Sabtu, 10 November 2012

BERITA GEMPAR! CABANG PKR KUALA KRAU PAHANG DI TUTUP!

SUMBER BERITA ASAL DI AMBIL DARIPADA BLOG WZWH.

Pada 6hb November 2012 lalu di blog milikmya http://lubokkawah.blogspot.com/2012/11/terbukti-pak-long-adalah-seorang.html Hj Suhaimi Said Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang telah mengeposkan
entri berkenaan hasratnya untuk meletak semua jawatan dalam PKR seperti berikut :-
Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan 
Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal.
Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu.
Memandangkan keadaan-keadaan ini, saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR pahang.  Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.
Hj Suhaimi Said merupakan salah seorang pemimpin PKR Pahang yang amat cergas dan aktif menggerakkan dan memperluaskan pengaruh PKR di kawasan-kawasan FELDA di Pahang dan penempatan orang asli di Pahang.

Pengalaman politiknya adalah luas. Beliau pernah menyertai UMNO. Ketegasan pendirian beliau amat terkenal dan amat jarang beliau menarik balik sebarang niat beliau untuk melakukan sesuatu tindakan jika telah berkecil hati. 

Jadi kita nantikan sahaja pengumuman daripada Hj Suhaimi Said pada 18.11.2012 ni. Kita maklum PKR sememangnya mempunyai banyak masalah dalaman yang begitu kronik dan tak mampu lagi diberikan ubat penawar hatta dengan wang berjuta ringgit sekalipun. 

Puak PKR ini memang terkenal dengan sifat tamak dan tikam belakang sesama sendiri. Lebih-lebih lagi bila dekat PRU 13 semuanya bercita-cita hendak menjadi calun waima tak layak pun. Tapi dalam PKR beruk pun mampu dicalunkan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...