Memaparkan catatan dengan label Kajang Epsd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kajang Epsd. Papar semua catatan

Selasa, 26 Ogos 2014

DAP PKR PAS KENA BERI LAGI NAMA-NAMA GAGAK BERBULU PUTIH UNTUK MENJADI KETUA SEKELIAN GAGAK.

"GAGAK BERKOAR-KOAR NGAKU BERBULU PUTIH, PARUHNYA ADA BANGKAI. KETAM BATU MENGAKU PANDAI BERJALAN LURUS. AYAM JALAK BERKOKOK SEBELUM FAJAR. RIUHLAH AYAM BETINE SE-REBAN TIADA BERTELOR"



Maka DYMM Sultan Selangor meminta TSKI menangguhkan perletakan jawatannya kerana mahu DAP PKR PAS memberikan lebih dari dua nama kepada baginda. Baginda menggunapakai kuasa-kuasa baginda yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 seperti yang tertera pada surat diatas. Natijahnya, TSKI kekal menjadi MB sehinggalah DAP PKR PAS memenuhi titah baginda berkenaan. 

Dikatakan Khalid Samad semasa keluar dari mahkamah, telah diludahi dan dikatakan kepadanya , 'Pengkhianat Bangsa'. Khalid Samad orang berdagang rantau. Sudah tentulah tiada beliau faham adat resam tempatan. Tapi orang tempatan jua yang mengangkat Khalid Samad menjadi wakil mereka di DUN. Calun anak watan sendir mereka tolak dan angkat anak berdagang rantau. Sudah tentu akan sentiasa bersembah derhaka kepada Sultan Selangor kerana tiada faham bahasa adat resam. 

Tiadalah ambe mahu menulis panjang lagi lebar mengenai perkara kawanan gagak berbulu putih berparuh bangkai mahu memilih burung kakak-Tua sebagai ketua sarang mereka. Sebab mereka lupa mereka hanya sekawan gagak yang berkoar-koar. Bersarang tinggi di atas tiang-tiang letrik. Sudah tentu mereka lupa siapa pemilik Tanah Jawi Tanah Melayu.

Sudah ambe tulis sebelum ini, akan hal itu perlu dirujuk kepada Undang Nan Empat bagi kata pemutus. Dan sudah ambe berikan sebab musabab nya. Terdahulu pernah seorang mantan MB Selangor berkata yang sama.

TIADA BOLEH DUA NAKHODA SEKAPAL DAN TIADA BOLEH SEKATA TANPA MUAFAKAT BULAT KATA.

Sabtu, 23 Ogos 2014

PERSETIAAN UNDANG NAN EMPAT & PERJANJIAN DURBAR 1897YANG DIMUNGKIRI, DIKHIANATI & DIINGKARI POLITIKUS MALAYSIA

DURBAR 1897


Minit Mesyuarat Durbar

Baru Kemerdekaan 1957 

SEMPENAN keberangkatan pulang Sultan Selangor pada hari ini (jika tiada berubah jadual) bagi menangani Krisis PKR-DAP-PAS yang nak lantik bini anwar berahim menjadi MB, ambe dengan suka teramat cita dengan sengaja mengungkit Persetiaan Undang Nan Empat & Perjanjian Durbar 1897. 

Sebelum merdeka 1957, spesis Politikus tiada lagi wujud di Tanah Melayu Tanah Jawi. Yang ada cuma pentadbir British dengan Raja-raja Melayu yang powers.Dan Raja-raja Melayu yang powers pula bersetia kepada Undang Nan Empat. Ini kerana keturunan Undang Nan Empat lah yang masih mewakili kedaulatan Tanah Melayu Tanah Jawi.  Kenapa pula menjadi begitu susunannya?

Menurut Haji Buyung Adil, penulis kontemporari sejarah silsilah semua kerajaan-kerajaan Melayu, menyambung semula tugasan Tun Seri Lanang, mengakui bahawa Kerajaan Sang Hyang Hyung yang diperintah Bathin Moyang Seri Alam adalah saudara tertua bagi Kerajaan Majapahit, Sumatera dan yang ketiga Champa bilamana kerajaan-kerajaan itu tumpas ditangan penjajah mereka berundur ke Tanah Melayu Tanah Jawi.

Menurut Tengku Arian Kirana, Jelebu, beliau menulis, 
"Demi Daulah Islam, Bangsa Melayu bertulisan JAWI - Bani Jawai - Keturunan Nabi Allah Adam A.S- tidak Nabi Allah Adam A.S menjadi RAJA, maka hanya PENGHULU LUAK jua yang kita ada, Bathin Seri Alam menyusun Kerajaannya sedemikian rupa kerana untuk menentang kemaraan RAJA IBLIS yang menentang Nabi Allah Adam A.S yang menjadi RAJA DUNIA, apalah kita MANUSIA yang lemah dan tidak cukup sempurna hanya menyembah sujud kepada YANG MAHA ESA ALLAH SWT jua jalan terbaiknya.."
Mengikut Tengku Arian Kirana, luas asal Kerajaan Jawi ialah dari Rom sehingga ke Sulu'. Sehinggalah tumbang satu persatu sehingga menjadi Sembilan Negeri di Tanah Melayu Tanah Jawi. Akhirnya, hanya tinggal Negeri Sembilan. Itupun, pada masa Tun Dr Mahathir sedang berasmaradana dengan Anwar Ibrahim (1982-1989), turut dirampas oleh politikus dengan bantuan golongan korporat, birokrasi serta puak duri dalam daging.

Bilamana waris Imam Perang Jelebu menghantar Surat Peringatan kepada semua PEMBESAR NEGERI DAN NEGARA., RAJA RAJA MELAYU, BADAN KEHAKIMAN, AHLI POLITIK, MENTERI BESAR, JABATAN AGAMA DAN MUFTI, ATM DAN PDRM, DATO DATO UNDANG LUAK DAN DATO DATO LEMBAGA -- Waris tersebut hampir ditangkap dan ditahan diatas arahan Tun Dr Mahathir Mohammad yang berkemungkinan menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim untuk melakukan demikian. 

Tengku Arian Kirana (Dato' Menteri Shirat Mustakim) menulis:-
"Maka diberitahu jua jika tiada usaha daripada daripada pihak yang DIBERI AMANAH UNTUK MENGURUS TADBIR TANAH MELAYU - MENGIKUT PERJANJIAN TUJUH SYARAT RAJA RAJA MELAYU -  
maka akan tiba LAKNAT ALLAH SWT - ..........."
 Di dalam Persetian Undang Nan Empat itu disebutkan bahawa apabila timbul pergolakan akibat gara-gara salahlaku golongan politikus, maka hendaklah perkara itu dirujuk semula kepada Undang Nan Empat (waris-waris yang asal). 

Setelah berlaku polisi pembaharuan Melayu Baru, Bini Baru, Bangunan Baru dibawah pentadbiran TDM dari 1980- 1989, 1990-1999 dan 2000-2003, Persetiaan Undang Nan Empat dan Perjanjian Durbar 1897 mula dikianati, dimungkiri dan diingkari spesis Politikus Jenama Melayu Baru. Mutakhir ini mereka disebut Politikus Baru bawah Politik Baru. 

Persetiaan tersebut menjadi Teras kepada Amanah keatas bahu Politikus diatas dasar:-

Hak Kita Hak Kita 
Hak Orang Hak Orang 
Hak Orang Kita Tak Mahu 
Hak Kita Jangan Diberi Lagi kepada Orang 

Dicabuli, diperkosa dan dirogol secara bergilir-gilir oleh Politikus Politik Baru yang bersifat angkuh, bongkak dan ingkar sejak 1989 sehingga kini. 

