terlibat dalam BERSIH.

Kita juga tahu pakatam ahzab berada dalam keadaan defensif apabila timbul isu berkenaan kenyataan kebebasan beragama oleh Nurul Izzah dan isu penjualan aset dua kali oleh regim Guan Neneng.

Kita juga tahu Irene Fernandez mahu mengadakan demo 'Keganasan Polis' tidak lama lagi. 

Kita juga tahu Pakatam Ahzab sedang berkira-kira hendak mengadakan demo di JPN atas isu 'Taraf kerakyatan Penduduk Tetap etnik India tak lama lagi. 

Kesemuanya ini bila kita cantum satu persatu kita mendapat satu gambaran konspirasi terancang oleh pakatam ahzab pada skala besar.

Selepas ini pakatam ahzab akan memalu genderang pancaragam band mereka dalam kesemua isu-isu yang disatukan bagi menggugah ketenteraman awam dan negara. 

Adakah anda mahu terpedaya lagi atau pada kali ini bangkit dan memberikan amaran kepada Pakatam ahzab?


Sabtu, 10 November 2012

BERITA GEMPAR! CABANG PKR KUALA KRAU PAHANG DI TUTUP!

SUMBER BERITA ASAL DI AMBIL DARIPADA BLOG WZWH.

Pada 6hb November 2012 lalu di blog milikmya http://lubokkawah.blogspot.com/2012/11/terbukti-pak-long-adalah-seorang.html Hj Suhaimi Said Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang telah mengeposkan
entri berkenaan hasratnya untuk meletak semua jawatan dalam PKR seperti berikut :-
Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan 
Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal.
Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu.
Memandangkan keadaan-keadaan ini, saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR pahang.  Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.
Hj Suhaimi Said merupakan salah seorang pemimpin PKR Pahang yang amat cergas dan aktif menggerakkan dan memperluaskan pengaruh PKR di kawasan-kawasan FELDA di Pahang dan penempatan orang asli di Pahang.

Pengalaman politiknya adalah luas. Beliau pernah menyertai UMNO. Ketegasan pendirian beliau amat terkenal dan amat jarang beliau menarik balik sebarang niat beliau untuk melakukan sesuatu tindakan jika telah berkecil hati. 

Jadi kita nantikan sahaja pengumuman daripada Hj Suhaimi Said pada 18.11.2012 ni. Kita maklum PKR sememangnya mempunyai banyak masalah dalaman yang begitu kronik dan tak mampu lagi diberikan ubat penawar hatta dengan wang berjuta ringgit sekalipun. 

Puak PKR ini memang terkenal dengan sifat tamak dan tikam belakang sesama sendiri. Lebih-lebih lagi bila dekat PRU 13 semuanya bercita-cita hendak menjadi calun waima tak layak pun. Tapi dalam PKR beruk pun mampu dicalunkan.

N. SURENDRAN NAIB PRESIDEN PKR PERJUANGKAN HAK ETNIK INDIA DARI MANA NI?

NONE

Hamba tak faham dan sukar nak mengerti hak etnik India/ Tamil dari negara mana yang N Surendran hendak perjuangkan sebenarnya? Imigran dari Tamil Naidoo? Pelarian Tamil Eelam dari Sri Lanka? Pendatang Tanpa Izin etnik India? Atau pemegang kad pengenalan merah yakni pasangan suami/isteri yang berasal dari negara lain tapi berkahwin dengan warga Malaysia dari etnik India? Yang mana satu? 

Apa motif dan niat sebenar N Surendran? 

Label yang digunakan oleh N Surendran ialah 'Etnik India Tidak Ada Negara" (Stateless Indians). Dan di dakwa oleh N Surendran jumlahnya mencecah bilangan ribuan ! Amboi ramai benor yea. Tapi pemimpin pakatam ahzab mana pernah berkata benar pun. 

Yang hamba tahu tiga bulan lepas di Selangor berlaku satu kempen pertemuan dengan pemilik kad merah yakni mereka yang mempunyai status permastautin tetap kerana bernikah dengan pasangan mereka yang merupakan warganegara Malaysia. Adakah golongan ini yang dimaksudkan oleh N Surendran yang angkanya mencecah ribuan orang? 

Kelompok jenis ini sebenarnya adalah warganegara asing yang diberikan status penduduk tetap kerana dulu Malaysia ada membuat Program Rumah Kedua.Maka berbondong-bondonglah kelompok ini termasuk yang bukan profesional dan yang masuk secara haramjadah ke Malaysia. Entah macamana mereka berkahwain dengan warga tempatan dan akhirnya mendapat status Penduduk Tetap. Kesetiaan kelompok ini kepada YDPA dan Perlembagaan Malaysia belum pernah teruji sedikit pun. 

Mereka datang dari negara yang mempunyai sistem pemerintahan, sistem pendidikan, budaya dan amalan agama serta sejarah yang jauh berbeza dengan Malaysia. Mana mungkin kita boleh mengharapkan mereka mampu mencerna dan memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini? Mereka tidak dilahirkan di negeri ini. 

