Sabtu, 10 November 2012

N. SURENDRAN NAIB PRESIDEN PKR PERJUANGKAN HAK ETNIK INDIA DARI MANA NI?

NONE

Hamba tak faham dan sukar nak mengerti hak etnik India/ Tamil dari negara mana yang N Surendran hendak perjuangkan sebenarnya? Imigran dari Tamil Naidoo? Pelarian Tamil Eelam dari Sri Lanka? Pendatang Tanpa Izin etnik India? Atau pemegang kad pengenalan merah yakni pasangan suami/isteri yang berasal dari negara lain tapi berkahwin dengan warga Malaysia dari etnik India? Yang mana satu? 

Apa motif dan niat sebenar N Surendran? 

Label yang digunakan oleh N Surendran ialah 'Etnik India Tidak Ada Negara" (Stateless Indians). Dan di dakwa oleh N Surendran jumlahnya mencecah bilangan ribuan ! Amboi ramai benor yea. Tapi pemimpin pakatam ahzab mana pernah berkata benar pun. 

Yang hamba tahu tiga bulan lepas di Selangor berlaku satu kempen pertemuan dengan pemilik kad merah yakni mereka yang mempunyai status permastautin tetap kerana bernikah dengan pasangan mereka yang merupakan warganegara Malaysia. Adakah golongan ini yang dimaksudkan oleh N Surendran yang angkanya mencecah ribuan orang? 

Kelompok jenis ini sebenarnya adalah warganegara asing yang diberikan status penduduk tetap kerana dulu Malaysia ada membuat Program Rumah Kedua.Maka berbondong-bondonglah kelompok ini termasuk yang bukan profesional dan yang masuk secara haramjadah ke Malaysia. Entah macamana mereka berkahwain dengan warga tempatan dan akhirnya mendapat status Penduduk Tetap. Kesetiaan kelompok ini kepada YDPA dan Perlembagaan Malaysia belum pernah teruji sedikit pun. 

Mereka datang dari negara yang mempunyai sistem pemerintahan, sistem pendidikan, budaya dan amalan agama serta sejarah yang jauh berbeza dengan Malaysia. Mana mungkin kita boleh mengharapkan mereka mampu mencerna dan memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini? Mereka tidak dilahirkan di negeri ini. 

Pada analisa Hamba yang tak seberapa ini, motif dan matlamat N Surendran aka Pakatam Ahzab ialah:-
  1. Menambah jumlah pemilih berdaftar di kalangan etnik India secara drastik bagi mengulangi kejayaan pada PRU 12 tanpa memikirkan kesan panjang kepada keseimbangan dan keharmonian negara di masa depan; dan 
  2. Sengaja mencari pasal di saat-saat akhir menjelang PRU 13 untuk mendapatkan perbatuan politik berbentuk ugutan Politikal kepada kerajaan BN; dan 
  3. Menimbulkan rasa tidakpuashati terhadap apajua keputusan eksekutif pentadbiran DS Najib mengenai tuntutan berkenaan.
Secara positifnya kita perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan pemerintah pada masakini. Kerana bila berlaku sebarang masalah di masa depan kita boleh salahkan pemimpin di masadepan kerana tak pandai mengawal keadaan. Betul tak? Kebiasaannya sebarang kesilapan keputusan dan polisi yang di buat pada hari ini hanya akan ternampak dalam masa berpuluh tahun yang akan datang. Masa itu semua yang membuat keputusan pun sudah berpindah alam termasuklah para pembodek dan punahsihat.

Oleh kerana Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali pun sudah menyetujuinya maka secara otomatisnya seluruh rakyat Malaysia ..OOPPSS ... penyokong BN/UMNO wajiblah menyokong usul dan cadangan perjumpaan DS Najib dengan HINDRAF...erkkk. Agak keliru. Tapi tak mengapa politik di Malaysia memang begitu sentiasa keliru dan kacau-bilau tapi rakyat dan ekonomi masih berjalan dengan baik serta lancar. Tak gitu ?

Benar kita memerlukan undi dan sokongan etnik India. Cuma yang kita tak perlukan ialah pemimpin politik dan parti politik seperti N Surendran, HINDRAF dan Pakatam Ahzab yang sentiasa menimbulkan masalah bila tiada masalah. 

Hamba berharap benar  supaya pada kali ini bukan sahaja kebijaksanaan itu digunakan tetapi juga keberanian yang luarbiasa dalam keadaan mencabar pada kali ini. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...