Peringatan sudah diberikan kepada semua pihak sejak 1990 dan semua pihak termasuk Politikus Politik Baru diberikan tempoh melakukan pembaikan. Tempoh itu telah berakhir pada 31hb Disember 2013 lalu. 

Tapi diberikan Lanjutan Tempoh Masa sehingga 31hb Ogos 2014. 
Malangnya, puak Politikus Politik Baru yang dicipta oleh TDM dan DSAI masih gagal melakukan pembaikan. Sebaliknya mereka semakin banyak melakukan kerosakan.

Jika Politikus Politik Baru masih nak kekalkan Status-Quo mereka, maka wajiblah mereka mematuhi Peringatan yang telah diberikan melalui TDM. Andaikata mereka masih gagal dan ingkar, maka Allah Hu Ta'ala jualah yang menghukum mereka. 

Politikus Politik Baru jenama TDM dan DSAI masih mau keras kapla ka ?

Selasa, 19 Ogos 2014

CARTA UNDI DALAM TALIAN KRISIS MB SELANGOR - TSKI TETAP PILIHAN RAKYAT SELANGOR!


48% - Tiada Pendapat / berkecuali tapi bersimpati dengan TSKI

22% - Sokong kekalkan TSKI sebagai MB 

10% - Sokong TSKI di pecat

10% - Tidak sokong PR 


5% - tak sokong Wan Azizah 

3% - Tak hepi dengan krisis 

2% - Sokong DUN dibubarkan untuk PRN 

Lim Kit Siang dalam belognya menulis bahawa PR sudah binasa dan musnah. PR tidak lagi boleh dan mampu bekerjasama dan wujudnya jurang perbezaan diantara ketiganya. Lim Kit Siang konpiden PR sudah Tamat Riwayat.

KELAYAKAN MENJADI MB SELANGOR DIBAWAH UUTNS 1959 YANG WAJIB ANDA KETAHUI.


PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah perundangan tertinggi di negara. Setinggi mana? Tingi-tinggi Perlembagaan Malaysia itu tiada boleh mengatasi hukum syara' ISLAM. Disetiap negeri-negeri pula, Perlembagaan Negeri-negeri atau lebih pemes disebut Undang-undang Tubuh Negeri adalah perundangan tertinggi disesebuah negeri. Ianya tertakluk pula kepada Perlembagaan Malaysia. Ianya adalah penzahiran kepada kuasa-kuasa otonomi setiap negeri dibawah Jadual Ke 9 dan yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Perlu diingati bahawa Malaysia wujud atas beberapa siri perjanjian-perjanjian diantara Sultan-sultan Melayu dengan Ratu Inggeris yang pada waktu tu menguasai pentadbiran dan sistem pemerintahan di Tanah Melayu melalui Treti-treti menerima pakai Residen British.Tapi pada masa yang sama kedaulatan Raja dan wilayah diperakui oleh British sebagai negeri-negeri merdeka.

Sistem pemerintahan Malaysia ialah berkerangka utama kepada Demokrasi Raja Berperlembagaan. Negara kita ialah sebuah negara permesyuaratan dan persekutuan negeri-negeri yang membentuk sebuah Negara bernama Malaysia. Kerana itu diperingkat nasional kita mempunyai pemerintahan persekutuan pusat. Dan dinegeri kita mempunyai pula pemerintahan autonomi negeri.

Selama ini politikus usang cuba merubah dan merombak kerangka asas kenegaraan dan sistem pemerintahan di persekutuan pusat dan otonomi negeri. Mereka sedar dan awas bahawa majoriti rakyat tidak tahu dan mahir mengenai sistem kerangka utama kenegaraan, sistem pemerintahan persekutuan pusat dan sistem pemerintahan otonomi negeri-negeri. 

Ini kerana sistem pendidikan kita telah lama disabotaj oleh puak politikus usang. Merekal mensabotaj dengan niat agar rakyat tidak tahu apa-apa mengenai mekanisma dan perjalanan serta hirarki sistem pemerintahan yang berlaku dan diamalkan. Akhirnya, 'Senjata' itu memakan diri politikus semula. 

Tidak ramai yang tahu dan mahu ambil tahu apa yang termaktub didalam UUTNS 1959 berkenaan Sistem Pentadbiran / Pemerintahan bagi negeri Selangor. Disini ambe cuba lah sampaikan mana yang ambe tahu.Bukan mudah nak fahami lenggok laras bahasa perundangan yang bila dibaca habis sepuluh papan panadol ditelan. Itupun masih tak faham jugak. 

Siapa pula yang sebenarnya mentadbir Negeri Selangor dan siapa pula yang betul-betul dipilih oleh rakyat melalui PRN, PRK dan PRU ?

Hanya satu badan sahaja dalam Kerajaan Negeri Selangor yang rakyat diberi mandat untuk memilih yakni ADUN-ADUN dalam DUN SELANGOR. Namun begitu Mandat tersebut adalah besar kerana berkait pula dengan pemilihan dan kelayakan seseorang ADUN diperkenankan menjadi MB dan anggota EXCO Negeri. 

Disini anda semua perlu fahami apabila mana-mana ADUN dilantik menjadi MB dan EXCO Negeri, itu bukan bermakna DUN Selangor mentadbir Selangor melalui mereka. Bila mereka menjadi ADUN dan EXCO negeri menjadi Badan Eksekutif yang berasingan. Cuma status ADUN itu menyebabkan mereka bertanggungjawab untuk menjawab dan bertanggungan bersama atas apajua tindakan mereka kepada DUN. 

DUN tidak boleh memberikan arahan terus dan memaksa mereka mengikuti kehendak DUN dalam hal ehwal mereka menjalankan tugas dan fungsi sebagai MB dan EXCO.

Yang disebut Kerajaan Negeri Selangor itu adalah:-

1. Institusi Sultan Selangor sebagai Ketua Agama dan Ketua Eksekutif/Pentadbiran dan Ketua Badan Perundangan dan Kepala Utama Negeri Selangor.

2. Dewan Undangan Negeri Selangor yang menggubal undang-undang, memantau dan membawa suara rakyat melalui ADUN memeriksa pihak Eksekutif tentang apa yang mereka buat dan laksanakan. Tapi Badan ini tidak mentadbir Selangor. Ianya hanya badan yang menetapkan perundangan bagi negeri Selangor. 

3. Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (STATE EXECUTIVE COUNCIL = STATE EXCO) yang diketuai oleh Menteri Besar yang merupakan Badan Eksekutif/ Pentadbiran Negeri Selangor. Badan yang mentadbir Selangor.

Siapa pula yang layak dilantik menjadi MB ?
Kesemuanya dinyatakan didalam Perkara 50 dan 53 UUTNS (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) 1959.

1. MB itu mestilah seorang ADUN;

2. MB itu mendapat kepercayaan dan ada penguasaan keatas majoriti ADUN;

3. MB itu mestilah seorang Melayu dan beragama Islam;

4. Bukan seorang yang memperolehi taraf warganegara Malaysia melalui proses 'naturalisasi' dan melalui pendaftaran kewarganegaraan dibawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

5. Tidak hilang kelayakan menjadi ADUN sepanjang masa menjadi MB.

Hanya lima kelayakan sahaja diatas dan bukan selain daripada itu.

Tidak termasuk siapa yang dipilih dan terpilih oleh Majlis Kepimpinan Parti Politik.

Pilihan Majlis Kepimpinan mana-mana parti politik tidak sah dan absah dalam memilih seseorang ADUN bagi DUN Selangor menjadi MB atau tidak.

Kuasa memilih mana-mana ADUN menjadi Menteri Besar itu adalah kuasa-kuasa perogatif yang mutlak Sultan Selangor.