Pada analisa Hamba yang tak seberapa ini, motif dan matlamat N Surendran aka Pakatam Ahzab ialah:-
  1. Menambah jumlah pemilih berdaftar di kalangan etnik India secara drastik bagi mengulangi kejayaan pada PRU 12 tanpa memikirkan kesan panjang kepada keseimbangan dan keharmonian negara di masa depan; dan 
  2. Sengaja mencari pasal di saat-saat akhir menjelang PRU 13 untuk mendapatkan perbatuan politik berbentuk ugutan Politikal kepada kerajaan BN; dan 
  3. Menimbulkan rasa tidakpuashati terhadap apajua keputusan eksekutif pentadbiran DS Najib mengenai tuntutan berkenaan.
Secara positifnya kita perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan pemerintah pada masakini. Kerana bila berlaku sebarang masalah di masa depan kita boleh salahkan pemimpin di masadepan kerana tak pandai mengawal keadaan. Betul tak? Kebiasaannya sebarang kesilapan keputusan dan polisi yang di buat pada hari ini hanya akan ternampak dalam masa berpuluh tahun yang akan datang. Masa itu semua yang membuat keputusan pun sudah berpindah alam termasuklah para pembodek dan punahsihat.

Oleh kerana Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali pun sudah menyetujuinya maka secara otomatisnya seluruh rakyat Malaysia ..OOPPSS ... penyokong BN/UMNO wajiblah menyokong usul dan cadangan perjumpaan DS Najib dengan HINDRAF...erkkk. Agak keliru. Tapi tak mengapa politik di Malaysia memang begitu sentiasa keliru dan kacau-bilau tapi rakyat dan ekonomi masih berjalan dengan baik serta lancar. Tak gitu ?

Benar kita memerlukan undi dan sokongan etnik India. Cuma yang kita tak perlukan ialah pemimpin politik dan parti politik seperti N Surendran, HINDRAF dan Pakatam Ahzab yang sentiasa menimbulkan masalah bila tiada masalah. 

Hamba berharap benar  supaya pada kali ini bukan sahaja kebijaksanaan itu digunakan tetapi juga keberanian yang luarbiasa dalam keadaan mencabar pada kali ini. 


CIS ! BERANI PAKATAM AHZAB PAKSA MELAYU BEBAS BERAGAMA! @NajibRazak


Nurul caught lying ! She blames Utusan , but MalaysiaKini has it too
Video here :http://stopthelies.my/?p=2035 
She was caught on video – just like her father, who was caught on video have sex except in this case, she was caught saying Malays should have the freedom to choose their religion and that there should be no compulsion for Malays to be Muslims.
Her urban, middle class Christian listeners at the Tabernacle Church in Subang naturally cheered and applauded. She was fishing for the Christian votes and she gladly played to the gallery. Here was Nurul – the Saviour which the church has been waiting.
In fact, churches had sent messages to their congregation to fast and prayed for changes in the coming elections. Many church leaders have used their FB to campaign openly for PR. It is done openly.
We know where the church stands. We know there is no neutrality when all the speakers at the Tabernacle church were from Pakatan Rakyat.
But God is great. Nurul forgot that her comments would not go down well with the majority of conservative and religious Muslims who would be the decider in the polls.
Liberals and non-Muslims would support Nurul but ultimately, it will be the heartland Malays that will decide the outcome.
So Nurul went on a damage control mode. She denied. She threatened Utusan Malaysia with a suit but the video has already gone viral. We produced here what Malaysiakini – the pro-Pakatan Rakyat website – has reported.
Utusan can summon Steven Gan and Premesh Chandran to testify in court if Nurul proceed to sue!
Posting fesbuk daripada rakan di fesbuk Tan Khai Beng (MCA P.Pinang).

Kini kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah kejahatan akan mengatasi kebaikan? 

Bagi kebaikan mengatasi kejahatan perlulah ada orang yang beragama melebihi satu perempat pada satu-satu masa. Jika jumlah sedemikian tidak dapat diperolehi pada satu-satu masa, maka kejahatan lebih melata daripada kebaikan. 

Dikatakan orang beragama ialah mereka yang ta'at mengamalkan tatacara agama yang mereka panuti tidak kira samada Islam, Hindu, Budhha, Taois dan Kristian. Yakni lebih tepat ialah mereka yang menjauhi permusuhan sesama manusia dan permusuhan di antara agama. Juga mereka yang menyukai kepada kebaikan dan melakukan kebaikan. Bukan merujuk kepada mereka yang berjiwa berontakan (revolusioner) dan ekstrimis agama serta mereka yang mengamalkan cara hidup di luar tabie'.Tidak juga merujuk kepada amalan berpolitik. Kerana dalam politik kemenangan itu diutamakan. 

