Isnin, 15 Julai 2013

PRK Kole Besout, Ke Mana Hala Ahli Politik Hendak Tuju ?

Ini adalah posting duti-free lah. Tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya pandangan ambe manusia kerdil di antara 29 juta rakyat Malaysia yang risau melihat gelagat ahli politik yang sedang berkempen untuk meraih undi di Kole Besout. Jadi ambe tak menyentuhlah mana-mana peribadi calun. Kerana kedua-duanya adalah bangsa ambe yang beragama Islam, cuma berlainan parti politik sahaja. Pada perkiraan ambe, artikel ambe ni tidak akan menjejaskan dan memprejudiskan mana-mana kempen oleh kedua-dua belah pihak. Cuma ambe ajak semua berfikir dan mengambil iktibar sahaja. 

Kita semua tahu, adat politik ialah 'mesti menang' Kalau tak menjadi pemenang, kuranglah syarat menjadi ahli politik. Bagaimana hendak menang dan takrifan menang, itu bergantung kepada faktor-faktor yang hanya ahli dan pakar politik sahaja lebih arif mengenainya. Persoalannya, adakah dalam faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh ahli politik dalam memperhitungkan kebarangkalian peluang kemenangan mereka di dalam PRK, kebajikan serta kehendak rakyat diberikan keutamaan?

Di dalam mana-mana pertandingan merebut undi dan sokongan untuk menang, ahli politik dengan licik dan bijak memanipulasikan emosi untuk mempengaruhi 'decision-making' kelompok pengundi agar memberikan kemenangan kepada mereka. Cuma bila menang, apa ahli politik lakukan dengan mandat yang diberikan? Ke gaung? Atau setakat memberikan khidmat nasihat kepada orangramai dalam bilik berhawa dingin mereka? Menghadiri kenduri-kendara dan solat berjemaah di masjid?

Kita perlu juga bertanya, ke mana hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan? Jika jawapan kepada persoalan itu adalah kurang jelas dan tidak menepati kehendak serta aspirasi rakyat terhadap calun-calun, anda sendiri tahulah siapa yang anda perlu pilih bukan? Fikirlah semasak-masaknya dan jangan hanya membuat pilihan tanpa berfikir. Paling tidak berfikir sikitpun tak mengapa. Asalkan berfikir. Sebab, seboleh-bolehnya, ahli politik mahu menguasai fikiran anda dalam membuat pilihan.


Anda perlu mengambil tahu dan kalau boleh bertanya 'on the spot' kepada calun-calun bertanding. Ke mana hala mereka tuju dengan mandat yang diberikan? Ambe yakin, semua pengundi mahukan ahli politik mengikut rentak dan kehendak mereka dan bukan sebaliknya. Untuk itu, kita perlu menilai peribadi dan bahasa badan calun-calun semasa mereka di tanya soalan cepumas tersebut. Jika anda nampak riak wajah mereka macam 'blur' anda sendiri tahulah , kemana hala mereka tuju dengan mandat anda!

Pada hemat ambe, sewajarnya, hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan ialah mempertahankan amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Di samping, membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat setempat. Dan juga mendidik rakyat setempat dengan satu kesedaran mengenai peri pentingnya politik kepada mereka. Dan membuka peluang-peluang kepada rakyat setempat untuk lebih berdaya saing dan memajukan diri mereka. 

Ambe juga yakin bahawa rakyat Kole Besout tidak mahu , hari ini undi, esok lusa, nama mereka pun dilupakan terus oleh ahli politik yang mereka berikan mandat. Atau, dek kerana mandat yang mereka berikan, tiba-tiba satu usul di Parlimen diluluskan untuk memberi laluan kepada peliwat menjadi Perdana Menteri. Atau, mana-mana akta melindungi agama Islam di tarik balik serta-merta. Atau tiba-tiba, fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan pluralisma di terima masuk dalam kesepakatan politik. Sendiri mau berfikir dan sendiri mahu ingat kan.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...