Sultan Selangor tidak boleh dipaksa dan tidak diwajibkan mengikuti nasihat dan tidak terikat dengan mana-mana keputusan Majlis Pimpinan mana-mana parti politik mengenai siapa yang layak menjadi MB Selangor.

DUN hanya boleh tunjuk bukti berkaitan sokongan kepercayaan dan penguasaan seseorang ADUN yang menjadi MB. Itu hanya boleh ditunjukkan melalui Usul Undi Tak Percaya sahaja.

Kalau anda semua tidak Percaya, maka cabarlah Majlis Pimpinan Tertinggi DAP-PKR-PAS mencabar DUN agar buat Usul Undi Tak Percaya terhadap TSKI.

Isnin, 18 Ogos 2014

REPUBLIK DEMOKASIBINI BINAWE PR MENDAHULUI DUN SELANGOR & UUTNS 59

Selama beberapa tahun, puak republik demokasibini dok kutok dan cerca DS Rosmah. Akhirnya, Bini Anwar Ibrahim terpilih menjadi calon MB ganti TSKI. Kalau dulu bini Anwar Ibrahim gelarkan suaminya Anugerah Tuhan, maka pada hari ini, bini anwar ibrahim adalah 'Bini Anugerah Kepada Anugerah Tuhan.' Jangan tanya ambe , tuhan yang mana satu sebab puak republik demokasibini telah gantikan 'Berhala Hidup' dengan 'Dewi Bini' sebagai tuhan baru mereka. Nampaknya Pas + Umno+ Khalid Ibrahim yang disebut Isham Rais adalah merujuk secara mutlak kepada Bini Anugerah Kepada Anugerah Tuhan.

Sikit updet, antara lain pada hari ini , PDRM keluarkan waran tangkap ke atas N Surendran diatas akta hasutan. Tindakan ini adalah lanjutan dari laporan polis terhadap N Surendran kerana kenyataan beliau memfitnah dalam kecenderungan menghasut bahawa Kes Liwat II adalah konspirasi DS Najib yang disengajakan dan terancang. Biasalah, tipikal mentaliti mabok Ketum (Ketua Umum ) macam N Surendran. Beliau dikatakan telah dibebaskan dengan jaminan polis. 

Selain dari itu, Tun Dr Mahathir menulis dibelognya menarik sokongan kepada DS Najib. Berjela-jela jugaklah tulisan TDM itu menyindir dan mengkritik apa yang beliau tafsirkan sebagai 'kesalahan dan kesilapan'. TDM menafsirkan tulisannya sebagai pertunjukkan 'Kasih Sayang Tiada Berbelah dan Terbahagi'. Biasalah. Kecoh juga lah satu alam maya media sosial mengenainya. Tiada ambe mahu mengupas dan mengulas kerana pemimpin mana tak buat silap dan salah? Ambe lebih suak jika TDM turut pertunjukkan 'Kasih Sayang Tiada Berbelah dan Terbahagi' dengan memperincikan pula setiap satu 'Salah dan Silap' beliau dari kacamata rakyat selama 22 tahun beliau menjadi PM.

Dan tiada semena-mena Ketua Wanita UMNO pula meminta tambahan bilangan Naib Presiden bagi Wanita UMNO. Bagi ambe ianya berpatutan jua. Takkanlah amalan Demokasibini PR tiada dapat diperkembangkan di dalam hirarki UMNO. Jika Presiden PKR boleh menjadi MB Selangor, apa salahnya bilangan Naib Presiden UMNO turut ditambah bagi Wanita UMNO? Baru Fair & Square.

Maka eloklah juga ditambah-tambah lagi jawatan Naib Presiden UMNO untuk turut melantik segala Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ketua PDM. Dengan ini, dapat mengurangkan pergeseran perebutan jawatan dalam UMNO. Dan UMNO akan bertambah sihat wal afiat. Seterusnya menjadikan UMNO berdaya dan bersaing dengan amalan Demokasibini PR.

Sultan Selangor masih bertegas untuk menemui sesiapa jua selepas 27hb Ogos ini. TSKI yang mahu berjumpa baginda di Budapest telah ditolak oleh baginda.Sementara itu, pepuak Republik Demokasibini telah mendahului DUN dan UUTNS 59 dengan mengisytiharkan bini anwar ibrahim adalah MB Selangor. Reaksi TSKI pun sepeti berselindung di sebalik lalang dan kadangkala menjadi lalang yang melindunginya. 

Pada pandangan ambe, tiada PRN akan berlaku dan terjadi. Kerana Republik Demokasibini Binawe PR pun turut menyedari bahawa , bini Anwar Ibrahim adalah pilihan Majlis Presiden sahaja dan bukan pilihan rakyat Selangor. Jika berlaku PRN, rakyat akan 100% menolak DAP PKR PAS dan mengembalikan undi kepada BN. Sebab itu jentera BN dok rileks isap rokok sambil minum kopi 'O' di kopitiam. Memang depa konpiden mutlak 100% akan menang semula Selangor. Maka mustahil puak Republik Demokasibini Binawe PR akan memberikan laluan mudah kepada BN; sepertimana BN beri kemenangan mudah kepada puak Republik Demokasibin Binawe PR pada 2008 dan 2013.

Tapi ini semua Politik lah. Politkus boleh merancang dan kita boleh buat tekaan dan dugaan. Namun pada akhirnya, Allah Ta'ala jua yang menentukannya. Rakyat Selangor anak watan dan jati masih belum bersedia untuk menggantikan amalan Demokrasi Raja Berperlembagaan dengan Demokasibini Binian Binawe PR. 

Kalau tak percaya , bikinlah PRN, memang kali ini lawak punya PRN dalam sejarah Malaysia.

LAYAKKAH POWERKIPAS BINI ANWAR MENJADI MB SELANGOR?


Malam semalam Majlis Presiden PR tak berdaftar sebulat suara menunggalkan calon MB hanya kepada bini anwar ibrahim. Nama Azmin Ali sekadar wayang sepertimana yang sudah dijangkakan. PAS diwakli oleh Timbalan Presidennya iaitu Mat Sabu. Tiada kelihatan kelibat Presiden PAS, Tuan Goro Hj Hadi Awang. Pok NIk pula tengah tunggu 'brief' daripada Tuan Goro Hj Hadi. Manakala , seperti yang dijangkakan, puak macai PR pun cuba beri gambaran kononnya UMNO kecewa. Ha ha ha ha .. memang lawak deer. 

Persoalan selepas ini, adakah bini anwar ibrahim layak menjadi MB Selangor mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 (UUTNS 59) ?

Dan adakah wajib keatas Sultan Selangor menerima keputusan ketua-ketua parti politik DAP-PKR-PAS? 

Dan adakah Khalid Ibrahim selaku MB akan memberi nasihat kepada Sultan agar menerima bini Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor ?

Dan bolehkah Sultan Selangor menolak dan mengenepikan nasihat itu ?

Fakta.
Bini anwar ibrahim dilahirkan di Singapura dan diberikan taraf kewarganegaraan secara 'naturalisasi' melalui pendaftaran dibawah Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Mengikut peruntukan Klausa (3) Perkara 53 UUTNS 1959, orang yang mempunyai taraf seperti itu tiada layak menjadi MB Selangor waima ia seorang Melayu beragama Islam. Walaupun, layak menjadi ADUN dalam DUN Selangor.

Manakala Klausa (4) Perkara 53 UUTNS 1959, Sultan diberikan kuasa untuk menghadkan pilihan baginda menerima nasihat MB dalam hal menerima calon pengganti.

Dibawah Perkara 96 UUTNS 59 menyebutkan bahawa kuasa-kuasa perogatif Sultan dirizabkan bagi mematuhi peruntukan-peruntukan didalam UUTNS 59.