Memaksa Melayu untuk mengamalkan kebebasan beragama bermakna mengurangkan jumlah orang beragama di Malaysia. Semakin kurang bilangan Melayu menganut agama Islam semakin melata dan meratalah kejahatan di negara ini. Bila itu berlaku dan terjadi kesudahannya ialah kemusnahan dan kemudaratan kepada rakyat jelata yang membawa kepada kesengsaraan penghidupan dan kehidupan.

Mahukah kita memilih jalan tersebut?


Jumaat, 9 November 2012

NURUL IZZAH & ISHAM RAIS KEBEBASAN BERAGAMA KEPALA HOTAK MEREKA.

     

Kebebasan Beragama tidak boleh di pandang ringan bila usul itu hendak diperluaskan kepada orang Melayu. Dalam Perlembagaan sudah tercatit mengenai deskripsi MELAYU yakni seorang yang beragama Islam. Dan Islam bukanlah satu agama yang boleh diperlecehkan dan diperlekehkan. Budaya Melayu itu sendiri menghendaki Melayu itu beragama Islam. Tulisan Jawi adalah pengaruh Islam. Pakaian tradisi Melayu juga telah diselitkan unsur-unsur Islam. Begitu kuat pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam sehingga timbul kata-kata 'Masuk Jawi' atau "Masuk Melayu". 

Istilah inilah juga dulu paalebai dan kera PAS turut kritik dan kecam termasuklah Pok Nik tu hah ! Serta segala para gembala yang menggelarkan diri mereka graduan IKD dalam gerakan-gerakan jemaah Islamiyah pada tahun 80an dan 90an dahulu. Kini hasilnya lahir kelompok lahabau yang melabelkan diir mereka sebagai Liberal dan Plural. 

Setakat ini belum ada lagi di dunia ini bangsa itu diikat dan dijalin rapat dengan pengenalan agama Islam seperti benang-benang tersulam pada pakaian kecuali Melayu sahaja. Bila ada pemimpin pakatam ahzab keturunan Melayu seperti Nurul Izzah dan Isham Rais mahu memisahkan jalinan dan sulaman itu sama seperti membogelkan Melayu tanpa Pakaiannya. Sudah tentulah menjadi aib besar dan malu besar kepada bangsa Melayu. 

Jika mana-mana bangsa di dunia ni di mana-mana negara dan benua mahu memisahkan pengenalan bangsa dengan agama itu lantak merekalah tapi tidak boleh samasekali dengan bangsa Melayu. Kalau ada individu-individu Melayu seperti Nurul Izzah dan Isham Rais mahu mengamalkan kebebasan agama ..lantaklah diaorg tapi jangan sesekali mahu bangsa Melayu seluruhnya menukar pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam. 

Melayu yang liberal dan plural memang menyokong kebebasan beragama kononnya dah cerdik sangat.Bagi Melayu yang masih tulin dan ori macam Hamba nie, mana mungkin nak pisahkan pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam. MUSTAHIL!

Kebebasan agama ini lahir dari pemikiran liberal dan plural. Diterima pakai oleh mereka yang terlalu amat cetek ilmu agama mereka. Mendakwa merekalah Mujadid yang dilahirkan pada setiap 100 tahun. Mereka faham ke makna Mujadid dan Tajdid yang disebutkan dalam hadis Rasullullah s.a.w. tersebut? 

Mujadid bukan Pembaharu da Tajdid bukan memperbaharui dalam ertikata kepala hotak senget mereka fahamkan. Mujadid ialah seorang daie yang membersihkan segala bidaah, khurafat dan tahyul di dalam agama. Tindakan pembersihan itulah di sebut Tajdid. 

Bagi golongan ini mereka amat perlu baca dan fahami tafsir sebenar perjanjian di antara Allah Ta'ala dengan Nabi Allah Ibrahim a.s. Selurusi kembali perjalanan bangsa Melayu ini. Kenali kembali apa yang dinamakan Pamalayu. Disebutkan negara China tempat atau poin mencari ilmu pengetahuan yang tinggi bukan keranaa disitulah adanya ilmu yang tinggi tetapi dari situlah bermulanya perjalanan mencari ilmu yang dikehendaki. Kerana apa?

Tengoklah sejarah dan kajilah sejarah. Mampukah Maharaja Pertama China membina makamnya tanpa teknologi yang di impot. Dari mana ? Sendiri mahu fikirlah. 

Biarlah bangsa Melayu ini tetap dikaitkan dengan agama Islam. Itulah agama yang telah diredhoi Allah Ta'ala pun. Takkan kita hendak menolak pengenalan yang baik itu ? Bila kita sudah mengetahui bahawa bangsa Melayu itu dikaitrapat dengan agama Islam maka menjadi amanah dan tanggungjawab kepada semua Melayu menjadi seorang mukmin yang terbaik yakni menjadi khairatuun ummah. 

Itupun tak boleh fikir ke? Janganlah kerana membenci UMNO maka pakaian kemuliaan Melayu itu hendak digantikan dengan pakaian lain pula kerana tidak ada pakaian kemuliaan bagi Melayu ini selain agama Islam. 
Ada faham ka?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...