Ahad, 14 Julai 2013

222 Orang O.K.U Kini Berada Di Parlimen Malaysia.

Sebahagian besar majoriti 13 juta pengundi berdaftar kini merasa kesal kerana dibebani dengan 222 orang Orang Kurang Upaya di Dewan Rakyat. Pelbagai isu politikal, dari tak bertudung, arak, judi, kalimah Allah dan pemberian BR1M, menjadi topik utama 222 orang O.K.U di Parlimen Malaysia. Kesemua isu-isu berkenaan tidak membantu pun kebajikan kepada rakyat dan menambah baik taraf kehidupan rakyat. Seolah-olah, agenda membangunkan ekonomi dan menaikkan taraf kehidupan rakyat bukan keutamaan bagi mereka. 

Sepanjang masa Parlimen bersidang, tidak ada satu pun usul dan cadangan bernas daripada mana-mana 222 orang OKU membincangkan dan membahas usul yang memberikan manafaat kepada rakyat. Sebaliknya, seramai 89 orang O.K.U hanya bertanyakan soalan-soalan terbangang yang tak terbanding yang tidak menyentuh pun bagaimana hendak merancakkan ekonomi dan menstabilkan politik negara. Kesemua soalan yang dikemukakan oleh mereka hanya memberikan manafaat perbatuan politikal mereka. Sikit pun tak memberi manafaat kepada rakyat. Letih tengok gelagat 222 orang O.K.U di Parlimen hari ini. 

Mereka seolah-olah mempermainkan mandat yang kita berikan kepada mereka. Mandat yang kita berikan menjadi mereka begitu 'Kurang Upaya' untuk melaksanakan apa-apa agenda membantu rakyat. Mereka juga nampaknya gagal seratus peratus untuk mengawal tindak-tanduk penyokong mereka yang melampui batasan perundangan negara. Sikitpun mereka tidak ada rasa bersalah apa-apa menduduki kerusi Parlimen dengan mempersiakan mandat yang diberikan ke tahap maksimum. Sungguh memualkan.

Kita sering bertanya, apakah 222 orang yang memperolehi mandat daripada kita selaku rakyat kebanyakan, hanya tahu bertekak di atas isu-isu politikal tanpa mempunyai sikitpun daya fikir untuk menjaga kebajikan rakyat? Sedangkan kita dengan penuh kesedaran semasa memberikan mandat melalui peti undi, mahukan kehendak kita dibahaskan dan diberikan keutamaan oleh mereka. Malangnya, mereka sentiasa 'Terlupa' bahawa keberadaan mereka di Parlimen ialah kerana Mandat Kita. 

Sampai bilakah 222 orang anggota Dewan Rakyat akan sedar tanggungjawab dan tugas-tugas serta amanah yang mereka pikul kepada rakyat? Apakah semua mereka merasa selesa dengan berada dalam zon parkir khas untuk 'Orang Cacat' ? Semoga Allah Ta'ala membuka pintu-pintu hati mereka agar segera kembali ke pangkal jalan. Kalau mereka terlalu lama sesat di dalam hutan rimba politik, dibimbangkan mereka semua menjadi habuan kepada serigala dan harimau buas di dalam hutan. Akhirnya yang merugi adalah rakyat juga. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...