Bila dibaca kesemuanya sekali, difahamkan perlantikan MB adalah perogatif DiRaja kerana Perkara 50 UUTNS 59 menyatakan bahawa Kuasa Eksekutif terletakhak kepada baginda Sultan. Baginda sendiri boleh bertindak melaksanakan Kuasa Eksekutif berkenaan.

Apa yang anda perlu fahami, rombongan puak DEMOKASIBINI untuk mengadap Sultan Selangor dan mempersembahkan nama bini anwar ibrahim sebagai pengganti, itu tiada dalam konvensyen amalan dan tiada rombongan sedemikian boleh menasihati serta memaksa Sultan unutk menerima pilihan mereka. 

Sultan berhak dibawah kuasa perogatif DiRaja menolak pertemuan dan menolak pilihan rombongan DEMOKASIBINI kerana mereka bukan EXCO dan bukan MB. 

Jadi kita nantikan episod seterusnya.

WELKAM TO THE DEMOKASIBINI REPUBLIC OF PR - SEMUA TAKUT BINI ANWAR IBRAHIM KIPAS POWER BINI.

Anda pernah mendengar dan menonton siri kartun di Cartoon Network " Powerpuff Girls'? Kini anda tak perlu lagi menontonnya. Kerana kita boleh menonton secara langsung siri kartun terbitan PR dirangkaian Selangorkini TV bertajuk "Powerkipas Bini".

Akhirnya, PR berjaya mengubah senario politikal Malaysia menjadi lebih kartun dan sarkis.
Dengan bertemakan konsep baru Liberal Demokrat bagi menggantikan Demokrasi Raja Berperlembagaan, mereka dengan bangganya memperkenalkan kepada kita semua jenama terbaru mereka yakni DEMOKASIBINI. 

Dibawah konsep politik baru melalui kempen Ubah Regim dengan menggunakan kaedah-kaedah 'From Dictatorship To Democracy' mereka melegitimasikan amalan kronisma dan nepotisma ke tahap penerimaan ramai kepada amalam DEMOKASIBINI.

DEMOKASIBINI membawa falsafah Baru Politik yang boleh disimpulkan seperti ini:-
"It is the gomen of unregistered PR, for the hasben by the bini "
Selebihnya anda gunakanlah kreativiti anda sepertimana puak PR gunakan kreativit mereka untuk mencipta sebuah REGIM BERASASKAN DEMOKASIBINI.

Ahad, 17 Ogos 2014

GERAKAN RAKYAT ARUS BAWAHAN SELANGOR BANTAH WAN AZIZAH.


GRABS membantah Langkah Kajang dan membantah pengurusan isu MB Selangor yang dikendalikan DAP-PKR.  Kumpulan yang anti kronisma, anti nepotisma dan anti-korupsi yang diamalkan oleh PKR. Memang mampos lah kali PKR.


Jumaat, 15 Ogos 2014

DAP BANTAH DR. IDRIS AHMAD ADUN IJOK DARI PKR


























Ok, semua orang sudah tahu, nampaknya nama DSWA bakal digugurkan dan digantikan dengan Dr Ahmad something--something. Perkara ini sudah dicapai kata putus. Tapi DAP berbelah bahagi mengenainya. Kerana menurut DAP, nama Dato Seri Wan Azizah tak perlu digugurkan dan masih boleh memaksa PAS untuk menerima Dato Seri Wan Azizah seperti ADUN Hasnul dan ADUN Saari Sungib. 

Tidak sukar untuk memaksa PAS yang sememangnya bagi DAP seperti kacang sahaja. Duit adalah Dewa Yang Berkuasa menurut DAP. Mereka pun sudah menggerakkan Kempen Ribon Hitam untuk memastikan Sultan Selangor tunduk patuh kepada kehendak politikal DAP-PKR.

Apalah sangat bagi DAP-PKR nak lawan Sultan Selangor memandangkan UMNO pun diam membisu dan anak-anak tempatan Selangor pun buat tak peduli. Lagipun 'Abang Besar DAP' perlu diselamatkan dari terus tenggelam dalam Selat Tebrau.  

Dan wang abang besar DAP cukup lazat dan enak. Apalah sangat nak penaikkan Wan Azizah yang sudah lanjut usianya pun. Apalah sangat nak sokong DSAI yang juga sudah hampir ke lubang kubur kerana usianya.

Apa yang penting ialah abang besar DAP perlu diselamatkan bagi generasi anak cucu keturunan keluarga LIM. Yang lain tak perlu masuk 'Line-Age'. Bak kata falsampah politikus orang Tanah Besar China bawah Dr Sun Yat Seng-kek, 'Untuk menguasai masadepan anda bina masadepan pada masa sekarang'.

1964 - 2014 , berapa generasi pun? Lim Kit Siang pun masih hidup lagi. Dan belumpun menjadi mendiang, semua parti Melayu sudah tumbang. Orang Melayu sudah menjadi Orang Asing di bumi sendiri. Jadi apa ada hal pun kepada DAP nak angkat Wan Azizah? Mana sempat Wan Azizah dan DSAI nak bantu dan sailang DAP semula. Tak sempat sebab orang seperti Ishamudin Rais, Hasnol, Saari Sungib dan ramai lagi amat bersedia untuk berkhidmat dengan tokeh DAP.

Alarh lagipun sejak 1970, masa DEB pun Melayu dah terbiasa jadi hamba kuli orang DAP. Dan terbiasa lidah Melayu jumpa orang DAP dan panggil Tokeh Apa Kabar? Senyum-senyum sikit daaptlah tiga keping not kertas warna ungu.

PAS bukan lagi satu ancaman buat DAP kerana apalah sangat ilmu agama orang PAS. Bukan boleh masukkan gerun ke dalam hati DAP. Malah orang PAS lagi gerunkan DAP berbanding Allah Ta'ala. Sudah menjadi perjuangan PAS untuk mempertahankan dan memperjuangkan DAP dari segala bahana bencana marabahaya. Itu adalah Perjuangan Suci PAS. 

Selangor kan sudah menjadi sebuah  REPUBLIK SECARA AMALI.
Apa DAP nak risau pun. 


POLITIKUS IDIOT TIDAK PATUHI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN SELANGOR 1959.


TERKINI: Mesyuarat Lajnah Politik PAS tetap menolak Wan Azizah sebagai MB Selangor. So Wat da hek? Kesemua politikus DAP-PKR tidak mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. 

Seharusnya, hirarki kepimpinan tertinggi DAP-PKR wajib mematuhi dan mengeluarkan arahan parti selari dan selaras dengan undang-undang tersebut. Kegagalan mereka melakukannya membuktikan kepada kita, mereka adalah Diktaktor Anarkis.

Sepatutnya mereka merujuk kepada peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 untuk menukar Menteri Besar. Sebaliknya mereka meminggirkan undang-undang tersebut dengan sengaja. Sedangkan mereka adalah anggota Legislatif Negeri Selangor. Mana kredibiliti dan kewibawaan mereka? 

Kehendak hirarki tertinggi parti tidak boleh mengatasi peruntukkan undang-undang negeri dan mencampuri hal-ehwal badan legislatif dan badan eksekutif sesebuah negeri. Soal pemilihan, perlantikan dan pemecatan MB dan EXCO telah ditetapkan dalam undang-undang berkenaan. Ianya bukan soal kepartian dan diluar bidangkuasa kepartian.

