Ahad, 24 Mac 2013

#OpsDaulat: TOK MENTERI PERTAHANAN KIRAM 50 SEN DI TAHAN.

Wajah Seorang Kepala Pembunuh Tim Pengganas Kiram 50sen


Sabtu lalu jam 1.30 pagi, Jeneral Perang merangkap Tok Menteri Pertahanan grup Kiram 50sen berjaya di tangkap di kawasan Paya. Dengan tertangkapnya kepala-kepala utama pengganas Kiram 50sen, ada kemungkinan betulnya lapuran mengenai matinya Agbimuddin di tangan pengawal peribadinya sendiri. Cuma lokasi di mana mayatnya di tanam tidak diketahui. Tak lama lagi lah tu. Semakin terdedahlah nanti siapa Dalang pencerobohan Lahad Datu. 

Kepada saki-baki pengganas Kiram 50sen dinasihati menyerah diri atau terbunuh sia-sia. Sekurang-kurangnya sebarang keterangan diberikan akan menghukum juga para dalang. 

Tidakkah kamu para pengganas Kiram 50sen ingin membalas dendam kepada  para dalang yang memperalatkan kamu? 

Dalang yang memperalatkan kamu berbunuhan dengan pihak yang selama ini banyak membantu meringankan kesengsaraan pelarian Tausug.
Pendedahan terbaru daripada seorang wartawan Amerika Syarikat memberikan maklumat perihal seorang pemimpin pembangkang Malaysia. Pemimpin berkenaan dikatakan terlibat langsung dalam pencerobohan Lahad Datu. 

Pencerobohan Lahad Datu adalah konspirasi jahat yang turut melibatkan  agen-agen dan kuasa-kuasa asing. Mereka mendapat kerjasama pihak pembangkang di Malaysia. Ianya bertujuan mencetuskan Konflik yang diharapkan mampu memangkinkan suasana kondusif OCCUPY SABAH. 

Sekumpulan aktivitis mahasiswa telah di tahan kerana melancarkan kempen 'OCCUPY RTM'. Aktiviti 'OCCUPY' akan tetap berlangsung sehinggalah tertangkapnya kepala-kepala , mandur-mandur dan para penghasut utamanya.
Kita tunggulah saat dan ketikanya nanti apabila mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara di negara ini dikenakan TINDAKAN YANG SETIMPAL.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...