Mari kita lihat apa yang diperuntukkan mengenai perlantikan MB dan EXCO di Selangor didalam undang-undang berkenaan, 



Anda semua patut ketahui bahawa kesemua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di Tanah Melayu bermula dengan pengisytiharan seperti diatas. Yakni, undang-undang itu diwujudkan kerana kesemua 9 Sultan Melayu dengan Ratu England selaku Ketua-ketua rasmi kerajaan masing-masing menandatangani Perjanjian Malaya 1957 yang membawa kepada KEMERDEKAAN NEGARA. Kerana itulah baru wujud jawatan-jawatan untuk parti politik yang menang bertanding dalam Pilihanraya. 

Kita baca peruntukkan dibawah ini Bab 3 Eksekutif ,Perkara 50 bertajuk KUASA EKSEKUTIF 


Adalah jelas dari Perkara 50, itu Kuasa Eksekutif terletakhak kepada satu otoriti sahaja iaitu Sultan Selangor. Dan Boleh dilaksanakan oleh:-
  1. Baginda sendiri, atau 
  2. EXCO, atau 
  3. Mana-mana anggota EXCO, atau 
Dan Fungsi/ Peranan Kuasa Eksekutif boleh  dianugerahkan kepada orang lain atau pihak-pihak berkuasa melalui undang-undang. Setakat ini tiada sebarang undang-undang yang menanugerahkan Fungsi Eksekutif kepada mana-mana hirarki tertinggi parti politik atau kepada mana-mana pihak berkuasa lain.

Perkara 51 di bawah tajuk kecil PERLANTIKAN MENTERI BESAR. Sila baca dibawah ini:-



Klausa 1 menyatakan Sultan Selangor lah otoriti mutlak melantik Menteri Besar melalui watikah dan cap mohor baginda mengikut yang diperuntukkan dalam perenggan (a) klausa (2) Perkara 53.Tidak disebut pun Majlis Pimpinan Pakatan dan Anwar Ibrahim berhak melantik Menteri Besar. DAP-PKR tiada mempunyai kuasa pun untuk melantik Menteri Besar. 

Klausa 3 pula menyatakan tertakluk kepada Klausa 4 Perkara 53, menyatakan syarat wajib seseorang itu menjadi Menteri Besar yakni mestilah dari keturunan Melayu jantina lelaki dan beragama Islam. Mama kipas situ jantina wanita, mana layak menjadi MB pun. 

Kita lihat pula Perkara 53 seperti dibawah 


Baca Perenggan (a) Klausa (2) Perkara 53 diatas, terang jelas menyebutkan , baginda Sultan Selangor mula-mula akan melantik seorang Menteri Besar dari anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang Pada 'Judgement' baginda Sultan Selangor mempunyai 'Penguasaan' dan 'Kepercayaan' majoriti ADUN. Tiada disebut 'Judgement' Baginda Sultan Selangor wajib ikut bilangan Surat Akaun Berkanun yang ada pada tangan Wan Jijah.

Klausa (4) dibawah pula dengan terang dan jelas bahawa baginda Sultan Selangor berhak dan mempunyai KUASA BUDIBICARA UNTUK MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA MELANTIK MENTERI BESAR.

Bermakna Klausa (4) mengatasi perenggan (a) klausa (2).


Maka sudah jelaslah kepada anda semua berkenaan dengan KUASA-KUASA SULTAN SELANGOR.
Dan taraf sampah arahan-arahan politikal daripada bos-bos politikus dalam parti politik waima parti politik mereka menguasai 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini bertujuan untuk mengekang sifat tamak dan rakus politikus itu sendiri dan mengasingkan pentadbiran negeri dengan hal ehwal urusan kepartian yang cacamarba seperti yang ada sekarang.

Kenyataan Peguam Negara pun sudah tersasar kerana Sultan Selangor mempunyai kuasa-kuasa yang luas didalam perlantikan Menteri Besar. Kerana KUASA EKSEKUTIF itu terletakhak kepada baginda pada sepanjang masa. 

Sila beri komen diruangan komen jika perlukan penjelasan lebih lanjut. 

Rabu, 13 Ogos 2014

ANWAR IBRAHIM DISAMAN RM50 JUTA & TSKI PECAT 6 EXCO KERAJAAN SELANGOR.

Ir Jebat Modern13hb Ogos 12.31 ptg

Dahlah Jatuh Ditimpa Tangga, Kena Hempap Plak Bangunan SUK
* Saiful Bukhari Saman Anwar Ibrahim RM 50 juta

Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi atas perbuatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebanyak RM 50 juta.

Saiful menuntut ganti rugi RM50 juta kerana Ketua Pembangkang itu menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan cara membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.

Kes Liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari sekarang ini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Jun lalu.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu, pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.

Katanya, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu — bersama Zamzuri Mohamed Tahir dan 46 yang lain.




Sedikit Penjelasan dan Ulasan Mengenai Kuasa TSKI Selaku MB Memecat Anggota EXCO:-

  1. Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor menetapkan MB mempunyai bidangkuasa dan kuasa untuk melantik mana-mana ADUN SELANGOR menjadi anggota EXCO;


  2. Nama-nama itu dibawa kepada Sultan Selangor untuk diperkenankan. 


  3. Bermakna MB juga diberikan kuasa untuk memecat anggota EXCO yang sedang berkhidmat. 


  4. Keputusan pemecatan TSKI dari PKR tidak menjejaskan kredibiliti dan jawatan MB yang dipegang oleh beliau. Ini kerana, jawatan MB itu setelah diperkenaan Sultan Selangor maka ianya diluar bidangkuasa mana-mana parti politik. Sebarang keputusan memecat mana-mana individu yang menjadi MB dari parti yang dianggotainya tidak menjejaskan jawatan MB yang dipegang olehnya. 


  5. Ini kerana, jawatan MB itu adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan tidak tertakluk kepada Perlembagaan Parti Politik.
  6. Tindakan pemecatan TSKI dari PKR telah menyebabkan timbul persoalan amat besar yakni MASIH BOLEHKAH DIIKTRAFKAN BAHAWA BADAN EKSEKUTIF NEGERI SELANGOR ADALAH PAKATAN DAP-PKR-PAS?


Selasa, 12 Ogos 2014

PKR TERKUNCI MATI BILA PEMAIN UTAMA DAP TURUT CENDERUNG MENYOKONG TSKI.



YENNADEI .... 

Makin seronok episod Langkah Kajang ini. Ok lah DSAI ada bikin Surat mahu jumpa Sultan kasi explen apa pasal DSAI pecat Khalid Ibrahim. Itu surat tarikh hari Ahad, minta mahu jumpa hari Isnin; semalam lah 11hb April 2014. Tapi TSKI pun sudah kasi surat mao explen perkara sama. Jadi Sultan Selangor sudah kasitau sama Setiausaha Sulit baginda, kasitau sama DSAI tarak payah jumpa sebab TSKI pun mau jumpa kasi explen perkara sama. Ini info semua tarik dari dalam itu Kenyataan Media Pejabat Setiausaha Sulit Sultan Selangor tarikh ini hari itu jam sikit atas enam petang ada keluar sana Astro Awani punya websitus. 

Jadi, PKR sudah panggil-panggil ini malam kasi meeting baik punya. Kasi taruk nama lain. Beri sama Sultan mau jumpa juga. Tarapa lah. 

Persoalan kepada rakyat, sejauhmana pula Institusi Raja-raja Melayu akan diheret oleh PKR-DAP?
Sasaran Utama dalam episod ini bukan jawatan TSKI tapi Kuasa-kuasa Raja-raja Melayu yang berkaitan dengan perkenan memahsyurkan ADUN yang mempunyai kepercayaan majoriti DUN menjadi MB.

TSKI orang kuat dan penyumbang dana politikal terbesar bagi PKR. Tian Chua pun kalah.
Pemilihan TSKI menjadi MB Selangor pun kerana kekukuhan kewangan beliau.
Sebab itu pada PRU 13 lalu, Tun Daim menyebutkan jika BN mahu Selangor kembali, sila kemukakan calun MB yang paling berwibawa daripada TSKI. 

Aliran insiden pun begitu mudah dan semua laluan sudah dijangka awal-awal. 
Ada kemungkinan besar, akan dibawa ke mahkamah untuk Rujukan Kehakiman bagi menentusahkan prosedur, tatacara dan tatasusun.

Ada banyak persoalan perundangan boleh dibangkitkan dalam isu MB Selangor ini.
Kes duluan dalam isu MB Perak sudah ada.

Langkah seterusnya daripada PKR-DAP ialah mematahkan dan mematikan semua syarat-syarat dan prasyarat yang dijadikan alasan penghakiman dalam kes MB Perak dulu.

ROMBONGAN MAMA JIJAH KIPAS NGADAP SULTAN SELANGOR PADA HARI INI?

.

Status ini diterbitkan semalam selepas beberapa jam TSKI mengadap DYMM Sultan Selangor dan memberikan jaminan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ADUN SELANGOR. Semalam juga agak heboh diperkatakan DSAI pergi berjumpa TGHH di Terengganu. Disahkan DSAI sendiri didalam tv. 

Kebiasaannya, dalam mengenali gerak kerja perang sampah sarap PKR, apabila status-status sensasi sebegitu dikeluarkan bermakna, ianya suatu keterbalikan dari mesej sebenar. Waima sebelum ini kita mendapati ada didedahkan daripada sumber dalaman adanya Surat Akaun Berkanun daripada ADUN-ADUN PKR; namun pernah didedahkan bagaimana PKR sanggup memalsukan Surat Akuan Bersumpah.

Tapi yang paling menyeronokkan ialah berlakunya bogel membogel sesama mereka terutama PAS-PKR diperingkat hirarki pertengahan dan bawahan dan hirarki atasan.Dalam satu artikel lain akan disenaraikan. 

Maka pada hari ini kita tengok dan dok peratilah samada rombongan mama kipas berjaya menyakinkan Sultan Selangor atau akhirnya PRN bakal diadakan.

Kabar angin mengatakan, TSKI akan merombak EXCO SELANGOR secara drastik.

Ini betul-betul lah Kerajaan Rakyat sebab Ketua Eksekutif tiada berparti so rakyat pun boleh berparti lah selepas ini ... tapi adakah itu BETUL dan BENAR pada sangkaan anda semua?

TS KHALID G KEKAL MB SEHINGGA PRU 14.

Bermula dari Langkah Kajang yang dikatakan bagi memudahkan kempen 'Road To Putrajaya' atas alasan-alasan berikut:-
  1. Mematahkan strategi politikal BN yang mahu merampas Selangor melalui pengisyitharan darurat kerana cetusan isu penukaran MB Selangor. 


  2. Memberikan laluan kepada Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor yang dipercayai tidak akan mudah dipengaruhi oleh BN. 
Tapi kata-kata itu keluar daripada mulut seorang politikus. 

Kata-kata politikus mana boleh dipercayai pun. Menipu adalah darah daging mereka. 

Maka ADUN KAJANG meletak jawatan. Dari situ, bermula PRK Kajang dan perlaksanaan Langkah Kajang. Ramai meminta agar BN tidak bertanding. Tapi Mat Maslan berkeras juga nak berlawan dan berlengan dengan PKR. Maka, digunakan alasan, 'Kalah dah pasti tapi kurangkan majoriti itu matlamat !" Lain kata, bertanding untuk kalah. Tak ke pelik?

Setelah PRK Kajang dimenangi oleh PKR dengan majoriti kurang, Langkah Kajang tetap diteruskan juga. Dari kacamata seorang yang suka memerhati gelagat politikus Malaysia; apa pekdahnya BN bertanding di PRK Kajang? Andaikata BN tak bertanding di Kajang pun, ambe fikir Tan Sri Khalid Ibrahim tetap enggan meletak jawatan selaku MB Selangor. 

Selepas didapati DSAI berada dalam keadaan kemungkinan besar dimasukkan ke dalam penjara kerana mahkamah mensabitkan hukuman keatasnya sebelum hari penamaan calun; maka Wan Azizah muncul semula. 

Anih kan. Sebaik saja Rafizi umumkan Langkah Kajang, ADUN Kajang meletak jawatan, disebarkan kabar angin DSAI akan bertanding dan menjadi ADUN di Selangor, tup-tup DSAI disabitkan hukuman. Sedangkan Langkah Kajang dimulakan sebaik saja PKR mengetahui mahkamah sudah pasti mensabitkan hukuman ke atas DSAI. Kira dasat lah Politikus Malaysia ini merancang. Cuma mereka tiada kuasa untuk mengawal 'outcome' perancangan mereka. 

Kemudian .....
Majlis Pimpinan PR menyatakan bahawa Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. 

Bermula lah .....
Lakon layar terhebat tapi belum pecah panggung daripada politikus Malaysia.

Provokator utama ialah Presiden PAS dengan Timbalan Presiden PAS.
Instigator dan pemain utama inilah yang merancakkan lakon layar.
TSKI munkin terlalu naif atau memang jenis kurang pengalaman dalam sepak terajang politik termakan dengan lakon layar. 

PAS tahu mereka adalah penting dalam isu penukaran MB Selangor. 
Mereka ada 15 kerusi. 
Mustahil mereka tidak mahu 'menangguk di air keroh'. 
Penyokong dan pengikut serta pemuja mereka sahaja yang bermimpi dan berkhayal kepimpinan PAS Bebas-Noda-Dosa.

BN pula nampak seperti acuh-tak acuh.
BN waima memberikan sapot secara jelas menyokong TSKI kekal menjadi MB Selangor, tapi ada Politikal Negosiasi yang mungkin telah berlaku sejak Januari 2014. Itu yang DSAI sampai tersasul sebut 50 Januari.

Setakat ini, TSKI telah dipecat dari PKR
Telah menghadap Sultan Selangor dan memberikan penjelasan.
Masih diperkenankan menjadi MB Selangor atas hujahnya bahawa beliau ada kepercayaan majoriti ADUN dalam DUN Selangor.

DAP waima nampak seperti takde hal punyer sikap, namun mereka tetap risau juga. Kerana nak membeli ADUN-ADUN PKR dan ADUN-ADUN PAS bukan sikit duit nak pakai.Mereka juga terpaksa kowtim dengan DSAI yang sudah tentu meletakkan 'Harga Yang Amat Tinggi'. 

Bukan sikit harga yang perlu dibayar oleh DAP bagi sebuah Politikal Negosiasi untuk menjamin Agenda Politikal mereka sukses.Sudah tentu DAP terpaksa berkira-kira waima perancangan sudah lama dibuat. Bukan mudah nak dapatkan sebuah kepastian dalam Politik masakini. 

Artikel ini akan bersambung lagi untuk memberikan analisa kenapa TSKI akan kekal MB sehingga PRU 14.
Ada Agenda yang amat besar sedang dilaksanakan oleh semua pihak melalui isu MB Selangor ini.

Selasa, 11 Mac 2014

PESTA SARKAS SUDAH BERMULA! MAMA KAJANG TANDING ALA COMEL COMEL FUN


Blog ini diwujudkan untuk memberikan warna-warni keceriaan kepada senario politikal Malaysia dewasa ini. Oleh itu, blog ini hanya berminat untuk mencantikkan lagi suasana politik. Kenapa ambe begitu sinikal kepada PRK KAJANG @ menurut jenama PKR ianya THE KAJANG MOVE, dan pada ambe ianya KAJANG SODOMI? 
  1. Rakyat masih lagi terpinga-pinga dengan pelbagai naratif fiksyen mengenai kehilangan pesawat penerbangan MH370. Sudah masuk hari ke empat. Masih belum diketemui. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Rakyat diancam agar tidak membuat spekulasi. Bermakna, pemerintah sedang menjalankan operasi MANIPULASI INFORMASI. Ianya bukan satu tindakan kejam atau zalim daripada pemerintah. Ini kerana pemerintah ada info- info tertentu yang kemungkinan besar amat sensitif kepada keselamatan nyawa krew dan penumpang MH370. Berilah Manafaat Keraguan kepada pemerintah waima tindakan mereka nampak begitu takde telor. Tapi, sekuarang-kurangnya, kita ada pemerintah yang memberikan BRIM KRIM PRIMA KRIMA DRIMA dan macam-macam ritma. Mengkritik adalah kerja paling mudah dan senang berbanding memerintah. Terutama bila IQ pihak pemerintah kelihatan agak setara IQ pembangkang yang lebih rendah berbanding IQ majoriti rakyat. 

  2. Hari ini, hari penamaan calon bagi Sarkas Kajang. Seperti yang di duga, ianya menjadi pertandingan satu tanding satu. Setelah Papa hilang kelayakan bertanding hari Jumaat 7hb Mac 2014, kerana disabitkan hukuman dan kesalahan meliwat, maka Mama dipertaruhkan. 

  3. Pihak BN pula dari awal mempertaruhkan Chew Mei Fun. Di jual dengan ayat-tanda Comel Fun (ambe agak keliru samda calun BN bertanding di dalam pertandingan Ratu Cantik atau PRK?). Tak mengapalah. Jika ayat-tanda itu pada fikiran Tangki Pemikir dan Strategis BN adalah terbaik, maka terbaiklah buat mereka. Rakyat akan menentukan di peti undi. Kita berikan Manafaat Keraguan kepada mereka. 

  4. Calun BN adalah seorang pemimpin wanita MCA. Pernah meletakkan semua jawatan kerana tidak bersetuju dengan salahlaku seks mantan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Beliau kembali semula bilamana Chua Soi Lek tidak lagi menjadi Presiden MCA. 

  5. Mama Kajang pula adalah seorang wanita yang mempunyai impian tersendiri. Cuma bezanya, Mama Kajang ialah seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim, seorang Binatang Politikal tersohor. Mama Kajang juga pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Papa. Ringkasnya, Mama Kajang mantan Ahli Parlimen yang letak jawatan menggantikan ADUN yang meletak jawatan. Keduanya jenis boneka politikal yang Menang Hari Ini, Esok Letak Jawatan. 

  6. Kelebihan Mama Kajang terletak kepada populariti imejnya selaku wanita malang. Manakala kelebihan Chew Mei Fun pula kerana ketegasan pendiriannya. Mama Kajang berbangsa Melayu dan Mei Fun berbangsa Cina. DUN Kajang N.25 adalah seimbang dari komposisi kaum Melayu dengan Cina. Dimana:-
    Melayu - 48 peratus 
    Cina - 41 peratus 
    India - 10 peratus.
    Jumlah pengundi berdaftar seramai 39,600 orang. 
    Pecahan pengundi mengikut jantina ialah
    Perempuan : 50 peratus 
    Lelaki : 49 peratus
    Terdahulu sebelum PRU 12, dan 13, DUN Kajang dikuasai oleh BN dari calun MCA. 
    Selepas itu dikuasai oleh PKR dari calun berbangsa Cina selama dua penggal berturut-turut dengan majoriti naik. 
  7. Cuma ambe terfikir, pada pandangan dan di minda pengundi PRK Kajang, apakah pandangan dan minda mereka mengenai kedua calun?
    Apakah penilaian yang mereka gunakan?
    Bagaimanakah mereka membuat pilihan mereka?
    Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mereka?
    Apakah semua etnik pengundi memperolehi manafaat yang samarata daripada semua mantan ADUN sebelumnya?
    Apakah pengharapan mereka?
    Apakah matlamat mereka?

  8. PRK Kajang adalah titik untuk kita menilai sejauhmana kematangan dan kedewasaan kedua belah pihak berkempen dan berpolitik untuk mencapai KEMENANGAN. Dan selepas itu, untuk berkhidmat kepada para pengundi yang memberikan mereka kemenangan dan yang tidak mengundi mereka.

  9. Kita semua berharap agar kempen kedua belah pihak tidak menjurus dan cenderung kepada CARA SARKAS DATANG KE PEKAN. Kita mahu tahu apakah yang ditawarkan oleh kedua belah pihak kepada pengundi DUN Kajang. Dan adakah tawaran mereka menarik atau sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. 


Jumaat, 21 Februari 2014

KEDUA CALUN BN/PR SUDAH BERSEDIA MENJUAL HAK RAKYAT KEPADA PEMBIDA TERTINGGI.


Pembida-pembidanya ialah :- 

Papa Hebat Anugerah Tuhan Pemimpin Donia 
Rekod Tertinggi: Bekas banduan
Syarikat Pembida : Pakatan Rakyat Bhd. , PKR Sdn, Bhd. subsidiari milik 100% Pakatan Rakyat Bhd
Harga Tawaran: Belum Tahu anggaran kasar

Datin Paduka Chew Mei Fun- fair (?)
Rekod Tertinggi: Pemimpin MCA je, bukan bekas banduan.
Syarikat Pembida : BARISAN NASIONAL Bhd. ,  MCA Sdn, Bhd. subsidiari milik 3%
 BARISAN NASIONAL BERHAD
Harga Tawaran:  Belum Tahu

PRK KAJANG / KAJANG MOVE / KAJANG SODOMI Hak Mengundi Rakyat. 

Ianya bukan berkenaan Medan Pertempuran antara Haq dan Bathil, atau Good vs Evil.

Ianya berkenaan politikus menjaga Periuk Nasi mereka sahaja dengan menjual Hak Mengundi Rakyat kepada Pembida Tertinggi.

Rakyat di paksa mengundi untuk memastikan Periuk Nasi Politikus tidak terjejas sehingga PRU 14.

Dan Sistem yg ada memaksa rakyat mengikut kehendak politikus.

Tiada perlindungan kepada Hak Mengundi Rakyat.

Politikus memegang Hak tersebut melalui perundangan negara.

Dan memanipulasikannya untuk menjaga PERIUK NASI mereka.

Maka, akan berkumpul dan bersorak lah segala Politikus menjual Hak Mengundi Rakyat.

Dan rakyat di paksa dan terpaksa tanpa kerelaan mereka sendiri, mempertahankan PERIUK-PERIUK NASI yang bukan milik mereka.

Rakyat terpaksa menerima Perletakan Jawatan Sukarela mana-mana politikus tanpa dapat membuat bantahan rasmi dan sebarang remedi. 

RM1.6 juta dibazirkan semata-mata untuk menjaga dan mempertahankan PERIUK NASI POLITIKUS.

Akhirnya, Kepentingan Melayu dan Islam   akan digadaikan waima apa jua keputusan PRK KAJANG nanti.

Begitulah Hak Mengundi Rakyat, yang terjual dan di jual oleh Politikus tanpa sebarang perlindungan.

Kenapakah berlaku demikian? Lihat posta di bawah ini :-


Ahad, 9 Februari 2014

BN PERLU LETAK ROAD RUNNER SEBAGAI CALUN UNTUK MENANG DI KAJANG LAWAN PAPA.





Salah satu karekter kartun kegemaran ambe semasa kecil ialah ROAD RUNNER (sejenis burung dalam grup ayam, ehhh kebetulan plak Papa ialah Ayam Besi lahir dalam tahun Babi Api) . Karekter Road Runner ne amat menarik. Menjadi buruan sang Coyote yang sentiasa mencari jalan dan menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk menangkap Road Runner. Tapi malangnya, semua usahanya gagal dan digambarkan dengan sungguh lucu. Road Runner sentiasa lepas dari perangkap dan jerat sang Coyote. Tapi sang coyote tak pernah berputus asa dan mengalah dalam usahanya. Apa yang menarik, setiap helah dan tipudaya jerat perangkap sang Coyote akhirnya menjadi 'Senjata Makan Tuan'. Road Runner tak buat apa-apa melainkan masuk dalam jerat perangkap sang Coyote tapi mampu melepaskan dirinya dengan penuh bergaya !

Mungkin... mungkinlah, calun BN perlu ada karekter Road Runner ini. Oleh kerana Road Runner sama seperti sang Kancil, pandai melepaskan diri dengan menggunakan jerat perangkap orang yang memburunya. Apakata, BN panggil Road Runner dan bertanding di Kajang ? 






Jumaat, 7 Februari 2014

PENDERMA HATI LAWAN PENDERMA SPERMA - AIR LEMBUTKAN BESI.



Pernah dengar nama Chew Hoong Ling (W) ? Beliau seorang aktivis sosial yang mendermakan hatinya kepada An Qui. Ahli MCA. Beliau lahir dalam tahun Monyet Putih. Dan unsur terkuat beliau ialah Air dan Besi berganda menurut zodiak Cina. Beliau ada laman fanpage sendiri di fesbuk dan website sendiri. Beliau giat berkempen menyedarkan pentingnya pendermaan hati. Beliau juga seorang Orator yang mempersonakan dengan gaya tersendiri. Pernah bertanding melawan Tony Phua. Dan beliau disebut sebagai calun paling sesuai untuk bertanding menentang Papa. 

Blog BNBCC   menulis:-

 chewhongling
Justeru itu, BN boleh mempertimbangkan untuk mencalonkan seorang sukarelawan  yang pernah kisahnya mendermakan sebahagian hati kepada Lee An Qi yang menderita kanser hati pada usia 13 tahun pada 14 Januari 2009.
Chew Hoong Ling pernah dipilih bertanding mewakili BN di kerusi parlimen Petaling Jaya Utara pada PRU 13 menentang Tony Phua.
Walaupun, tewas Hoong Ling, 34, boleh diberikan peluang menentang Anwar di PRK DUN Kajang.
Hoong Ling boleh diberikan peluang sekali lagi
Dengan bilangan pengundi berdaftar wanita seramai 19,666 orang berbanding lelaki seramai 19,612 orang, pencalonan Hoong Ling amat menarik kerana personaliti yang dikagumi ramai setelah mendermakan 60 peratus hatinya kepada An Qi yang langsung tidak dikenali atau mempunyai perkaitan dengannya.
Ini bukan bermakna Chew atau Chong tidak layak tetapi Hoong Ling tentu lebih menarik untuk berdepan Anwar kerana PRK DUN Kajang tidak lebih kepada pertandingan personaliti berbanding populariti parti.
Percayalah, jika Chew jadi taruhan, Anwar yang sudah mengenali pemimpin MCA itu ada banyak modal ketika berkempen termasuk memperlekeh caca merba dalam parti itu sebelum ini.
Apapun, terpulang pimpinan tertinggi BN memilih calon pada PRK kedua selepas Kuala Besut pada tahun lalu.
Perlu diingat pembangkang sendiri mengetahui, jika Anwar tewas di Kajang, peluang mereka ke Putrajaya pada PRU 14 juga terkubur.
Sudah tentulah, BN perlu teliti memilih calon bagi memastikan bukan sahaja hajat Anwar menduduki kerusi Menteri Besar tidak tercapai tetapi kerusi Putrajaya juga lebur sama sekali.
Malah, yang menarik mengenai Hoong Ling beliau disifatkan pihak sebagai “berani” dalam buku setebal 114 halaman bertajuk “I Don’t Know You But Let Me Save You”.
Tidak salah, biarlah Hoong Ling berusaha menyelamatkan pengundi-pengundi Kajang setelah kepercayaan diberikan kepada calon PKR pada PRU 13 tidak dihargai apabila Lee meletak jawatan semata-mata mahu memenuhi impian Anwar.-
Resolusi ambe, ......amat bersetuju 300% dengan Chew Hoong Ling.


Khamis, 6 Februari 2014

PAPA AYAM BESI LAHIR DALAM TAHUN BABI API BAKAL HADAPI KESUKARAN - FENGSHUI KUDA KAYU. HIJAU.


Papa lahir pada 10 Ogos, 1947 dan mengikut zodiak Cina, Papa ialah Ayam Besi yang lahir dalam Tahun Babi Api Merah. Ini tahun Kuda Kayu Hijau. Kuda dalam kelompok API, dan Ayam dalam kelompok BESI. Oleh itu, orang yang macam PAPA ne nasib tak baik dan bawa sial kepada semua yang menyokongnya. Sebab BESI BOLEH DICAIRKAN DENGAN API.

Ada benar juga sebab kita kaji sejarah Papa dengan Kuda. Papa pernah terpeliuk tengkuk dan leher bila naik Kuda. So, Papa dengan mana-mana elemen yang ada unsur API, Papa akan tewas dan kalah. Lagipun, Papa lahir dalam tahun Babi Api Merah. Awal-awal lagi, Papa punya untung nasib dalam kepercayaan orang Cina, Pembawa sial dan malang kerana mudah dicairkan dan dikalahkan.

Kalau Papa jadi MB Selangor, habis semua bisnes Cina dalam Selangor jadi cair. Dan Papa akan menyebabkan semua aliran ONG / TUAH lari merata tempat. Dan Papa mudah dikalahkan oleh saingan yang ada unsur API yang kuat. Selangor akan berada dalam keadaan susah dan sukar.

Kuda dan Ayam tak ngam. Sebab Kuda adalah Api dan ayam ialah Besi. Api boleh cairkan Besi dengan mudah. Akan berlaku huru-hara dan Selangor akan mudah diambil alih oleh BN. Jadi eloklah pengundi Cina tak keluar mengundi sangat kerana suey Papa akan melekat kepada pengundi Cina.

Papa hanya meletakkan pengundi Cina dalam kesusahan berpanjangan dan kerugian yang panjang. Papa tak boleh tahan dengan tekanan kekuatan Kuda. Buatlah macamana pun, untung tak menyebelahi Papa dalam tahun ini dan bila-bila pun. Papa akan menjadi bewak dan liabiliti besar kepada pengundi Cina dan akan melemahkan penguasaan DAP kiasu di Selangor. 

So pengundi Cina di Kajang kena fikir habis-habis..... 

Rabu, 5 Februari 2014

SPR DAH UMUM PRK KAJANG ON ! BAJET CIPUT JE RM 1.6 JUTA

SPR TELAH MENERIMA SAH PEMAKLUMAN RASMI SPEKER DUN SELANGOR AKAN PENGOSONGAN KERUSI DUN N 25 KAJANG. 

BERIKUT IALAH TARIKH-TARIKH PENTING

WRIT DIKELUARKAN
5HB JANUARI 2014

NOTIS PILIHANRAYA 
6HB JANUARI 2014

PENAMAAN CALON 
11HB MAC 2014

TARIKH MENGUNDI 
23 MAC 2014 

BAJET PRK KAJANG
RM 1.6 JUTA SAHAJA 

* Antara lain, senarai daftar pengundi yang digunakan ialah DPT 2013/ yang kemaskini sehingga sehari sebelum Perletakan Jawatan ADUN N.25 Kajang, Lee Chin Cheh.

JOMMMMMMMM 
BERKEMPEN !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...